Rabu, 30 Oktober 2019

TAHNIAH





TAHNIAH

PM Lubnan letak jawatan, tunduk tuntutan protes 13 hari

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan Saad al-Hariri meletakkan jawatan sambil mengakui beliau telah “buntu” dalam usaha menyelesaikan krisis politik ekoran protes besar terhadap golongan elit pemerintah


SAME SHIT






SAME SHIT

Sebnarnya, rakyat Msia semua bodoh. PRU untuk pilih siapa berkuasa songlap harta negara. Cuba tengok ahli parlimen sekarang. Ada berapa yang betul betul berkhidmat untuk rakyat dan negara? 
Semua asyik berpolitik, rebut kuasa, kontrak sini sana. Keadaan lebih teruk daripada masa BN. Orang putih kata, same shit, different people -. Rakyat dah diperdaya pi ramai-ramai pangkah kertas undi. 
on 
CURI DUIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/10/19

hoi tt,


--------

JANGAN KASAR





JANGAN KASAR 
Betul. Gunakan bahasa yg baik 
walaupun marah. Jangan gunakan perkataan anjing menghina seseorang. 
Gunakan perkataan kucing, lembut sikit 
on 
HUBAYA HUBAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/10/19

O




------

PROJEK MAT SONGEL




PROJEK

MAT SONGEL

Sebelum mat songel nak pinjam duit drp IMF,dia dah kasik jahanam ekonomie negara.dia lah MOF masa tu,jatuh duit ringgit konspirasi skandal forex mat songel. Smpai la kita x dpt recover ringgit kita mat songel punya angkara la. 
Apa punya gila nak bg dia jd PM, ronnie,samy,apa depa punya end game,sengaja nak bg negara jahanam? kalau negara jahanam, yg first kali jd mangsa org melayu.bila ekonomi jatuh negara jd failed state,sape yg untung, kongsi gelap ronnie dgn ltte samy la. 
on 
TERCICIR JAM OMEGA
Publish | Delete | Spam
yeop_sepet
on 30/10/19

Bet


---------

BUNYI APA?







BUNYI APA ?
Keruak! Keruak! Keruak!
 Bunyi apa tu? 
on
 CURI DUIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/10/19

K





-----------

JENAYAH DAN KEKAYAAN









JENAYAH DAN

KEKAYAAN
Minggu lalu saya telah memetik tulisan Mario Puzo dalam bukunya The Godfather (1969). Mario  Puzo telah menulis: Behind every great fortune lies a great crime. Every great fortune begins  with a crime..’  Di sebalik harta kekayaan ada  jenayah besar. Setiap kekayaan bermula dengan jenayah….”

Minggu ini saya meterjemahkan makna disebalik kata-kata Mario Puzo ini dalam kerangka politik Malaysia dan politik dunia. Saya lakukan ini kerana saya amat yakin  Kak Bibah, Mat Husin dan Alang Dusin tidak melakukan apa-apa jenayah justeru mereka tidak kaya-kaya.

Apabila saya menyebut jenayah maka anak  semua bangsa di Malaysia ini akan teringat kepada Botak Chin (1951-1981) atau Bentung Kali (1961-1993). Dua  watak ini menjadi  mitos jenayah untuk disebut-sebut dan disurahkan turun temurun kepada cucu cicit.

Bentong Kali  dan Botak Chin menjadi watak romantik untuk kita semua. Ini sama saperti pasangan penjenayah Amerika yang dikenali sebagai Bonnie dan Clyde -   Bonnie Parker (1910-1934) dan Clyde Burrow (1909 - 1934)  atau Al-Capone (1899-1947).

Boleh difahami kenapa  watak-watak ini diingati. Mereka dilihat ganas. Dalam masa yang sama dilihat cool.    Media pula  memainkan peranan menyebarkan lejen watak-watak ini. Kesah dan drama Botak Chin dan Bentong Kali ditambah pula dengan ‘aji-no-moto’ dari labon  kedai-kedai kopi.  Ini menjadikan watak ini amat romantik.

