SEMUA DI JEMPUT HADIR
PETANG INI
jika diluar kuala lumpur
sila layari radio bangsar utama
WACANA KUDETA MESIR: PENGAJARAN KEPADA GERAKAN
ISLAM
Terima kasih
kerana sudi hadir pada petang ini, hari ke 17 Ramadhan. Untuk makluman wacana
kita pertang ini disirakan secara langsung kepada seluruh dunia melalui RADIO
BANGSAR UTAMA BERANI LAWAN LAPORAN JELAS pada tapak atau situs (http://www.radiobangsarutama.com/)
PARA PANEL WACANA
1) Cikgu Azmi
Abd Hamid, MAPIM, SYURA, TERAS dan CAP.
2) Sdr
Hishamuddin Rais atau TT, Tukar Tiub, blogger, aktivis dan pemimpin massa
khususnya anak-anak muda
3) Sdr Hasni
Abas, mantan Presiden Union Dewan Bahasa dan Pustaka, SU GMP, Gerakan Mansuhkan PPSMI, aktivis
sosial yang kritis
4) Sdr Ahmad
Muhajir, penguasa, kolumnis dan pemerhati yang kental. Tulisan abeliau boleh kita ikuti dalam
Harakah cetak, Emel Dari Seberang.
TUJUAN WACANA
Hari ini
sudah masuk hari ke X, Presiden Morsi digulingkan oleh pihak tentera Mesir,
satu episod yang kita kira bukan cukup luar biasa di negara yang paling
berpengaruh di Timur Tengah. Aspek ini
akan diulas sepintas lalu oleh para pembentang kita.
Apakah
tujuan utama kita dalam wacana ini mengutuk tindakan tentera dan juga campur
tangan asing, khususnya Amerika dan juga tangan usil Isreal? Sebagai latar kefahaman, aspek ini akan
disentuh oleh pembicara kita.
Sebenarnya
tujuan kita dalam wacana ini jauh lebih besar kerana sebenarnya kita telah
jenuh mengutuk, mengecam namuan keadaan tidak pernah berubah. Oleh itu yang kita harapkan dalam wacana ini
ialah:
APAKAH
PENGAJARAN YANG BOLEH
KITA PEROLEHI UNTUK TINDAKAN LANJUT?
APAKAH CONTOH-CONTOH
NYATA SEGALA KELEBIHAN DAN
JUGA KEKURANGAN GERAKAN SERTA
PENTADBIRAN ISLAM KONTEMPORI MISALNYA
PARTI-PARTI POLITIK ISLAM YANG DI
INDONESIA, TURKI MALAH TERENGGANU, KEDAH DAN KELANTAN?
KENAPAKAH
SEMUA INI TERJADI?
APAKAH YANG
BOLEH KITA LAKUKAN SEBAGAI PERSEDIAAN DI MASA DEPAN?
PERBINCANGAN BERMULA: 5:15 Petang
JAM : 6:55 Petang dibuka untuk soal jawab
Kita ada
kira-kira 20 minit untuk soal jawab dan juga respons panel.
------------