Jumaat, 10 Mei 2024

PELAJAR ARAB SEDANG BERZAKR & BERZIKIR


PELAJAR ARAB

SEDANG

BERZAKAR &

 BERZIKIR

KHALAS

SUDUT PANDANGAN BANI INDIA


SUDUT PANDANGAN

BANI INDIA

AMIN

PANDANGAN MAHATHIR MASIH DI HARGAI


PANDANGAN 

MAHATHIR

MASIH DI HARGAI

AMIN

APA KATA INDIA INI ?


Ada ahli MIC boikot senyap-senyap di KKB, kata sumber parti

KEMPEN MIC untuk calon Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) terjejas akibat isu dalaman, kata sumber parti.

Mereka berkata tidak semua ahli dan akar umbi yang berminat berkempen untuk PH walaupun mereka sebahagian daripada kerajaan perpaduan.

Katanya, sebahagian ahli kecewa dengan cara parti itu “dipergunakan” oleh kerajaan perpaduan, terutama PH – untuk kepentingan sendiri.

“Ada rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dan kepimpinan pusat berhubung keputusan berkempen untuk calon DAP di KKB.

“Ada yang rasa MIC dipergunakan oleh PH, supaya kita boleh bekerja di peringkat akar umbi dan meraih sokongan masyarakat India.

“Protes ini secara senyap. Mereka tidak akan bawa isu ini ke peringkat kepimpinan pusat, untuk bantah keputusan berkempen bagi pihak kerajaan perpaduan.

“Mereka tidak akan berkempen secara aktif dan ada kemungkinan bakal mengundi calon lain atau memboikot PRK itu,” kata sumber.

Bulan lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau menerima panggilan daripada Presiden MIC S.A. Vigneswaran, mengesahkan parti India itu akan memberikan sokongan kepada calon kerajaan perpaduan di KKB.

Dengan itu, Anwar menepis laporan mengatakan MIC memboikot PRK yang akan diadakan pada 11 Mei ini.

Sumber berkenaan yang enggan nama didedahkan, berkata ada ahli tidak senang dengan keputusan presiden setuju berkempen untuk kerajaan perpaduan.

Katanya, ahli berpendapat MIC patut mengambil pendirian sama seperti parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, yang memutuskan tidak berkempen untuk calon kerajaan perpaduan.

“Jika MCA boleh mengambil pendirian tidak bekerja untuk kerajaan perpaduan, kenapa MIC tidak boleh?

“MIC juga juga patut memilih untuk tidak bekerja di KKB. Itu yang ahli parti rasa.

“Nampak macam MIC tidak ada maruah langsung,” kata sumber.

MCA memutuskan tidak menyertai PRK KKB pada mesyuarat jawatankuasa pembangunan politik parti bulan lalu.

MCA berkata mereka tidak akan berkempen di PRK KKB kerana calonnya bukan daripada BN.

Sementara itu, bekas pemimpin MIC dari Selangor mengesahkan berlaku “perpecahan” dalam kem itu, berkata ada ahli memberitahunya rasa tidak puas hati mereka.

“Ya betul ada ahli tidak puas hati untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR, yang sebelum ini pernah menyerang MIC.

“Mereka beritahu saya mereka rasa tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan PKR. Persaingan antara mereka sudah lama wujud dan tidak akan tiba-tiba hilang,” katanya.

Beliau berkata ahli yang berpecah berasakan mereka dipergunakan, hanya ketika mereka diperlukan.

“Menurut ahli yang tidak puas hati, mereka rasa MIC sudah melakukan segalanya untuk kerajaan perpaduan, tetapi tiada balasan.

“Mereka rasa MIC patut diberi jawatan menteri jika dakwaan Anwar tentang kerajaan perpaduan itu benar,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan menyelar kerajaan perpaduan, berkata pengerusi PH mengetepikan parti tertua untuk kaum India itu walaupun MIC menyokong kerajaan semasa.

“MIC yang paling kecewa dalam kerajaan perpaduan. Semua parti (dalam BN) setuju untuk sokong Anwar dan kami jadikan dia perdana menteri.