Tetapi jenayah dalam tulisan saya ini bukan jenis jenayah yang bersangkut dengan keganasan. Yang keganasan itu dapat dilihat dan mudah  difahami. Mayat tergelempang mudah ditafsir.   Darah melimpah senang dibaca. Jenayah yang akan saya  surah  disini adalah keganasan dalam sistem ekonomi kapitalis yang halus lagi licik  dimana mayat bergelempang gagal dibaca sebagai jenayah.

Bulan lalu anak semua bangsa di Malaysia terbaca berita  saorang towkay China  memberi rasuah dua juta ringgit kepada  Tengku Adanan Mansor untuk merembat tanah  kerajaan  di wilayah Kuala Lumpur.

Chai Kin Kong dari Bani China ini diberi  taraf Tan Seri.  Yakinlah jika  Pakatan Harapan  tidak mengambil alih kuasa dari  gerombolan United Malays National Organisation kita tidak akan terbaca  dan sedar tentang penjarahan dan jenayah Towkay China ini.

Hakikatnya disebalik derajat Tan Seri  si Towkay  ini telah merompak tanah-tanah  milik kerajaan. Rompakan ini tidak dibaca ganas saperti apa yang telah dilakukan oleh Bentong Kali atau Botak Chin.

Hakikatnya jenayah towkay China ini telah membawa mudarat malah  mudarat dan kemusnahan yang dibawa oleh Tan Seri ini sejuta kali lebih ganas dari  mayat bergelempangan mangsa  Botak Chin atau Bentong Kali.

Tanpa melakukan jenayah rasuah saya yakin  Chai Kin Kong tidak akan dianugerah Tan Seri. Taraf  kehidupan Chai Kin Kong  dengan  Kak Bibah , Mat  Husin dan Alang Dusin pasti sama.

Ini hanya satu jenayah yang menjadi punca membawa kekayaan yang kita ketahui. Kita tidak tahu bagaimana  dan apa jenayah Lim Goh Tong  hingga berjaya menjarah Bukit Genting. Kita juga tidak tahu apa jenayah yang telah dilakukan oleh towkay China hingga  tergadai tanah KTM di Sentul. Atau apa jenayah dibelakang tanah Lapangan Terbang TUDM di Sungai Besi.

Kita masih tidak tahu berapa banyak tanah wilayah Kuala Lumpur telah dijarah. Kita tidak tahu berapa juta hektar hutan dara telah dirompak oleh towkay balak. Kita tidak tahu bagaimana tanah rizab Melayu melalui jenayah rasuah telah bertukar tangan. Tanah Bani Melayu menjadi milik Bani China. 

Kampong Abdulah Hukum dan Kampong Pantai  Dalam hanyalah dua contoh yang kita ketahui. Bukan sahaja kampong ini telah menjadi harta Bani China  malah nama asal usul Bani Melayu pun telah diubah. Jika ini bukan jenayah maka Hishamuddin Rais bukan dari Suku Biduanda.

Pelik – amat pelik.  Towkay  yang memberi rasuah bebas. Yang menerima rasuah didakwa.  Sabenarnya punca jenayah  ini bermula dari si  pemberi yang memiliki niat untuk  melanggar undang-undang. Biasanya sosok-sosok  saperti Lim Goh Tong atau Ting Pek Khing atau Chai Kin Kong yang mahu  menjadi kaya bukan  sosok saperti  Kak Bibah atau Mat Husin yang terus menjadi mangsa.

Mario Puzo dalam The Godfather tepat sekali apabila berkata : dibelakang kekayaan ialah jenayah. Kekayaan ini bermula dengan jenayah.  Amin.

Jika masih ada pembaca  yang percaya bahawa jika kita kuat bekerja, jika kita rajin  bekerja , jika kita jimat cermat maka kita akan jadi  kaya raya.  Jika masih ada pembaca yang percaya kepada ayat-ayat hampeh  ini maka taraf fikrah  pembaca itu sama dengan fikrah Lokman Adam.

Ketika saya dalam tingkatan enam (1969) ada mata pelajaran wajib yang dipanggil General Paper – Kertas  Am.  Tujuan mata pelajaran ini adalah untuk membuka minda pelajar  tentang itu dan ini yang bersangkutan dengan kehidupan.

