Rabu, 29 Mac 2023
BILA MINYAK HABIS
Rizab petroleum hanya boleh bertahan 15 tahun, kata Azalina
RIZAB petroleum untuk sumber minyak dan gas di negara ini hanya boleh bertahan selama 15 tahun lagi, kata Azalina Othman Said.
Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata mengikut pengiraan Indeks Hayat Rizab setakat 1 Januari 2022 rizab petroleum yang mungkin dan terbukti Malaysia adalah bersamaan dengan jumlah 6.9 bilion tong minyak.
Beliau bagaimanapun berkata keadaan itu boleh diperbaiki sekiranya terdapat teknologi dan pelaburan yang lebih baik.
“Keadaan ini boleh dioptimumkan (dan dipanjangkan) sehingga lebih 40 tahun dengan pelaburan modal yang tinggi, teknologi baharu serta landskap pelaburan yang lebih stabil dan berdaya saing.
“Daripada keseluruhan medan minyak dan gas di semenanjung, Sabah dan Sarawak, 70 peratus dianugerahkan kepada syarikat untuk penerokaan dan pembangunan,” kata ahli Parlimen Pengerang itu.
Beliau menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar-BN).
Azalina juga berkata kajian dan pengumpulan data sedang dijalankan ke atas blok yang belum diterokai untuk ditawarkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) akan datang.
Sementara itu beliau juga berkata bahawa Petronas sedang membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di atas tanah seluas 2,551 hektar meliputi loji penapisan minyak dengan kapasiti 300,000 tong sehari, loji petrokimia dengan kapasiti 3.6 juta tan setahun, loji penjanaan bersama, terminal pengegasan semula serta tangki simpanan minyak mentah dan produk petroleum.
“Pelaburan Petronas dalam pembangunan PIC termasuk PRefChem yang merupakan syarikat penapisan minyak dan loji petrokimia usaha sama dengan Saudi Aramco berjumlah RM109.6 bilion,” tambahnya. – 29 Mac, 2023.
MINYAK AKAN
HABIS
AMIN
INI HAKIKAT
YG KITA HADAPI
AMIN
DARI SEKARANG
KITA BERSEDIA
AMIN
GUNAKAN AKAL
GUNAKAN FIKIRAN
UNTUK HADAPI
EKONOMI MASA
DEPAN
AMIN
KHALAS
CHINA TIPU MELAYU & ARAB
Mahkamah Kuwait hukum Jho Low penjara 10 tahun
AHLI perniagaan dalam buruan Low Taek Jho dijatuhi hukuman penjara 10 tahun tanpa kehadirannya oleh mahkamah Kuwait berhubung tuduhan pengubahan wang haram.
Menurut laporan akhbar Kuwait Al-Qabas, seorang syeikh bersama rakan kongsinya dan dua warga asing juga dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun setiap seorang.
Turut dilaporkan seorang peguam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana Malaysia.
Akhbar itu mengenal pasti warga asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis Bachar Kiwan, tetapi tidak menamakan individu lain yang terlibat.
Mereka juga didakwa diarah memulangkan AS$1 bilion (RM4.4 bilion) selain membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).
Sementara itu, Sarawak Report mendakwa dana Malaysia adalah daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Portal itu juga mengenal pasti syeikh itu sebagai Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah, yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri Kuwait.
Rakan kongsinya dikenal pasti sebagai sekutu Low, Hamad Al Wazan dan peguamnya sebagai Saud Abdelmohsan.
Al-Qabas melaporkan mereka yang terlibat didakwa melakukan pengubahan wang haram China bersamaan dengan KD343,700,000 (RM4.95 bilion) kerana mengetahui ia adalah hasil haram yang digelapkan daripada dana kekayaan negara Malaysia.
Pada 2020 The Wall Street Journal melaporkan penyiasat Malaysia menemui jejak wang dari China ke bank China di Kuwait dan seterusnya ke Kepulauan Cayman.
Ia berkata entiti yang dikawal oleh Low, didakwa digunakan untuk membayar hampir AS$1 bilion bagi aset kawalan Low di Malaysia untuk membayar beberapa hutang 1MDB.
Tahun lepas, Kementerian Dalam Negeri Malaysia berkata tiada maklumat mengenai keberadaan Low walaupun dua notis merah Interpol aktif untuk penahanannya.
“Selain Malaysia, Singapura juga memfailkan pertuduhan terhadap Low pada 2016 dan mendapat notis merah daripada Interpol pada tahun yang sama,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.
“Amerika Syarikat juga memfailkan tuduhan terhadapnya di mahkamah di New York pada 2018 dan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.” – 29 Mac, 2023.
