Ahad, 28 Ogos 2022

LEPAS BANJIR KEMARAU SAMPAI

 


BARU 

LEPAS BANJIR

KEMARAU DATANG

AMIN

INI BERAT

KHALAS

POLITIK MAKIN GANAS


Ahli Parlimen JB diugut bunuh, pejabat cabang PKR dibakar

AHLI Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang pemilik akaun Facebook pada Khamis dan Jumaat lepas.

Akmal Nasrullah berkata individu yang mengugutnya meninggalkan satu mesej bertulis dan 27 mesej suara yang mengandungi ugutan berkenaan, bahasa kesat serta makian.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu pada masa sama berkata Pejabat Cabang PKR Johor Bahru di Larkin yang juga merupakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disyaki dibakar kira-kira 6 pagi tadi.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan tinjauan di lokasi, kejadian ini dipercayai perbuatan khianat dan sabotaj dengan terdapat lima tayar dikumpulkan di hadapan pintu pejabat sebelum api dinyalakan.

Saya tidak pasti sama ada ugutan dan kebakaran itu melibatkan individu sama atau sebaliknya, namun untuk mengatakan kedua-duanya hanyalah kebetulan adalah sedikit pelik kerana perbezaan tempoh masa yang dekat,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di pejabat berkenaan di Johor Bahru hari ini. 

Beliau berkata akibat kebakaran itu, beberapa kerosakan berlaku antaranya pintu “roller shutter”, dua unit penyaman udara, dinding pejabat dan beberapa barangan lain.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan itu berkata laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan pada jam 2.15 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung dua kejadian itu.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

Selain itu, Raub berkata laporan polis berhubung kes ugutan baharu diterima dan akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama, 28 Ogos, 2022.

WOIT

MAKIN GANAS

APA TERJADI ?

AMIN

INI BUKAN

POLITIK INI

KES BUNUH

AMIN

ADA TERUSIK

RAJA DADAH KE? 

ATAU ALONG ?

KAH KAH  KAH

MACAM KERJA

SAMSENG DADAH

AMIN

KHALAS

KENAPA TAK SOKONG NAJIB



KENAPA 

TAK SOKONG 

NAJIB ?

AMIN

PEMIMPIN ISLAM

YANG SYUMUL

 MANGSA FITNAH

KAH KAH KAH

Unknown commented on 
"ZAHID CAKAP BENAR"

Yg merancang, Yg meminjam, Yg amik duit, Yg sruh transfer duit, Yg belanja sakat, Yg bagi duit pada kroni.. NAJIB Ble tertangkap, Ble bukti cukup, Ble mahkamah kata bersalah, Ble masok penjara.. CKP ORG KHIANAT DIA..

SEMPENA HARI ROSMAH


Harga roti Gardenia naik mulai 1 September

PENGELUAR roti Gardenia akan menaikkan harga produknya buat kali kedua dalam tempoh kurang setahun bermula 1 September ini.

Menurut Gardenia dalam satu kenyataan yang dikongsi di akaun media sosialnya, syarikat itu terpaksa menaikkan harga rotinya disebabkan kesan inflasi terhadap bahan mentah.

Kali terakhir pembuat roti popular itu menaikkan harga produknya adalah pada Disember 2021.

“Mulai 1 September, Gardenia Original Classic 400g berharga RM3 (naik 20 sen), Original Classic Jumbo 600g RM4.30 (naik 30 sen), dan Breakthru Wholewheat 400g RM4 (naik 40 sen).”

“Roti gulung krim — vanila, gula mentega dan karamel masin — akan naik 10 sen kepada RM1.10 setiap satu manakala roti Toast ‘Em  akan menyaksikan kenaikan 50 sen kepada RM5.50,” menurut syarikat itu.

Menurut Gardenia, kenaikan caj pengangkutan sejak dua tahun lalu mempengaruhi kenaikan harga keseluruhan.

“Ini adalah pilihan terakhir kami selepas mencuba yang terbaik melalui cara lain untuk mengekalkan kecekapan dan kualiti produk kami.”

“Melihat keadaan itu, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak harga produk kami yang terjejas,” menurut syarikat itu dalam jawapan kepada pelanggan di Facebook rasminya. – 28 Ogos, 2022.

WOIT

1 SEPTEMBER

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

ADAKAH INI

AMBIL SEMPENA

HARI ROSMAH

JATUH HUKUM

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

INI MACAM

NAK NASEHAT

ORANG RAMAI

JANGAN MAKAN

ROTI BANYAK

NANTI GEMOK

MACAM ROSMAH

KAH KAH KAH

AMIN

SATU MALAYSIA BERJAGA JAGA


SATU MALAYSIA

BERJAGA JAGA

AMIN



JANGAN TUDUH HAKIM ZALIM



JANGAN TUDUH

HAKIM ZALIM

AMIN

INI BUKTI

 KENAPA HAKIM

TOLAK 

PENANGGUHAN

AMIN



TAHNIAH



TAHNIAH !!!


Aaron-Wooi Yik

 muncul juara dunia
BEREGU lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan kejayaan bersejarah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kebangsaan selepas muncul juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, Jepun hari ini.

Pada aksi final berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium itu, Aaron-Wooi Yik menampilkan permainan hebat untuk menoktahkan kemenangan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit ke atas bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

Kejayaan ke atas pasangan yang diberi julukan ‘The Daddies’ itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melakar sejarah menjadi pemain badminton Malaysia pertama meraih gelaran juara dunia yang dilakukan pada penampilan keempat mereka di kejohanan berkenaan.

Dengan kejayaan melangkah ke final semalam, pasangan ranking keenam dunia itu turut muncul beregu Malaysia pertama dalam tempoh 12 tahun mara ke final Kejohanan Badminton Dunia selepas kali terakhir dilakukan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada edisi 2010 di Paris.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam kempen kejohanan dunia adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China. – Bernama, 28 Ogos, 2022.



POLITIKUS BUSUK KAN NAMA KATAK


JANGAN ROSAKKAN

NAMA KATAK



POLITIKUS MALAYSIA
MEMBURUK KAN NAMA KATAK
KINI KATAK DI PANDANG HINA
KATAK DI CAP PENGKHIANAT

GUA MEMPERTAHAN KAN KATAK

KATAK INI HAIWAN YANG BAIK
DI SAWAH MEMAKAN SERANGGA
DALAM RUMAH MEMAKAN NYAMUK
KHIDMAT UNTUK MANUSIA

GUA SELALU MEMBELI
KATAK DI PASAR PUDU
16 RINGGIT SEKILO
KATAK INI GUA BUAT SUP
BERCAMPUR DENGAN PERIA KATAK

SUP KATAK
 AMAT BAIK
UNTUK MENYEMBOH
PENYAKIT DENGGI INI

PERNAH SEKALI
ANAK KAWAN BAIK GUA
DAH MASUK DALAM ICU
KERANA DENGGI
GUA SEDIAKAN SUP KATAK
DALAM BEBERPA JAM
PELET DARAH KEMBALI PULIH
DAN 
AKHIRNYA SEPERTI
SEDIA KALA

POLITIKUS  KITA TELAH
MEMBURUK MEMALUKAN
NAMA KATAK
WALHAL KATAK
ADLAH HIAWAN YANG BAIK

SUP KATAK
BAIK UNTUK PERJALANAN DARAH
MEMPERKUAT DARAH JANTAN
UNTUK MENERAJANG DI RANJANG

KALAU ENGGAN MEMASAK
SUP KATAK ADA DIJUAL
DI RESTORAN JALAN ALOR

WAJIB DIBERI TAHU
DALAM SANTAPAN PERANCHIS
KAKI KATAK
ADALAH HIDANGAN PEMULAAN
DENGAN DOM PERIGNON
AMIN

MUHYIDIN BOCOR KESAH ZAHID

 



MUHYIDIN BOCOR

KESAH ZAHID

AMIN

ROSMAH TURUN. LIMA KILO



ROSMAH TURUN

LIMA KILO 

AMIN

PENJARA CARI

SEDIA KATIL BESI

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 

"TUNGGU 1 SEPTEMBER"

SEMENJAK HARI INI ROSMAH DAH GELABAH KAH KAH KAH DAH TURUN 5 KILO KAH KAH KAH Kepada penjawat awam makan rasuah dan sekelian menteri yb mp penyamun perasuah sila ambil maklum. Saekor rosmah saekor najib sial ini adalah contoh terbaik hidup kenyang dengan duit haram masih gelabah biawak masih nampak lekeh di mata orang. Money (or ill gotten money in this case) cannot buy class isn't it?

LOMPAT SI KATAK LOMPAT


Ketapi umum masuk PBM

AHLI Parlimen Lahad Datu Mohammadin Ketapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama hari ini mengumumkan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohammadin yang sebelum ini keluar Parti Warisan (Warisan) dan Bersatu berkata beliau menyertai PBM setelah menilai perlembagaan parti yang menjadi teras penubuhan iaitu memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Dalam situasi politik tanah air yang tidak pernah berlaku sebelum ini, saya berpendapat bahawa penyatuan kuasa-kuasa rakyat dari kedua-dua wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak adalah penyelesaian untuk masalah kestabilan politik,” katanya dalam sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Presiden PBM Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau dan Presiden Penaja Parti Kuasa Rakyat Kamarazaman Yaakob.

Mohammadin berkata PBM yang diasaskan di Sarawak jelas menampilkan barisan pemimpin yang mempunyai rekod khidmat baik kepada rakyat dan tidak terlibat dengan mana-mana skandal penyalahgunaan kuasa.

Pada 29 Okt 2021, Mohammadin mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi Ahli Parlimen dan Adun Bebas, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov 2021 namun bertindak keluar parti itu pada 28 Jun lepas.

Sementara itu, Kamarazaman mengumumkan Parti Kuasa Rakyat akan menjalankan kerjasama strategik dengan PBM selain sebulat suara bersama-sama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atau kerajaan hari ini. – Bernama, 28 Ogos, 2022.


LOMPAT KATAK

LOMPAT

AMIN

INI LOMPAT

AMAT BIJAK

AMIN

LOMPAT SEKARANG

SEBELUM ADA

UNDANG UNDNAG

IBRAHIM ALI

DI GAZETKAN

KAH KAH KAH

AMIN

POLITIK ZAHID - POLITIK SABRI


ZAHID MAHU

PRU SEKARANG

AMIN

KERANA KALAU

PRU LAMBAT DIA

AKAN MASUK JIL

AMIN

SABRI TAK MAHU

PRU SEKARANG

AMIN

NAK BUAT TAHUN

DEPAN BIAR

ZAHID MASUK JIL 

TERLEBIH DAHULU

AMIN

INILAH YANG

SEDANG BERLAKU

BUKAN GEOPOLITIK

BUKAN HAL IKLIM

BUKA EKONOMI

BUKAN INFLASI

  HARGA BARANG

AMIN

MASUK JIL

ATAU TAK MASUK

JIL ZAHID HAMIDI

AMIN

KHALAS

MENTERI BELOT


RAMAI MENTERI

BELOT TAK SOKONG

NAJIB NAZAK

 SORANG DIRI

 DALAM JIL KAJANG

AMIN

Unknown commented on 

"PERGI SIAM CARI GANJA"

Pergi ko menangis di pintu penjara sana.. Malu la negara lain tgok ketua parti politik terbesar malaysia menangisi perasuah dan pencuri duit negara..

KEN IBELUM MULA AGONG NAK AMPUN KE. ?

 



KES BELUM

SELESAI  PUN

AGONG NAK BERI

AMPUN KE?

KAH KAH KAH

YA AMPOOON

YA MAULANA

AMIN

PENCURI MASUK KE PENJARA


YANG PENTING

PENCURI MASUK

KE DALAM PENJARA

AMIN

Unknown commented on 
"HARI HARI AKHIR 
SAEKOR ROSMAH"

Setuju. Well said! Keputusan keluar bila pun bagus. Siapa yang bawa keluar pun bagus. Nsmun Itu semua tak penting. Yang paling penting sekelian prnyamun celaka dari umno dan pas mesti disumbat masuk ke dalam jel. Segala duit harta curi wajib dirampas balik semula ke kantung negara milik anak semua bangsa.

PERLU DISELIDIKI


PERLU DI SELIDIKI

PERLU DI CARI

MAKLUMAT

AMIN


Unknown commented on
 "HARI HARI AKHIR 
SAEKOR ROSMAH"

Isham rais, gwa ada persoalan nih xtahu siapa boleh tolong bg jawapan. Betul ke najib dah kena penjara? Atau kena hukuman penjara tapi dia tak dipenjara pun? Big2 criminal atau nama2 besar yang dipenjara selalunya ada je gambar dorang pakaian penjara,gambar dorang dibawa ke sel,gambar dorang makan makanan penjara, atau kurang2 pun mata lebam lah. Kehkeh

TUNGGU 1 SEPTEMBER

 



KES ROSMAH

AHAD  28/8/2022

SEMUA KELUARGA MALAYSIA
SEDANG MENUNGGU KES ROSMAH
KHAMIS 1 SEPTEMBER

DRAF HUKUMAN
DAH BOCOR
KAH KAH KAH
INI POTONG STIM
KAH KAH KAH

WOIT
SAPA BAGI BOCOR
PUKRAK MUKRAK
TAK BAGI CHAN
ROSMAH TIDUR NYENYAK
KAH KAH KAH

SEMENJAK HARI INI
ROSMAH DAH GELABAH
KAH KAH  KAH
DAH TURUN 5 KILO
KAH KAH KAH

UKRAINE
TAK NAMPAK JALAN SELESAI
MUSIM SEJUK AKAN SAMPAI
BULAN OKTOBER
EROPAH TANPA GAS
TANPA BAHAN BAKAR

SEKATAN KE ATAS  RUSIA
TAK MENJADI
RUSIA MASIH KUKUH
KAH KAH KAH

HOKKIEN 
PAGI INI CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
GUA NAMPAK SATU KELUARGA
DATANG SEMBAHYANG KUBUR
DENAGN BEBERAPA BUAH KERETA
HARI INI PESTA
BAGI MAKAN HANTU
DAH BERAKHIR

GUA TERDENGAR
JANTAN BERKOKOK
INDAH PAGI INI
LANGIT BIRU CERAH
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
SATELAH HUJAN LEBAT KELMARIN
AMIN

BRO 
SENYUM
SENYUM LAH

BRO
LU KENAL ORANG LAIN
LU CERDAS
LU KENAL DIRI SEDIRI
LU BIJAK  SEJATI

BRO
ILMU PENGETAHUAN
IALAH HARTA
DAN
LATIHAN ADALAH KUNCINYA

BRO
AIR YANG LEMBUT
MENGHAPUSKAN
 BATU YANG KERAS
BERLEMBUT
JANGAN BERKERAS
IKUT RESMI AIR

BRO
PERHATIKAN KEBIASAN
DIRI LU
ITU ADALAH WATAK DIRI LU

BRO
KEBAIKKAN MEMBERI
MELAHIRKAN CITA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SESAMA KITA
TUNGGU KHAMIS
1 SEPTEMBER 2022