Isnin, 13 April 2020

DEMO DENGO MOLEK MOLEK













MEK AJO MASAK
SEDAP TOK LEH ROYAK
SAMPE BERAIR MATO MATO
SEDAP MENGELIAT
BUNYI SOK SEK SOK SEK

JANGAN MARAH SANGAT







BRO JANGAN

MARAH SANGAT

UNTUK SAMA

SELAMAT
Haaaa... ini la kes yg aku hari² up kat status wasap aku. Kes golongan kayangan lahanat!!! Golongan yg baru balik bercuti kat oversea. Golongan tabligh kena kuarantin kat pusat kusta, oj je takde komplen apa².. abis lari segala hantu kat situ sbb diorg solat, azan, wirid sume. Tiba tang golongan kayangan ni,. Siap dok hotel 3,4,5 bintang.  
Apa sumbangan diorg smpi mcm tu sekali keistimewaan kena bagi. Golongan kapitalis mana yg dot hak sebegitu rupa. Rm150p/day bayar utk hotel, lebih baik beli barangan dapor utk golongan susah. Sapa suruh golongan kayangan ni balik?!!! Biarkan aje mereka di oversea patutnya. Haram jadah betul golongan kayangan ni.. binawe 
on 
TEPAT SEKALI
Publish | Delete | Spam
Amier The Hero
on 10/04/20

Hi

BERGUMBIRA








BERGUMBIRA

Gwa sangat hairan la TT. 
Apa pasal orang suka sangat kasi post komen kemudian kat hujung ada kahkahkah. 
Ada kihkihkih. 
Kemudian last-last nama pun takda. 
Apa ini blog raja lawak ka TT. 
Jangan marah sama gwa. 
Gwa mau tau saja. 
on 
ATOK 
SELAMATKAN NEGARA
Publish | Delete | Spam
dr chenor
on 13/04/20

Es

BERITA TAK MOLEK YANG BAIK








INI NAMANYA

BERITA BURUK

YANG BAIK


Tiada bazar Ramadan 

sepanjang PKP, kata menteri

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin membuat keputusan untuk mengharamkan operasi semua bazar Ramadan di seluruh negara sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibatalkan, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan berkata, keputusan itu adalah muktamad walaupun Kementerian Wilayah Persekutuan sedia mengumumkan pelan untuk meneruskan bazar Ramadan.

“Perdana menteri telah memutuskan semua bentuk bazar Ramadan tidak akan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata, senarai bazar Ramadan yang dibenarkan beroperasi di 66 lokasi di Kuala Lumpur dan Putrajaya akan diputuskan Khamis ini.

Beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan akan bertemu dengan pelbagai persatuan penjaja bagi memutuskan bagaimana gerai akan beroperasi.

Perintah kawalan pergerakan telah dilanjutkan sehingga 28 April manakala bulan Ramadan akan bermula pada 24 April.

Beberapa negeri telah memutuskan untuk membatalkan bazar Ramadan tahun ini. – 13 April, 2020.


KITA BERPUASA

BERKHALWAT

BERAMAL

DI RUMAH



HARI INI SENIN 13 APRIL 2020










HARI INI

SENIN 13/4/2020

Zon merah kekal 26 kawasan, Lembah Pantai catat kes tertinggi



Kedai gunting rambut, cermin mata, salun kecantikan dilarang beroperasi


Pematuhan PKP rakyat Selangor tahap 92 peratus


PKP: Polis puas hati sikap penduduk Tawau



AWAS


--------

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA








BERITA BAIK

UNTUK PEGELUAR

MINYAK MENTAH

HARGA MINYAK

MENTAH NAIK




Major oil-producing nations agree historic 10% cut in output

Pengeluar minyak terbesar di dunia telah bersetuju dengan perjanjian bersejarah untuk mengurangkan pengeluaran minyak global dengan hampir 10% untuk melindungi pasaran daripada kesan pandemik koronavirus.

Ahli kartel minyak Opec dan sekutu-sekutunya telah bersetuju untuk menahan hampir 10m tong sehari dari bulan depan selepas wabak Covid-19 menghapuskan permintaan untuk bahan api fosil dan mencetuskan kejatuhan harga minyak global.

Perjanjian pengeluaran minyak terbesar dalam sejarah adalah dua kali ganda ukuran pemotongan yang disepakati berikutan krisis kewangan global dan menandakan gencatan senjata dalam pembuatan minyak harga minyak antara Arab Saudi, ketua de facto Opec, dan Rusia.

Perikatan itu, yang dikenali sebagai Opec +, bersetuju dengan pemotongan pengeluaran selepas lebih daripada seminggu perbincangan tegang antara negara-negara pengeluar minyak terbesar di dunia untuk menaikkan pasaran minyak global yang telah dipatahkan.


MEMBANTU

PENDAPATAN

NEGARA

JANGAN TUNGGANG AGAMA







JANGAN 

TUNGGANG

AGAMA
 

Kalau kita tanya dinosour kenapa pupus dari muka bumi, mungkin pada masa itu terjadi wabak penyakit, dinosour itu tiada fikiran seperti manusia, jadi tiada lock down, tiada ujian saringan mahupun kurantin.Dinosour bebas begerak dan akhirnya membawa kepada kepupusan dinosour.
Jadi sebagai manusia yang dianugerahi akal dan fikiran oleh allah seharusnya kita boleh berfikir dengan cara yang lebih baik dan mampu mencari jalan penyelesaiannya.Hanya manusia bodoh dan kurang akal dan menghasut kebencian antara agama dan bangsa sahaja yang akan menunggang agama dan bangsa untuk kepentingan diri sendiri.jangan jadikan diri sendiri sebagai makcik bawang atau pakcik bawang, 
bagus lagi jadi kak kiah yang dapat bantuan dari kerajaan untuk mengharungi tempoh pkp ini.Janganlah monteng sikap manusia dan jadilah seorang manusia yang boleh hidup dengan mana² agama,bangsa dan kepelbagaian kecenderungan politik. 
on 
JUAL AGAMA 
IALAH PERNIAGAN
 KEDUA TERTUA 
DALAM DUNIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/04/20

Peri

FREE MASON TAK PENTING






FREE MASON

TAK PENTING

YANG PENTING

NEGARA

TIDAK KENA PAU

Tahniah lah, ini semua berlaku disebabkan kehebatan kumpulan pujaan isham rais yang tak sanggup tgok abam jd PM, tapi sanggup kerjasama dgn BN korup dan PAS yg berdagang agama.. 
seronok tgok jeming jd no. 2 dan mak kampit jd menteri cuci jalan..harapnya jeming bagi lah satu GLC kt tt utk jd pengerusi, berbaloi lah sikit usaha selama ni lawan org kanan freemason ..
kah kah kah 
on
 HABUAN DARI KAMU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/04/20

Kala


=

GEROMBOLANMASUK KERANA ABAM TIPU AMANAH DAP








GEROMBOLAN 
BERJAYA MASUK APABILA
ANWAR IBRAHIM BERJAYA
MENIPU AMANAH DAN DAP
YANG DIA ADA MP SOKONG
LEBIH DARI 112 ORANG

Anwar optimis cukup angka jadi PM



KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup optimis beliau memiliki sokongan y


Apa lu cerita atuk selamat negara ni tt oi...atuklah yg melingkup negara selama Ni. Atuklah yg swastakan segala mcm jenis. Atuklah yg dengan ketagihan kuasanya deal nak jd pm atas alasan kick umno. 
Dan kami Akan mengingati atuklah yg penyebab pengkhianat yg Ada skrg ni tgh melingkupkan lagi negara tanpa perlu kena Pau pun. Eh tt..kau pun setuju dgn lantikan politik dlm GLC ke? Okeylh tu..merasalah kau syurga.
kahkahkah 
on 
ATOK 
SELAMATKAN NEGARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/04/20

Ta

PELUANG SUSUN KEMBALI EKONOMI







PELUANG SUSUN

KEMBALI EKONOMI

2.4 juta warga Malaysia kebanyakan Melayu akan hilang kirje. Itu lah sebab ALLAH turunkan Korona, supaya kita susun balik ekonomi kita macam Finland, yg by end of the day setiap isi rumah mrk JUTAWAN .. 
bukan macam ekonomi Arab sekarang atau 14OO thn dulu ..banga lahirkan PENYAMUN ngisi tombolok sendiri dgn juta dan biliyun. Dah masanye kita halau 8 juta pendatang, yg kabarnye KEBAL hingga berani simbah NAJIS pada Penguasa ..ada yg tak kena ni. 
Masa tu lah kita isi 8 juta jawatan kosong dgn Melayu yg ilang kerja tadi dgn gaji yg lbh tinggi. Selesai masalahkan .. Tuan Haji Malikul, ayok gwa picaya lu bukan Penyamun ..ada pun lu pandai baca doa Bahasa Arab, tapi gwa CAYA lu bukan Penjual Igama ..toqbeer. 
on 
PASCA KARONA
 BALA SAMPAI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 13/04/20

Tan

MAT CHICKEN







MAT CHICKEN
TT, Amier...apa kata yang letak tanpa nama tu kita panggil - mat chicken-, mat chicken selalu tak dapat bezakan posting TT atau komen pembaca, TT jangan mengalah, kalau TT tak ada orang macam kami ni pening dah lah bicara Najib, Ros, WJ, KN ditangguhkan dah tak ada apa hiburan untuk kami...teruskan TT 
on 
TEMBAKAN 
AMIER THE HERO
Publish | Delete | Spam
hamim
on 13/04/20

K


JUAL KUPANG PERNIAGAAN TERTUA DALAM DUNIA







PERNIAGAAN 
PALING TUA DALAM DUNIA
IALAH JUAL KUPANG
Perniagaan pertama tertua adalah jual kupang hidup. Ada fosilnya di pompeii, roma,dalam pyramid, juga di kalingga. Rupanya jika tiada pornhub, manusia hanya perlu pahat saja dibatu coretan coretan erotis. 
on 
JUAL AGAMA 
IALAH PERNIAGAN 
KEDUA TERTUA 
DALAM DUNIA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/04/20

Ke

KARONA TAK KENAL AGAMA







KARONA 

TAK KENAL

AHLI SURAU

ATAU

AHLI DISCO


195 kes positif dikesan di 4 kluster madrasah

EMPAT subkluster jangkitan baharu dikesan terbentuk di empat buah madrasah hasil pengesanan kontak rapat kes indeks perhimpunan Seri Petaling, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan berkata, ia meliputi madrasah di Sungai Lui, Hulu Langat yang kini diletak bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat dan tiga lagi di Jerantut, Penanti dan Jasin.

Menurutnya, kluster paling besar dikesan di Sungai Lui, dengan 90 kes didapati positif daripada 282 orang yang disaring setakat ini, termasuk 274 pelajar.

Ia diikuti kluster madrasah di Jerantut yang menemui 62 kes positif daripada 401 orang yang disaring, katanya dalam sidang media disiar langsung hari ini.


Katanya, 297 daripada individu yang disaring di madrasah Jerantut itu terdiri daripada 287 pelajar dan 104 kakitangan serta ahli keluarga terlibat.

Tambah beliau, pengesanan di madrasah di Jasin pula menemukan 37 kes aktif daripada 137 orang yang disaring, melibatkan 122 pelajar dan 15 kakitangan.

Kluster paling kecil dikesan di Penanti, Pulau Pinang dengan enam kes positif daripada 256 pelajar dan 35 kakitangan yang disaring, katanya lagi.

“KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengenalpasti dan menguji semua kontak rapat di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi,” katanya.

Ketika ditanya, beliau berkata perintah PKPD hanya dikenakan di Sungai Lui dan kementerian masih meneruskan pengesanan aktif di semua kluster terlibat dan tempat risiko sasaran.

Individu yang didapati positif akan dibawa ke hospital untuk rawatan dan kes negatif diasingkan untuk kuarantin, katanya lagi.

Dr Noor Hisham juga meminta anggota masyarakat tidak mempersalahkan atau mendiskriminasi mana-kumpulan yang dikaitkan denga kluster jangkitan Covid-19.

“Janganlah kita stigmakan mereka. Apa yang penting, adalah kita membantu mengesan dan merawat jangkitan Covid-19 di kalangan mereka yang terlibat, keluarga dan kontak mereka,” katanya.

Operasi itu berjaya dilaksana dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Syura Jemaah Tabligh Masjid Seri Petaling, katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan tiga lagi kematian baharu akibat Covid-19 hari ini, yang meningkatkan angka korban menjadi 76 orang, iaitu 1.62% daripada jumlah jangkitan.

Kes baharu direkodkan hari ini seramai 153 orang dan 113 pula pulih, yang memberi jumlah 2,108 orang berjaya sembuh.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 2,499 kes aktif Covid-19 kini sedang dirawat dengan 66 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.

Seramai 37 daripadanya perlu alat bantuan pernafasan. – 12 April, 2020.


---------

JANGAN BODOH






JANGAN BODOH
Takbalik jangan bodoh, 
kalau kkm minta kurantin, duk dediam kat rumah.kalau suh pi sepital cepat² datang, jangan malukan umat islam, 
on 
TABLIK TAKBALIK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/04/20

K


-------

NASI PANGGUNG PETANG KELMARIN






DAPUR  JALANAN

KINI JADI

BARISAN

HADAPAN
MELALUI BERSETUJUAN 
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
DAPUR JALANAN TERUS
MEMBUAT KERJA AMAL

SETIAP PETANG AHAD
NASI PANGGUNG DIAGIH
INI KERJA AMAL 
TELAH MELINTASI 10 TAHUN

KINI DAPUR JUGA
MENGEDAR BAHAN MAKANAN
KEPADA 
WARGA MISKIN KOTA
DISEKITAR CHOW KIT

MENGEDAR MAKANAN
KEPADA 
WARGA PELARIAN

KERJASAMA DENGAN RAPID KL
EDAR MAKANAN
PADA PEKERJA RAPID
YNG TERKURUNG


SESIAPA RASA
ADA DUIT LEBIH
NAK  BERSEDEKAH
ATAU
NAK BERZAKAT
KEPADA DAPUR
DIPERSILAKAN

BANK CIMB
8008984696

KELAB DAPUR JALANAN
KUALA LUMPUR 
AMIN



KALI INI
NASI PANGGUNG
DENGAN SERANGAN KARONA
BERUBAH CARA
MAKANAN DIEDAR
SEMUA BERJAGA JAGA
SEMUA BERWASPADA



BERBARIS JARAK JAUH


RELA DATANG BANTU


SORANG SORANG DATANG





TIM DAPUR JALANAN
BERSAMA RELA 
PETANG KELMARIN
AHAD 12/4/2020
SALUT PADA TIM DAPUR


AMIER THE HERO






AMIER THE HERO

Betul tu amier the hero wa sokong lu bulat²... Cuma wa mintak lu manyak² sabar. Ini masa pkp suma olang ada sikit tekan dekat otak.. Wa talak campur ini hal wa cuma mau bagi nasihat... 
on 
TEMBAKAN
 AMIER THE HERO
Cina Pudu
on 13/04/20


Elleh cakap geger hegar tulo 
entah tah jual putu mayam 
on 
TEMBAKAN 
AMIER THE HERO
Anonymous
on 13/04/20

Gwa sangat salute sama lu Amier The hero. Komen padat pekat likat. Berlepuk tepat beberapa bijik hinggap kat muka sasaran terus melekat. Camni baru lah hero, bukan zero. 
on 
TEMBAKAN 
AMIER THE HERO
Publish | Delete | Spam
dr chenor
on 12/04/20


Mir, Belasah yo.... den setuju. Bangang nek mampuih. Gua tabik lu bro.... Spreng punyo Hahaha.....
 on 
TEMBAKAN 
AMIER THE HERO
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/04/20

Ato

JUAL AGAMA IALAH PERNIAGAN KEDUA TERTUA DALAM DUNIA





JUAL AGAMA
ADALAH PERNIAGAAN 
KE DUA TERTUA
DALAM DUNIA
LU TAU APA PERNIAGAAN PERTAMA?
Hj Bawang bijak pandai, bijak nelayang, sehingga dalam laut boleh ukur dengan ayat ayat Arab, akan bawa masuk beribu pelabur Arab untuk ternak biawak dab, tanam pokok kurma, menuai minyak dari tanah, menangkap ikan guna teknologi Arab, 
sebab Arab pandai belaka, berpuluh ciptaan telah dijayakan kah kah kah susu unta buah kurma akan dibungkus.eksport ke eropah kah kah kah bijak oh bijak hj Hadi Bawang kah kah 
on 
BRO LU 
TAK FAHAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/04/20

G

ATOK SELAMATKAN NEGARA






ATOK SELAMATKAN

NEGARA DARI

KENA PAU

Atok khianat nie cakap apa? Adakah Atok Sayang negara ? Adakah Atok Sayang Malaysiaku? Adakah Atok cakap serupa bikin ? 
Kah kah kah 
Hishamuddin Rais Pon sama geng sewaktu dengan Atok, khianat kepercayaan rakyat bukan satu yang mulia, patut Atok bubar buat Raya semula bukan tikam senyap senyapac.belakang taruk kah kah kah 
on 
KITA SESAMA 
SELAMATKAN 
DIRI KITA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/04/20

H

PASCA KARONA BALA SAMPAI







PASCA KARONA

BALA PASTI

SAMPAI

NEGARA 

RUNTUH RANTAH



20% pekerja PKS bakal hilang kerja dengan lanjutan PKP, kata kumpulan niaga


SEBILANGAN besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu membuang pekerja bagi membendung kerugian mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan bagi mengekang penularan Covid-19, kata pemilik perniagaan.

Ketika ini, PKS menyumbang kira-kira 98% daripada perusahaan Malaysia, ini bermakna peningkatan pengangguran bakal berlaku, kata Presiden Pertubuhan SME Malaysia Michael Kang

“Sudah tentu akan ada pemberhentian, sudah ada 10% hingga 20% proses pemberhentian pekerja. Dalam tempoh PKP ini, IKS pasti akan menderita dan perlu menyusun semula operasi mereka, mungkin sehingga 20% bahkan mungkin ditutup.

“Kami menganggarkan bahawa kira-kira 20% dalam sektor ini akan kehilangan pekerjaan, dengan banyak yang sudah diberhentikan sejak Mac, dan ini akan diteruskan pada bulan April,” kata Kang kepada The Malaysian Insight.

Ulasan beliau itu tampil selepas Putrajaya mengumumkan insentif untuk IKS termasuk suntikan wang tambahan bagi pelan subsidi gaji yang lebih baikkira-kira 4.8 juta pekerja.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menganggarkan kira-kira 2.4 juta pekerja memiliki kemungkinan untuk diberhentikan ekoran kesan pandemik Covid-19 ke atas ekonomi negara.

Bagaimanapun, pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan memberitahu The Malaysian Insight bahawa beliau tidak percaya bahawa ia akan mencapai 20% seperti yang dijelaskan Kang.

Shamsuddin berkata setakat Mac, hanya kira-kira 15,000 orang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata ramai orang sudah diberhentikan bahkan sebelum pandemik bermula kerana ekonomi domestik yang perlahan.

“Saya tidak fikir pengangguran di sektor ini akan mencapai 20%. Menurut Bank Dunia, aktiviti ekonomi di Malaysia telah berkurang sebanyak 33%, dan ini dijangka berterusan sehingga tahun depan.

“Jika 33% daripada perniagaan tidak mempunyai pendapatan, maka pengangguran akan meningkat memang akan berlaku, kerana majikan tidak mempunyai alasan untuk menggaji 100% pekerjanya,” kata beliau.

Samsuddin memberi amaran bahawa pengangguran adalah pasti kecuali pakej rangsangan ekonomi kerajaan terus dilanjutkan dan tidak terhad kepada tiga bulan seperti sekarang.

“Subsidi kerajaan untuk majikan swasta pada mulanya hanya 7%, maka ia meningkat kepada 16%, tetapi jika anda melihat di negara lain, ia meningkat sehingga 70% hingga 80%,” kata Shamsuddin.

Beliau berkata majikan mahu mengelakkan daripada membuang sebanyak mungkin pekerja kerana ia tidak produktif dalam jangka masa panjang.

Shamsuddin juga berkata ini adalah kerana pekerja baru memerlukan latihan tambahan dan masa untuk membiasakan diri dengan operasi perniagaan. Sekiranya mungkin, katanya, majikan lebih suka mengekalkan pekerja mereka yang sedia ada.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada  Jumaat mengumumkan lanjutan PKP kali kedua sehingga 28 April, dan Shamsuddin berkata MEF telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk meneruskan operasi eksport untuk membina semula rantaian bekalan antarabangsa Malaysia.

Beliau berkata eksport seperti peralatan rumah dan elektronik perlu diteruskan supaya rangkaian bekalan antarabangsa mereka tidak terjejas, sehingga kehilangan pelanggan dan perniagaan sedia ada.

Shamsuddin juga berkata disebabkan sekatan perjalanan di seluruh dunia, banyak pesanan eksport telah dibatalkan dan deposit mereka perlu dikembalikan.

Sesetengah pengeksport juga perlu mencari peluang ke negara lain untuk menerima barangan yang sudah dieksport, dan ini boleh menyebabkan kerugian berganda.

Beliau turut menambah bahawa majikan kini menghadapi cabaran besar setelah PKP sekali lagi dilanjutkan, sehingga wujud dari kalangan mereka tidak lagi sanggup duduk di rumah untuk menunggu dan melihat sahaja.

“Kami menggesa kerajaan untuk beransur-ansur kembali semula meneruskan operasi di sektor perkhidmatan dan runcit, serta sektor eksport,” katanya.

MEF mempunyai 6,000 ahli daripada kalangan syarikat meliputi 25 sektor yang berlainan, termasuk kewangan, insurans, dan pertanian. – 13 April, 2020.


AWAS

LEDAKAN 

EKONOMI

PASTI SAMPAI

BAWA MUSNAH

PADA SEMUA

UMAT MANUSIA

KHALAS