KOMEN
KES JELAS
CHINA TIPU
MELAYU
CHINA TIPU ARAB
KHALAS
JELAS
JO LO AJEN
CHINA MERAH
AMIN
JANGAN PURA2
TAK TAHU DIMANA
JO LO SEKARANG
AMIN
KHALAS
AJAR BERTERIMA KASIH
AJAR
BERTERIMA KASIH
AJAR BERSYUKUR
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"TANGGUNG JAWAB KITA"
No turning back, generasi sekarang lahir dengan smart phone, Lebai Google di tangan, kurang susah tak ada pijak basikal, tarak jalan jalan kaki, semua pakai grab kah kah kah ibu bapa pulak sampai kahwin siap rumah kereta semua sekali supaya anak tak susah, manusia kalau tak susah tak tahu survival ITU saja kemudian jasa tak kenangan pun kah kah kah syukur
SIKAP YANG BETUL
Kita tidak boleh sekat, halang siasatan SPRM- Salahuddin
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) khususnya bahagian penguatkuasaannya mengakui tidak terlepas daripada risiko integriti apabila berada di lapangan.
Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak akan menghalang mana-mana anggota penguatkuasanya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika didapati terlibat dengan rasuah.
“Kita badan-badan penguatkuasaan (KPDN) sememangnya terdedah kepada elemen-elemen itu.
“Tetapi kita seboleh mungkin mesti menjaga integriti masing-masing.
“Sekiranya berlaku isu-isu berkaitan dengan integriti, kita tidak boleh menyekat atau menghalang apa pun siasatan sama ada daripada SPRM atau polis,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Isnin lalu, Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya berkata, tahap korupsi membabitkan anggota penguatkuasa sebagai barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan.
Ahmad Khusairi berkata situasi kebanjiran pendatang asing tanpa izin, pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguatkuasa yang tidak berintegriti untuk mengambil kesempatan mengambil rasuah.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata, pihaknya sentiasa terbuka dan sedia memberi kerjasama jika isu integriti timbul melibatkan anggota penguatkuasanya.
“Kita sebenarnya sentiasa memberikan halatuju yang jelas bahawa kita mesti mengambil kira dan memastikan integriti dijaga sebaiknya
“Kita terbuka untuk mengizinkan (disiasat). Mereka mempunyai kuasa untuk melakukan penyiasatan.
“KPDN sentiasa mengamalkan integriti, disiplin dan kitacuba yang terbaik bagi memastikan tidak berlakunya amalan rasuah yang tidak kita ingini,” katanya lagi.
MAT KOPRAL
TOK SAJAN
INI PAU NAMANYA
AMIN
BAHAYA MEMANG
BAHAYA
AMIN
YG PALING BAHAYA
YG RASUAH JUTA2
BILION BILION $$$
AMIN
TOK MENTERI
SU TKSU KSN
PEGAWAI TINGGI
INI YG WAJIB
DI TANGKAP
AMIN
BILA KEPALA
DAH BERSIH
EKOR AKAN
SENDIRI BERSIH
AMIN
KHALAS
HUJAN TAK JADI TURUN
HUJAN TAK
JADI TURUN
PETANG RABU YANG SANTAI
LANGIT MENDUNG
ANGIN BERTIUP
GURUH BERDENTUM
RENYAI RENYAI
TAPI HUJAN TAK TURUN
CUACA ENAK SEBAGINI
MEMBANTU BAZAR RAMADAN
SELESA UNTUK MERAYU
SELESA UNTUK MEMILIH JUADAH
PAK CIK MAK CIK BAZAR
SELAMAT
KENCANG NIAGA
PETANG INI
GUA BERBUKA
AIR SUAM
BUAH KURAM
SEPERTI SEMALAM
MALAM INI GUA
MAKAN DI RUMAH
GUA DAH KELUARKAN SOTONG
DARI PETI SEJUK
GUA ADA BANYAK SAYUR
GUA JUGA MASIH
ADA PATIN TEMPOYAK
GUA BUAT DUA MINGGU DULU
SIMPAN DALAM DEEP FREEZER
NASIB BAIK GUA
DIBANTU OLEH TEKNOLOJI JEPUN
SELESA HIDUP SENDIRIAN
PADA PEMBACA TUKAR TIUB
GUA UCAPKAN
SELAMAT BERBUKA PUASA
AMIN
UMRAH FREE
DAPAT
UMRAH FREE
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"ADA APA DENGAN TOK ARAB ?"
dah kena la tu satu kaki putar satu kaki auta... menteri 25% juga yang untung.. dapat gi umrah free.. kah kah kah
SALAHKAN YAHUDI & DAP
SALAHKAN
YAHUDI & DAP
KHALAS
Unknown commented on
"PENCURI NAK AJAR ISLAM !"
