Jumaat, 6 November 2020

COOL DUDE


 LEBAI TEKNO 


 TERIMA KASEH

RONALD REAGAN

SEORANG LAGI PEMIMPIN ISLAM DIZALAMI

 



 INI TANDA

KERAJAAN ZALIM

AMIN

KENAPA  SOSOK

INI DIDAKWA

AMIN

DIA JUJUR

DIA WARAK

DIA BERIMAN

SELALU TUNGGANG

TUNGGIT

AMIN

DAH PERNAH 

CIUM BATU ITAM

AMIN


Pendakwa panggil 

10 saksi kes

 Ahmad Maslan


PIHAK pendakwaan akan mengemukakan 10 saksi pada perbicaraan kes Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan yang didakwa atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata pihak pendakwaan menyerahkan penyataan saksi kepada mahkamah dan pasukan pembelaan, awal bulan lepas.

Perbicaraan kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad.

 WOIT

TUAN HAJI

AHMAD MASLAN

BUKAN PENCURI

AMIN

DIA HANYA TERIMA

SEDEKAH DARI

TUAN HAJI NAJIB

TUJUAN UNTUK

 MELEBAR KANGKAN

OPPS SILAP

MELEBAR PENGARUH

AMIN




ADA KUASATAK MAHU LEPAS KUASA

 




 ADA KUASA 

TAHU MAHU

LEPAS KUASA

Unknown commented on 

"GUA UDAH RAMAL"

Kalau sudah pegang kuasa, susah melepas kah kah sama lah di msia pon, jidin pegang tak mahu lepas jugak, tak kira apa masih mahu pegang, sudah rasa nikmat, kah kah pegang kunci bank, sapa mahu lepas, atok usia 95 tahun pon mahu kunci Bank jugak, kah ka ka dunia begitu lah, sebelum hembus nafas terakhir pon manusia masih tamak, tak kira apa jadi rakyat asal dia dapat pegang kunci bank kah kah syukran

TETAP ADA NUMBO

 



 TRUM KLIM

DIA ADA NUMBO

KAH KAH KAH

TAPI AMERIKA

TAKDA AGONG

NAK TUNJUK

PADA SIAPA?

KAH KAH KAH



Trump tidak mahu kalah,

 dakwa undi pos tidak sah



Presiden AS Donald Trump berucap dari bilik sidang media di White House, yang pertama sejak malam pilihan raya pada Selasa. – Gambar EPA, 6 November, 2020.

DONALD Trump tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah kalah apabila mendakwa tanpa sebarang bukti beliau sepatutnya sudah menang pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) “dengan mudah” sekiranya dikira kertas undi “yang sah”.

Kebanyakan saluran berita televisyen di Amerika bagaimanapun memilih untuk menyampuk siaran ucapan Trump dan membuat penjelasan ketika beliau berucap dari bilik sidang media di White House.

“Kalau dikira undi yang sah, saya menang dengan mudah. Kalau dikira undi yang tidak sah, mereka boleh merampas pilihan raya ini daripada kita dengan mengira undi yang masuk lambat,” kata Trump.

Ini adalah ucapan pertama Trump sejak malam pilihan raya pada Selasa.

Beberapa rangkaian berita televisyen antaranya ABC, CBS dan MSNBC berhenti menyiarkan ucapan Trump, yang mereka sifatkan sebagai berbohong kepada rakyat Amerika dan boleh menghancurkan amalan demokrasi.

“Sekali lagi, kami bukan hanya mencelah presiden AS tetapi terpaksa membetulkan beliau,” kata penyampai berita Brian Williams.

Pakar perundangan yang ditemuramah oleh saluran berita pula menjelaskan tidak wujud istilah “undi sah” atau “undi tidak sah” seperti yang dihebohkan oleh Trump dan kemnya. 

Apa yang ada ialah undi pos di sesetengah negeri tidak boleh dikira awal tetapi hanya boleh dikira pada hari pengundian pada Selasa, jelas mereka. Sesetengah negeri pula menerima undi pos sehingga beberapa hari selepas hari pengundian.

