MORAL NI GAPO?
GOTU GOTU KE
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
Selain liberal Anwar ditolak sebab moral – TSIS
KUALA LUMPUR – Dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar Ibrahim ditolak oleh orang-orang Melayu kerana falsafah ‘Liberal’ beliau adalah betul.
Malah, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) mendakwa penolakan terhadap Anwar ini bukan hanya membabitkan orang-orang Melayu sahaja tetapi turut merentasi kaum, jantina dan peringkat umur.
Ia merupakan dapatan kaji selidik bebas yang dijalankan oleh TSIS pada 20 Februari lalu.
Kaji selidik TSIS bertajuk “Kaji Selidik Mengenai Situasi Politik Semasa Negara” itu membabitkan 1,451 orang responden di 222 Parlimen di seluruh negara, kata Ketua Pegawai Eksekutif TSIS, Dr Wan Mat Sulaiman.
”Bila ditanya kesetujuan mereka bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Harapan yang paling sesuai untuk menggantikan tempat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, hanya 33% (479) yang bersetuju manakala 59% (856) tidak bersetuju.
”Daripada yang tidak bersetuju bahawa Anwar paling sesuai menjadi Perdana Menteri ini, 33% (282) memberikan punca ketidaksetujuan mereka kepada ‘masalah moral’ berbanding 26% (223) kepada ‘terlalu Liberal’ dan 20% (171) kepada ‘tidak tegas’.
”Bila diselidiki lebih lanjut, didapati bahawa, bagi ramai responden yang ditemui, ‘masalah moral’ dan ‘tidak tegas’ yang dikatakan dihadapi oleh Anwar ini adalah berhubung-kait rapat dan turut berpunca daripada sikap ‘terlalu Liberal’ beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Antara contoh yang diberikan ke atas sikap ‘terlalu Liberal’ ini adalah pengumuman Anwar seperti yang tersiar di dalam agensi berita Associated Press pada 17 Mei 2018 bahawa “dasar-dasar tindakan afirmatif untuk orang-orang Melayu mesti dihapuskan”.
Begitu juga dengan ucapan Anwar di London School of Economics pada 18 Mac 2010 bahawa beliau mempercayai hanya akidah tertentu mampu menyelamatkan manusia adalah sikap eksklusif dan mengatakan kepercayaan penganut agama lain salah adalah tidak betul.
Selain itu, kenyataan Anwar yang tersiar di dalam agensi berita Al-Jazeera pada 21 September 2018 bahawa undang-undang liwat adalah purba dan tidak adil kerana perlakuan itu hanya menjadi kesalahan jika ianya dipaparkan kepada khalayak.
Tambahnya, contoh lain yang diberikan ke atas sikap ‘terlalu Liberal’ ini adalah kenyataan Anwar yang tersiar di dalam agensi berita British Broadcasting Corporation pada 25 Ogos 2009 yang bersetuju bahawa Lina Joy perlu diberikan hak untuk menjadi seorang Kristian. – MalaysiaGazette
WOIT
TAK SANGKA
ADA SATU
KAJIAN ILMIAH
KAH KAH KAH
INI BERAT
MAKIN BERAT
KAH KAH KAH
INI BUKTI
GOTU GOTU ?
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
----------