Ahad, 4 Februari 2024
TONY PUA KENA PANNGGIL POLIS
Pengampunan Najib: Tony Pua dipanggil ke Bukit Aman esok
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan berhubung kenyataan Tony Pua yang disyaki menghina institusi diraja yang dimuat naik di laman Facebook.
Ketua Polis Negara, i Razarudin Husain berkata, kenyataan menghina Sultan Pahang berhubung pengampunan yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak dikesan dikeluarkan oleh pemimpin politik itu.
“Kenyataan itu berbunyi: ‘trust me. It’s not a scam’, ‘oh wow, after all these years, NAJIB/UMNO cybertrooper still love me’, ‘I beg your pordon?’, ‘can someone sent me to jail and for 1 year and in exchange, pay me RM50 mil?’, ‘Preety please?’, ‘King Klep pardoned!!’
“Kenyataan seperti ini bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya sebagai Ketua Negara di bawah Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Razarudin, siasatan sedang dijalankan secara terperinci oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Tambah beliau, siasatan terhadap Tony Pua dikendalikan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Razarudi berkata, berikutan laporan polis yang diterima serta kertas siasatan yang dibuka, Tony akan dipanggil ke Bukit Aman pada jam 1 tengah hari esok bagi membantu siasatan
TANGKAP JANGAN
TAK TANGKAP
AMIN
HINA SAPA?
PASAI APA?
AMIN
NAJIB DAPAT
MENU RAHMAH
DARI ANWARA KE?
JENG JENG JENG
AMIN
PENJARA YANG POSITIF
ROSMAH
BIK MAMA ATAU MAK BADAK
WAJIB MELIHAT PENJARA
SEBAGAI SATU YANG POSITIF
AMIN
BILA ROSMAH MASUK JIL
TAK SAMPAI 6 BLAN
BERAT BADAN BIK MAMA
AKAN TURUN
BERKILO KILO
AMIN
SATELAH SETAHUN DALAM JIL
ROSMAH AKAN KEMBALI CUN
AKAN SLIM MELIM
KURUS LANGSING
BOLEH MENGGANTIKAN
ZIANA ZAIN
SEBAGAI DUTA SLIM
MALAH ROSMAH
BOLEH KLIM JADI
JANDA... OPSS.. SILAP
JADI ANAK DARA SEKALI LAGI
KHALAS
NAJIB KECEWA - SAPA KENCING NAJIB ?
Najib amat kecewa – Nooryana
KUALA LUMPUR – Najib Razak amat kecewa apabila Lembaga Pengampunan hanya memberi pengurangan hukuman dan denda ke atasnya.
Menerusi Instagram, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa berkongsikan perasaan bapanya itu selepas balik dari Penjara Kajang.
Katanya, ketika lawatan itu, Najib memegang sehelai kertas ditangan – keputusan Lembaga Pengampunan.
“Yana bertanya, “Ayah, macam mana?”
“Daddy jawab: “Kecewa, sangat sangat kecewa. Yana tahu tak perasaan yang paling teruk adalah apabila anda terkejut dan tiada sesiapa di sekeliling untuk bercakap. Anda hilang dalam fikiran anda kerana anda sendirian”.
Menurut Nooryana, bapanya kelihatan letih, mungkin tidak cukup tidur kerana memikirkan keputusan yang diumumkan semalam selepas menunggunya dengan penuh harapan.
Apatah lagi, semua orang di sekeliling ayahnya memberi kata-kata semangat “Insya-Allah Datuk, sedikit masa lagi”.
Bahkan, katanya, sehingga pagi Isnin 29 Januari, pada hari mesyuarat Lembaga Pengampunan, sebelum ke mahkamah, pengawal penjara juga beranggapan ia adalah kali terakhir mereka akan bertemu dengan Najib.
Malah, Najib juga memberitahu mereka yang ditemuinya tentang hasrat beliau untuk menziarahi kubur ayah dan ibunya selepas diberi kebebasan. Namun semuanya tidak kesampaian.
Nooryana berkata, hujah utama petisyen pengampunan Najib bagi kes SRC International adalah tidak mendapat keadilan.
Najib tidak diberi haknya untuk mempertahankan dirinya daripada pertuduhan.
“Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil. Fakta menunjukkan beliau telah dihantar ke penjara tanpa representasi yang berkesan. Dia dijatuhkan hukuman tanpa merit rayuan yang didengar.