Calon naib presiden Mike Pence yang menjadi regu Trump dalam pada itu menyokong dakwaan kononnya mereka telah ditipu dalam pilihan raya ini.

Trump dalam ucapannya mengulangi dakwaan sebelum ini kononnya ada penipuan dalam proses pengiraan undi yang masih berjalan apabila undi untuk pesaingnya Joe Biden naik mendadak selepas undi pos dikira.

Namun penganalisis menjelaskan mereka yang mengundi pos kebanyakannya memang penyokong Demokrat yang bimbang dengan penularan Covid-19.

Kebanyakan mereka yang mengundi secara fizikal di pusat pengundian pula adalah penyokong Trump yang terpedaya dengan dakwaannya menafikan pandemik ini.

Covid-19 sudah menjangkiti hampir 10 juta penduduk Amerika dengan lebih 235,000 kes kematian.

Persaingan ke White House kini bergantung pada keputusan di lima negeri yang masih mengira undi, dengan baki penentuan 71 undi. 

Biden kini mendahului dengan 264 undi, sementara Trump mengumpul 214 undi. 

Sesetengah media bagaimanapun tidak mengambil kira undi dari Arizona yang proses pengiraannya masih berjalan, menjadikan Biden mendahului Trump dengan 253-214.

Biden kini mendahului tipis dengan kelebihan 1% di Nevada yang memberikan 6 undi. 

Biden pula semakin menghampiri Trump di Georgia, dengan hanya tidak sampai 2,000 undi di belakang. Georgia menawarkan 16 undi untuk persaingan ke White House.

Biden juga mengekor sangat dekat di belakang Trump di Pennsylvania yang mengumpulkan 20 undi.

Awal hari ini, Trump melepaskan kemarahannya di Twitter dengan memberi amaran akan mengheret proses pengiraan undi pemilihan presiden ini ke mahkamah.

Twitter bagaimanapun menanda komen Trump itu sebagai “mengelirukan”.

Peguam negeri Pennsylvania Josh Shapiro sementara itu mengecam usaha Trump dan kelompoknya mencabar proses pengiraan undi ke mahkamah di negeri-negeri yang beliau hampir kalah.

“Ini undi yang sah. Semuanya akan dikira,” katanya kepada MSNBC.

Jelas Shapiro, tindakan Trump mengheret petugas pilihan raya ke ranah politik adalah kempen politik, manakala beberapa pengulas lain menyifatkannya muslihat ke mahkamah hanya bertujuan mengelirukan penyokongnya sendiri.

Agensi berita Associated Press sementara itu menjelaskan tuduhan Trump mengenai penipuan tidak berasas dan dibuat tanpa sebarang bukti. Media lain juga amnya bergelut menjelaskan kedudukan undi pos yang sudah diterima dalam sistem pilihan raya mereka. – 6 November, 2020.

 TRUMP NAK

TUNJUK NUMBO

PADA MEDIA

KAH KAH KAH

TAPI MEDIA

TAK LAYAN

KAH KAH KAH

TRUMP PATUT

BELAJAR DARI

ABAM MACAM

MANA CARA  

PUTAR MEDIA

KAH KAH KAH




TRUMP MASIH BERTAHAN



 TAHNIAH TRUMP

BERI PENCERAHAN

PILIHAN RAYA

DILIHAT KORUP

AMIN

PERSAMAAN ANWAR DENGAN TRUMP

 




PERSAMAAN 

RAMAI BERTANYA
APA PERSAMAAN
ANTARA
ANWAR IBRAHIM 
DENGAN
DONALD TRUMP

JAWABANYA

TRUMP KLIM DIA ADO NUMBO
ANWAR KLIM DIA ADO NUMBO
AMIN



BELAJAR CARI NUMBO

 



BELAJAR

 CARI NUMBO


capt salai commented on 

"GUA UDAH RAMAL"

hahaha..mat biden dh belaja dari Bee Enn..Mr Triump dh jd sarung nenas sarawak..nk blaja dgn abg non nk cari nombo...nombo abg non asik miss je

