Sabtu, 23 Mac 2024
PERJUANGAN MELAWAN KK MART BELUM SELESAI
Isu KK Mart: Teguran Allah untuk umat Islam perkasa BMF – NGO
MELAKA – Kontroversi dicetuskan KK Mart adalah peringatan Allah supaya umat Islam di negara ini memperkasakan lagi usaha menyokong produk Muslim tempatan dan luar negara di bawah kempen Buy Muslim First (BFM).
Pengerusi Muafakat Ummah Melaka, Mohamad Ali Mohamad berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama lebih 30 NGO Islam di seluruh negara untuk tujuan itu.
“Pada saya, kes KK Mart ini merupakan satu peringatan diberikan Allah supaya umat Islam boleh bersatu dalam membentuk ruang ekonomi mampan yang membanggakan masyarakat Islam di negara ini.
“Rakyat sebenarnya dah sedar, kita berikan banyak ruang dan faedah kepada orang bukan Islam tetapi akhirnya mereka tidak memberikan penghormatan kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media boikot KK Mart di Baitul Tariq, Klebang di sini malam tadi.
Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, Selangor selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.
Susulan itu, pengurusan KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) memohon maaf berhubung video dan gambar tular berkaitan penjualan stoking itu di beberapa cawangan kedai serbaneka 24 jam itu.
Permohonan maaf itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati dalam umat Islam di negara ini dan mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas sebagai pengajaran pihak yang sering menyentuh sensitiviti agama Islam di negara ini.
Mengulas lanjut Mohamad Ali berkata, usaha memboikot KK Mart atas tindakannnya yang menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama dan institusi raja) tidak boleh terhenti malah perlu diteruskan sebagai pengajaran kepada pihak lain.
“Kita nak lihat usaha boikot ini bukan sahaja dilakukan individu, malah semua NGO, pihak bertanggungjawab yang akhirnya menyaksikan mungkin 20 tahun akan datang banyak pasar raya wujud dalam kalangan peniaga Islam.
“Ada banyak sebenarnya kedai serbaneka 24 jam milik orang Islam seperti KK Mart dan mungkin kita boleh manfaatkan rangkaian premis ini, ambil pengalaman dari mereka,” katanya.
TERUSKAN
PERJUANGAN
MELAWAN KK MART
BELUM SELESAI
AMIN
TANGKAP
IKAN BILIS
TAK CUKUP
KHALAS
GERILA PEMBEBASAN PATTANI SERANG SIAM
Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan kebakaran di Pattani
KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia terlibat atau terjejas daripada beberapa serangan kebakaran yang berlaku di Pattani, Yala dan Narathiwat, wilayah-wilayah di selatan Thailand pada awal pagi semalam.
Wisma Putra berkata, konsulat Malaysia di Songkhla sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Kementerian Luar, pihaknya sedang memantau rapat perkembangan berikutan beberapa serangan kebakaran yang berlaku di selatan Thailand.
“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla, di alamat No 4, Sukhum Road, Tambon Boryang Muang District Songkhla 90000 Thailand.
Media hari ini melaporkan kira-kira 40 lokasi di sekitar Selatan Thailand diserang pemberontak dengan membakar kedai, kereta dan tiang elektrik, dalam kejadian serentak awal pagi tadi, menurut pihak berkuasa.
Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya seorang dilaporkan terkorban dalam kejadian berkenaan yang berlaku di empat wilayah termasuk Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla. –
SERANGAN UNTUK
MEMPERINGATI
20 TAHUN TAK BAI
AMIN
KHALAS
AWAS !!! PANAS MENYERANG
Tangguh semua
aktiviti luar
bilik darjah – KKM
KUALA LUMPUR – Semua aktiviti luar bilik darjah disyorkan untuk ditangguhkan di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pendedahan kepada cuaca panas secara berpanjangan boleh memudaratkan kesihatan terutamanya kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
“Murid-murid sekolah adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan juga faktor kurang pengambilan air.
“KKM juga menasihatkan agar semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan buat sementara waktu di semua lokasi dengan status Cuaca Panas Tahap 1,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Muhammad Radzi merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang mengeluarkan kenyataan semalam bahawa negeri Perlis telah mengalami Gelombang Haba (iaitu suhu maksimum harian melebihi 37°C hingga 40°C) sejak 19 Mac 2024, manakala sebahagian besar negeri Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kota Setar, Kuala Muda, Pendang, Sik, Baling) dan sebahagian negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta) mengalami cuaca panas Tahap 1 (iaitu suhu maksimum harian melebihi 35°C hingga 37°C).
Pada masa yang sama, MET Malaysia juga menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April 2024.
Sehubungan itu, KKM menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak untuk mengambil air secukupnya.
“Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan ini, ketika bersahur dan berbuka puasa hendaklah meminum air yang mencukupi.
“Awasi tahap hidrasi dan kesihatan anak-anak sepanjang berpuasa. Murid-murid sekolah adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan masalah kesihatan akibat pendedahan kepada cuaca panas disebabkan faktor fisiologi dan juga faktor kurang pengambilan air,” kata Dr Muhammad Radzi.
Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi turut berkata, sekiranya status cuaca bertukar kepada status Gelombang Haba tindakan selanjutnya boleh diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. –
AWAS !!!
PANAS MENYERANG
BAHAYA
AMIN
PANAS AKAN PANAS
HINGGA BULAN
APRIL
AMIN
INI BARU MULA
MAKIN SETAHUN
SUHU MAKIN
TINGGI
AMIN
KHALAS
SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERBUKA
BELI RANGKA AYAM
BELI KAKI AYAM
BELI HATI AYAM
UNTUK TAK TAK DAN EZI
UNTUK GUA
BUAH BUAH DAN SAYUR
HARGA DAGING SEGAR
38 RINGGIT SEKILO
HARGA BATANG PINANG
55 RINGGIT SEKILO
AYAM MASIH 10 RM SEKILO
GUA NAK BOOKING
DAGING SEGAR
NAK BUAT RENDANG
BAZAR RAMADAN
CHOW KIT KOSONG
GUA SAMPAI AWAL SANGAT
KAH KAH KAH
HA HA
UNTUK BERBUKA PETANG INI
GUA BELI LEMANG
3 RM SEPOTONG
DAN MURTABAK AYAM
5 RM SEKEPING
INI DI KEDAI DALAM PASAR
BUKAN DI BAZAR RAMADAN
PASAR CHOW KIT
MASIH LAGI
PASAR TERMURAH
DI MALAYSIA
KALAU DI LONDON
PASAR GUA
PASAR TERMURAH
DI BRIXTON MARKET
AMIN
TERTIBA
JAM 6 PETANG
HUJAN MULA TURUN
GUA NAK BAWA TAK TAK & EZI
KE HOKKIEN
KENA TANGGUH
KAH KAH KAH
SELAMAT BERBUKA
DEWAN MUZIK DI SERANG GEROMBOLAN DAULAH ISLAM
DEWAN MUZIK
DI MOSCOW
DISERANG OLEH
GEROMBOLAN
DAULAH ISLAM
AMIN
ANAK YATIM - WARGA TANPA NEGARA
Apakah Malaysia menuju status pariah di kalangan dunia Islam?
Umat Islam sentiasa diajar tentang kewajipan melindungi dan menjaga anak yatim.
Al-Quran menyebut istilah "anak yatim" sebanyak 23 kali. Surah al-Ma'un, umpamanya, memuatkan amaran keras tentang kewajipan memelihara golongan ini, malah mengingatkan kita bahawa tidak guna mendirikan solat jika mengabaikan perintah khusus untuk melindungi anak yatim.
Al-Quran tidak pun memperincikan jenis anak yatim itu, sama ada kewarganegaraannya, atau bangsanya, atau sama ada dia anak luar nikah, pelarian, kanak-kanak bermata biru mahupun berwajah Afrika berambut kerinting. Ia hanya merujuk kepada manusia kecil yang malang di sekeliling kita.
Amaran Al-Quran ini diturunkan pada abad ke-6, dalam konteks masyarakat Arab pada masa itu menganggap nasab dan keturunan adalah segala-galanya, di mana darjat seseorang bergantung kepada suku kaum, dan di mana setiap individu perlu dibinkan, pada masa sama anak terbuang dan terbiar - iaitu anak yatim yang keturunannya tidak diketahui - dianggap hina dan rendah.
Seseorang anak yatim tidak ada pembela semula jadi: ibu dan bapa. Semasa lahir dan di zaman kanak-kanak, dia bergantung kepada ihsan masyarakat dan negara.
Kerajaan sesebuah negara boleh menjadikan kehidupan mereka sebagai neraka di dunia dengan menafikan mereka hak sama yang dinikmati kanak-kanak lain.
Atau, ia boleh melindungi mereka supaya mereka boleh melangkah ke alam dewasa yang normal, dengan peluang pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan dan benda-benda penting yang selalunya diambil mudah: akaun bank, pinjaman wang, hartanah, kereta, pasport, dan mendirikan rumah tangga.
Dalam realiti zaman moden ini, seseorang yang dinafikan status warganegara berdepan kehidupan yang sengsara. Maka orang yang ingin berhijrah atau meninggalkan negara mereka sangat berhati-hati sebelum membatalkan kewarganegaraan yang ada, dan terpaksa mendapatkan khidmat peguam hanya untuk memastikan mereka tidak merempat tanpa kerakyatan di negara yang menjadi pilihan mereka.
Mungkin ada di antara kita yang menganggap berbakti kepada anak yatim itu ialah dengan menziarahi pusat jagaan anak yatim, menceriakan mereka, membawa mereka ke taman tema, dan mengarak mereka di atas pentas untuk diberikan sumbangan angpow dan duit raya seperti mana dilakukan ramai ahli politik yang mementingkan diri sendiri.
Bagaimanakah sesebuah negara dan kerajaan, apatah lagi yang mengaku berpandukan nilai-nilai Islam, menunaikan kewajipan Al-Quran untuk membela anak yatim?
Dalam konteks negara bangsa moden, satu-satunya cara hak anak yatim dibela ialah melalui kewarganegaraan. Hak ini termaktub di setiap negara di dunia, sama ada pemerintahan kuku besi atau beraja, sama ada ia sebuah negara sekular yang mengiktiraf perkahwinan sejenis atau yang mengikut sistem perundangan Islam yang menyeluruh.
Begitu juga Malaysia, di mana Seksyen 19B perlembagaannya memperuntukkan bahawa seorang bayi terbiar, dengan kata lain anak yatim, mempunyai semua hak kewarganegaraan seperti yang disebut di atas, supaya mereka dapat menjalani kehidupan normal dan berdikari, bukan jatuh miskin dan merana mengemis.
Hak ini termaktub dalam perlembagaan supaya tidak ada kanak-kanak yang diabaikan sewaktu kelahirannya perlu hidup menderita sebagai anak yatim. Ia bukanlah kuasa yang dikurniakan kepada seorang menteri, jauh sekali seseorang yang mengharapkan undi untuk kelangsungannya, dan yang boleh menggunakan kuasa ini untuk tujuan politiknya sendiri setiap kali pilihan raya.
Semua ini bakal berubah melalui suatu tindakan yang amat tidak berakal oleh Pakatan Harapan, gabungan politik yang umum tahu merupakan paling lantang dan bising mengenai reformasi dan hak asasi.
Melalui pindaan perlembagaan, kerajaan mahu menghapuskan prinsip sejagat ini: hak kerakyatan automatik untuk bayi terbiar dan anak yatim.
Kerajaan memberi alasan bahawa peruntukan perlembagaan yang ada sekarang membuka ruang kepada pendatang tanpa izin dan pelarian untuk sengaja membuang bayi mereka. Hujah seperti ini tidak berbeza dengan orang yang menghalau anak yatim yang berkunjung ke rumah mereka merayu makanan, dengan alasan ia akan menggalakkan beribu-ribu anak yatim lain untuk turut datang mengemis di luar rumahnya.
Itulah fitrah manusia jahat, mereka cuba menepis kebaikan dengan mengada-adakan pelbagai kesan buruk daripada perbuatan murni. Dan itulah yang sebenarnya dilakukan oleh Saifuddin Nasution - menteri dalam negeri yang kalah pilihan raya, yang pernah dulu menyatakan kebanggaannya yang seorang berkuturunan Mandailing boleh diangkat menjadi menteri di Malaysia.