“Dalam petisyen pengampunan itu juga terdapat perkara yang dibangkitkan bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil, konflik kepentingan Hakim Nazlan dan kebocoran keputusan akhir yang telah disediakan sebelum rayuan tamat. Terlalu banyak kelemahan dalam proses yang bertentangan dengan undang-undang keadilan semula jadi,” tegas Nooryana.
Pada Najib, beliau sedang dihukum kerana memberi wang untuk kebajikan. Bahkan beliau dihukum kerana mahukan lebih banyak masa untuk membuktikan dia tidak bersalah.
“Najib dihukum kerana darahnya adalah UMNO dan tidak akan menyerah untuk partinya. Dia dihukum hanya kerana dia Bossku, hanya kerana dia Najib Razak,” ujar wanita itu lagi. –
WOIT
KENAPA KECEWA?
DAH ADA JANJI KE?
AMIN
KALAU DAH ADA
JANJI PASTI
KECEWA
AMIN
SAPA BERI JANJI?
NAJI NAK BEBAS ?
KAH KAH KAH
DAH KENA
KENCING KE?
SAPA KENCING ?
KAH KAH KAH
KHALAS
BUKAN KAKI BODEK
Hassan sedia dipecat PKR jika kelantangannya satu kesalahan
KUALA LUMPUR – “Jika saya mempertahankan hak saya untuk bersuara dan menyatakan fikiran maka itu dianggap satu kesalahan oleh Kerajaan Perpaduan maka saya bersedia jika saya dikenakan tindakan pemecatan oleh pimpinan parti.”
Itu penegasan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Kenyataan Hassan itu menyusul selepas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil menegur beliau supaya tidak menjaga tepi kain orang lain.
Ia ekoran kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang itu bahawa UMNO perlu diterajui nakhoda baharu bagi mendapatkan semula undi golongan Melayu.
Mengulas teguran tersebut, Hassan berkata, memang wajar Fahmi selaku jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Ketua Penerangan PKR menegur dengan keras anggota parti yang dianggap telah melakukan kesalahan disiplin kerana bersuara lantang.
“Saya telah menjadi anggota parti secara rasmi 46 tahun yang lalu pada tahun 1978 sebagai anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM).
“Sepanjang tempoh lebih 4 dekad itu, inilah kali pertama saya ditegur secara keras dan diumumkan secara terbuka di media sosial atas kesalahan menyatakan fikiran dan pandangan politik. Saya tidak berkecil hati,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak gentar atau takut atas teguran tersebut malah bersedia sekiranya PKR mahu memulakan prosiding disiplin ke atasnya kerana bersuara lantang selama ini. –
TERUSKAN
TEGAKKAN
KEBENARAN
AMIN
JANGAN JADI
KAKI BODEK
AMIN
KHALAS
SUARA MAT SABU YANG BERANI
Kenyataan Media
Presiden
AMANAH
Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Amerika Syarikat, pimpinan Joe Biden kerana bertindak tegas mengebom Syria dan Iraq apabila tiga tentera AS terkorban.
Baru-baru berlaku kematian tiga tentera AS di Jordan, yang didakwa dilakukan oleh kumpulan yang pro kepada Iran.
Maka tanpa lengah lagi Biden membalas kematian tersebut dengan melakukan serangan bom ke atas lebih 60 tempat di Syria dan Iraq.
Tetapi majoriti negara Arab hanya berpeluk tubuh dan tidak peduli langsung apabila umat Islam, umat Arab Palestin dibunuh setiap hari oleh tentera Zionis Israel yang sehingga kini mencecah hampir 30 ribu kematian.
Lebih 70 peratus mangsa yang terkorban adalah terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, tetapi malangnya pemimpin-pemimpin negara Arab ini tidak mempunyai maruah seperti bos mereka, iaitu AS.
Datuk Seri Mohamad bin Sabu
3 Februari 2024
RAKYAT MASIH NAK TAHU KENAPA PENCURI PERLU DI AMPON
RAKYAT WAJIB
DIBERI TAHU PASAL
APA HUKUMAN NAJIB
DIKURANGKAN
KHALAS
NAJIB SELAMAT !!!
Najib amat kecewa – Nooryana
KECEWA SEDIH
TAPI SELAMAT
AMIN
SELAMAT MACAM
MANA ?
AMIN
SELAMAT
DARI ROSMAH
KAH KAH KAH
KHALAS
JO LO DIPILIHARA OLEH CHINA MERAH
KERANA JO LO
DI PILIHARA OLEH
CHINA MERAH
KHALAS
Unknown commented on
"PENCURI DI ZALIMI !!!"
Kenapa Jho Low bebas kaya raya tak di tangkap tangkap lagi...!?
SAPA ARAH BUNUH ALTANTUYA
SAPA ARAH
BUNUH ALTANTUYA
AMIN
SAPA ARAH BUNUH
KEVIN & NEJAD
KHALAS
zaki commented on
"SANA SINI TAK PUAS HATI"
Jangan mudah terpesong dengan wayang najib, konon cerita najib dapat diskaun 50 peratus ramai tak puas hati, tak masuk lagi cerita, ada banduan dapat parol tahun terakhir dibebaskan, najib bebas 2028, najib mungkin dapat parol, 2026 najib dah boleh keluar penjara,
najib bayar denda 50 juta 2028 najib boleh jadi calon pilihanraya, ingat najib tak pernah bunuh orang, najib tak bom altantuya, najib t
ak tembak pengerusi ambank, najib tak simen kevin,
ROSMAH
ROSMAH
AHAD 4 FEBUARI 2024
BERITA NAJIB DAPAT
POTONGAN MENU RAHMAH PMX
MASIH HEBOH DI HEBOHKAN
ANWAR KATA BEYOND ME
ERTINYA DIA TAK TAHU MENAHU
KAH KAH KAH
TAPI LOKMAN ADAM BOCOR
UCAP TERIMA KASIH
PADA ANWAR YANG CEPATKAN
NAJIB DI BEBAS
BETUL DIA LOKMAN ADAM
AYNG LOKMAN ADAM
BAGI KANTOI
KAH KAH KAH
TUKANG ANCAM
TUKANG BAWA KERETA POLIS
FAHMI FADIL
BERI AMARAN
TERIMA KEPUTUSAN INI
JANGAN PERTIKAI
INI TITAH AGONG
KAH KAH KAH
INI KES 3R
ROGOL RAMAI RAKYAT
NANTI KERETA POLIS DATANG
KAH KAH KAH
ROSMAH SENYAP
BILA ROSMAH MASUK JIL
APAKAH ADA JUGA
MENU RAHMAH PMX
KAH KAH KAH
AMERIKA & UK
NEGARA ANGLO AMERIKA INI
BOM 30++ KAWASAN YAMAN
KONON NAK HALANG
TENTERA YAMAN
DARI SERANG KAPAL DI LAUT MERAH
BIDEN
MENANG DI SOUTH CAROLINA
INI UNDI DARI AHLI PARTI
BIDEN KATA DIA AKAN
KALAHKAN TRUMP
SEKALI LAGI
KAH KAH KAH
GERMAN
HAMPIR 200 RIBU
WARGA GERMAN DARI
PELBAGI BANDAR BERDEMO
MENENTANG AFD
PARTI ALTERNATIF UNTUK GERMAN
PARTI GARIS KANAN
YANG MAKIN POPULAR
DAN MAKIN BERJAYA
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU MUDA
TIONG BERTERBANGAN
TUK TUK TANPA HENTI BERLAKU
GUA IKUT ARAH SUNGAI
DI LERENG BUKIT
HOW WOW BERSUARA
BERGENAUNG DI GAUNG
SEPERTI DUA EKOR HOW WOW
BERSUARA
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK SEDANG
BERSANTAI DI BALKONI
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT HARI INI
DENGAN SENYUMAN
BRO
CANTIK IALAH BENAR
KECANTIKAN IALAH KEBENARAN
KEBENAARN IALAH KECANTIKAN
INI YANG KITA SEMUA
WAJIB KETAHUI
BRO
ADA BUKU KITA RASA
ADA BUKU KITA TELAN
ADA BUKU YANG DI KUNYAH
ADA YANG DI HADAM
BRO
BILA LU HILANG HARTA
TAKDA APA YANG HILANG
BILA LU HILANG KESEHATAN
ADA SESUATU YANG HILANG
BILA LU HILANG WATAK
LU HILANG SEMUA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)