“Tetapi mereka (PH dan Umno) ambil semua jawatan dan ketepikan MIC dan MCA,” kata bekas menteri sumber manusia itu di hadapan ratusan masyarakat India pada satu program di KKB.

Kerusi KKB kosong susulan kematian Adun Lee Kee Hiong daripada DAP pada 21 Mac.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pang Sock Tao (PH/DAP), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional/Bersatu), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan calon bebas Nyau Ke Xin. – 9 Mei, 2024.

WOIT

JIKA UNDI MIC

LARI AKAN

BERAT PAKATAN

AMIN

PASAI APA

INDIA TAK SUKA

ABANG NON

KAH KAH KAH

TAK SUKA MAMU

BERNAMA MADANON

KAH KAH KAH

APA SUDAH JADI

SUDAH KENA

KENCING KE?

KAH KAH KAH

KHALAS

TIGA PERNIAGAAN LUMAYAN




Nenek disyaki terlibat kegiatan pengedaran dadah ditahan


JOHOR BAHRU – Tak padan dengan umur.

Demikian gambaran kepada seorang wanita warga emas berusia 75 tahun apabila dia antara empat yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di rumah atas air di Pontian.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, kesemua individu ditahan dalam serbuan dijalankan di Pontian Sabtu lalu antara 1.30 pagi hingga 12 tengah hari hasil risikan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis (IPK) Johor dan JSJN IPD Pontian.

“Hasil serbuan itu pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta dirampas. Empat suspek tempatan yang ditahan itu merupakan tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan umur 40 hingga 59 tahun.

“Manakala suspek wanita berusia 75 tahun adalah kakak kepada salah seorang suspek lelaki yang turut ditahan bersama ketika serbuan.

“Modus operandi kegiatan sindiket pengedaran dadah ini adalah menjadikan rumah atas air sebagai tempat pemprosesan dan tempat pembungkusan semula dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor  hari ini.

Jelas Kumar lagi, hasil risikan, kegiatan itu telah mula aktif sejak sebulan lalu.

Katanya dalam serbuan itu juga pelbagai alat memproses dadah dan membungkus serbuk ekstasi turut dirampas.

Polis merampas 25.5 kilogram serbuk ekstasi, pil eramin 5 (970 biji), pil ekstasi (1,700 biji), ketamin (232.60 gram) dan ganja (369.02 gram) .

Polis turut menyita enam kereta, wang tunai RM21,000 dan mata wang tunai S$13,000 (RM45,676).

“Sindiket ini juga membuat inovasi sendiri dengan menghasilkan tempat untuk mengeringkan serbuk ekstasi sebelum dibungkus,” katanya.

Hasil siasatan turut mendapati terdapat mesin memproses pil eramin 5.

“Hasil saringan air kencing mendapati tiga suspek lelaki positif dadah methaphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kesemua suspek direman seminggu berakhir hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-MalaysiaGazette


TIGA PERNIAGAN

PASTI UNTUNG

AMIN

JUAL SENJATA

JUAL LENDIR

JUAL DADAH

AMIN

NAK KAYA CEPAT

SILA PILIH

YG MANA SATU

IDAMAN KALBU

KHALAS

UNDI INDIA - SATU RAMALAN



PN yakin sokongan pengundi India di Kuala Kubu Baharu menjelang hari mengundi


Seorang pemimpin kaum India yang pro-Perikatan Nasional (PN) yakin rasa tidak puas hati pengundi India di Kuala Kubu Baharu dapat diterjemahkan kepada sokongan untuk gabungan itu pada pilihan raya kecil esok.

Suthan Mookaiah berkata beliau mendapati sentimen kaum India, yang diwakili 18% pengundi di kerusi, semakin tidak senang dengan pemimpin kerajaan.

Ia lebih-lebih lagi selepas seorang pemimpin kerajaan melabelkan mereka yang mempersoalkan kerajaan dalam isu kebajikan India sebagai “cakap orang mental”.

Jumaat lalu, Timbalan Menteri Usahawan dan Koperasi Ramanan Ramakrishnan berkata pihak yang menuduh Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminggirkan kaum India perlu membuat pemeriksaan kesihatan mental.

Suthan, yang merupakan ketua penerangan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), berkata kenyataan itu ditambah dengan tindak tanduk kerajaan yang menurutnya tidak mengutamakan komuniti India berbanding Cina.

“Lebih buat mereka marah apabila pemimpin India Pakatan Harapan terutamanya dari DAP semuanya diam membisu selepas mereka dengar sekolah Tamil yang daif hanya menerima RM100,000 sedangkan Anthony Loke memberikan RM300,000 untuk sekolah swasta Cina yang sudah kaya raya," Suthan memberitahu MalaysiaNow, merujuk setiausaha agung DAP.

Suthan berkata perkembangan seperti itu menjadikan masyarakat India semakin menyebelahi PN.

Katanya, ia semakin ketara menjelang hari pengundian.

“Ceramah kelompok kami beberapa hari lepas dihadiri lebih 200 orang kaum India dari satu taman perumahan sahaja.”

MIPP sebelum ini mengumumkan akan membantu jentera PN pada PRK Kuala Kubu Baharu, di mana masyarakat India dianggap sebagai penentu (kingmaker) ketika undian kaum Melayu dan Cina masing-masing dilihat kekal bersama PN dan PH.

MalaysiaNow melaporkan sebelum ini, kemungkinan sokongan kaum India berpindah kepada PN semakin menjadi realiti, ditambah dengan usaha gigih bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, yang mengajak mereka menolak PH.

Suthan, yang juga jurucakap Jawatankuasa Masyarakat India yang ditubuhkan di bawah PN, berkata masalah yang dihadapi penduduk India di Kuala Kubu Baharu hanya melibatkan isu asas sahaja.

Ia termasuk hal seperti masalah perumahan, van jenazah dan masalah perparitan serta longkang.

Beliau memberikan contoh bagaimana pekerja di lima estet merayu bantuan perumahan selama beberapa dekat tetapi diendahkan kerajaan negeri.

“Tetapi melalui PRK ini, dalam beberapa hari mereka dapat peruntukan kerana tekanan daripada kami, melalui sokongan daripada beberapa parti pembangkang.”

Katanya, masyarakat India menmainkan peranan penting menyokong PH dan Anwar, tetapi dipinggirkan.

“Apa gunanya kami guling di jalanan untuk naikkan pemimpin PH, tetapi mereka leka dengan isu ekonomi, sosial, dan kebajikan rakyat?"

 

WOIT

BETUL KE

RAMALAN INI?

AMIN

UNDI INDIA BUAT

KEPUTUSAN

AMIN

JIKA INDIA UNDI PN

MAKA PH

AKAN KALAH

AMIN

KHALAS

SIKAP MELAYU SAMA DENGAN SIKAP JERMAN


SIKAP MELAYU

ADA PD JERMAN

ADA PD INGGERIS

AMIN

 BAGI IMIGRAN

BUAT KERJA 

KOTOR

KERJA SUSAH

KHALAS

Unknown commented on
 "ORANG RAMAI 
KATA MAHAL DAH NI"

Nak moden nak pembangunan nak rumah baru mozek nak keretapi laju macam peluru, nak semua percuma payah woit, kalau gaji asyik nak kaji kaji, pekerja asing monopoli semua, pekerja tempatan gaji minima, entahlah nak kata apa, barang keperluan kena bagi juga dengan pekerja asing, buka kedai buka supermarket bagi perempuan lagi siap talu lagi baik kemudian bising merata tempat, 

orang kita pulak nak ram motor nak santai kedai kopi, nak kerja kotor tak mahu, nak kerja berat tak mahu, nak gaji beribu-ribu dollar kah kah kah suka pulak kerja bebas e hailing, bicara apa kalau semua tak boleh urus woit kah kah kah sampai hujung, negeri jadi milik Bangla akhir sekali

ZIONIS HALANG BANTUAN MAKANAN MASUK KE GAZA


ZIONIS HALANG

BANTUAN MAKANAN

MASUK KE GAZA

AMIN

JEMPUTAN MALAM INI


JEMPUTAN

MALAM INI

DEWAN CHINA



TEKANAN DARI AMERIKA


TEKANAN DARI

AMERIKA

AMIN

FUCK AMERIKA

KHALAS



PUTIN JADI PRESIDEN KALI KE 5


PUTIN JADI

PRESIDEN

KALI KE LIMA

AMIN

ZELENSKIY CUBA DIBUNUH


Ukraine war briefing: Zelenskiy fires top bodyguard after failed assassination attempt


Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy memecat ketua jabatan yang bertanggungjawab ke atas perlindungan peribadinya pada Khamis, dua hari selepas dua anggotanya dituduh merancang untuk membunuhnya.

Zelenskiy mengeluarkan dekri memecat ketua pengawal negara, Serhiy Rud. Tiada pengganti dikenal pasti.

BULAN INI

UKRAINE WAJIB

ADA PRU

AMIN

RAKYAT DAH

LETIH DGN

ZELENSKIY

AMIN

HARI INI SELAMAT

ESOK BELUM TENTU

AMIN

KHALAS

SOLDADU HOUTHI WAJIB MASUK KE GAZA




Israel terus menerus bedil Rafah walaupun AS beri amaran tidak bekalkan senjata
RAFAH: Israel terus membedil bandar Rafah di selatan Gaza walaupun Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berikrar untuk berhenti membekalkan senjata kepada Israel.

Perkara berkenaan disifatkan sebagai amaran paling keras daripada AS terhadap Israel berhubung pembekalan senjata dan mengenai kesan peperangan yang berlaku di Palestin.
-
Seorang wartawan dan saksi AFP melaporkan, berlaku insiden mogok di beberapa kawasan di Rafah, di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PPB) menyatakan seramai 1.4 juta orang telah mendapat perlindungan.

"Kereta kebal dan jet itu menarik perhatian. Setiap minit anda mendengar roket dan anda tidak tahu di mana ia akan mendarat," kata Tarek Bahlul.

Israel bertindak menentang bantahan antarabangsa dengan menghantar kereta kebal dan melakukan serbuan bersasar di timur Rafah iaitu bandar yang dikatakan tempat yang masih didiami oleh batalion terakhir Hamas.

Dalam temu bual dengan CNN pada semalam, Biden memberi amaran bahawa beliau akan menghentikan beberapa bekalan senjata AS ke Israel jika ia melakukan serangan darat utama di Rafah.

Israel bagaimanapun menyelar kenyataan Biden sebagai begitu mengecewakan.

Biden memberitahu CNN: "Jika mereka pergi ke Rafah, saya tidak membekalkan senjata yang telah digunakan bagi melindungi kawasan bandar-bandar di Palestin.

"Kami tidak akan membekalkan senjata dan peluru kereta kebal yang telah digunakan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Israel yang sudah berada di Rafah, Biden berkata mereka masih belum pergi ke kawasan utama penduduk.

Amaran baharu itu dibuat selepas pentadbirannya menghentikan penghantaran senjata pada minggu lalu membabitkan 1,800 bom 2,000 paun (907 kilogram) dan 1,700 bom 500 paun ketika Israel kelihatan bersedia untuk menyerang Rafah.

"Orang awam telah terbunuh di Gaza akibat daripada bedilan bom berkenaan," kata Biden.

Hubungan antara sekutu itu menjadi semakin tegang apabila Biden dan pegawai tertinggi AS yang lain mengkritik Israel berhubung tindakannya dalam perang. - AFP

MASANYA DAH

SAMPAI UNTUK

SOLDADU HOUTI

MASUK KE GAZA

AMIN

ASKAR TURKI

DAN MESIR WAJIB

MASUK KE GAZA

AMIN

KHALAS

ORANG RAMAI KATA MAHAL DAH NI


ORANG RAMAI KATA

MAHAL DAH NI

AMIN

SHIAH ISLAM, PERJUANGAN


SHIAH ISLAM

PERJUANGAN

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "SHIAH MELAWAN ISRAEL"

Sabda Ularmak Melayu Tholiban Syiah tu Kapir .. jadi Iran lawan Israel tu mcm Kapir lawan Kapir la .. tak gitu2 TaT .. kok gitu .. kahkahkah. Baru den paham ngapo Saudi tak joing porang .. Bang Non joing plak .. Cheng, Cheng,cheeeng.

AMERIKA ATUR UBAH REJIM


BETUL BENAR

AMIN

AMERIKA BOLEH

ATUR TUKAR REJIM

KHALAS

Unknown commented on
 "GOL N GINCU 
BERSAMA ISRAEL"

TT, pelik betul betul pelik, ramai yang marah kerajaan kerana ada syarikat yang turut serta dalam pamiran adalah syarikat yang membekalkan senjata kepada Israel, tapi mereka tidak mahu berdemo 24 jam tiap tiap hari didepan Kedutaan Amerika menuntut Amerika menghentikan dari memberi bantuan dan membekalkan senjata kepada Israel kerana Amerika memberi sokongan kewangan dan senjatalah menyebabkan Israel angkuh tidak mematuhi pendapat dari negara lain, betul tsk TT

RAFAH


RAFAH

JUMAAT 10 MEI 2024
HARI INI
 SATU DUNIA BINCANG  HAL RAFAH
PEKAN KECIL SEMPADAN GAZA
DENGAN MESIR

ADA KURANG LEBIH
1.5 JUTA WARGA PALESTIN
DI KAWASAN  64 KILOMETER PERSEGI
AMAT PADAT DENGAN
ORANG PELARIAN
WILAYAH YANG SEDANG DI SERANG
OLEH ISRAEL

INI PROJEK BANTAI
BUNUH KASI HABIS
WARGA PALESTIN
KECIL BESAR TUA MUDA
JANTAN BETINA
SEMUA HENDAK DIBUNUH
OLEH ZIONIS

AMERIKA UNTUK KALI PERTAMA
TELAH MENGHENTIKAN
BEKALAN SENJATA 
PADA ISRAEL
KERANA  TAK SETUJU
RAFAH DISERANG

HARI INI KITA LIHAT
APA REAKSI DUNIA

HARI INI ADA KEMPEN
BOIKOT SEDUNIA
1 - JANGAN PERGI KERJA
2 - JANGAN GUNA KAD BANK
3 - DUDUK BANTAH
KITA LIHAT HASILNYA

ISREAL
TIDAK AMBIL POT
APA DUNIA KATA
JUSTERU DAH SAMPAI MASA
DUNIA WAJIB HANTAR SOLDADU
SOKONG PALESTIN
HANTAR SOLDADU PBB
UNTUK
AMAN KAN PALESTIN

HUNGARY
PRESIDEN XI JIN PING
DI SAMBUT DENGAN
PERMAIDANI MERAH
DI BUDAPEST

AMERIKA
TAKTIK TRUMP UNTUK
LAMBATKAN KES
SEBELUM PILIHANRAYA PRESIDEN
KELIHATAN BERJAYA

RUSIA
PRESIDEN PUTIN
SAKSI BARISAN TENTERA
DAN SENJATA
SAMBUT HARI KEMENANGAN
PERANG DUNIA KE 2

UKRAINE
PRESIDEN ZALENSKY
GANTI KETUA OPERASI ASKAR
KALI KE DUA 
DALAM MASA 6 BULAN
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
HUJAN KEMARIN DIBILAS
OLEH PANAS PETANG

DARI PINTU MASUK
TERKUKUR TELAH BERSUARA
DI BELAKANG POKOK ARA
GUA DENGAR KUAT
TUK TUK TUK

LANGIT BIRU INDAH
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA  HARI BERSINAR MANJA

GUA YAKIN HARI INI
AKAN PANAS
TAK TAK MENJALAR DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA MATA HARI

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI JUMAAT

BUAH ANGGUR DALAM TIN
ENAK DIMINUM AIR SERAI
MADANON KATA SOKONG PALESTIN
PEMBUNUH PALESTIN BUKA GERAI

BUAH MANGGIS DI RASA MANIS
MAKAN BERSAMA BUAH KELUDI
JEMPUT PAK LEBAI PRO ZIONIS
BERI IJAZAH BODEK SAUDI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT