TIM FBI
SEDANG CARI
DUA WARGA
MALAYSIA
DUA WARGA
ABU DHABI



-------------





Ni abodo,tonton porn paham ke hang melabon?tambah elnino tu bermaksud mukjizat nabi is a.patutnya penebang balak penyebab banjir Kelantan tu disalib dipasung tengah panas ni on PANAS PANAS OOO PANAS


Satu lagi yang istimewa pada sikapnya ialah pada bila2 masa beliau berhujah, berwacana, berdialog atau apa saja rupa kommunikasi yang mahu dilontarkan beliau tetap ceria dan mudah bersenyum, gelak ketawa dan bijak berkelakar. Salam takziah kepada anak2 beliau. Selamat jalan Pak Said dan semoga selamat bertenang bersemadi. on AL- FATIHAH PAK SAID
Publish | Delete | Spam
UNCLE RAMLI
at 3:31 PM
Bila musim buah tak sampai - bila durian , manggis dan langsat tidak muncul muncul maka kami anak-anak sekolah mula bersembang dengan pelbagai pendapat. Pendapat dan pandangan yang pastinya kami pungut dari emak atau abah atau dari datuk dan nenek. Pendapat yang paling menyakinkan saya pada ketika itu ialah musim buah gagal sampai ke kampong kami kerana Datuk Undang Jelebu belum dilantik. Ditakdirkan ketika itu kerusi Undang Jelebu kosong.
Satu lagi pekara yang amat penting yang wajib kita semua terima ialah cuaca ini berubah bukan kerana ‘komat’ Datuk Undang Jelebu atau kerana maksiat atau kerana bala dari Tuhan.
Sungai Zambezi adalah sungai terpenting di Afrika. Sungai sepanjang 2574 kilometer ini bermula di Zambia melintasi Angola ,Namibia, Botswana, Zimbabwe dan Mozambique sebelum masuk ke Lautan Hindi. Sungai Zambezi ini bagitu penting kerana ianya mewujudkan lembah pertanian subur seluas 1,390,000 kilometer pesegi. Ini lembah makanan Afrika. Sungai Zambezi ini untuk pertama kalinya dalam masa 30 tahun telah susut.
Lima enam tahun yang lalu - sebelum panas tahun ini menyerang, kita selalu mendengar nama El-Nino disebut-sebut. Akhbar ada melaporkan kesampian El-Nino yang akan membawa panas. Ramai juga Pak Menteri menyebut-nyebut hal ini. Saya tidak tahu sama ada ini hanya retorik politik yang mereka hamburkan apabila melihat kampong-kampong mulai kering kontang. Tetapi panas lima tahun dahulu tidak sepanas minggu ini. Justeru lima tahun dahulu tidak ramai yang ambil pot tentang El-Nino.
Justeru menjadi amal jariah kepada saya untuk memberi pencerahan tentang EL-Nino dan panas. Saya berharap anak semua bangsa mulai sedar kenapa kita dibakar dan apa yang sedang membakar kita semua. Dan kenapa dunia terbakar. (Malah untuk saya - sebelum saya ke penjara - inilah jihad saya untuk memberi pencerahan seberapa yang boleh.)
Pemanasan air laut ini menolak udara panas naik ke atas dan menjemput udara sejuk yang dipanggil La Nina. La Nina ini anak kecil perempuan dalam bahasa Sepanyol. La Nina membawa udara sejuk berlawaan dengan El-Nino yang membawa panas.
Untuk sekian lama - berjuta juta bilion tahun wujud imbangan antara C02 dengan oygen. Dunia, haiwan, tanaman dan umat manusia hidup amat permai bersama alam.
Mengenal dan mengetahui hukum hukum alam ini dan kemudian berusaha untuk menundukkan alam menjadi satu pedoman. Ini dikenali sebagai modeniti. Falsafah modeniti inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua sekarang ini.
Pada awal penemuan pembakaran arang baru manusia tidak mengetahui apa yang akan terjadi 200 tahun kemudian. Ketika itu manusia bergumbira kerana dapat bergerak dengan pantas ke wilayah yang jauh. Manusia ada kereta dan keretapi. Ini tanda utama modeniti.
Pada tahun 2016 keseimbangan sedutan oleh dedauan terhadap C02 tidak dapat berlaku lagi. Deduan , pokok tumbuhan dan hutan yang bertanggung jawab membersihkan dan menukar C02 untuk menjadi oxygen semakin berkurangan. CO2 yang dikeluaran kerana pembakaran fosil bertambah berkali ganda. Manuaia kini hidup dalam rumah kaca. Yang memagari kita ialah C02.
Kegilaan manusia - anak semua bangsa untuk berkereta - tidak puas puas. Obsesi manusia dengan kereta tidak padam-padam. Ini tanda modeniti. Akhirnya di Malaysia Kancil tidak lagi tinggal dalam hutan. Kelisa tidak lagi bernafas dalam air. (TT)

Bayangkan 17 tahun dipasung .. bukan setakat dipasung tapi seluruh ekosistem kehidupanya di uncah, dikacau .. tapi Said Zahari tetap mapan menghadapinya, Sang Jaguh ni tetap jaguh .. bagi aruah, biar beras ditabur, biar jagung ditabur, apa lagi habuk dedak makanan babi, jika ia perkara salah, maka sebutir pon dia tak akan jamah.
Semoga Sudara Said Zahari diberi kesejahteraan, keadilan dan keamanan di wilayah yang satu lagi .. sesungguh nya Allah itu maha pengasih dan penyayang .. ingat bila kita dapat kasih sejati daripadanya, 70, 700 waima 70 biliyun bidadari bertelanjang bulat pon, kita dah tak peduli .. kita sedekah je lah bidadari ini pada yang telah menempahnya seperti Pak Ostad dan Para Pembeli Syurga. on AL-FATIHAH
|
panglimo potaseh
|
on 4/13/16
|
mara-majlis amanah rakyat -takda pun perkataan melayu..lihat melayu mara buat medan mara..tempatnya jin bertendang..mara sudah 50thn, baru muncul low yat 2 mara di bgn mara..asalnya dlm bangunan tu byk syarikat2 2ringgit ali baba mkn atas angin..mkn komisen..paling hebat lg bukan makan atas angin, malah main golf sambil beramal makan angin..wajib ditemani istri ketua bidadari bagi mengelakan fitnah..nanti allah murka..
org2 miskin mesti dibodohkan..sb miskin itu lemah..tak berpelajaran..tolong jgn samakan dgn lce..lce tu pun dikira berpelajaran..lebih tinggi dari darjah 6 seperti tamil sami vellu...mujur nabi takda degree, takde sijil takda lce, kalo tak nabi pasti kaya raya dan barakoh maksum syurgawi..kohkohkoh... on RASUAH DAN JUAL AGAMA |
Anonymous
|
on 4/11/16
|
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873