Setiap minggu kelas akan membuka perbincagan untuk mengasah fikrah. Saya masih ingat lagi salah satu dari tajuk yang dibuka untuk perbincangan ialah : Kenapa Negara Barat Maju. Guru yang mengendalikan  perbincangan in ialah Desmond Tate – bekas soldadu Inggeris yang menjadi guru impot.

Maka timbul pelbagai pandangan kenapa Britain, Amerika atau German menjadi negara maju dan kaya raya. Ada kawan sadarjah  berhujah  bahawa  warga Eropah  rajin bekerja . Ada yang berhujah warga Eropah terpaksa bekerja kuat kerana iklim yang ganas. Salju yang tebal menjadikan mereka rajin.  Mereka dikatakan berdisplin , pandai  beratur dan suka membaca. 

Bayangkan – guru kami Desmod Tate -  yang saya yakin pada ketika itu – tahun 1969 -  tahu apa yang sebenarnya berlaku  kerana dia bekas soldadu Inggeris.  Tetapi dia  telah   membiarkan kami merayau- rayau  dengah hujah-hujah bangang lagi bodoh yang tidak membawa pencerahan.

Pada tahun 1971 saya terserempak dengan jawapan sabenar kenapa Eropah maju. Ini apabila   secara gelap saya dapat membaca tulisan Karl Marx – Theories of Surplus-Value – teori lebihan nilai tenaga dan masa - yang menjadi  punca kekayaan. Bukan rezeki, bukan kerja kuat, bukan musim sejuk, bukan salji  tapi ekploitasi dari lebihan nilai tenaga dan masa kerja orang lain – inilah punca kekayaan. Amin.

Saya mula sedar bahawa Eropah maju dan kaya kerana mereka menjarah dunia. Semua negara Eropah: Sepanyol, Belanda, Portugis, Itali, Inggeris  dan German  memiliki tanah jajahan.  Lebihan nilai tenaga kerja  dan masa dari anak  tanah jajahanlah yang menjadikan Eropah kaya.

Kota London menjadi kota London ialah hasil kuasa pemodal Inggeris  menjarah 52 buah negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Kini negara kini masih berpayung dibawah bendera British  Commonwealth. Semua lebihan nilai tenaga dan masa  kaum buruh dan kaum tani dinegara  tanah jajahan dikumpulkan  untuk menjadi harta Baginda Queen – Ratu terkaya dalam dunia. Lebihan nilai masa dan tenaga ini jugalah yang  dan menjadi harta kekayan kaum pemodal Inggeris yang menjadi modal  pelaburan untuk menjarah dunia.

Jangan sesekali kita terpegun dengan kakayan multinasional milik Orang Puteh.  Syarikat Jardin Metterson  Holding pada satu ketika dahulu cukup  angkuh dan memiliki harta berselirat di Asia Tenggara.  Tuan empunya syarikat   ini William Jardin (1784-1848) membuat kekayaan atas kesengsaran warga Tanah Besar China. Jardin memulakan perniagan candu lama sabelum kemuncul Pablo Escobar (1949-1993) dari Madellin Colombia.

Ini hakikat. Ini fakta. Fakta dan hakikat ini disorokan dari pengetahuan kita. Sama  saperti  pada tahun 1969 guru saya  - bekas soldadu Inggeris -  senyap membisu tidak  memberikan pencerahan secara jujur kenapa Inggeris kaya dan kita miskin.

Hingga ke hari ini anak semua bangsa dilarang dari mengetahui hakikat sabenar dari mana harta kekayan datang. Paku , tukul  dan teori Marxis untuk membaca dunia terus dilarang hasilnya kita terus tak faham bagaimana  Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda, Daim, Syed Mokhtar, Francis Yeoh atau Halim Saat jadi kaya. Kita terus mengejek Kak Bibah, Mat Husin dan  Alang Dusin sebagai pemalas dan tidak rajin bekerja. Justeru mereka terus tidak kaya-kaya.

Kekayaan bermula dengan jenayah. Sistem ekonomi kapitalis yang kita anuti ini  asasnya ialah jenayah.  Sistem kapitalis  ini diperkenalkan kepada Alam Melayu oleh kuasa penjajah.

Jika masih tidak yakin mari kita fahami sejarah  dunia kapitalis yang terbesar dalam dunia  – Amerika Sarekat. Kepala segala kapitalis. Negara yang dipanggil Amerika Sarekat ini bermula dengan jenayah, hidup dengan jenayah dari permulaan hingga ke saat ini.

