SEKALI
LAGI DAULAH TERPENDAM
Di
United Kingdom – Deep State – Daulah Terpendam dipanggil – Men
In Grey Suits. Sama saperti watak Daulah Terpendam – men in grey
suits juga memiliki kuasa ekonomi dan kuasa politik yang ampoh.
Sosok-sosok yang tidak dikenali ini boleh menggariskan arah dan dasar
negara.
Siapakah
sosok-sosok yang terlibat dalam Daulah Terpendam ini? Jawabnya:
mereka bergerak secara rahsia. Justeru kita tidak akan dapat
mengenali mereka. Yang dapat dicium hanya langkah-langkah yang telah
mereka ambil dan jalankan. Garis-garis politik yang berjalan serta
dasar negara yang dilakukan.
Apa
yang jelas mereka ini terdiri dari elit politik dan elit ekonomi.
Mereka juga dibantu oleh gulungan profesional yang mereka percayai.
Ertinya Daulah Terpendam adalah sosok-sosok yang memiliki
kepentingan ekonomi dalam sesebuah negara. Sebelum satu-satu dasar
besar negara diambil maka pandangan sosok-sosok ini akan dirujuk
dahulu.
Tujuan
Dulah Terpendam ialah untuk mempertahan daulah yang wujud. Untuk
memastikan sistem ekonomi apa yang mereka panggil ' free market' akan
berterusan. Maknanya peranan Dulah Terpendam ialah memastikan sistem
ekonomi kapitalis ini tidak akan digangu gugat, Ertinya Daulah
Terpendam ini menjaga kepentinagan kaum pemodal kerana mereka juga
dari kelas yang sama.
Daulah
Terpendam memiliki dana yang tidak termasuk dalam buku akoun audit
negara. Dana mereka melimpah ruah. Melalui dana ini Daulah Terpendam
boleh membunuh. Boleh meletakkan calon dalam PRU. Boleh meledakan
bangunan. Boleh meletakan kepala babi dalam masjid. Pembunuhan dan
pengeboman dijalankan hanya untuk menjayakan dasar agenda yang telah
dipersetujui. Kematian dan kemusnahan hanyalah 'kerosakan cagaran
-collateral damage'. Ertinya Daulah Terpedamlah yang melakar dan
meracang 'agenda setting' yang tersendiri.
Justeru
dari mana dana ini datang? Jawabnya dari daulah sendiri.
Contoh
paling baik untuk memahami dana Daulah Terpedam ialah melihat cara
Petronas menguruskan keewangan. Ramai rakyat Malaysia TIDAK SEDAR
bahawa duit masuk dan duit keluar Petronas ini tidak diketahui oleh
Parlimen, oleh kerajaan atau oleh jabatan oleh audit negara. Yang
tahu hanya Perdana Menteri Malaysia. Kalau dahulu yang tahu hanya
Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty atau Abdullah Badawai. Hari ini
yang tahu hanyalah Najib Razak dan Rosmah Mansor. Ini bukan fitnah.
Inilah adalah Akta Minyak 1974.
Daulah
Terpendam wujud disetiap negara. Mari kita lihat bagaimana Daulah
Terpendam bergerak di Britain. Pada bulan November 1990 - Parti
Konservatif Britain telah mengadakan pemilihan pucuk pimpinan.
Margaret Thatcher Perdana Menteri ketika itu telah dilawan oleh
Micheal Haseltine.
Perebutan
pimpinan Parti Konservatif antara Thatcher dengan Haseltine cukup
sengit. Berminggu-minggu fokus media tertumpu - siapa yang akan
menang. Saya masih ingat lagi - ketika keputusan diumumkan saya
berada di South Bank dan sedang bersama dalam London Film Festival.
Keputusan tidak muktamad. Pertandingan wajib dilakukan sekali lagi.
Ketika
pengumuman dibuat Perdana Menteri Thatcher berada di Paris. Di tangga
pejabat Presiden Mitterrand Margaret Thatcher telah membuat
pengumuman bahawa dia akan bertanding sekali lagi untuk
mempertahankan kedudukan. Betulkah akan ada pertandingan sekali lagi?
Jawabnya
TIDAK. Sepulang Thatcher dari Paris - Men in Grey Suits telah datang
ke No 10 Downing Street. Esoknya Perdana Menteri Britain ini
mengumumkan bahawa dia tidak akan bertanding dan akan meletakkan
jawatan. Inilah kekuatan Dulah Terpendam. Inilah bukti wujudnya Deep
State. Inilah bukti kuasa yang dimiliki oleh Men In Grey Suits cukup
ampoh. Kuasa mereka lebih tinggi dari kuasa politik kepartian.
Mari
kita lihat apa yang telah berlaku di Jakarta pada tahun 1998. Krisis
ekonomi telah melanggar Asia Tenggara. Indonesia bergolak. Suharto
anak beranak dan para kroni telah menjadi sasaran. Kes rasuah dan
kezaliman Suharto bukan satu yang baru. Krisis ekonomi 1998 telah
dijadikan alasan. Anak mahasiswa telah turun ke jalan raya. Mereka
menuntut Suharto berundur. Ombak jalan raya melimpah ruah. Tetapi
Suharto yang dikepong oleh anak muda terus berdegil. Kuasa dan
sokongan Suharto dikalangan tentera cukup kukuh.
Tetiba
pada 12 Mei 1998 empat pelajar dari Universiti Trisakti telah
ditembak mati oleh soldadu. Ini menyemarakkan lagi kemarahan anak
mahasiswa. Malah elit politik dan elit ekonomi yang setia menyokong
Suharto mula retak kerana pembunuhan ini. Daulah Terpendam kelihatan
berjaya. Suharto mengumumkan yang dia akan undur.
Pembunuhan
4 mahasiawa itu pastilah dilakukan oleh soldadu. Ini tidak perlu
kita dipertikaikan. Apa yang wajib kita fahami ialah makna
pembunuhan ini. Pembunuhan ini adalah kerja Daulah Terpendam. Elit
politik dan elit ekonomi Indonesia telah merasakan perubahan amat
perlu dilakukan. Jika tidak seluruh sistem kapitalis Indonesia ini
akan runtuh. Elit politik dan elit ekonomi merasakan bahawa Suharto
yang berdegil sedang membawa bencana besar. Maka pembunuhan ini
dilakukan di Trisakti.
Bagitu
juga dengan kejatuhan Marcos. Gerakan gerila Parti Komunis Pilipina
sedang ampoh dan hampir menguasai banyak wilayah dan daerah
Pilipina. Marcos menjadi focus kebencian rakyat. Perang gerila
semakian merebak. Daulah Terpendam membuat keputsan bahawa Marcos
yang menjadi fokus kebencian rakyat wajib diganti. Senator Banigno
Aquino musuh ketat Marcos dibawa pulang dari Amerika.
Senator
Bagnino Aquino mati dibunuh. Rakyat keluar ke jalan rtaya. Hasilnya -
Marcos mengundur. Gerila Tentera Rakyat Baru dari Parti Komunis
mengundur. Ombak kebencian rakyat mengendur. Kaum pemodal Pilipina
selamat. Pemodal antarabangsa terus mendapat untung. Inilah kejayaan
Daulah Terpendam di Pilipina.
Di
Malaysia sebaik sahaja Pakatan Rakyat mendapat kejayan pada PRU12
kepala babi pun mula bertaburan dalam masjid. Tidak cukup dengan
kepala babi – masjid juga disimbah cat. Tidak cukup dengan masjid –
gereja juga di simbah cat.
Apa
sebenarnya semua ini? Ini adalah perancangan Daulah Terpendam.
Daulah Terpendam sedang mentuntaskan ajenda merenggangkan
silaturahim antara bangsa-bangsa. Menanamkan rasa benci Melayu
terhadap Cina dan India. Menanamkan rasa takut Orang Cina danb India.
Menimbulkan syak wasangka antara bangsa-bangsa.
Setiakawan
antara Melayu, Cina dan India dalam Pakatan Rakyat adalah merbahaya
kepada kuasa hegemoni United Malays National Organisation. Kuasa
hegemoni parti Ketuanan Melayu sesudah tahun 2008 dilihat semakin
terhakis. Ini amat-amat merbahaya untuk elit politik dan elit
ekonomi. Ini merbahaya untuk kaum kapitalis. Ini merbahaya untuk
pemodal antara bangsa.
Jika
kita melihat sejarah Mei13 – walau pun belum wujud kajian
teperinci tapi kita boleh mencium bahawa Mei13 adalah kerja Daulah
Terpendam. Kuasa politik United Malays National Organisation runtuh
pada tahun 1969. Kerajaan Selangor, Perak dan Pulau Pinang jatuh ke
tangan parti pembangkang. Maka pergaduhan dan pembunuihan
bangsa-bangsa adalah jawapanya. Sosok saperti Mahathir Anak Lelaki
Iskandar Kutty, Musa Hitam. Harun Idris adalah pemain penting yang
menjalankan ajenda Daulah Terpendam.
Warga
Cina dan India diserang dan dibunuh. Kedai dan rumah milik Cina
dibakar. Rumah Orang India di Sentul juga dibakar. Apakah semua ini
berlaku secara sepontan? Jawabnya TIDAK. Jawabnya mustahil berlaku
tanpa perancangan. Mei13 dirancang untuk mentuntaskan satu ajenda.
Ajenda induk untuk memastikan United Malays National Organisation
terus berkuasa.
Hari
ini Daulah Terpendam sedang bergerak aktif. Ajenda mempertahankan
Ketuanan Melayu semakin menjadi penting terutama sesudah dilihat
bahawa 52% rakyat Malaysia telah menyokong Pakatan Rakyat. Manakala
hanya 47% menyokong Parti Ketuanan Melayu. Daulah Terpendam sedar
bahawa kemenagan 47% ini juga adalah hasil penipuan.. Yang
menjalankan penipuan dalam PRU13 adalah Daulah Terpendam juga.
Kalau
sebelum dan sesudah Mei13 Daulah Terpendam mengolah persetujuan
dengan ajenda Melayu dan Raja Melayu. Kini Islam telah juga
ditambah untuk dijadikan ajenda bersama. Daulah Terpendam hari ini
sedang mengajukan – Melayu, Raja-Raja Melayu dan Islam – sebagai
tembok dan benteng untuk mengolah persetujuan.
Justeru
kita lihat munculnya NGO – Melayu Islam yang kadangkala menyerang
Cina dan India. Ada kalanya menyerang Melayu yang tidak menyokong
Ketuanan Melayu. Ada kalanya ramai yang ditududh anti Raja. Atau
menghina Raja-Raja Melayu. Akhir-akhir ini semakin galak dilihat
tuduhan menghina Islam.
Semua
ini terancang. Ngo-Ngo ini telah diwujudkan sebelum PRU13. Malah
sesudah PRU12 telah direncanakan oleh Daulah Terpendam akan strateji
pengunaan Ngo sebagai suara efektif untuk mengapi-apikan kebencinan
kaum. Ini diselaraskan pula dengan bantuan media milik United Malaya
National Organisation. Ajenda ini juga dibantu oleh Face Book, Blog
dan Twiter. Alamat palsu, nama palsu dan akoun palsu digunakan untuk
membakar apai perkauman.
Secara
menyuluruh - Daulah Terpendam kali ini sedang menyediakan tiga
strateji yang jelas: Pertama menakut-nakut Orang Melayu dengan
menggambarkan bahawa Orang Melayu dan Raja Raja Melayu akan hilang
kuasa politik. Negara akan tergadai kepada Cina. Buktinya Melayu
hilang kuasa apabila Raja mula dikritik. Dan Islam mula dihina dengan
penmggunaan kalimah Allah.
Kedua:
Menaikkan kemarahan Orang Melayu untuk membenci Orang Cina dan
India. Ini persediaan untuk mengulang laku Mei13. Cakap-cakap dan
kenyataan tentang Mei13 sering didengarkan. Ini untuk menaikkan
semangat Melayu. Ketiga: menakut-nakutkan Orang Cina dan India dengan
Mei13. Jika ketakutan berjaya disebar dan ditanamkan maka kuasa
politik Ketuanan Melayu akan kekal.
Daulah
Terpendam. Deep State atau Men in Grey Suits sedang aktif merancang.
Minggu lalu pesawat udara milik syarikat MAS telah ditembak jatuh di
Ukraine. Ini juga adalah kerja Deep State. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan
SUARA KEADILAN
----------