Kalau lihat zaman jahiliyyah sikap asabiyah arab begitu kuat, ada suku ada sakat ada bangsawan ada koprat ada agamawan semua ada lah sebelum Isle, tetapi apabila Isle masuk semua ini sudah disamatarafkan kah kah kah tetapi kembali sikap asabiyah ini semula, siapa buat, siapa tanggungjawab?
Kah kah kah adakah Yahudi buat atau DAP buat? Saja tanya jangan marah-marah, siapa cakap terus terang siapa pengacau keamanan dunia, siapa nak bentuk asabiyah ini cuba beritahu terus terang kah kah kah kalau tak berani baik diam terus ia kah kah kah
GAGAL DISAUDI
GAGAL
DI SAUDI
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"MARCH 28 HARI
GULINGKAN MACRON"
Lawatan ke Arab Saudi dikira gagal sebab Brother Anwar Bin Ibrahim gagal berjumpa dengan Raja Salman Dan Pengiran Mahkota Arab Mohammad Salman...
https://youtu.be/SReV-8saP4k
Nampak ada sesuatu yang tidak kena lawatan ini...
Gara gara Bossku dulu ... Arab tak layan Aljub.. nak masuk Kaabah pun kantoi
HADI DAN TRUMP
HADI DAN TRUMP
Donald Trump menjadi Presiden Amerika yang ke 45 pada 20 Januari 2017. Hadi Awang pernah menjadi Menteri Besar Terengganu. Hadi angkat sumpah pada 2 Disember 1999 untuk menerima jawatan Menteri Besar Terengganu ke 11.
Dua sosok ini bukan kecik anak. Donald Trump dan Hadi Awang memiliki pengaruh. Satu di Amerika dan satu di Malaysia.
Dua sosok ini adalah contoh pemimpin negara yang memakai sistem elektoral politik dalam budaya liberal demokrasi hari ini.
Trump dan Hadi mewakili garis politik kanan. Ketika tulisan ini digarap garis politik kanan sedang mengampuh. Satelah tamatnya Perang Dingin jelas kelihatan garis kanan makin menyerlah.
Ombak kanan ini bukan sahaja di Kedah, Perlis, Kelantan atau Terengganu atau di Malaysia malah garis ini sedang merebak ke seluruh dunia.
Di Perancis ada parti Nasional Front. Di German ada parti AFD – Alternative For German. Di United Kingdom parti kanan Konservatif kini berkuasa. Garis kanan parti ini menjayakan Brexit : di mana UK keluar dari Kesatuan Eropah.
Satu contoh terbaik kejayaan garis kanan ini ialah kemenangan Brothers of Italy yang melantik Georgia Meloni wanita pertama pada Oktober 2022 sebagai Perdana Menteri Itali.
Dalam kerajaan campuran Meloni ada parti berfahaman lebih kanan – saki baki dari Parti Fasis Mussolini
Fasisma adalah fahaman kanan yang ekstrem. Fasis bermakna hanya satu parti yang memandu daulah. Negara fasis menolak konsep kepelbagaian dan menafikan wujudiah masyarakat majmuk.
Hampir kesemua parti garis kanan ini memiliki dasar-dasar yang sama atau hampir-hampir sama.
Ciri utama garis kanan dan ideologi induk kaum kanan ialah anti Sosialis dan anti Komunis Ini tanda awal untuk mengenal parti atau individu itu anti-kaum tertindas , pro kaum kapitalis dan menyokong kaum pemodal.
Hadi di Malaysia melalui Parti Islam membawa garis kanan yang amat menonjol. Sebagai parti yang berasaskan agama ianya menolak fikiran pendapat dan ilmu kajian dari manusia.
Justeru Parti Islam PAS menolak sekular. Anti-sekular menjadi rukun perjuangan. Melawan sekular menjadi garis perjuangan parti.
Sekular adalah pandangan dan pendapat yang lahir dari fikrah manusia bukan dari langit , dari wahyu atau dari mimpi.
Sekular ini menjadi musuh pertama Hadi. Kempen anti sekular ini di bawa ke hulu ke hilir oleh Hadi dan PAS.
Parti politik, NGO atau individu yang sekular ini digambarkan sebagai menolak agama. Menolak agama kalau di Malaysia ini khususnya untuk orang Melayu memberi makna menolak Islam. Menolak Islam memberi makna murtad.
Darah Si Murtad dan ajaran Islam yang dianuti oleh PAS dan Hadi adalah halal.
Sebenarnya pemahaman orang ramai terhadap sekular juga tidak padu dan tuntas. Di Malaysia sekular di hebohkan dan di propagandakan sebagai anti agama justeru anti Islam.
Walhal dalam pentadbiran negara-negara di dunia hari ini sekular hanya satu-satu garis pentadbiran yang teratur dan meyakinkan. Sekularisma sentiasa wujud bersama masyarakat plural atau pluralisma.
Justeru plural menjadi musuh ke dua yang di tentang oleh Hadi dan Parti Islam Pas.
Plural membawa erti lebih dari satu. Masyarakat plural ialah masyarakat yang pelbagai bangsa dan suku kaum yang hidup berdampingan tetapi berlainan dalam satu entiti politik.
Malaysia adalah contoh terbaik negara plural dengan masyarakat majmuk. Mustahil Hadi Awang tidak mengenal Guan Eng sebagai China dan Ramasamy sebagai India. Manakala Temenggung Jugah Anak Bariang adalah Dayak. Dan Batin Lintang adalah Sakai.
Nama-nama ini adalah dari nasion yang berlainan – suku kaum yang berbeza-beza tapi semuanya warga Malaysia.
Perkara ketiga yang dijadikan musuh oleh Parti Islam PAS ialah liberalisma. Faham liberal ini menjadi musuh ketat Hadi kerana liberal ini wujud secara tersendiri. Liberalisma wujud secara organik dalam masyarakat yang sekular dan majmuk.
Liberal adalah fahaman – cara berfikir. Cara memiliki pandangan dunia. Liberal ialah kesediaan menerima dan menghormati pandangan, budaya, tingkah laku dan pandangan orang lain walau pun pandangan itu berbeza dari pandangan yang kita anuti.
Fahaman liberal terbuka dan bersedia menerima pandangan dan pendapat baru.
Dalam politik kaum liberal memiliki falsafah yang memperkasa hak asasi kebebasan individu, memperkasa demokrasi dan menyokong perniagaan bebas.
Hadi dan Parti Islam PAS menentang liberal. Ini kerana fahaman liberal memiliki pandangan terbuka. Pandangan dunia kuam liberal melihat dunia kita ini pelbagai rencah dan rencam.
Dunia yang wujud hari ini ada pelbagai gaya hidup. Ada pelbagai pandangan dunia. Justeru ada pelbagai pandangan agama.
Semua agama adalah sama. Semua agama mendidik penganut untuk membuat kebaikan dan kebajikan di atas muka bumi ini.
Kaum liberal mempercayai semua agama. Kaum liberal menghormati semua agama. Kaum liberal menghormati individu yang beragama dan juga yang tidak percaya kepada ajaran apa-apa agama.
Malah Sang Liberal itu sendiri mungkin beragama dan mungkin tidak beragama.
Perkara ke empat yang menjadi musuh hadi ialah orientasi seksual. Atau dengan apa yang di kenali sebagai LGBT – Lesbian, Gay, Bisexul dan Transgender.
Orientasi seksual dan gaya hidup ini menjadi musuh ketat Hadi dan Parti Islam PAS.
Homoseksual ialah keberahian lelaki dengan lelaki. Lesbian ialah keberahian perempuan dengan perempuan. Biseksual ialah keberahian terhadap lelaki dan perempuan.
Manakala Transgender merujuk individu yang mungkin bertindak, berfikir, mempunyai perasaan atau keterampilan yang berbeza daripada jantina lahir atau biologi mereka.
Justeru kita membaca dan melihat bagaimana Sajat seorang Mak Nyah di bantai, diserang , ditangkap hingga Si Sajat ini melarikan diri ke Australia.
Ada satu lagi ciri parti politik kanan yang amat jelas. Pandangan ini di miliki oleh semua parti politik kanan dan penganut ideologi kanan.
Ideologi kanan menolak pluralisma justeru menolak Yang Lain atau The Other. Yang lain dari diri mereka dianggap musuh dan wajib dilawan.
Yang lain ini bukan orang kita. Yang lain bukan suku sakat kita. Yang lain tidak sama dengan kita. Kita dengan yang lain tidak mungkin dapat persamaan.
Dalam konteks Malaysia yang lain ini adalah China dan India. Dalam politik Malaysia yang lain yang dijadikan musuh ialah Parti DAP dan MCA dan MIC.
Dari persejarahan kumpulan atau parti-parti politik ini ditubuhkan oleh orang China dan India.
Dalam mengolah persetujuan untuk mendapat undi dan sokongan parti politik memerlukan musuh.
Laungan dan slogan dan gedang perang wajib ditujukan kepada musuh yang telah di kenali. Mengenal musuh dan kemudian menjadikan musuh itu sasaran politik adalah taktik perang untuk semua parti politik.
Kita lihat bagaimana Trump berjaya membawa konsep MAGA – Make America Great Again. Slogan dan laungan dari Trump ini menusuk kalbu warga Amerika.
Setiap kali di akhir ucapan Trump akan keluar ayat : God bless Amerika – Tuhan merahmati Amerika.
Ini akan disambut dengan laungan USA... USA.. USA...’ Ini slogan untuk memberi ingatan bahawa satu ketika dulu United States of America adalah negara terunggul dalam dunia.
Manakala setiap kali Hadi mengakhiri ucapan atau ada kata-kata Hadi yang dipersetujui dan sedap didengar ianya akan disambut dengan laungan takbir.
Kita membaca dan melihat bagaimana Trump mahu mendirikan pagar dan tembok batu untuk menghalang kemasukan pendatang haram ke Amerika.
Kita juga membaca dan melihat baru-baru ini seorang Pak Cik Melayu memuat turun klip dalam media sosial bagaimana dia melihat Yang Lain sedang mengambil alih Pasar Borong Selayang.
Kes warga Rohingya menakluk Pasar Borong Selayang ini telah menjadi contoh terbaik untuk melawan Yang Lain.
Dari media sosial ini kita dipaparkan kemarahan Pak Cik yang jelas dilihat Melayu Islamnya. Pak Cik dari berkempen anti- pendatang di Selayang kini beralih pula ke Kepala Batas.
Pak Cik ini memilih Rohingya. Ini kumpulan Yang Lain yang paling lemah untuk ditibai. Apakah Pak Cik ini satu masa nanti akan membuat klip yang sama di Bukit Bintang dimana semua kedai, gedung membeli belah adalah milik China.
Apa yang tersirat dan tersurat dalam klip media sosial Pak Cik Melayu Islam itu ialah kebencian terhadap pendatang asing.
Maju mara garis politik kanan ini adalah manifestasi kegagalan elektoral politik dalam budaya liberal demokrasi.
Sekular, liberal, plural dan LGBT akan terus menjadi agenda politik parti Islam PAS. Serangan PAS terhadap PKR dan Pakatan Harapan berasakan empat perkara ini sedang mengampuh.
Laungan God bless Amerika dan Takbir di Malaysia berpunca dari budaya yang sama.
Sekular, liberal, plural dan LGBT adalah empat peluru berpandu menjadikan Pakatan Harapan dalam keadaan terdesak. Malah Pakatan dilihat gelabah tak tentu hala bila berhadapan dengan empat peluru berpandu dari Hadi ini.
Apa jawapan Anwar Ibrahim terhadap serangan Hadi Awang?
Anwar dan Hadi dari satu kabilah. Anwar dari ABIM Pusat manakala Hadi dari ABIM Terengganu. Dua sosok ini amat kenal mengenal.
Donald Trump yakin dia akan menang dalam pemilihan 2024. Hadi Awang juga yakin dia akan menang dalam PRN yang akan sampai tidak lama lagi.
Takbir dan God Bless America sedang mengampuh.
Apakah garis kanan ini akan menetaskan kerajaan fasis seperti kerajaan Hitler di German atau kerajaan Mussolini di Itali atau kerajaan Tojo di Jepun.
Apakah garis Islam kanan yang dibawa oleh Hadi ini akan menuju ke kerajaan Taliban seperti di Afghanistan. Tunggu minggu hadapan dan lihat apa terjadi. Amin (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/435271
TAHNIAH ZAHID
Umno guna lambang dacing pada PRN 6 negeri, kata Zahid
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.
Timbalan perdana menteri itu berkata parti-parti lain dalam kerajaan perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.
“Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, di Kuala Nerus hari ini.
Ditanya mengenai pembahagian kerusi, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata Umno bersama parti lain dalam kerajaan perpaduan setakat ini masih belum membincangkan secara formal mengenai perkara itu.
Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said dilantik semula sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Katanya pelantikan semula Ahmad yang berkuat kuasa serta merta itu diharap dapat memacu pembangunan di tiga daerah di bawah pentadbiran Ketengah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. – Bernama, 28 Mac, 2023.
WOIT
HAM DU LIL
AMIN
TAHNIAH ZAHID
BUAT BETUL
KAH KAH KAH
KALAU GUNA
LOGO PAKATAN
BUNGKUS PAKATAN
AMIN
AMAT BERAT
PIKUL KAVADI
AMIN
RAKYAT BENCI
PADA GEROMBOLAN
RAKYAT PILIH PN
KERANA PAKATAN
PIKUL KAVADI
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)