Sabtu, 11 September 2021

NERAKA INI DI MANA ?

 



NERAKA INI

DI MANA ?

AMIN

Unknown commented on 

"HA HA

 CELANA PENDEK

 SANISAH HURI"

Woit... Tuan TT lu kasi wat gwa ingat balik zaman gwa dalam darjah 6 atau Tingkatan 1 teringat lagu gwa sangat minat nyanyian Sanisah Huri... iaitu Si Baju Hijau... aduhh... manyak sedap dengar ini lagu. Lu boleh kasi taruh itu lagu sinikah? Itu jam banyak mudak-mudak sekolah banyak repect sama askar dan banyak pun mau masuk jadi askar. Gwa punya kawan-kawan satu kelas satu sekolah pun banyak masuk jadi askar.

 Tapi ada satu soalan, masa tu banyak artis macam Sanisah Huri dan juga orang biasa suka pakai celana pendek dan baju kebaya Melayu yang nampak cukup seksi.. Banyaj cikgu Melayu pun pakai macam itu... itu jam mana ada yang pakai macam macik Arab atau pak Arab untuk yang lelakinya. Tok Lebai serban kepala towel yang ada sekarang mesti akan fatwakan mereka ini berdosa, tak Isle... dan masuk neraka... Macam mana tu Tuan TT? Kesian dia orang tu pasal budaya Arab Isle belum sampai lagi kat Tanah Melayu masa tu.. jadi tak adil la dia orang masuk neraka?

MENGINGATI ULANG TAHUN 11 SEPTEMBER

 



9/SEPT/1973
HARI INI

DUNIA

MEMPERINGATI

ULANG TAHUN

RAMPASAN KUASA

GENERAL PINOCHET

AMIN

PRESIDEN ALLENDE

YANG DIPILIH

MELALUI 

PILIHANRAYA

TELAH DIBUNUH

DI CHILE

AMIN

REJIM PINOCHET

1973-1990

MENGAKIBATKAN

40,000 WARGA

GUGUR - HILANG -

DALAM PENJARA


AMIN


NAJIB PUNAHSIHAT EKONOMI SABRI

 


NAJIB SI PENCURI

DILANTIK JADI 

PUNAH SEHAT 

SABRI

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"SABRI LANTIK NAJIB ?"

CBaca aje tajuk artikel ini dan artikel semalam, DARAH saya dah NAIK. Aku antara Rakyat berjuta orang tak tidur malam menunggu keputusan PRU 14 untuk menjatuhkan parti yang sebelum ini aku ahli parti tersebut sebelum parti itu dicemari NAJIS oleh pemimpin yang nama nya kalau tukar B kepada S jadi NAJIS. Salah satu sebab ekonomi negara hampir lingkup pasal di Rampok oleh pemimpinnya sendiri. 



Negara ini asa lebih 50 universiti dan beribu pakar ekonomi, BUAT MALU NEGARA AJE, kalau rancangan meletakkan NAJIS ini sebagai PUNAHSIHAT. Memang kalau ada Pertandingan Maharaja Lawak peringkat dunia, Gerenti Malaysia menang. Kalau PM rasa dia tak boleh nak naikkan ekonomi negara ini, lebih baiklah dia sendiri yang undur diri dan bagi pasa orang lain. TOLONGLAH jangan stresskan aku lagi memikirkan perkara bodoh kau orang buat.

PANDANGAN MASUK AKAL

 


SEKALI DENGAR

INI

PANDANGAN

MASUK AKAL

AMIN

KAUM PEMODAL

KAUM KAPITALIS

PARA CUKONG

SUKA DENGAR

SUARA MACAM INI

AMIN



Malaysia sukar berubah kerana 'raksasa berkepala 3', kata Nazir Razak

SUKAR untuk melaksanakan pembaharuan di Malaysia kerana negara dikawal oleh raksasa berkepala tiga iaitu rasuah, identiti puak dan tumpuan kuasa Umno, kata bekas pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Nazir Razak.

Raksasa ini sukar dikalahkan, malah setiap percubaan untuk reformasi sering kali gagal, katanya dalam sebuah webinar.

Sifat-sifat negatif ini timbul secara tidak sengaja selepas rusuhan 13 Mei 1969, tambah Nazir.

Hasil kerja Majlis Perundingan Negara ketika itu sebenarnya membuah hasil positif seperti kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi yang mengurangkan kemiskinan selain kekayaan dibagi sama rata antara kaum.

Namun ia turut menghasilkan perkara negatif seperti rasuah, pengukuhan identiti kaum dan penumpuan kuasa dengan Umno dan dalam pejabat perdana menteri.

“Dari masa ke masa, ketiga-tiga kesan negatif ini mengatasi kesan positifnya, jadi saya sering gambarkan Malaysia diperintah oleh raksasa berkepala tiga ini,” katanya dalam ucaptama webinar The Pandemic and The Case for a National Reset hari ini.

“Ianya raksasa sebab susah untuk dibunuh. Ia lawan percubaan untuk pembaharuan. Ada banyak percubaan, terutamanya pada tahun-tahun awal (Abdullah Ahmad) Badawi, Najib (Razak) dan pemerintahan kedua Dr Mahathir (Mohamad). Tetapi tidak ada banyak yang berjaya,” tambahnya.

Beliau berkata terdapat banyak kejayaan dalam perubahan oleh Abdullah Badawi untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Namun, tidak lama kemudian ia diterbalikkan.

“Dalam kes pembaharuan GLC Badawi ada banyak kejayaan tetapi kemajuan dengan cepat diterbalikkan. GLC diseret ke alam politik dengan pelantikan pemimpin politik, skandal kewangan seperti Felda, Tabung Haji dan yang paling dramatik, 1MDB,” katanya menambah bencana 1MDB menggegarkan asas politik Malaysia.

Nazir, yang merupakan adik bekas perdana menteri Najib Razak, berkata pandemik Covid-19 telah mendedahkan kelemahan sistemik negara.

“Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 ini dengan keadaan politik yang tidak stabil, pertumbuhan ekonomi rendah selain hutang kerajaan yang tinggi, pelaburan langsung asing lemah, endemik rasuah yang menggoncang hubungan antara masyarakat selain banyak bakat hilang,” katanya.

Walaupun kerajaan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilihat pada awalnya berjaya kekang masalah ini namun kegagalan politik telah merampas kejayaan awal tersebut, tambahnya. – 10 September, 2021.

KAPITALIS

BUAT UNTUNG

TANPA SEKATAN

AMIN

BANK BUAT

DUIT ATAS ANGIN

AMIN

KOPERATION

JADI KEMUDI

MEMPANGLIMA

NEGARA 

AMIN  

MULA MULA 

MEREKA

TAK BAYAR CUKAI

AKHIRNYA 

 JADI KERAJAAN

AMIN

CONTOH TERBAIK

AMERIKA SAREKAT 

KHALAS



KHURAFAT INI DUDUK DIMANA ?

 

WOIT

TEBANG POKOK

BESAR DALAM

HUTAN DARA

 GUA MUSANG

KHURAFAT

 KE TIDAK

AMIN


Hentikan aktiviti khurafat

 di Gunung Jerai, 

kata menteri agama
SEGALA aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai perlu dihentikan segera memandangkan ia satu perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam serta boleh merosakkan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Idris Ahmad berkata kegiatan itu juga boleh mengundang “bala” kepada masyarakat kerana bukan sahaja pelaku akan menerima kesan malah akan melibatkan keseluruhan penduduk di sekitar kawasan itu.

“Sebab itu ada sahabat tanya kepada Nabi (Muhammad) SAW, adakah kami orang baik akan kena juga kalau datang bala dan Nabi kata ya, termasuk juga kamu…cuma esok bila dibangkitkan, mereka akan dibangkitkan berdasarkan kepada niat mereka.

“Iaitu maksudnya orang baik akan dibangkitkan dalam keadaan baik manakala orang yang buat benda tidak baik, mereka akan terima hukuman,” katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kesan banjir akibat fenomena kepala air yang berlaku pada 18 Ogos lepas di Titi Hayun di Yan, hari ini.

Idris turut menyampaikan sumbangan akibat bencana itu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)/ Yayasan Taqwa bernilai RM516,600.

Pada 22 Ogos lepas, akhbar tempatan melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Jerai mengharapkan segala aktiviti pemujaan dan khurafat di kawasan itu dapat dihentikan dan dibersihkan.

Malah, sebilangan penduduk dilaporkan menganggap bencana yang melanda daerah Yan dan Kuala Muda itu merupakan “amaran” kepada mereka yang terlibat supaya menghentikan perbuatan berkenaan.

Aktiviti seperti bertapa dan memuja nombor ekor selain mandi bunga dikatakan banyak dilakukan mereka tidak bertanggungjawab terutama di kawasan Telaga Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai.

Ditanya mengenai tindakan penguatkuasaan, Idris percaya bahawa pihak Jabatan Agama Islam Negeri akan bertindak sebaik mungkin untuk menghalang perbuatan itu daripada terus berleluasa. – Bernama, 11 September, 2021. 


WOIT

PUJA NUMBO

KAH KAH KAH

HAL NUMBO NI

LU KENA TANYA

ANWAR IBRAHIM

KAH KAH KAH

KALAU TAK LEH

MANDI BUNGA

BANYAK ANAK

DARA KEDAH

TAK LAKU

KAH KAH KAH 

PELACUR  TAK

 MANDI BUNGA 

PUN TAK LAKU

KAH KAH KAH




YUSOF RAWTHER PAKAI SKIRT

 



TERBAIK

KAH KAH KAH

YUSOF RAWTHER

PAKAI SKIRT

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"HA HA 

CELANA PENDEK 

SANISAH HURI"

Zaman tu mmg camtu. Kakak2 aku pun pakai skirt. Mak aku selindang kat bahu. Semua orang camtu lah. Kat sekolah pun camtu. Budak pompuan pakai skirt. Jantan seluar pendek. Polis pompuan pun pakai skirt. Nurse pun pakai skirt. Zaman berubah. Anak muda yg ada kesedaran mula ubah keadaan. Termasuk dari abim Anwar Ibrahim teraju nya.


 Masa ni dia tengah ok, banyak juga jasa2nya. Lama2 dia mula tak betul. Mcm2 dia buat hal. Yg Last sekali aku dengar dia buat gila sampai kena saman bila dia suruh rawther pakai skirt utk layan nafsu dia.

BIK MAMA MULO KONCING MERATO RATO

 



BIK MAMA

MULO KONCING

MERATO RATO

KAH KAH KAH

panglimo potaseh commented on

 "INGATAN UNTUK SABRI"

Era Mael Bera ni Najib kompom lopeh ..kompom ..sobab maso era PH pon Najib tak ditangkap, apo lagi era Mael. Suami Najib sangat gumbira, dio dah mulo koncing morato-rato, tu yang kobolakangan ni banyak bolaku banjir ..banjir bukan sobab mombalak tapi sobab Kopalo Air ..nak tau apo dio Kopalo Air lu tanya Laki Najib.

JANGAN TAKUT PERUBAHAN

 




JANGAN TAKUT

PERUBAHAN

AMIN 

KARMA 

AKAN SAMPAI

KHALAS

U

Unknown commented on 

"HA HA 

CELANA PENDEK

 SANISAH HURI"

Life is a constant change. Ada yg masa muda syaitan pun takut nak dekat tp alhamdulillah bertukar jd baik dihujung usia. Ada juga yg sebaliknya. Apa yg kita pandang baik mungkin tidak baik manakala yg kita benci itu adalah yg tidak kita sedari adalah sesuatu yg baik.

NEGARA MISKIN BANGUN MELAWAN

 


NEGARA MISKIN

BANGUN MELAWAN

KHALAS 


 TERIMA KASIH

RONALD REAGAN

AMIN

KHURAFAT INI RUMAH DIMANA?

 

 

KHURAFAT INI

RUMAH DIMANA?

AMIN


Hentikan aktiviti 

 khurafat 

di Gunung Jerai, 

kata menteri agama

MANA KITA TAU

ORANG YANG

TUDUH ITU INI

KHURAFAT

DIRI SENDIRI 

TAK KHURAFAT

KAH KAH KAH

TUGAS ANAK SEMUA BANGSA - TERUTAMA YANG MUDA

 



TUGAS ANAK

SEMUA BANGSA

AMIN

TERUTAMA 

YANG MUDA

KHALAS

Unknown commented on

 "NAJIB GADAI

 TANAH KTM 

TANJUNG PAGAR"

Klau nsjib dah ada jawatan dalam kabinet masa tu dah telambat nak ke jalan raya. Sekarang ni la sementara ada masa kene ada sorang penghasut bikin tiup wisel. Tt ngan madey kene wat huru hara. Lau pak mail wat masuk najib abes la tersengih je la kita semua.. arini najib masuk kabinet besok rosmah pakai cincin berlian lusa bwak beg tangan tulat naik kapal layar

EPI BESDAY

 



EPI BESDAY
herman adnan commented on

 "SELAMAT ULANG TAHUN"

Epi Besday Ganesh! SEMUA DARAH ADALAH BERWARNA MERAH


JAWAB JANGAN TAK JAWAB

 




TEMPOH DAH 

BERLALU

Najib beri tempoh

 sehingga esok 

untuk Muhyiddin

 jawab

KUALA LUMPUR –  Muhyiddin  diberi tempoh sehingga esok untuk menjawab tentang dakwaan bahawa  Najib telah meminta kerajaan campur tangan dalam kes-kes mahkamah yang membabitkan beliau.

WOIT

MUHYIDIN

DAH JAWAB 

KE BELUM

KAH KAH KAH

DAH LEPAS

SATU HARI

SENYAP SAJE

KAH KAH KAH

APAKAH NAJIB

AKAN SAMAN

MUHYIDIN HARI

SELASA DEPAN

 KAH KAH KAH

MACAM NAJIB 

SAMAN AKHBAR

WALL STREET

KAH KAH KAH



NAJIB BANYAK PENGALAMAN

 


NAJIB BANYAK

PENGALAMAN 

MENCURI

KHALAS

Unknown commented on

 "NAJIB GADAI

 TANAH KTM 

TANJUNG PAGAR"

Ini berita baik yg ditunggu2. Najib jauh lebih bijak dari ismail sabri + muiden. Jawatan penasihat sangat sesuai utk najib sbb dia dah banyak pengalaman buat deal ngan singkapore dan china. Banyak perkara yg dia boleh nasihat ismail sabri hasil hubungan rapat ngan financier terkenal jho low yg pernah menjadi penasihat najib. Idup bossku idup 1mesia.

PELIK ! SABRI TAKNAK DIABSAHKAN DALAM PARLIMEN

 



PELIK PELIK PELIK

KENAPA  SABRI

TAK NAK

DIABSAHKAN DALAM

PARLIEMN

KHALAS 

MUHYIDIN TEGAS TOLAK KLEPTOKRAT

 

DALAM HAL

KLEPTOKRAT

MUHYIDDIN TEGAS

AMIN

INI TAK BOLEH

DINAFIKAN

AMIN 

MUHYIDIN

TAK AKAN

 KERJA SAMA

DENGAN

 TIM BANDUAN

KHALAS



Bersatu konsisten tolak kleptokrat, kata Wan Saiful

BERSATU konsisten menolak kleptokrat dalam kerajaan, kata ketua penerangannya Wan Saiful Wan Jan, ketika spekulasi semakin hangat bekas perdana menteri Najib Razak akan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri.

Katanya, mereka yang terpalit kes mahkamah boleh menyokong kerajaan tetapi tidak boleh terlibat dalam urusan pentadbiran sehingga nama mereka dibersihkan mengikut undang-undang.

“Ini adalah konsistensi kita. Dari segi dia hendak sokong (kerajaan), itu kita tidak boleh halang. Pembangkang nak sokong pun silalah sokong, tidak ada masalah.

“Kita jelas di sini bahawa ada beza antara mereka yang hendak menyokong kita, kita tidak halang malah kita menjemput semua pihak menyokong usaha yang kita lakukan.

“Tetapi, untuk meletakkan mereka di tempat yang tidak sepatutnya, selagi nama mereka belum dibersihkan, itu sehingga hari ini masih tidak dilakukan. Itu konsistennya kita,” katanya dalam wawancara dengan Astro Awani, malam tadi.

Wan Saiful menjelaskan sikap Bersatu jelas apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Muhyiddin Yassin tidak juga melibatkan mereka dalam pentadbiran kerajaan.

Semasa pembentukan kerajaan baharu selepas beliau letak jawatan, Muhyiddin selaku pengerusi PN berkata sokongan mereka kepada Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri bersyarat.

Antara syaratnya ialah pentadbiran Ismail hanya melibatkan individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah

Beberapa media yang memetik sumber semalam melaporkan Najib akan dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada perdana menteri Ismail Sabri Yaakob.

Najib mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri di pejabat perdana menteri di Putrajaya pada Selasa.

Ismail Sabri berkata mereka berbincang mengenai cabaran ekonomi dalam dan luar negara serta strategi menangani Covid-19.

“Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” tulisnya di Facebook.

Najib juga menulis di Facebook memaklumkan pertemuan mereka membincangkan  keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah yang wajar kerajaan ambil untuk memulihkannya.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Najib bersalah atas tuduhan menyeleweng RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan sedang merayu sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Rayuan. – 11 September, 2021. 


SABRI JADI PM

DENGAN SYARAT

AMIN

SATU SYARAT

DAH BOCOR

AMIN

SYARAT UTAMA

NO KLEPTOKRAT

AMIN

APAKAH SABRI

AKAN LANGGAR

SYARAT

AMIN

APA AKAN JADI 

KALAU  SABRI

LANGGAR

SYARAT ?

JENG JENG JENG