Rabu, 21 Jun 2023

GARIS TEPAT ANGKAT SENJATA -BUKAN BERUNDING


GARIS TEPAT HAMAS

ANGKAT SENJATA

BUKAN MACAM

FATAH PLO

BERUNDING

KHALAS

KENAPA LARI KE NEGARA KAPIR LAKNAT ?


THE QUESTION

SHOULD BE ASK

AS WHY

 THESE MUSLIMS

HEADED TO INFIDEL EUROPE

AMIN

SOALAN YANG MEDIA

WAJIB TANYA KENAPA

ORANG ISLAM 

LARI KE NEGARA

KAPIR LAKNAT

YANG SEKULAR

YANG PLURAL

YANG LIBERAL

YANG PRO LGBT

AMIN

KENAPA TAK LARI

KE NEGARA ISLAM

YANG SYUMUL 

YANG LEPAS MATI

ADA BIDADARI

KHALAS

ADA ALI BABA - ADA ZIONIS BABA - NAJIB BAYAR 79 JUTA RINGGIT PADA ZIONIS


Najib bayar hampir RM23 juta bagi khidmat pasukan media antarabangsa, kata saksi

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa Najib Razak membuat pembayaran hampir RM23 juta melalui 39 keping cek kepada syarikat Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd kerana menyediakan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepada bekas perdana menteri itu antara 2011 hingga 2014.

Pengarah syarikat itu, Mohd Omar Mustapha, 51, berkata pembayaran berjumlah RM22,981,688 diterimanya antara 3 Mac 2011 hingga 23 April 2014 kerana syarikat terbabit menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penyediaan teks ucapan dalam bahasa Inggeris untuk Najib sama ada di dalam atau di luar negara.

“Ia juga bagi menyelaras segala urusan dengan pihak media antarabangsa yang berpusat di Malaysia, menyelaras temu duga Najib sewaktu lawatan ke luar negara dengan media antarabangsa dan menyediakan deraf temu duga atau artikel oleh Najib dalam majalah atau surat khabar dalam bahasa Inggeris,” katanya ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.

Menurut saksi pendakwaan ke-45 itu, urusan perkhidmatan syarikat tersebut kepada Najib bermula selepas timbulnya isu perkhidmatan oleh APCO Worldwide kepada kerajaan Malaysia yang pada 2010 pihak kerajaan telah membayar RM76.8 juta setahun kepada APCO.

“Pembayaran ini telah dibuat oleh pihak kerajaan atas perkhidmatan PR Antarabangsa (Perhubungan Awam) yang telah diberikan oleh APCO antara Julai 2009 hingga Jun 2010. Pembayaran ini telah menjadi isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang dalam Parlimen dan saya difahamkan kontrak antara APCO dan kerajaan selepas itu tidak disambung.

“Ekoran daripada isu tersebut, saya melihat terdapat peluang perniagaan di situ dan telah menghubungi ketua pegawai eksekutif APCO di Malaysia pada masa itu, Paul Stadlen untuk bertanya sama ada beliau bersedia untuk keluar daripada APCO dan menyediakan perkhidmatan secara persendirian dan beliau bersetuju,” katanya.

Omar berkata APCO antara syarikat PR Antarabangsa terbesar di dunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan di lebih 30 buah negara termasuk Malaysia.

Saksi itu seterusnya berkata, beliau juga telah berjumpa dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri pada Mac 2011 untuk menawarkan perkhidmatan pasukan media antarabangsa dan penulis ucapan bahasa Inggeris kepadanya.

Menurut Omar, dalam perbincangan itu beliau telah menawarkan perkhidmatan tersebut dan pembayaran berdasarkan tuntutan yang dikemukakannya setiap bulan kepada Najib.

“Pada masa itu, Najib telah bersetuju dengan cadangan perkhidmatan tersebut. Saya tidak meminta sebarang kontrak ditandatangani untuk perkhidmatan ini dan beliau (Najib) juga tidak minta sebarang kontrak daripada saya. Urusan ini hanyalah melibatkan perjanjian lisan sahaja memandangkan isu ini kemungkinan besar boleh dipolitikkan.

“Saya percaya Najib boleh mempercayai saya dalam urusan ini kerana saya pernah bekerja sebagai pegawai khas utamanya ketika beliau memegang jawatan timbalan perdana menteri pada 2004 hingga 2005,” katanya.

