KENYATAAN MEDIA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
Setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dilakukan secara kolektif melibatkan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet.
Keputusan-keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dilakukan selepas berbincang dan mengambil kira pandangan semua pihak.
Adalah tidak adil bagi sesetengah pihak untuk menuduh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian.
Malahan dalam keadaan tertentu, perdana menteri bersifat terlalu demokratik dan mengalah apabila hujah anggota mesyuarat lebih baik.
Perdana menteri juga tidak pernah memaksa pandangannya untuk diterima oleh anggota Kabinet.
Anggota Kabinet bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.
Tidak adil bagi mana-mana pihak untuk meletakkan kesalahan terhadap perdana menteri semata-mata.
MOHAMAD BIN SABU
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
-------------------