Selasa, 15 Ogos 2023

PEDOMAN HIDUP JANGAN CARI GADUH TERUS BUAT KERJA



PEDOMAN HIDUP

JANGAN CARI GADUH

TERUS BUAT KERJA

KHALAS

ZAHID KINI PEKAK BADAK


ZAHID KINI

PEKAK BADAK

KHALAS

TANAH RIZAB MELAYU KENA REMBAT !!!

 


TANAH RIZAB MELAYU

KENA REMBAT

AMIN

ANGKARA SAPA

KHALAS

UMNO KEDAH MAHU KELUAR DARI KERAJAAN



UMNO kena keluar dari kerajaan atau ditolak pengundi – Yusof

KUALA LUMPUR – UMNO digesa untuk tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas prestasi buruk di Pilihan Raya Negeri (PRN)  Sabtu lalu.

Keputusan kelmarin jelas bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar,  Mohd. Yusof Ismail menunjukkan pengundi Melayu termasuk ahli-ahli UMNO menolak parti itu kerana tidak bersetuju dengan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP.

Sebagai tanda memahami sentimen pengundi Melayu berhubung kerjasama UMNO dan DAP itu, parti perlu bertindak tegas dan segera dengan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan.

“Berkawan dengan DAP untung seringgit, rugi sejuta.

“Jika keadaan ini berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), ada kemungkinan besar UMNO akan menjadi parti kecil yang menang hanya belasan kerusi Parlimen gara-gara mahu terus bersama DAP dalam kerajaan untuk tiga atau empat tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Yusof  berkata, UMNO perlu segera mengambil tindakan drastik untuk keluar dari kerajaan atau berdepan kemungkinan UMNO tidak lagi berjaya pada PRU akan datang.

Pada Sabtu lalu, UMNO kalah teruk apabila hanya menang 19 kerusi dari 108 kerusi DUN yang ditandingi.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku i Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan PRN di enam negeri Sabtu lepas merupakan amaran akhir untuk kelangsungan politik UMNO dan parti itu perlu berubah.

Tengku Zafrul berkata, biar pun Kerajaan Perpaduan diberi mandat menerajui Selangor untuk lima tahun lagi, ia tidak menutup hakikat pedih prestasi Barisan Nasional (BN) amat lemah di negeri itu.

BN hanya memenangi dua daripada 12 kerusi ditandingi di Selangor dengan satu daripadanya sebelum ini milik DAP.- 

KERAJAAN

MAKIN DILIHAT

TIDAK STABIL

AMIN

EKONOMI AKAN

KACAU

AMIN

BERAPA LAMA

KERAJAAN INI

BOLEH BERTAHAN

AMIN

KHALAS

RAYUAN CEPAT SAMPAI


Muhyiddin dibebaskan kes salah guna kuasa, AGC fail rayuan petang ini


Peguam Muhyiddin yakin mahkamah akan batal pertuduhan lain


PASUKAN peguma bela Muhyiddin Yassin yakin semua pertuduhan lain yang dikenakan terhadap presiden Bersatu itu akan dibatalkan.

Hisyam Teh Poh Teik yang mengetuai pasukan pembelaan berkata tiga tuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) yang dihadapi Muhyiddin juga diyakini akan batal, susulan beliau hari ini dilepas dan dibebaskan atas empat tuduhan salah guna kuasa untuk suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.

Ini kerana pengubahan wang haram tersebut bergantung kepada pertuduhan predikat (utama) iaitu empat tuduhan salah guna kuasa ke atas Muhyiddin.

“Dalam beberapa hari ini, pasukan peguam akan berjumpa dan membincangkan mengenai tiga tuduhan AMLA.

“Paling penting, pertuduhan utama telah dibatalkan pagi tadi,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas prosiding hari ini. 

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkait program Jana Wibawa.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu setelah mendapati keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur, cacat dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan dilakukan.

Hakim itu berkata empat pertuduhan terhadap Muhyiddin yang menyatakan suapan bagi sekutunya Bersatu tidak mendedahkan suatu kesalahan di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM.

Muhyiddin, ketika itu perdana menteri dan presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff untuk parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022, mengikut AMLA. – 15 Ogos 2023.

KAH KAH KAH

WOIT

NAMPAK TAK

BAGAIMANA CEKAP

DAN CEPAT

RAYUAN SAMPAI

AMIN

INGAT TAK

KES BUNUH

ALTANTUYA

AMIN

RAZAK BAGINDA

KAWAN BAIK NAJIB

DI BEBAS

 SAMPAI

SEKARANG

PEGUAM NEGARA

TAK RAYU

AMIN

BIASANYA KES

BUNUH AKAN

ADA RAYUAN

AMIN

KES GUA 

AKTA HASUTAN 

CABUK PUN

DI RAYU TAK

CUKUP BERAT 

HUKUMAN

AMIN

KES GUA

SAMPAI 

KE MAHKAMHAH

RAYUAN PUTRAJAYA

AMIN

KHALAS

MB PERAK NAFIKAN CAMPUR TANGAN LANTIKAN MB N9


Saarani nafi keluar kenyataan berhubung pelantikan MB Negeri Sembilan 



Ada pihak cuba gugat kestabilan kerajaan Negeri Sembilan, titah Tuanku Muhriz

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir semalam bertitah terdapat pihak cuba menggugat kestabilan kerajaan pada penggal lepas tanpa sebarang sebab yang munasabah sebaliknya hanya bermotifkan kepentingan peribadi.

“Sedarlah bahawa tindakan seperti ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan malah ia menyebabkan pentadbiran negeri terjejas dan rakyat menjadi mangsa.

“Beta mengingatkan semua wakil rakyat yang telah dipilih bahawa kamu telah diamanahkan oleh rakyat untuk menyuarakan segala permasalahan serta keperluan mereka dalam merangka dan melaksanakan sesuatu dasar atau keputusan.

“Justeru, fokus dan keutamaan kamu adalah kepada kepentingan dan perkhidmatan untuk rakyat negeri ini,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Adun Sikamat  Aminuddin Harun di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah semalam.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada semua wakil yang dipilih oleh rakyat untuk ke Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada Sabtu lepas.

Tuanku Muhriz menzahirkan kesyukuran kerana proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius.

“Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Adun dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah memberikan khidmat pada penggal yang lepas.

“Kepada calon yang tidak dipilih dalam pilihan raya kali ini, Beta berharap kamu semua terus menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Muhriz turut memuji kerajaan Negeri Sembilan yang menambah baik kualiti pengurusan dan pentadbiran terutama daripada sudut integriti serta kecekapan.

Keputusan PRN di Negeri Sembilan menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 kerusi iaitu PH 17 kerusi dan BN 14 kerusi manakala pembangkang iaitu Perikatan Nasional sekadar memperoleh lima kerusi. – Bernama, 15 Ogos 2023.

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

WOIT

JANGAN LUPA

CAR BACA

MEDIA KITA

KAH KAH KAH

APA MAKNA 

KALAU DI NAFI

KAH KAH KAH

KHALAS

BUKAN SALAH ZAHID



BUKAN SALAH

ZAHID

KHALAS

Meir Amit commented on
 "PAKATAN DALAM BAHAYA JIKA TERUS MEMIKUL ZAHID"

_kesimpulan mudah prn_

dun majoriti pengundi melayu
pn menang

dun majoriti pengundi bukan melayu
ph / bn menang

kira ala² melayu vs bukan melayu je
😂 😅 🤣

yg pasti
parti mana pun (kecuali PAS) kalau bersama dgn DAP
maka selagi itu la akan berlaku istilah "melayu vs bukan melayu"

BUKAN salah zahid

_skian arap maklom_

MB BARU DI KELANTAN


MB BARU

UNTUK KELANTAN

AMIN

ZAHID BEBAN KAVADI UNTUK PAKATAN


ZAHID BEBAN

KAVADI UNTUK

PAKATAN

AMIN

AMIER THE HERO : ADA PROJEK BESAR DI BELAKANG PROJEK BEBAS



PANDANGAN

AMIER THE HERO

MASUK AKAL

AMIN 

ADA PROJEK BESAR

 DI BEKALANG

 PROJEK BEBAS

KHALAS

Amier The Hero commented on
 "HOT HOT HOTT TERKINI 
TER NOWW TER HOTT"

Sifir simple je ni TT!!! Mereka buktikan, mahkamah takdo campo tgn pmx n gomen. Jadi eh lopeh ni, kalau kes zahid gugur pun.. samo ajo sifir eh, itu takdo campo tgn gomen dan pmx. Mudah ajo kan... budak tadika pon bleh jwb!!! Kah kah kah kah

Meir Amit commented on 
"HOT HOT HOTT TERKINI 
TER NOWW TER HOTT"

betenang betenang smua
X de sape tau strategi politik
mungkin pas ni zahid pulk bebas
lepas tu pulak najib bebas
tunggu dn lihat

REFORMASI TELAH DI GANTI


LAUNGAN

REFORMASI

TELAH DIGANTI

DENGAN LAUNGAN

REFERENDUM

KHALAS



PROJEK GUNA MAHKAMAH GAGAL


PROJEK GUNA

MAHKAMAH GAGAL

KAH KAH KAH

AMIN

SAPA ORANG

TERTENTU TU

JENG JENG JENG

KHALAS

MUHYIDN DI BEBASKAN




Mahkamah lepas dan bebaskan Muhyiddin daripada empat tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersatu,  Muhyiddin Yassin hari ini berjaya dalam permohonannya dalam membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk menerima suapan RM232.5 juta.

Mahkamah Tinggi yang membuat ketetapan itu sekaligus melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri itu daripada keempat-empat pertuduhan dihadapinya.


Hakim Mahkamah Tinggi,  Muhammad Jamil Hussin ketika membuat keputusan memutuskan keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

Muhammad Jamil berpandangan andai perbicaraan itu diteruskan Muhyiddin tidak akan dapat pembelaan sewajarnya selain menjadikan pendakwaan terhadapnya sebagai penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin didakwa di ibu negara atas enam pertuduhan iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta. -

WOIT

KAH KAH KAH

KABUR CACAT

TIDAK BERASAS

JENG JENG JENG

INI SPRM

IKUT ARAHAN

SAPA

KAH KAH KAH

TERBUKTI

ADA KURAP

DI CELAH

KANG KANG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

KES PENSYARAH BANGANG



Pensyarah rugi lebih RM500,000 diperdaya sindiket penipuan

SEORANG pensyarah wanita kerugian lebih RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata wanita berusia 38 tahun itu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki mendakwa pekerja sebuah syarikat kurier pada 3 Ogos lepas.

“Suspek menyatakan mangsa mempunyai dua bungkusan atas namanya yang mengandungi lima kad pengenalan, lima pasport serta lima kad bank milik orang lain sebelum panggilan itu disambungkan kepada pihak yang kononnya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bukit Aman bagi tujuan meyakinkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mohd Hasni berkata suspek yang menyamar sebagai pegawai penyiasat kemudian telah mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap berkaitan jenayah pengubahan wang haram dan pemerdagangan manusia yang menyebabkan mangsa mengikuti arahan termasuk memindahkan keseluruhan wang ke 16 akaun berlainan.

“Wanita itu yang panik telah mengikut arahan suspek dengan memindahkan wangnya sebanyak RM537,659 ke akaun yang diberikan oleh sindiket tersebut sejak 3 hingga 12 Ogos lepas melalui 25 transaksi,” katanya.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari diperdaya selepas suaminya melihat perubahan sikap isterinya yang sering memegang telefon termasuk meminta meminjamkan duit untuk melakukan pembayaran kepada individu tersebut. 

Katanya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama, 14 Ogos, 2023.
..


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT 

INI KES 

PENSYARAH

BANGANG

KAH KAH KAH

JIKA DIA BACA

TUKAR TIUB

PASTI TAK KENA

TIPU

AMIN

KHALAS


BOM DALAM KAPAL TERBANG ?


Warga Australia didakwa buat ancaman bom palsu dalam pesawat MAS

SEORANG lelaki warga Australia didakwa hari ini kerana membuat ancaman bom palsu dalam penerbangan ke Malaysia, menakutkan penumpang dan menyebabkan huru-hara di ruang udara negara itu, lapor AFP memetik kenyataan polis.

Pesawat Malaysia Airlines MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik tengah hari semalam selepas seorang penumpang mendakwa membawa “bahan letupan” dalam beg galasnya, kata polis.

Menurut polis Australia, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan sejurus pesawat berkenaan mendarat di Sydney. Dia didakwa atas tuduhan membuat kenyataan palsu mengenai ancaman untuk merosakkan pesawat.

Suspek juga didakwa atas satu tuduhan tidak mematuhi arahan keselamatan kru kabin.

Polis sebelum ini menegaskan kejadian itu “tidak membawa ancaman kepada komuniti”, walaupun ia menyebabkan 32 penerbangan domestik terpaksa dibatalkan dan penerbangan lain tergendala.

Semalam, penerbangan Malaysia Airlines MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur dilaporkan terpaksa berpatah balik susulan gangguan daripada penumpang dalam pesawat.

“Demi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney. Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada 3.47 petang waktu tempatan.

“Keselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,” menurut kenyataan Malaysia Airlines  semalam.

Penerbangan MH122 berlepas dari Sydney pada 1.40 tengah hari. – 15 Ogos 2023.


WOIT

PASTI ADA KESAH

DI BELAKANG

CERITA INI

JENG JENG JENG

AMIN

SUARA PKR SUARA DAP MAHU ZAHID BERUNDUR


SUARA PKR

SUARA DAP

MAHU ZAHID 

BERUNDUR

KHALAS

ZAHID MEMASTIKAN TALIBAN BERJAYA


ZAHID MEMASTIKAN

TALIBAN BERJAYA

KHALAS


Unknown commented on
 "RAMAI AHLI UMNO
 BELOT UNDI PARTI LAWAN"

Didoakan agar Zahid terus jadi boss umno selama lamanya...senang sikit nak talkinkan umno pru 16 nanti...hidup Zahid..u are the best...muaahhhh...kah kah kah

SIKAP MELAYU - SIKAP PENDATANG


SIKAP MELAYU

SIKAP PENDATANG

KHALAS

Unknown commented on
 PAKATAN DALAM BAHAYA
 JIKA TERUS MEMIKUL ZAHID"

Kaum lain tarak gaduh , Rohinga cari makan buka kedai buka business meniaga , Bangla kerja siang malam jadi kontraktor, Nepal control security keselamatan negara, mamak India business nasi kandar, gerai warung kaya setiap hari duit cash

Vietnam kerja kilang simpan duit jadi kaya, orang Melayu makan gaji kerajaan, sembang kopi pagi malam, yang meniaga asyik hasad dengki sesama mereka, mengata fitnah patutlah Tun Kerala dulu kata kalau Melayu jadi DAP kan baik kah kah kah entah betul atau salah?

HOT HOT HOTT TERKINI TER NOWW TER HOTT




DARI MAHKAMAH

MUHYIDIN BEBAS

KES RASUAH

DANA MASUK

AKAUN PARTI

KHALAS

UNDI MELAYU


UNDI MELAYU

SELASA 15 OGOS 2023
PRN DAH SELESAI
KINI  SEMUA PARTI
MELIHAT DIRI
TAPI ADA JUGA PARTI
YANG SIOK SENDIRI
KAH KAH KAH

APA YANG JELAS KALI INI
IALAH MELAYU UNDI MELAYU
CHINA UNDI CHINA
MAKA MUNCUL POLITIK
MELAYU ISLAM

MELAYU ISLAM
SATU YANG  NATURAL
TAPI YANG BAWA MASALAH
BUKAN MELAYU ISLAM
TAPI MELAYU ARAB
DAN MELAYU TALIBAN

SELAMA INI
KITA MEMANG HIDUP
DALAM SUASANA
MELAYU ISLAM

PRN KALI INI
MEMUNCULKAN ZAHID
SEBAGAI BOLA TANGGUNG
SUARA MAKIN LANTANG
MINTA ZAHID MENGUNDUR
PALING PELIK SUARA
DARI MUHYIDIN JUGA
MAHU ZAHID BERUNDUR

APAKAH MUHYIDIN TAK SEDAR
LAGI LAMA ZAHID BERKUASA
LAGI RAHAI GEROMBOLAN
LAGI BESAR PELUANG
MELAYU ISLAM DALAM PRU16
KHALAS

INDIA
TANAH RUNTUH DI UTARA INDIA
HUJAN LEBAT 
49 MATI
MALAPETAKA IKLIM

HAWAII
RATUSAN MAYAT MASIH DI CARI
AKIBAT KEBAKARAN
MALAPETAKA IKLIM

INDONESIA
BAKAL RATU CANTIK
KENA RABA RABA
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
LANGIT CAPUK CAPUK
AWAN BEROMBAK OMBAK

TERKUKUR DARI JAUH
MENDAYU DAYAU
HA HA
SAEKOR MURAI BERKICAU
DALAM BELUKAR TEPI FLET
MENJADIKAN PAGI INI INDAH

HARI INI PASTI PANAS
APAKAH AKAN HUJAN PENTANG?
KITA TUNGGU

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
YANG SELESA DENGAN
SENYUMAN

BRO
LU JADI APA YANG LU YAKINI
LU BISA CAPAI
APA YANG LU YAKINI

BRO
CIPTALAH KEBAHAGIAN
DI MANA PUN LU PERGI

BRO
DALAM HIDUP INI
ADA DUA PEKARA
SEJUK DAN PANAS
BAIK DAN JAHAT
UNTUNG DAN RUGI
KALAH DAN MENANG
LU MESTI SABAR
MENGHADAPINYA

BRO
JANGAN SELALU MARAH
MARAH AKAN MERACUNI
DIRI LU SENDIRI

BRO
KEBAHAGIAN
ADALAH TAHAP PIKIRAN
TAKDA HUBUNGAN DENGAN
DUNIA LUAR

BRO
APA LU ADA LU HAPPI
TAK PERLU JAKI
PADA ORANG LAIN
JIKA LU JAKI PADA ORANG LAIN
LU TIDAK AKAN TENANG

BRO
SENANG DAN SUSAH
TIDAK KEKAL
SAMA SEPERTI
MUSIM HUJAN DAN MUSIM PANAS
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSELASA