SATU HARI -
DIPETANG MAL HIJRAH
Setiap Muslimin dan Muslimah sering mendoakan anak atau zuriat mereka menjadi orang yang beriman,bertakwa dan penyejuk matahati.Namun manusia hanya meranchang...
Dalam lirik Dikir Barat : Jahane oleh Mat Yeh pada tahun,1970an terdapat serangkap;
Salah teka pada jangka
Anak bertuah jadi chelaka...
Begitulahlah lumrah alam,lain yang di pohon lain yang dapat.
Adapun Kesah pagi Jumaat Minggu ini berlaku beberapa tahun yang lepas.
Mat Dian jejaka lewat 20 pulohan telah lama berhijrah ke Kuala Lumpur.Beliau adalah seorang anak yang baik. Setiap bulan dia tidak pernah lupa mengirim wang belanja kepada ibunya yang dikasehi Che Som.
Adapun Mat Dian sebagai orang muda yang tidak meninggalkan solat kechuali terlupa; dia juga tiada mengachau bini orang kechuali atas dasar suka sama suka. Bak kata Mat Dian ni seorang yang normal,tidak hipokrit dan tidak boleh dilabel sebagai jahat. Hanya nakal.
Dia juga bukan kaki botol tapi adalah sesekali minum bir. Orang muda katakan.
Keistimewaan Mat Dian pula dalam kenakalannya dia berpegang pada suatu prinsip..DIA TIDAK PERNAH BERBOHONG KEPADA IBUNYA .
Nak dijadikan cherita pada tahun itu Awal Muharram telah kebetulan jatoh pada hari OKTOBERFEST pesta minum2 enjoy2. Pada hari chuti umum itu Mat Dian bangun lewat dan sebelah petang berkunjong ke Oktoberfest itu dengan rakan2nya. Belum pun habis dua gelas bir, Handphone berdering dan dilihatnya di skrin Bonda Che Som menalipon:
Mat Dian ("MD") : Hello Mak. Apa khabar Mak?
Che Som ("CS') : Hah Dian. Mak Khabar baik. Apa yang sedang kau buat di hari baik bulan baik ni Dian.Mak dengar bukan main riuh rendah tu?
Mat Dian tergamam sejenak. Dia terpaksa menjawab soalan ibunya tetapi dia tak mahu ibu nya mengetahui dia sedang minum ayer setan. Dan dia tidak akan sesekali berbohong pada ibu nya....maka ikuti perbualan ibu dan anak selanjutnya:
MD : Memang riuh rendah sikit Mak. Mak tak kan tak tahu hari ini tanggal Awal Muharram.Pagi tadi Dian menghadiri Majlis Penyampaian Tokoh Maal Hijrah.
Disebelah petang kaum muda mudi BERARAK pula Mak dibawah panji sharikat sharikat yang sponsor minuman bagi khenduri.
CS: Eh Eh Alhamdulillah Dian. Bagus betul engkau ni. Abang 2 engkau tak ada yang mengorbankan chuti menghadiri majlis begitu.Sejuk ibu mengandongkan engkau Dian.
p.s
Gabongan Ulamak Islam Negara Negara Eropah Semua Setuju
(""G.U.I.N.N.E.S.S'")
Apa yang mereka setuju?
G.B.U.A
Apa itu G.B.U.A?
Guinness Baik Untok Anda!
----------------------