GUA UDAH RAMAL

 




GUA UDAH RAMAL

TRUMP AKAN

BUAT PERANGAI

KAH KAH KAH

Trump tidak mahu kalah, dakwa undi pos tidak sah


KRISIS DAH 

MELANGGAR AMERIKA

AMIN

KITA TUNGGU

DAN LIHAT

GADUH BESAR

ATAU

GADUH KECIK

KAH KAH KAH

TUCKBEER

 






TUCKBEER



panglimo potaseh commented on

 "JENAYAH TERSUSUN"

Jenayah Tersusun ..gwa teringat Tuan Haji Syoib Rajolawak kato yang kekayaan dia ALLAH YANG SUSUN ..tuckbEEr ..

RUKUN HIDUP





RUKUN HIDUP

BETUL KE INI?

 


BETUL KE INI

TUN HAJI

AMIN

SILA

BERI PENCERAHAN 

AMIN


YDPA boleh isytihar darurat di Batu Sapi, Sarawak – Takiyuddin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong (YDPA) boleh mengisytiharkan darurat bagi kawasan Parlimen Batu Sapi dan Sarawak berikutan pilihan raya itu yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tuan Haji  Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana Seri Paduka memiliki kuasa yang jelas untuk mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh negara atau mana-mana bahagian berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

KITA BUKAN 

NEGERA ARAB

RAJA KITA RAJA

PERLEMBAGAAN 

AMIN

TUAN HAJI INI

WAJIB BERI

PENCERAHAN

KITA SOKMO

BUKAN PEGUAM

AMIN

KALAU BETUL

SENANG KERJA

KIAT SELAMAT

AMIN



PRU 15 AKAN SAMPAI?

 


LANGKAH TERBAIK

DAPAT MANDAT

RAKYAT 

AMIN



PN memang mahu

 mandat baru rakyat

 melalui pilihan raya

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sememangnya berharap untuk mendapat mandat baru daripada rakyat melalui pilihan raya, kata Muhyiddin Yassin.

Perdana menteri berkata pilihan raya umum boleh dibuat sekiranya isu berkaitan pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara dapat diselesaikan.

“Jika dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baru.

“Kita pergi kepada rakyat dan mohon rakyat pertimbangkan. Kalau mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional ini bagus dan prihatin terhadap masalah mereka… mereka akan hargai usaha kita,” katanya.

“Bila Covid selesai, ekonomi rancak, terserahlah, kita berdoa pada Allah agar negara kita kembali pada landasan yang betul dalam satu tempoh yang tidak terlalu lama,” kata Muhyiddin.


WOIT

BILA NAK BUAT

SAJE TANYA 

RAMAI TAKUT

MAT KOBID 

KAH KAH KAH 

KEMPEN TAK JADI

SPR KAKI PUTAR

KAH KAH KAH

AKHIRNYA

RAKYAT TANYA

INI MANDAT

 KE MEMANTAT

KAH KAH KAH




DONALD TRUMP - JOE BIDEN


MAKLUMAT


TAHU KAH ANADA
PERBEZAAN ANTARA 
DONALD TRUMP
DENGAN 
JOE BIDEN

TRUMP BERI ARAHAN
PADA POLIS AMERIKA
TEMBAK ORANG ITAM
DI KEPALA

BIDEN BERI ARAHAN
PADA POLIS AMERIKA
TEMBAK  ORANG ITAM
DI KAKI

SORANG MINUM PEPSI
SORANG MINUM COKE
AMIN

AMERIKA TAKDA SPR

 


AMERIKA 

TAKDA SPR

Unknown commented on 

"SEBIJIK CARA BARISAN NASONAL"

TT bagi stori salah tu. Mislead pembaca. Ni semua negeri with Gabenor Republican parti Trump. Ada peraturan SPR negeri sendiri yang berlainan dari negeri ke negeri. USA tidak ada SPR peringkat pusat.

BANGLA DEMO UNTUK HIDUP

 


BANGLA DEMO

UNTUK HIDUP

cikminah commented on

 "SEMPADAN MASIH DITUTUP"

Bagus!!!!! 25,000 orang pekerja Bangla sedang merusuh di Dahka, nak mintak masuk balik Malaysia, bekerja. Mereka minta kerajaannya bincang dgn Malaysia. Ismail Sabri kata, bincang boleh tapi masuk tak boleh. Hahaha...!! Bukankah kehidupan di Malaysia sangat menyeksakan dan tidak berprikemanusiaan....?

TOK HENG BUAT PROPAGANDA

 


TOK HENG

BUAT PROPAGANDA

TAK LENGKAP

KAH KAH KAH

BERITAHU RAKYAT

BERAPA GAJI YB

KELANTAN 

SEKARANG

DAN

BERAPA RIBU 

NAK TAMBAH LAGI

KAH KAH KAH

BIAR RAYKAT TAHU

BUAT BANDINGAN

BARU RAKYAT 

MARAH

KAH KAH KAH



Pemimpin Pas Kelantan senang tapi rakyat terus menderita – Tok Him

KUALA LUMPUR – Rakyat Kelantan diminta menentang kenaikan gaji wakil rakyat di negeri itu.

Presiden Parti Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, alasan gaji wakil rakyat Kelantan di naikkan RM5,000 untuk merapatkan perbezaan gaji dengan wakil rakyat negeri lain dilihat tidak wajar.

“Defisit Belanjawan Kelantan lebih RM66 juta tapi gaji wakil rakyat naik. Ini bermakna (gaji) Menteri Besar, Timbalan MB dan Exco pun naik sama.

“Negeri lain pendapatan kerajaan tidak seteruk Kelantan. Mana semangat pengorbanan peminpin yang jaja Islam selama ini..30 tahun rakyat Kelantan kais pagi, makan pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ibrahim, ia tidak wajar kerana mendakwa cukai tanah, cukai pintu dan pelbagai cukai urusan tanah naik, bekalan air sentiasa putus dan kotor manakala pekerjaan untuk rakyat di negeri tidak ada.

“Rakyat terus berhijrah keluar Kelantan. Sebelum ini MB, Timbalan MB dan Exco dapat Mercedes dan sekarang nak naik gaji pula.

“Semoga rakyat Kelantan bangkit dan jangan tertipu lagi,” kata bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan barisan exco kerajaan Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.

Kenaikan itu diperlukan bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dan negeri-negeri lain.- MalaysiaGazette

TAK SANGKA

TOK HENG

DAH JADI 

DOKTOR

AMIN

BELAJAR SEKOLAH

PERUBATAN MANA

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

MEMANG BAIK

JADI DOKTOR

ZAMAN KOBID INI

BOLEH 

TIPU UNDI RAKYAT...

OPSSS... SILAP

BOLEH

TOLONG RAKYAT

KAH KAH KAH




MUHYIDIN MAKIN TEROK

 




MUHYIDIN 

MAKIN TEROK

Unknown commented on

 "NAJIB PENYOKONG TEGAR TRUMP"

adaLah juga jumpa pemimpin2 duniya ...nak arap Kan tansrimuyidin.. idak Laaa...maLah bukaN itu onLy... Pemimpin duniya yg tahu tansrimuyidin jadi PM maLaysia ni cuma jokowi Dan anak Lee kuan yu... itu onLy... Terok Kita bgini

WAJIB BEBANGGA

 




WAJIB BERBANGGA

Unknown commented on

 "BIDEN MENANG"

TT, aku dapat maklumat dalaman ... Biden sebenarnya orang Melayu dari Malaysia. Dulu masa di Malaysia, namanya "Bidin". Kita patut bangga!


Arymanchino commented on 

"SEBIJIK CARA BARISAN NASONAL"


Biden ni org Melayuorg Pas. Mane ade menipu..

JANGAN GOLAK GOLAK

 


JANGAN

GOLAK GOLAK

panglimo potaseh commented on

 "KOBID DISANA SINI"

Kovid ..onam bulan portamo 10ribu ekor kono ..bulan Oktoberfest kono 20ribu ..20ribu X 6bulan = 120ribu (up 1200%) ..paham tak. Den jangko an November ni kono lobeyh 30ribu ekor ..apo golak2 ..

UNDI POS TIPU

 


UNDI POS TIPU

Unknown commented on

 "UNDI POS UNDI TIPU"

Hihi... Trump takut lengit dia suruh berhenti main sebelum perlawanan berakhir. Lembik betul hero titi nie.

Unknown commented on 

"SEBIJIK CARA BARISAN NASONAL"

tamp kerjaan .. bidin pembangkang kerajaan kalah undi pos .. malau oiii hahahaha

BERKHALWAT KE HARI 234

 



KHALWAT KE 234 

JUMAAT 6/11/2020
KITA MASUK KE HARI 234
BERKHALWAT

PILIHAN RAYA AMERIKA
DAH SELESAI
TAPI KEPUTUSAN BELUM ADA
UNDI MASIH DIKIRA

JUGA BEBERAPA LAPORAN
SALAH LAKU TELAH
DIAMBIL OLEH 
TIM TRUMP
SAMAN MENYAMAN BERMULA
MUNGKIN HINGGA 
KE MAHKAMAH PALING TINGGI
DI AMERIKA
SUPREME COURT

DI MALAYSIA 
GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
BERTERUSAN

HARI INI JUMAAT 6/11/2020
BUJET AKAN DIBENTANG
DALAM PARLIMEN

KELMARIN  ADA 
ARAHAN HANYA 80 YB
DIBENAR MASUK DEWAN
APAKAH INI UNTUK
SELAMATKAN MUHYIDDIN
ATAU
BETUL BETUL 
KERANA KOBID
GURU NANAK PUN TAK TAHU

KITA TUNGGU 
3 MINGGU KEMUDIAN
APA KAN TERJADI
LULUS 
ATAU 
TAK LULUS BUJET

KALAU LULUS 
MUHYIDDIN SELAMAT

KALAU TAK LULUS
APA JADI
JENG JENG JENG

PAGI INI HOKKIEN LEMAU
MATAHARI TAK KELUAR

YANG SPESIAL
KENG KENG
MERIUHKAN
SATU GAUNG
HANYA SAEKOR
BOLEH BELAGU
TAK PUTUS PUTUS

KENG KENG
YOU MAKE MY DAY

HIDUP INI MACAM 
AMBIL GAMBAR
PERLU ADA NEGATIF
UNTUK HIDUP MENJADI

JANGAN RISAU TENTANG GAGAL
RISAUKAN APA YANG KAMU
TAK DAPAT KERANA
KITA ENGGAN MENCUBA

SEMUA YANG KITA MAHU
ADA IANAY WUJUD 
DISEBELAH DINDING
KETAKUTAN

JATUH TUJUH KALI
KITA BANGUN LAPAN KALI

MEMENANGI BUKAN  SEMUANYA
YANG PENTING
NIAT UNTUK MENANG

KITA INI SEHARUSNYA
BUKAN HASIL KEADAAN
TAPI WUJUD
KERANA INI YANG DIRANCANG

SEMUA KANAK KANAK
ADALAH SENIMAN PELUKIS
TAPI BAGAIMANA
NAK TERUS 
MENJADI PELUKIS
BILA  DAH BESAR

HIDUP INI
MEMBUAT SESUATU
BUKAN MENGUMPUL
SESUATU

KALAU BENDA ITU BOLEH
KITA FIKIRKAN
MAKA BENDA ITU
BOLH KITA WUJUDKAN

BUAT SESUATU BUKAN 
HANYA UNTUK KEJAYAAN
TAPI MEMBAWA NILAI

LALUILAH BELUKAR
LALUI LORONG
YANG BELUM PERNAH DIRENTAS
LIHAT APA YANG JADI

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT