BERITA BAIK
UNTUK RAKYAT
PILIHAN RAYA
NEGERI GANU
TAK LAMA LAGI
Encik lawan Datuk Seri - kes minyak
Dalam pada itu, menjawab berhubung dakwaan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said berkenaan isu telaga minyak Blok PM 307 Bertam yang didakwa telah diserahkan kepada kerajaan Pahang, Encik Ahmad Razif berkata ia tidak pernah berlaku.
"Tiada isu telaga minyak kerana ia bukan hak kerajaan negeri, ia hak persekutuan, sebab itu, kalaupun dapat hasil, kita hanya dapat lima peratus sahaja (hasil minyak), kalau hak kita sudah tentu kita dapat 100 peratus.
"Bertam sekarang kepunyaan Petronas, jadi kita tiada hak. Cuma, saya telah membuat permohonan rasmi kepada perdana menteri untuk buat pertimbangan agar digunakan balik asas kepada komitmen yang dibuat sebelum ini, saya telah memohon tetapi belum lagi dapat keputusan daripada beliau," katanya.
Tegasnya lagi, tiada berlaku sebarang penyerahan kepada kerajaan Pahang atau isu cagaran sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.
"Telaga minyak bukan hak kerajaan negeri, ia tiada kena mengena dengan kerajaan negeri, ada isu cakap kita cagar telaga minya, buat apa nak cagar kerana ia bukan milik kita, ia bukan milik Terengganu.
"Mengikut ketetapan yang dibuat sebelum ini dan kita sendiri telah tubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan saya sendiri dan dianggotai oleh beberapa pihak termasuk wakil daripada Jabatan Pemetaan, kita ingin lihat balik, kaji balik dari segi peraturan, dan proses ini bukan satu proses yang cepat boleh diambil keputusan," katanya.
Katanya lagi, tiada sebarang hasil dari Bertam diagihkan kepada mana-mana negeri dan ia adalah hasil negara.
"Saya difahamkan hasil daripada bertam ini tidak diagihkan di mana-mana negeri ini adalah hasil negara, bagaimanapun, tetapi beri masa kepada saya. Permohonan kita adalah cara yang terbaik, bukan minta dengan cara kekerasan, beri peluang kepada saya kerana kita masih dalam perundingan dan doakan agar ia dipermudahkan.
"Dalam hal ini, tiada berlaku tandatangan, tiada de surat menyurat, yang kita sedia ada pun bukan diisytiharkan milik Terengganu kerana telah melebihi tiga batu nautika, itu sudah jadi milik persekutuan," tegasnya.
DI PENANG
DAH TAKJADI
DI GANU
AKAN JADI
INI KENDURI
INI BERAYA
FULUS MULUS
TAPI SOTONG
MACAM MANA
MAKIN KERING?
SAJE TANYA
JANGAN MURKA
--------------------