Sabtu, 16 Januari 2010
SERI MERSING DAN MENCARI TONGKAT WARAN
UDANG GALAH
di mersing aku menginap di sebuah rumah tumpangan diluar pekan. tidak jauh
dari gigi laut. sebenarnya aku mengelabah kerana meninggalkan rompin hampir senja.
sampai ke mersing matahari telah lama turun. dalam gelap semua yang di cari susah dapat.
yang senang dapat dicari hanya yang diraba.
kawasan rumah tumpangan ini pun aku dapat bantuan dari tukang penjual kad
talipon di tepi laut.
jam telah melintasi 8 malam laut menderu tapi si mamat
ini masih menjual kad talipon di kedainya. lalu aku bertanya
tanya sambil membeli tambahan kredit.
dari mamat ini aku tanyakan tempat makan laut yang terbaik di mersing.
lalu menuju ke restoran ini. gagal. telah ditutup. mundar mandir di mersing hampir satu jam - ingin mencari kedai makanan laut. gagal.akhirnya makan apa yang ada.kecewa.
pulang dari mersing aku melintasi kembali kedai talipon - jam hampir tengah malam. kedai talipon telah ditutup. bergerak terus ditepi laut. ombak
menggila.
ombak laut cina selatan dimusim tengkujuh. airnya coklat dan kuning. tidak nampak lautnya lagi. birunya hiang selama 4 bulan.
lalu singgah di kelab karaoke - dua kelab karaoke - berhadapan sama sendiri. musik melaung kuat jika tidak akan ditenggelamkan oleh bunyi laut. ini kelab sedih - sesedih najib bersuami gemok.
cukup sedih. anak anak muda sedih. melayan lagu sedih. mat rempit sedih melagukan kesah sedih. karaoke ditepi laut adalah percubaan anak muda mersing yang ingin merayakan kehidupan. kesian. ini lah anak anakmuda kita yang terlarang dari merayakan kehiduapan akhirnya mereka menjadi manusia yang sedih lagi menyedihkan.
pergi dan lawatilah karaoke ini - lihat betapa sedih nya anak muda kita. mereka telah hilang initiatif untuk merayakan kehiduapan. mereka hanya melaung tanpa jiwa - apa yang mereka laungkan adalah diri kita sendiri.
aku sendiri turut bersedih apabila melihat anak anak muda ini dalam keadaan sedih. apa jadi dengan kelab belia mereka. apa jadi dengan kelab sukan mereka.ada jadi dengan kumpulan sandiwara mereka. lalu mereka menjadi tua sebelum tua sampai kepada mereka.
dibilik tidur aku terbayang - jika aku dibesarkan di mersing ketika ini - maka aku akan menjadi anak muda yang manai ( tak tahu makna sila cari ).
PAGI ESOK
sebelum meninggalkan rumah tumpangan sempat bersembang dengan tuan empunya tempat. lalu dia becerita bagaimana penduduk di pulau dihadapan kami dipaksa meninggalkan tempat mereka.mereka dipaksa oleh raja gopal.raja gopal membeli pulau ini.kemudian raja gopal menjualkan kembali pulau ini dengan untung yang berganda. nah! apa yang baru dalam kesah ini.
kesah sedih para nelayan ini aku tutupi dengan gulai asam pedas didalam pekan mersing. kepala ikan jemukah yang dimasak cara johor. ada asam sawi yang telah ditapikan. enak tapi tidak seenak termerlian dengan tempoyak.
lalu menuju ke kuala sedeli - ingin mencari tongkat waran.
(jam telah hampir 4 pagi - aku wajib tidor - esok aku smabung lagi - macam kesah shahrizat dalam seribu satu malam.)
MACAM MACAM LAWAK SERAM
SUDUT PIDATO DIHIDUPKAN SEMULA
kah kah kah...
macam macam punya lawak seram kah kah kah...
adalah diberitahu bahawa pemidato pertama akan di beri masa 5 minit 7 saat
untuk membincangkan ajenda belia skima bergerak maju.
adalah diumumkan bahawa pemidato kedua akan diberi masa 5 minit 19 saat
untuk membincangankan harga telor ayam siam.
adalah diberitahu bahawa pemidato ketiga akan diberi masa 5 minit 14 saat
untuk membincangkan kenapa daun pengaga lebih baik dari daum ketum
woit... sapa yang menetapkan masa untuk berpidato... kah kah kah..
kah kah kah... kena minta dari rajagopal ke?.. kah kah kah...
atau minta dari nordin kurdi kah kah kah
Labels:
ADUN SABAH,
altantuya gadis cun mongolia
Langgan:
Catatan (Atom)