Amat membingungkan mengapa Anwar mahu meneruskan pindaan ini, terutama apabila kesemua negara Islam utama bukan sahaja mengekalkan hak kewarganegaraan bayi terbiar, malah ada negara yang sebelum ini tidak mempunyai peruntukan itu telah memperkenalkannya baru-baru ini.
UmrahHaji-MNow-180123-3Sebagai contoh, pada 2021, Arab Saudi, negara yang sering digambarkan sebagai melaksanakan undang-undang Islam yang "terlalu ketat", mengisytiharkan bahawa kanak-kanak yang ibu bapa mereka tidak dapat dikesan akan dianggap sebagai warganegara Saudi. Ia merupakan berita baik kepada lebih 12,000 keluarga Saudi yang menjadikan kumpulan kanak-kanak ini sebagai anak angkat.
Langkah ini tidak mencemaskan rakyat Saudi, walaupun hakikatnya terdapat berjuta-juta pendatang asing dan pendatang tanpa izin yang sukar dikesan di bandar raya sesak seperti Makkah dan Madinah. Pengisytiharan itu menyaksikan peningkatan mereka yang ingin mengambil anak yatim sebagai anak angkat, dan seterusnya ia diharapkan akan membawa kepada penutupan pusat jagaan anak yatim supaya golongan ini membesar dalam suasana keluarga dan bukan dalam institusi yang memisahkan mereka daripada masyarakat.
Begitu juga halnya dengan negara Turkiye, walaupun dengan syarat-syarat kerakyatan yang ketat, dan sempadannya terdedah kepada berjuta-juta pelarian, ia tidak menjadi penghalang untuk negara itu mengiktiraf bayi terbiar sebagai warga negara, tidak kira sama ada keturunan dan nasab mereka diketahui atau tidak, selagi mana mereka dilahirkan di Turkiye.
Dari Tunisia ke Indonesia, negara-negara Islam menjamin hak kewarganegaraan untuk bayi terbiar dan anak yatim. Kumpulan ini selalunya dikecualikan daripada syarat kerakyatan yang sangat ketat dan sulit.
Maka timbul persoalan, di manakah pindaan ini menempatkan Malaysia dalam konteks dunia Islam? Jawapan ringkas: ia menjadi pariah antarabangsa yang terpisah daripada nilai sejagat dan dunia Islam yang lain.
Anwar dan rakan-rakannya perlu ambil serius amaran Al-Quran terhadap mereka yang merampas hak anak yatim, jika tidak bersedia menerima akibatnya.
Sementara Perikatan Nasional, yang mengaku sebagai pembela agama Islam, bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk menjaga hak yang sedia wujud kepada anak yatim, tetapi juga tidak boleh membiarkan diri mereka ditipu oleh orang seperti Saifuddin.
"Sekali-kali tidak! Bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim." (Surah al-Fajr, 89:17)
WOIT
DI SABAH ADA
LEBIH DARI
SATU JUTA
WARGA
TANPA NEGARA
AMIN
APA GUNA SABAH
MASUK MALAYSIA
KALAU WARGA
DINAFIKAN NEGARA
KHALAS
SUMBANGAN MALAYSIA !!!
Malaysia akan beri sumbangan tambahan RM10 juta kepada UNRWA – Wisma Putra
PUTRAJAYA – Malaysia akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta (US$2.1 juta) kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat.
Ini akan menjadikan sumbangan keseluruhan negara kepada agensi itu mencecah RM20 juta (US$4.21 juta).
Satu kenyataan daripada Wisma Putra pada Jumaat berkata Malaysia bersetuju untuk membuat sumbangan tambahan itu dengan keadaan di Gaza semakin meruncing dan cabaran dari segi kewangan yang dihadapi agensi itu.
Wisma Putra berkata Malaysia akan terus mengekalkan komitmennya untuk menyediakan bantuan keperluan asas dan sokongan kepada UNRWA yang kini menghadapi kekangan dari segi kewangan.
Menurut kenyataan itu, Malaysia dalam menzahirkan sokongan kepada UNRWA telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM10 juta (US$2.1 juta) kepada agensi itu menggunakan dana Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) pada 17 Nov 2023.
Ini merupakan sumbangan tambahan kepada US$200,000 setahun yang disalurkan Malaysia bagi tempoh lima tahun dari tahun 2021 hingga 2025 kepada UNRWA.
Menurut kenyataan itu setakat ini 12 negara penyumbang utama telah menggantung pembiayaan sukarela kepada UNWRA susulan dakwaan terhadap penglibatan 12 kakitangannya terlibat dengan serangan pada 7 Oktober 2023, menyebabkan agensi itu kekurangan dana.
Wisma Putra berkata Malaysia mengalu-alukan pengumuman yang dibuat empat negara, iaitu Australia, Iceland, Kanada dan Sweden mengenai penyambungan semula pembiayaan kewangan kepada UNRWA.
Malaysia akan terus menyokong UNRWA dalam usahanya untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin, katanya. – BERNAMA
TERIMA KASIH
INI BUKTI KITA
SOKONG RAKYAT
PALESTIN
KHALAS
SARAWAK TOLAK FORMULA PADU RAFIZI
SARAWAK TOLAK
FORMULA PADU
DARI RAFIZI
KHALAS
Unknown commented on
"BAZAR RAMADAN
MAKANAN BASI"
Sarawak tolak formula Rafizi.
Kah kah kah masa buat PADU Menteri Formula tak bincang bincang dolu ker sesama komponen parti.. Duit dah banyak habis tetiba Sarawak reject daftar PADU.
Orang Sarawak Hentikan Pendaftaran PADU Serta Merta. Kerajaan Sarawak mempunyai keraguan tentang keperluan warganya untuk melengkapkan pendaftaran di Pusat Pangkalan Data Pusat (Padu), demikian yang diungkapkan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Warga asing boleh dapat barang bersubsidi jugak ke..!? Kalau warga asing dapat subsidi tanpa isi PADU warga tempatan pulak kena daftar PADU baru dapat subsidi... Kanina cibai bangang punya formula macam ni..
Pemerintah negeri mempunyai sedikit keraguan tentang ini. Ia telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. YB Hasidah telah diminta untuk menyelidik perkara ini. “Untuk Sarawak, kami telah meminta agar ia diubah
Menteri Formula buat PADU ni syok sindri kot. Sepatutnya sebelum PADU dilancar helok bawak bincang sesama komponen parti.
Bawak masuk Dewan Rakyat dolu bentang bahas dan bincang dengan pembangkang sekali Menteri Formula main taram ajer kew..!? Duit dah banyak belanja nak subsidi bersasar bila di tanya adakah warga asing dapat subsidi..
Timbalan Menteri Kewangan lulusan Art anak Lim Kit Siang lansung tak jawab... Menteri Formula lansung bisu walaun PADU dah dipaksa penjawat awam mendaftar. Kanina punya formula
EKSTREM DEMI ALLAH
EKSTREM DEMI
ALLAH
KHALAS
Unknown commented on
"STOKIN MAKIN MEREBAK"
Apakah tanggapan pelabur asing terhadap Malaysia? Adakah mereka menganggap Malaysia sebuah negara bersifat ekstrem?
Malaysia kerap mengadakan tindakan boikot terhadap perniaga-perniaga, jadi modal asing masih berani mengambil risiko melabur sejumlah wang besar di Malaysia?
KRONI BARU UNTUK MENCURI
MEMBINA
KRONI BARU
UNTUK CURI DUIT
KHALAS
Unknown commented on
"KK MART TIDAK CUAI"
Kita kena akui ada agenda menjatuhkan kerajaan sejak permulaan lagi, maka pelbagai cara pelbagai kaedah digunakan, semuanya tak apa asal matlamat menghalalkan cara, tapi kena ingat juga setiap perbuatan kamu ini merosakkan negara, ekonomi semakin teruk, duit semakin jatuh, orang semakin ke belakang, yang buat salah tetap dihukum guna undang-undang yang ada, bukan hukum seronok sendiri tanpa keadilan tanpa bicara tanpa siasatan rapi,
akhirnya negara rakyat akan rugi kerana menanggung puak puak subsidi yang semakin membesar kena tanggung juga jumlah banduan yang semakin meningkat juga, setiap hari semua nampak kebaikan kerja keras SPRM kah kah kah akhirnya seluruh negara mengetahui bahawasanya negara telah dipimpin oleh sekumpulan ahli pemimpin Gerombolan Sdn Bhd kah kah motivasi utama mengkaya diri sendiri kah kah kah
STOKING
STOKING
SABTU 23 MAC 2024
ISU STOKING MASIH HANGAT
HEBOH MASIH HEBOH
ADA TANGKAPAN
TAPI YANG DI TANGKAP
YANG DI HUKUM MAT BILIS
JERONG PEMILIK GEDUNG
MASIH BEBAS
TAK BERANI USIK KE ?
KAH KAH KAH
TANGKAP BICARA MASUK JIL
DENGAN CEPAT
INI CARA
MALAYSIA NAK SELESAI MASALAH
KAH KAH KAH
TAPI INI TAHUN 2024
BUKAN TAHUN 1974
SOSIAL MEDIA DAH WUJUD
WARTAWAN DAN PEMILIK
STESEN TV BERSEPAH SEPAH
KAH KAH KAH
BANI MELAYU ISLAM
MASIH TAK PUAS HATI
BOIKOT KK MART
SEDANG BERJALAN
AMIN
ISU BEKAS SETPOL ANWAR
BELI SAHAM BERJUTA JUTA RINGGIT
KAH KAH KAH
MANA MAMAT NI CEKAU DUIT
KAH KAH KAH
TUP TUP
JADI MAHAKAYA
KAH KAH KAH
PATUTLAH RAKYAT
PANGGIL KERAJAAN MADANI
KERAJAAN MADANON
KAH KAH KAH
RUSIA
DEWAN MUZIK DI MOSCOW
MELETUP
DISABOTAJ OLEH GENG ISLAM
BERPULUH MATI
BERPULH CEDERA
AMERIKA
TRUMP DIKATAKAN
MEMILIKI 500 JUTA DOLAR CASH
TAPI ENGGAN BAYAR
BON SAMAN
GAZA
RESOLUSI GENCATAN SENJATA
DI PBB YANG DI CADANG
OLEH AMERIKA
DI VETO OLEH RUSIA & CHINA
HEBAT
DARI KAJIAN MAKMAL
ANJING
DI LAPOR MEMILKI
KEUPAYAAN MEMAHAMI NAHU
LEBIH DARI TAHU
ARAHAN
DUDUK !
MAKAN !
MARI SINI !
HOKKIEN
PAGI INI SIBUK
MATAHARI DAH KELUAR
GUA IKUT JALAN
DAKI BUKIT
BERPULUH KERETA
DAH MASUK HOKKIEN
BERSUSUN DI GIGI JALAN
PESAT JI MING
MULA 4 APRIL
TAPI RAMAI DATANG AWAL
TAK DA SUARA BURUNG
TAKDA SUARA CENGKERIK
YANG DIDENGAR BUNYI MERCUN
ASAP DI SANA SINI
ANAK CUCU CICIT
BAKAR TANGGAL
AGAR ARWAH TAK DI MASUK
KE NERAKA TAPI MASYUK SYURGA
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
NAK CUBA CARI PENJUAL DAGING
GUA NAK BELI BATANG PINANG
NAK BUAT RENDANG
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SABTU
YANG INDAH
BRO
TAK ADA MUZIK INDAH
YANG KELUAR MEMEKAK DARI
RAHANG KERETA
BRO
SELALU PERKARA
YANG LU CARI BETUL BERADA
DI DEPAN MATA
BRO
HIDUP INI
KITA FAHAMI DENGAN
MELIHAT KE BELAKANG
TAPI UNTUK TERUS HIDUP
KITA BERJALAN KE DEPAN
BRO
KALAU LU PIKIR
DUIT AKAN BUAT
LU HAPPI MAKNANYA
LU TAK BERDUIT
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)