Orang Puteh sampai  ke benua Amerika  bermula dari  Jamestown Virginia  pda tahun 1602. Orang Puteh ini  merampas tanah-tanah subur tempat kerbau  Bison merumput. Kerbau ini dibunuh, tanah rumput dijarah dan  tuan pemilik dibunuh.   Ini permulaan sejarah Amerika Sarekat. Jika ini bukan jenayah maka Ratu Elizebeth masih lagi anak dara.

Tidak cukup dengan ini dari tahun 1650 hingga ke 1900 lebih dari 10 juta Orang Hitam dari Afrika telah ditangkap, dijual utuk dijadikan hamba abdi di Amerika.  Orang Hitam dari Senegal, Gambia, Ghana, Ivory Coast  dijadikan hamba  bekerja di ladang tebu dan ladang kapas di Amerika. 
Ini bukan lebihan nilai  tenaga dan masa buruh. Ini buruh paksa dimana semua tenaga dan masa buruh ini dimiliki oleh tuannya.  Dari sinilah  bermulanya harta kekayaan  negara yang dipanggil Amerika Sarekat. Jika ini bukan jenayah maka tempoyak bukan berasal dari durian.

Tetapi pada satu ketika dahulu Ah Chong, Mutu, Maniam dan Goh Tong datang ke Tanah Melayu sahelai sepinggang. Apakah mereka semuanya menyamun untuk jadi kaya?  Sabar. Sila  tunggu pencerahan minggu hadapan. (TT)



TULISAN INI JUGA
DISIARAKAN DALAM
SUARA KEADILAN 
AKHBAR DWI MINGGUAN

























----------

MUTAHIL TERLEPAS







BILA SAKSI

KATA MACAM INI

MUSTAHIL

 NAJIB AKAN

SELAMAT



Najib adalah 1MDB, 1MDB adalah Najib - Shahrol Azral


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrol Azral Ibrahim Halmi menyifatkan Najib  adalah 1MDB dan 1MDB adalah Najib.

Ia kerana apa saja yang dikehendaki bekas Perdana Menteri itu perlu disegerakan termasuk perjanjian usaha sama 1MDB dengan syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak, PetroSaudi International Ltd.


ALANG ALANG

BELOT BIAR

BOSS KU MASUK

PENJARA
KAH KAH KAH




 -------------

KES MAKIN BERAT



KES  MAKIN

BERAT

Zuraida: Tiada lagi isu PM ke-8, tiada lagi isu pengkhianatan

Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Zuraida menegaskan gabungan itu tidak perlu lagi menyentuh atau membincangkan mengenai isu peralihan kuasa bagi jawatan perdana menteri kelapan.

Kata Zuraida yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, ini kerana sudah tiba masanya pemimpin PH mula bekerja dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Kita dah tak nak sentuh isu ini. Tiada lagi isu perdana menteri kelapan, tak ada lagi isu pengkhianatan.

"Kita kena 'move on' dan mula buat kerja dan fokus kepada ekonomi dan beri perkhidmatan kepada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.


APA JADI 

DENGAN

MAT SONGEL

APA JADI

DENGAN 

HANTU 

PENUNGGU

SAJE TANYA

JANGAN MARAH
KAH KAH KAH

----------

JANGAN TUKAR NAMA








JANGAN 

TUKAR NAMA

Wahai Pembacha TukarTiub Yang Budiman

Saya amat gumbira Ketua Menteri Sarawak tukar ke nama asal Sri Aman ke Simanggang.

Dulu awalan 1970an saya ada rakan asrama MRSM di Kelantan..Paul anak Langgang. Dia asal dari Kampong Issu Pantu, Simanggang. Lepas tu Simanggang jadi Sri Aman.

Goblok .Bodoh...

Batang Berjuntai jadi  Bestari Jaya...bodoh punya kerja. Fikiran kotor..

Pantai Cinta Berahi jadi Pantai Chahaya Bulan. Gong Benar!
Kembali kan Maruah Negara! Jangan Tukar Nama..Tiu Namaa..
kah kah kah


--------

TERCICIR JAM OMEGA









TERCICIR

JAM OMEGA

siapa yang halang atau mat songel yang nak sailang??? songel nih bijak berdrama tapi tak bijak mencatur.....mencuba 20 tahun, 16 september, lawan tetap lawan, nampak bijak tapi hampeh... bukti menipu tak kenal ESKAY jer mat songel dah terlondeh apa lagi JAM OMEGA???!!!
 program ilmiah ke program ekonomi kah...terbukti sudah songel tidak ada secubis intelek bab ekonomi negara lebih lebih lagi....krisis kewangan 1998 kalau ikut cara songel kautim dengan brader dia wolfxxx ntah apa di IMF...mahu di lebur nya Malaysia dulu! sekarang songel heboh pentingkan ekonomi negara...plan tindakan port dickson....LTTE punya kes naik bab ekonomi kat mana yang naik eh dari mat songel??? yang batang naik adalah......parah weh negara orang macam nih memerintah! 
on 
KHIANAT INI APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 29/10/19

Aikk





--------------

HUBAYA HUBAYA






HUBAYA HUBAYA
Janganlah guna perkataan anjing untuk sifatkan peribadi seseorang. Menghina tu perbuatan hina.... gunakanlah bahasa yang baik walaupun marah. Jangan ikut bisikan setan yang sesat lagi menyesatkan... tak gitu ke... 
on 
BUAT UNDI 
TAK PERCAYA 
SEKARANG!
Publish | Delete | Spam
I
on 30/10/19

m




--------

MINDA DUNIA KETIGA





MINDA NEGARA

DUNIA KETIGA

tapi gua lagi tak paham, kalau dah terang2 najib dan selected ketua2 bahagian ameno yg menyamun, dapat pulak dapat blessing dari parti alamak suci dengan lebainye... lg haru bila anua berahim dapat pengampunan dari kesalahan telah menjalani penghakimam, tp lepas pilihan raya nie semacam je ade penyokong... die hard fan lg... maknany ape... jgn poyo la kan... 
on
 CURI DUIT
Anonymous
on 30/10/19


masing masing mau kuasa, masing masing mau tahktha, cara jalan tidak penting, biar berkawan ngan perompak, asal dapat kuasa, baik buruk tak penting, kalau penyamun akan menyamun, itu kerja dia, patutnya masuk penjara, atok nak bagi jawatan pulak, dulu masa pilihan raya rakyat tolak pencuri penyamun, 
sekarang tukar topeng masuk balik geng perintah,.. tiada prinsip, tiada pegangan...tiada ideologi, cuma ada strategi melepaskan diri, opportunist yang menyokong diri menikmati kemewahan ...rakyat dok perhati segala...lima tahun tak lama...tunggu dan lihat.. Sabah Sarawak masih ada...kah kah kah 
on
 CURI DUIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/10/19


kah kah kah kah kah kah kah kah kah....
malaysia negara ketiga....
minda ketiga wpun ada bangunan moden,
 rakyat yg kaya raya... 
on 
TERUS DIBODOHKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/10/19

ta-------

PKR MAKIN BERAT







PKR MAKIN BERAT
Salleh keruak sepatutnya dihukum penjara sebab dia bodoh membela najib masa najib masih jadi pm. Org bodoh mcm ni patut diharamkan dari jadi ahli pkr. Aku semakin yakin pak sheikh takkan jadi pm sebab dah ada ciri2 ahmad maslan.
 on 
CURI DUIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 30/10/19

k



----------

LIDAH BEWOK DAB





LIDAH BEWOK DAB

Katak hanya halal d makan bila dia lompat dalam kangkang PKR. Katak ni tak d panggil pengkianat tp d panggil pembela. Dengar lah bapak kepala PKR cakap sentiasa bercabang mcm lidah biawak..oops..mcm lidah dab.. 
on 
CURI DUIT
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 29/10/19


akhirnya pengundi ph tertipu lagi 
memang celaka la yg lompat
dan yg sambut lompatan...
politik malaya pada hari ini penuh dgn taik...memenuhkan tembolok ..aku kesal menjadi pengundi di malaya 
on 
NURUL BERI 
LAMPU HIJAU
 UNTUK KATAK
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 29/10/19

man


-------