@SABOTAJ
Dr M jawab DCA, pertahan pesawat disabotaj
Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad mempertahankan dakwaannya bahawa pesawat terbang yang disewa khas kelmarin telah disabotaj bagi menghalangnya untuk hadir ke pusat penamaan calon, semalam.
Dr Mahathir turut berkata, kerosakan serius pada roda hadapan pesawat itu turut diakui oleh Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan lembaga itu, semalam.
“Hari ni CAAM anggap tuduhan saya sebagai serius. Saya tak tuduh CAAM, saya cuma nak nyatakan apa yang berlaku yang diakui oleh CAAM sendiri.
“CAAM tahu pesawat itu tak dapat terbang apakah dia disebabkan sabotaj ataupun tidak, tidak boleh ditentukan oleh CAAM sebelum siasatan tapi saya anggap perkara itu sengaja dibuat kerana ada niat untuk menghalang saya jadi calon di Langkawi,” kata bekas perdana menteri itu dalam ucapannya di Dewan Ho Peng, Kuah, Langkawi malam tadi.
@TANDA
PRTINI SATU LAGI TANDA
PAKATAN MENANG
PRU14
KECUALI
DITIPU
KECUALI
DISABOTAJ
-------------------