
BERTANYA LAH KAMU
tidak kah kamu membaca kitab kitab lama
tidak kah kamu mendengar surah turun temurun
tidak kah kamu tentang urs - babel dan petra
tidak kah kamu tahu macchu picu - harappa – midian dan dedan
tidak kah kamu tahu semuanya runtuh
tidak kah kamu ingin bertanya – kenapa kota runtuh
tidak kah ada sadikit niat dihati kamu untuk berhenti sedetik
tidak kah ada rasa hati untuk tahu kemana kota kota ini hilang
biar aku surahkan tentang keangkuhan manusia ini
biar aku surahkan berapa bukit emas mereka kumpulkan
biar aku surahkan berapa istana mereka dirikan
bira aku surahkan berapa juta hutan mereka robekkan
kau lihatlah kota kota itu runtuh
kau lihatlah wadi wadi itu kering
kau lihatlah tulang tulang berserakan
kau lihatlah rumput rumput hangus
kau lihatlah yang tinggal hanya debu
cubalah kau bertanya berapa buah rumah yang di perlukan
cubalah kau bertanya berapa kereta yang kau perlukan
cubalah kau bertanya berapa gantang emas kau diidamkan
cubalah kau bertanya bukan pada aku tapi pada dirimu sendiri
kerana aku hanyalah si pembawa surah
tidak kah kau tahu bumi ini semakin panas
tidak kah kau tahu bahangnya memangkin api
tidak kah kau tahu udara makin terbakar
tidak kah kau tahu salju semakin cair
tidak kah kau tahu air sungai semakin kering
apakah kau masih gila mengumpul benda
apakah kau masih gila memotong hutan
apakah kau masih gila membuat loji
apakah kau masih gila berebut harta
apakah kau masih gila mencari kuasa
aku hanya pembawa surah
seperti surah surah yang terdahulu dari surah aku
aku hanya mengulangi apa yang aku tahu
tidak kah kau terdengar surah tentang noah
tidak kah kau terdengar surah dari bharat
tidak kah kau pernah mendengar surah gilgamesh
jika kau masih angkuh
jika kau masih ingin degil
jika kau masih berahi dengan harta dan kuasa
kita akan tengelam bersama-sama
aku hanya ingin menyampaikan surah terakhir
surah untuk ingatan kita bersama
ayer ayer batu di khutub utara telah cedera
ayer ayer batu ini sedang cair menangis
ayer ayer ini cair menangisi keangkuhan manusia