Ketika disoal balas peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata Najib merupakan satu-satunya pelanggan dalam syarikatnya dan setiap bulan beliau sendiri akan ke pejabat Najib untuk mendapatkan cek-cek itu.

“Saya berjumpanya (Najib) setiap bulan dan saya berikan invois termasuk kos operasi dan beliau akan membuat pembayaran. Saya menerima pembayaran selama tiga tahun daripadanya tanpa disoal oleh pihak bank atau sebarang amaran daripada bank,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, saksi itu berkata perkhidmatan yang diberikannya kepada Najib adalah bagi tujuan rasmi dan beliau tidak mengetahui sumber wang yang digunakan Najib untuk membayar syarikatnya.

Ahmad Akram: Adakah kamu tahu dari akaun mana Najib bayar kepada kamu?

Mohd Omar: Saya hanya menerima bayaran melalui cek…setahu saya beliau menandatangani cek tersebut secara peribadi, di hadapan saya.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Rayuan Collin Lawrence Sequerah, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, diteruskan dengan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan. – Bernama, 21 Jun 2023.

HANYA SATU

KESALAHAN NAJIB

AMIN

NAJIB BAYAR

79 JUTA $$ UNTUK

SYARIKAT ZIONIS

AMIN

HANYA BAYAR

23 JUTA $$ UNTUK

SYARIKAT 

MELAYU ISLAM

AMIN

KESALAHAN 

INI WAJIB

DI HUKUM

AMIN

YANG LAIN

NAJIB TAK SALAH

KAH KAH KAH

KHALAS

TUKAR TIUB LIVE DI TIK TOK


JUMAAT MALAM

TUKAR TIUB

LIVE DI TIK TOK

@hishamuddinrais @radarselangor




SUARA TAMRIN



MENGAPA  DAP

  PERLU  DI TOLAK

BUKAN  KAH 

 KAUM  LUT

  DI HUKUM  ALLAH?


Tamrin  Tun  Ghafar

Selasa - 20/06/23



1.   Sikap  lemah  lembut ,  halus  dan  diplomatik  DAP   seperti  kata  pepatah :

       PIJAK  
       SEMUT  PUN
       TAK  MATI

telah  banyak  mempengaruhi  tindakan  saya   sehingga  sanggup  mencerca  dan memfitnah  Tun Dr. Mahathir  berhubung  kejatuhan  Tengku  dan peristiwa  berdarah  13 Mei 1969  dengan  tujuan  dan  harapan  membersihkan  DAP  terutama pengasasnya , Lim Kit  Siang

2.   Kepada  Tun  SECARA  TERBUKA  saya  memohon  maaf

3.   Walaupun  pada  zahirnya  DAP  mengguna dan menyanyikan  lagu  mereka  dalam Bahasa  Melayu   dan  menerima  Agong   semasa  Perhimpunan nya  namun  jika  dikaji  SECARA  TELITI ,  Perjuangan  dan  Perlembagaan nya  adalah   MERITOKRASI atau  berdasarkan  keupayaan dan kesemerataan  individu  tanpa  kira kaum ,. Malaysian  Malaysia  dan  menjadikan  negara  ini  NEGARA SEKULAR  iaitu  kesamaan Agama

4.   DAP  sedar  walaupun  punyai 42  Kerusi Parlimen  yang merupakan  Parti   yang  terbesar  dalam  Kerajaan  MADANI ,  mereka  TIDAK  bantah sedikit pun  apabila  di beri  hanya 4  Menteri sahaja jika  dibandingkan  dengan  PKR   dan UMNO yang  jauh dibelakang  TAPI   wakil - wakil  mereka  ( UMNO  dan PKR  )   dalam Kabinet  jauh  lebih  besar

5.   Bukan  sahaja  nampaknya  mengalah  tapi  nyawa  Anwar  sebagai  PMX   berada  di hujung  pedang  DAP ;  jestru  Anwar  kena  tunduk kepada  kemahuan  DAP

6.  Bukan  saja  Dewan  Merdeka , PWTC  yang  digunakan   selama ini mengatur  strategi  untuk  Orang  Melayu  tetapi  kini   sudahpun  mula dibanjiri   'babi- babi'  yang  berkeliaran  didalam nya

7.  Kalau dulu dianggap  haram  apabila  seketul  daging  babi  diletakan  bersama  gulai  daging  sebagai hidangan  kepada Orang  Melayu / Islam tapi hari  ini  ,  dengan  jemputan  UMNO , rasanya  FATWA  baru kini membolehkan  kita  ummat Islam  menjamah nya

8.  Bagi  melaksanakan  Negara  Sekular yang terkandung  dalam Perlembagaan  Parti   mereka ,  atas  nama  KESEMERATAAN  dan  taktik  halus sedang  mendesak  Anwar  memberi lampu hijau  melasanakan  KESEMERATAAN  Kawasan  Pilihanraya  Parlimen  dengan  setiap  Kawasan jumlah  pengundi  misti  berada  setakat  kira - kira 70 ,000   pengundi di setiap  Kawasan

9.   Jika ini berlaku , umum terutama  Orang  Melayu .akan  dapati   Kerusi  DAP  akan  bertambah  dari 42  ke 65 Kerusi  DAN  Kerusi  Orang  Melayu  yang  kecil  bilangan nya  akan  dicantumkan  dengan Kawasan lain  ;  ini  bermakna  DAP  akan  bertambah , dan Melayu  akan  berkurangan

10.  Perkara  2 ( a )  Perlembagaan  Negara  MEMBOLEHKAN   Negeri - Negeri lain  dijemput  menjadi  sebahagian  dari  Persekutuan ;  ia  boleh dilakukan  dengan  'simple  majoriti'  ,   TIDAK  perlu  mendapat  persetujuan  Majlis  Raja - Raja

11.  Penambakan  tanah  Singapura   sudah tidak lagi mampu  membendung  jumlah  rakyatnya  yang  bertambah akan  berlapang dada  menerima  jemputan  DAP jestru  dengan  80  Kerusi  Parlimen yang  sedia ada mereka  pasti  boleh  bergabung  dengan 65  Kerusi  Parlimen  DAP  yang  bakal menyaksikan  buat  pertama kali  PAP  dan DAP  bergabung

12.   Kerisauan Tun Dr. Mahathir  jangan  kita  ambil  rengan  ;  tidak  mustahil  negara  ini akhirnya  AKAN  di perintah  oleh  kaum yang  asalnya  PENDATANG

13.   Sudah  sampai  masanya  Orang  Melayu   ketepikan  buruk sangka ,   memfitnah  dan  bersatu  seperti  menjelang  penubuhan  UMNO  pada  11 Mei 1946  dahulu melalui  PROKLAMASI  ORANG  MELAYU ( POM )  yang  di katakan  RASIS  oleh  Anwar  ,  Orang  Melayu  sendiri ;  seperti  DEB   dulu ,  POM TIDAK  ADA  langsung   niat  atau  hasrat  menggangu  atau  menggambil  alih  ekonomi  bangsa asing untuk  diberikan  kepada  Melayu

14.  Apakah  berjuang  untuk  bangsanya  sendiri  di Tanah  Melayu  SALAH  dan  di anggap  RASIS    sehingga  Anwar  sanggup. sabotaj  pelancaran nya  dan polis pula  disalah guna  merampas  dan  membatalkan  program  POM ?

15.  Inikah  perjuangan  REFORMASI  yang  sekarang  ditukar menjadi  MADANI ?

16.  DAP  amat  takut  kepada    usaha  menyatukan  Orang Melayu seperti  POM  dan bagi MENENTUKAN  kedudukannya  SELAMAT ,  Anwar  kini  terpaksa  mengikut  telunjuk  DAP

17.  Sudah  sampai  masanya Orang  Melayu  keluar  beramai - ramai MENGUNDI  bagi   menentukan dan menyelamat  nasib  bangsa nya  sendiri  SEBELUM  :

     NASI
     MENJADI
     BUBUR

18.  Anwar  boleh  menabur   'janji manis'   lagi  dan dalam masa  sama  meneruskan  aktiviti  kegemaran nya

19.  INGAT  apa  yang  berlaku  kepada  kaum  Lut seperti  yang  disebut  ALLAH  SWT  didalam  Al Quran

20.   BERTAUBAT   lah  segera  SEBELUM  ALLAH  SWT  Menghukum  kita semua

21.   Jika  Anwar  mempunyai  darah Melayu  , 2  perkara  yang  PERLU  dilakukan  segera :

i.  Meminda  Perlembagaan  Negara  dengan  menambah :

Majlis Raja - Raja  MISTI  terlebih  dahulu dirujuk  bagi mendapat  persetujuan membenarkan  mana - mana  Negeri  untuk  menganggotai Persekutuan

ii.  Agong  berhak  memililih  atau  melantik  sesiapa  Ahli Dewan Rakyat yang  pada  Baginda  mempunyai  sokongan  NAMUN   yang  dilantik  itu  MISTI  Orang  Melayu , bertutur bahasa Melayu ,  MENGAMALKAN  budaya  dan adat resam  Melayu  dan beragama Islam

22.       JANGAN  
             TUNGGU
              LAMA -
              LAMA
              NANTI
              LAMA
              LAMA
              DIA
              DI AMBIL
              ORANG !!

23.   Pepatah  Inggeris  mengatakan :

        WHATS
        GOES 
        AROUND
        COMES
        AROUND

24.  Anwar  dulu  yang  saya kenal  dan  menaikan  beliau  sebagai  Ketua  Pemuda  UMNO  tak  sama  dengan Anwar  sekarang ; kini  beliau  berkuasa  tapi :

      MORALLY
      AND
      POLITICALLY
      BANKRUPT

25.  Terdapat di beberapa  ayat  dalam  Surah Al Bakarah yang  bermaksud :

      FITNAH
      ITU  LEBIH
      KEJAM  DARI
      MEMBUNUH

hentikan  membuat  fitnah  ATAU  buktikan  
PROKLAMASI  ORANG  MELAYU  ini  RASIS

Wassalam
Terima  Kasih

RINGGIT JATUH - PM CARI MENTERI KEEWANGAN ?



Nilai ringgit susut berbanding dolar AS

NILAI ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini apabila pelabur terus mendapatkan mata wang selamat berikutan kebimbangan terhadap prospek ekonomi global, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6485/6525 berbanding dolar AS daripada 4.6385/6425 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan masih lemah kerana kebanyakan bank pusat utama dilihat mengambil sikap yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah di tengah-tengah persekitaran mudah tunai global yang ketat.

“Pasaran agak cemas kerana Rizab Persekutuan dijangka mengekalkan pendirian monetari yang ketat di sini untuk membendung inflasi.

“Pelabur juga akan memberi perhatian kepada ucapan pengerusi Fed Jerome Powell di hadapan Kongres AS yang dijangka menyentuh pandangan tentang ekonomi,” katanya kepada Bernama

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9310/9361 daripada 5.9220/9271 pada penutupan semalam lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.2810/2840 daripada 3.2751/2781 pada Selasa dan lemah berbanding euro kepada 5.0743/0787 daripada 5.0676/0719 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean yang lain ringgit bergerak kebanyakannya bercampur-campur.

Ringgit meningkat sedikit berbanding baht Thai kepada 13.3152/3378 daripada 13.3486/3666 semalam tetapi merosot nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4540/4590 daripada 3.4490/4556 sebelumnya.

Nilai mata wang tempatan turut menguncup berbanding rupiah Indonesia kepada 308.9/309.4 daripada 308.5/309.2 pada Selasa dan lemah berbanding peso Filipina pada 8.31/8.33 daripada 8.30/8.32 semalam. – Bernama, 21 Jun, 2023.


PASAI APA

RINGGIT JATUH ?

JENG JENG JENG

PERDANA MENTERI

WAJIB PANGGIL

MENTERI KEEWANGAN

AMIN

WAJIB TERANGKAN

DENGAN

 JELAS  PADA

PERDANA MENTERI

KENAPA RINGGIT JATUH

AMIN

KHALAS

DJ KJ ANTI ZAHID


KJ JADI DJ

APA MAKNA KJ JADI DJ ?
WAJIB DI KETAHUI
STESEN HOT FM MILIK
MEDIA PRIMA
SYARIKAT MEDIA PRIMA
TAIKONYA  SYED MOKHTAR
TAIKONYA JO GHANI

JO GHANI TAIKO GEROMBOLAN
YANG BUKAN TIM ZAHID
NAMPAK TAK ?
TU PASAL OKAY DENGAN KJ
TU PASAL OKAY KJ
KEMPEN UNTUK ABAH
JENG JENG JENG
MUSTAHIL
TAK FAHAM
AMIN

Rosli commented on 

"GELOMBANG TAK PUAS HATI 
 DENGAN ANWAR"
17 hours ago
Buat KJ, tolong cermin diri sebelum bagi ulasan. Orang kalah PRU dan tidak ada parti dan jadi DJ radio boleh ulas pasal parti lain, kau masuk perangkap Lebai la senang cerita.

MALAPETAKA IKLIM AKAN SAMPAI !!!



MALAPETAKA IKLIM

AKAN SAMPAI

INI JANJI ALAM

KHALAS

TERBUKTI - NEGARA SEKULAR LEBIH BAIK DARI NEGARA ISLAM


SAH TERBUKTI

NEGARA SEKULAR

LIBERAL

PLURAL

DAN PRO LGBT

LEBIH BAIK DARI

NEGARA ISLAM

KHALAS

Jigit commented on
 "KENAPA PENGANUT ISLAM LARI KE NEGARA KAPIR ? "

Bab ni TT pendek akal...tak boleh nak hadam. Umat Islam lari ke negara kapir kerana telah terbukti melalui tinjauan yang dibuat bahawa...ORANG2 ISLAM YANG MENJADI MINORITI DI MANA2 NEGARA ASING, JAUH LEBIH BAIK KEADAAN MEREKA SAMADA DARI SEGI AMALAN ATAU TARAF HIDUP MEREKA BERBANDING DENGAN SAUDARA MARA YANG MASIH TINGGAL DI NEGARA ASAL MEREKA. Tak caya hang pi check....


Unknown commented on 
"KENAPA PENGANUT ISLAM
 LARI KE NEGARA KAPIR ? "

Anta miskin bro..anta miskin..ini je ke knowledge yg anta ade? anta miskiinn ilmu..poor soul kahkahkah





DARI BALKONI LE CHATEAU


DARI BALKONI

LE  CHATEAU

PETANG INI JAM 3.20
PANAS  BERTUKAR
HUJAN TURUN
GURUH BERBUNYI
TIDAK LEBAT TAPI MEMBASAHI
BUMI YANG PANAS
BUNYI GURUH TIDAK KUAT
MUNGKIN DI WILAYAH LAIN
HUJAN LEBAT

ENAK JUGA  HUJAN PETANG
UDARA PANAS JADI SEJUK
MALAM  NANTI 
AKAN  SEJUK SANTAI
BOLEH  MELEPAK
AMIN

ZIONIS RAMPAS DAN UBAH NAMA KAMPUNG


ZIONIS RAMPAS

DAN UBAH NAMA

KAMPUNG

AMIN

RAMAI KAWAN SAHIDAN BERADA DI SEKOLAH TALIAB

 


RAMAI KAWAN

SHAHIDAN BERADA

DI SEKOLAH TALIBAN

AMIN

MENGAPA TAKDA

DI SEKOLAH CHINA

ATAU INDIA

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "DULU ANWAR MAIN BELAKANG SEKARANG TAK TENTU HALA"

Dari banyak2 sekolah .. sekolah yg ada unsur Tarliban lah yg gurunya ade banyak rekod kes SEX dengan murid2 nye. Ada murid di tonyoh lobang bontot nye hingga terkeluar tali kentot nye .. guru nye dah tangkap ke belom. Lu carik satu sekolah Cina atau Keling yg murid nye kena tonyoh pantat atau bontotnye.

MADEY DAN ANWAR


KESAH CHINA

DI OLD PJ

KAH KAH KAH

AMIN



Mark Lee Tolic:Ada Cina pelat di Pasar Jalan Othman, PJ Old Town tanya gua  samada gua kenal baik dengan Mark Lee Tolic?.....Gua tak kenal gua jawab....dah beborak 10 minit , baru tahu Mark Lee Tolic tu dia maksud kan Mat Rhetorik!.  
Kah kah kah

NELAYAN MENJALA MAYAT


NELAYAN

MENJALA MAYAT

AMIN

DULU ANWAR MAIN BELAKANG SEKARANG TAK TENTU HALA


Kemarahan Melayu makin memuncak kerana kerajaan Anwar tiada hala tuju, kata Khairy


Pemimpin Umno yang dipecat Khairy Jamaluddin melemparkan kritikan keras terhadap pentadbiran tujuh bulan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengatakan kelemahan hala tuju ekonomi meningkatkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Melayu melangkaui isu “3R” iaitu (race) kaum, (religion) agama dan (royalty) raja.

"Sejak tujuh bulan lalu, terdapat kelemahan hala tuju ekonomi yang jelas: ringgit terus lemah dan krisis kos sara hidup terus menghakis kuasa beli rakyat," tulis Khairy di Fulcrum, jurnal yang diterbitkan oleh badan pemikir dari Singapura, Institut Yusof Ishak (ISEAS). 

"Kemarahan orang Melayu yang ketara ini dikuatkan lagi dengan sikap hipokrit pentadbiran sekarang, yang bercakap tentang membasmi rasuah dan menegakkan tadbir urus yang baik tetapi pada masa yang sama melindungi pemimpin Umno berkait rasuah.

“Apa yang kita mungkin lihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah kurangnya 'Gelombang Hijau' berbanding tsunami rasa tidak puas hati," katanya, menggunakan frasa yang digunakan untuk menggambarkan kejayaan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Khairy berkata peralihan sokongan orang Melayu lebih berkisar kepada rasa tidak puas hati dalam masyarakat itu terhadap isu seperti ekonomi dan cara kerajaan menangani rasuah.

Beliau berkata tidak seperti kebangkitan PAS pada era 1980-an dan 1990-an, populariti parti itu ketika ini menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) mempunyai "lebih banyak dimensi daripada sekadar peningkatan kesedaran agama dalam kalangan orang Melayu". 

"Apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah kurang kebangkitan 'gelombang hijau' ekstremis berbanding luahan rasa tidak puas hati yang tulen dalam masyarakat Melayu yang melangkaui isu 3R," tambahnya.

Sebanyak enam negeri akan mengadakan PRN dalam beberapa bulan akan datang: Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. 

Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) manakala Kedah, Kelantan, dan Terengganu di bawah PN, yang membuat kejutan pada PRU15 tahun lepas. 

Ini termasuk di kawasan kubu kuat PH dan Barisan Nasional (BN). 

Mengulas mengenai prestasi PN dalam PRU15, Khairy berkata gabungan itu memenangi kerusi di luar kubu kuat Melayu-PAS dan memperluaskan cengkaman di beberapa kawasan bandar yang mempunyai jumlah pengundi Melayu lebih rendah.

"Calon-calon yang menang berkempen di bawah bendera PN dan tidak menggunakan simbol bulan yang dikaitkan dengan PAS serta politik Islam,” tambahnya.

Khairy, yang belum menyatakan pendirian untuk menyertai parti lain selepas dipecat daripada Umno, turut memberi amaran menggunakan PRN akan datang sebagai “pilihan jati diri rakyat Malaysia" boleh memakan diri dan mendorong lebih ramai pengundi Melayu menyokong PN. 

"Orang Melayu di Malaysia secara zahirnya menjaga kewajipan agama mereka tetapi ini tidak bermakna terdapat gelombang ekstremisme Islam di Malaysia," katanya.

DULU TUDUH

ANWAR MAIN

BELAKANG

KAH KAH KAH

SEKARANG KATA

ANWAR MAT PUTAR

KAH KAH KAH

APAKAH KHAIRY

NAK JADI

MAT TALIBAN

PEMINAT MAIN

DEPAN

AMIN

ANTI MAIN 

BELAKANG

KAH KAH KAH

KHALAS

BEREBUT DAN BERGADUH


BN, Pakatan berebut 2 kerusi di Terengganu, kata sumber

DUA kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu masih lagi menjadi pertikaian dalam rundingan kerusi antara Barisan Nasional (BN) – Pakatan Harapan (PH), menurut beberapa sumber parti.

Sumber dalam PH mendedahkan ia melibatkan kerusi DUN Bandar dalam Parlimen Kuala Terengganu dan kerusi DUN Chukai dalam kawasan Parlimen Kemaman.

Selain BN, kerusi itu juga menjadi rebutan dua parti dalam PH, PKR dan Amanah, katanya yang enggan namanya disebut.

“Tuntutan dua kerusi itu terlalu bertindih di mana kerusi DUN Bandar menjadi rebutan antara BN-Umno, PKR juga Amanah.

“Sebelum ini DAP turut mahukan kerusi DUN Bandar ini, namun mereka kemudiannya menyerah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata kerusi DUN Chukai pula dituntut PKR tetapi BN-Umno menetapkan syarat supaya parti pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu tidak bertanding di seluruh Kemaman.

Sumber parti itu berkata antara alasan PKR menuntut kerusi tersebut kerana percaya mereka mempunyai peluang menang lebih tinggi jika bertanding di situ.

“Sebagai contoh di DUN Chukai, hakikatnya wakil rakyat PKR pernah menang di Parlimen Kuala Terengganu disebabkan itu PKR kuat di sana,” katanya.

Sumber itu merujuk kepada bekas ahli Parlimen Kemaman Abd Rahman Yusof yang memenangi kerusi itu dalam PRU10.

“Malah kita boleh katakan jentera PKR di DUN Chukai (lebih kuat) berbanding di Kuala Terengganu

“Tapi disebabkan Kemaman ini kawasan bekas menteri besar dan pengerusi BN Umno Ahmad Said maka diletakkan syarat tidak ada calon PH di kawasan DUN bawah Parlimen Kemaman,” katanya.

Begitu juga dengan kerusi DUN Bandar. PKR meletakkan yakin memenangi kerusi itu berdasarkan sokongan pengundi Cina terhadap PH di kawasan itu.

 “Secara peribadinya saya rasa kalau PH ingin mendapat kemenangan di Terengganu adalah dengan dua kerusi tersebut,” katanya.

Seorang lagi sumber parti mendedahkan, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi pada Khamis memutuskan Pakatan Harapan (PH) hanya mendapat enam kerusi DUN.

Keputusan itu mengundang kekecewaan PKR negeri yang menuntut keseluruhan 11 kerusi DUN.

Sumber itu berkata PKR Terengganu begitu berharap dapat meletakkan calonnya di kerusi DUN Bandar kerana yakin mempunyai potensi menang di situ.

“Sebab kita ada rekod kemenangan di kerusi itu pada PRU13.

“Dan semasa PRU15 biarpun kita kalah di kerusi Parlimen Kuala Terengganu tapi data undian dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) menunjukkan sekitar 80% ke 85% pengundi Cina menyokong kita,” katanya.

Pada PRU14 PAS memenangi kerusi DUN Bandar melalui calonnya Ahmad Shah Muhamed dengan perbezaan 2,091 undi.

Kawasan DUN Bandar mempunyai pengundi daripada kaum Cina paling ramai di Terengganu iaitu sekitar 35% mengikut data PRU14 dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerusi DUN Chukai pula disandang Hanafiah Mat yang juga merupakan exco Terengganu selepas mengalahkan calon BN Umno dengan perbezaan 4,881 undi dalam PRU14.

Sumber mendedahkan PH menuntut kerusi DUN Bandar Batu Buruk, Bukit Payong, Tepoh, Jabi, Kota Putera dan Sura.

“Kerusi itu antara cadangan awal PH, tapi bagi kita kalau dapat, OK. Kalau tidak pun kita masih OK.

“Tidaklah kita terlalu bertegas sangat untuk kerusi tersebut. Sebab keutamaan PH adalah dua kerusi ini iaitu DUN Bandar dan Chukai,” katanya.

Isu agihan kerusi juga dibangkitkan ahli PKR negeri yang hadir dalam program dialog dengan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu Nik Nazmi Nik Ahmad semalam.

Nik Nazmi yang juga naib presiden PKR tidak menafikan perkara itu namun berkata agihan kerusi di negeri tersebut masih lagi dalam proses rundingan dan belum dimuktamadkan.

“Soal status rundingan kerusi, ini belum tamat, saya sebaik mungkin cuba selesaikan untuk PKR dapatkan kerusi DUN Bandar.

“Kita kena faham konteks rundingan sekarang berbeza dengan sebelum ini, sebab kita berunding dengan Umno.

“Rundingan kerusi sangat kompleks, kita kena pastikan kerusi yang kita minta itu merupakan kerusi boleh menang. Itu syarat dalam PRN (pilihan raya negeri),” katanya.

Pada masa sama menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim itu juga meminta ahli PKR memberikan kepercayaan dan sedikit masa lagi untuk pimpinan parti menyelesaikan isu tersebut.

“Bagi sedikit masa lagi untuk kami selesaikan isu ini, kita juga merancang untuk berunding untuk menambah jumlah kerusi lagi bagi PH.

“Kita percaya rundingan ini akan dapat diselesaikan dalam seminggu dua lagi,” katanya. – 21 Jun, 2023.

BERUNDING KE

BEREBUT ATAU

 BERGADUH

KAH KAH KAH

REBUT JANGAN

TAK REBUT

AMIN

PIKUL KAVADI

INI MEMANG BERAT

AMIN

KHALAS