JUMAAT LEPAS
Rabu, 27 Januari 2016
LAGI KES JUAL AGAMA
SIDANG ROH
Apabila tokoh falsafah Saudara Kassim Ahmad menyatakan secara simbolik melalui sajaknya "Sidang Roh" yang tuhan sudah mati. Maka riuh rendah lah para Igamawan mengutuk dan mengkafirkan Saudara Kassim.
Perlakuan TH, sebuah institusi yang bermirip keigamaan, bermain duit dengan menabong kunon untuk mendapatkan tiket ke sorga .. akhirnya pecah lobang dara nya, pabila rupanya 5% peratus penabung letak duit RM44 biliyun atau 3/4 daripada jumlah tabungan untuk tujuan makan faedah atau bunga atau secara kafirnya makan riba tahunan, takde niat pun nak buat aji..
Perlakuan TH ini mengambarkan pelakunya tak sedikit pun takut pada kuasa Allah .. seolah-oleh mereka anggap Tuhan sudah mati .. takde apa nak ditakutkan .. "duit" itulah tuhan yang sebenar. TH sewenang guna nama igama untuk tarik pelaburan .. para igamawan pun tak cakap apa-apa .. seolah-olah sajak Pak Kassim lebih berdosa daripada perlakuan TH. on ADA LEMBAGA DI TABUNG HAJI
panglimo potaseh
----------
PENYANGAK SUDAH MARI
BILA EKONOMI SAKIT
PENYAMUM
LANUN
PENYANGAK
LANUN
PENYANGAK
DATANG MERAMPOK
INI BUKAN
SATU YANG BARU
SATU YANG BARU
China state media accuse Soros of ‘declaring war’ on yuan
BEIJING: Chinese state media stepped up a salvo of biting commentaries Wednesday against George Soros and other currency traders as the yuan comes under pressure, with the billionaire investor accused of “declaring war” on the unit.At the annual World Economic Forum in Davos last week Soros told Bloomberg TV that the world’s second-largest economy — where growth has already slowed to a 25-year low according to official figures — was heading for more troubles.
“A hard landing is practically unavoidable,” he said.
--------
ADA LEMBAGA HITAM DI TABUNG HAJI
RIZAB TABUNG
HAJI NEGATIF SEJAK TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2014
Saya
merujuk kepada kenyataan Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Urusan Tabung Haji berhubung isu kelemahan dana
rizab Tabung Haji yang ditimbulkan oleh Bank Negara Malaysia.
Antara
lain, beliau memberi alasan perkara yang ditimbulkan oleh Bank Negara Malaysia
itu tidak menggambarkan kedudukan kewangan sebenar Tabung Haji kerana aset-aset
anak syarikat Tabung Haji adalah lebih besar. Saya petik kenyataan beliau:
“Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015,
nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi dari nilai liabiliti Tabung
Haji, di mana ia mengambil kira kesemua nilai saksama portfolio pelaburan
Tabung Haji”
Sebagai
Ahli Parlimen, saya berpeluang meneliti sendiri Penyata Kewangan Tabung Haji
yang diserahkan kepada Ahli Parlimen setiap tahun. Penyata Kewangan Tabung Haji
terkini yang diaudit adalah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.
Penyata Kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 hanya akan diperolehi di
akhir tahun ini.
Saya
rujuk kepada Penyata Kedudukan Kewangan (“Statements of Financial Position”)
bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 seperti di bawah:
Bagi
mereka yang kurang mahir membaca penyata kewangan, kepala “TH” merujuk kepada
aset, liabiliti dan rizab pendeposit Tabung Haji. Kepala “Group” merujuk kepada
aset, liabiliti dan rizab Tabung Haji dan keseluruhan kumpulan yang merangkumi
anak syarikat dan syarikat bersekutu. Contoh-contoh anak syarikat ialah Bank
Islam Malaysia Berhad dan Tabung Haji Plantations. Contoh-contoh syarikat
bersekutu ialah TH Heavy Engineering Berhad.
Bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, aset Tabung Haji adalah sebanyak
RM54.751 bilion dengan simpanan tunai sebanyak RM7.0 bilion.
Bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, jumlah dana terkumpul Tabung Haji
ialah RM54 bilion. Dana terkumpul adalah dana-dana yang digunakan oleh Tabung
Haji dalam menjalankan aktivitinya. Dari dana inilah maka ia dilaburkan atau
dibuka anak syarikat untuk menjana keuntungan kepada Tabung Haji.
Dana
terkumpul sebanyak RM54 bilion ini terdiri dari jumlah dana dari pendeposit
Tabung Haji sebanyak RM54.358 bilion dan rizab terkumpul iaitu kerugian
sebanyak RM351 juta. Secara umumnya, rizab terkumpul adalah jumlah keuntungan
terkumpul sejak Tabung Haji melaksanakan perniagaan. Jika Tabung Haji mempunyai
keuntungan terkumpul, maka jumlah rizab adalah positif. Jika Tabung Haji
mempunyai kerugian terkumpul, maka jumlah rizab adalah negatif.
Jumlah
rizab ini adalah penting kerana ia melambangkan 2 perkara:
1. Rizab terkumpul yang positif melambangkan Tabung Haji berjaya
menjana keuntungan yang baik dan bermakna keputusan pelaburannya adalah tepat
2. Dari rizab terkumpul inilah bonus (atau dividen) boleh
dibayar kepada pendeposit. Jika rizab terkumpul itu besar, maka lebih besarlah
bonus boleh dibayar kepada pendeposit
Oleh yang
demikian, saya ingin menegur Ismee Ismail yang nampaknya cuba
mengelirukan rakyat dengan kenyataan beliau semalam seolah-olah Tabung Haji
tidak mengalami apa-apa masalah kewangan.
Penyata
Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit telah
menunjukkan bahawa rizab terkumpul Tabung Haji telah pun negatif iaitu kerugian
terkumpul sebanyak RM351 juta. Ini bermakna, jika semua pendeposit Tabung Haji
mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset-aset
Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana
sebanyak RM351 juta.
Kedudukan
kewangan ini berlaku sebelum tahun 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran
saham dan nilai matawang ringgit yang mendadak. Ini bermakna bagi tahun kewangan
berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian yang jauh lebih
besar.
Maka
nilai rizab terkumpulnya akan menunjukkan kerugian terkumpul yang jauh lebih
besar dari RM351 juta.
Dalam
keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia wajar mengetahui bahawa:
1. Tabung Haji tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk
membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember
2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015
2. Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntugan terkumpul
untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember
2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya
Ini bukan
perkara yang kecil dan saya akan terus meneliti perkara-perkara lain mengenai
prestasi kewangan Tabung Haji.
Pun
begitu, sebagai permulaan untuk memperbaiki keadaan, saya menuntut supaya
Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta
merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak
menjejaskan simpanan pendeposit.
RAFIZI
RAMLI
NAIB
PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN
PANDAN ----------------
SAMA TAPI LAIN LAIN
FACE BOOK
Serupa tapi tak sama seperti yang di Semenanjung. #Sampah
Harga Beras di Bali Naik, Menteri Puan: Jangan Banyak-Banyak Makan
Seiring semakin mahalnya harga beras di Bali, Gubernur Made Mangku Pastika minta agar alokasi beras untuk rumah tangga miskin (raskin) di Bali dinaikkan. Permintaan disampaikan langsung kepada Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Puan Maharani, di sela-sela acara peluncuran penyaluran program raskin/rastra tahun 2016, Bali, Selasa (26/01).----------
ADA SIAPA PERCAYA
LANTIK
PENDAKWA BEBAS KHAS (“SPECIAL INDEPENDENT PROSECUTOR”) UNTUK BUKA KEMBALI KES
DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK
Penjelasan
Peguam Negara, Apandi Ali semalam berkenaan keputusan beliau menutup
kertas siasatan terhadap Najib berhubung skandal dana RM2.6
bilion dan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd tidak dapat diterima umum.
Bukan sahaja alasan bahawa Najib telah memulangkan kembali
“derma” yang diterimanya itu tidak masuk akal, malah ada beberapa perkara asas
yang tidak dijawab oleh beliau.
Berhubung
pemindahan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, T Apandi Ali
seolah-olah lupa bahawa SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat milik
penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc). Sebab itu saya terus
bertanyakan siapa yang bertanggungjawab meluluskan pemindahan dana itu dari SRC
International Sdn Bhd kerana pegawai teratas yang bertanggungjawab adalah tidak
lain dan tidak bukan Najib sebagai Menteri Kewangan.
Oleh yang
demikian, alasan bahawa Najib tidak tahu menahu sebanyak
RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd dipindahkan ke akaun peribadinya tidak
boleh menyelamatkan beliau dari dakwaan, atas asas-asas berikut:
1. Mengambil kira bahawa beliau adalah pegawai teratas
yang bertanggungjawab kepada keputusan SRC International Sdn Bhd di atas
kapasiti beliau sebagai Menteri Kewangan, adalah mustahil beliau tidak
mengetahui mengenai keputusan memindahkan dana itu. Besar kemungkinan beliau
sedia maklum dan pemindahan itu berlaku dengan mendapat kelulusan mengikut
prosedur Kementerian Kewangan. Jika ini keadaannya, Najib
sepatutnya didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana dana dari syarikat awam di
bawah kawalan beliau dipindahkan ke akaun peribadi beliau;
2. Jika beliau berkeras beliau tidak tahu menahu mengenai
pemindahan tersebut, ini bermakna beliau telah cuai dalam menjalankan amanah sebagai
pegawai teratas yang bertanggungjawab menguruskan syarikat awam iaitu SRC
International Sdn Bhd. Dalam keadaan ini, Najib juga sepatutnya
didakwa di atas tuduhan cuai dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga
menyebabkan kerugian dana awam.
Dalam
kedua-dua keadaan, ada kes yang kukuh untuk mendakwa Najib.
Saya
percaya atas alasan ini juga, selain dari bukti-bukti siasatan yang lebih
terperinci, Pengarah Operasi Khas SPRM, Bahri Mohd Zin dipetik sebagai
berkata SPRM mempertimbangkan untuk merayu supaya kes ini dibuka semula
memandangkan ia satu kes yang jelas (“straight forward”).
Walau
bagaimana pun, saya tidak yakin Peguam Negara, Apandi Ali sesuai untuk
mengendalikan kes-kes bersabit dakwaan terhadap Najib memandangkan setakat ini beliau cenderong untuk menutup kes tanpa memberi
penjelasan yang boleh diterima akal oleh rakyat.
Oleh yang
demikian, saya mencadangkan supaya satu usaha dibuat agar Parlimen melantik
seorang Pendakwa Bebas Khas (“Special Independent Prosecutor”) dari kalangan
pengamal undang-undang yang bebas dan berintegriti untuk membuka semula
siasatan terhadap Najib dan meneliti kertas siasatan SPRM
dan Bank Negara setakat ini.
Saya akan
berbincang dengan ahli-ahli Parlimen yang berlatar belakangkan undang-undang
untuk merangka satu usul dan usaha membawa perkara ini ke sidang parlimen yang
seterusnya dalam bulan Mac 2016.
Saya
yakin rakyat Malaysia yang cintakan keadilan tidak boleh putus asa dan terus
mencari jalan baru sehinggalah kebenaran mengenai skandal-skandal ini dapat
dibentangkan kepada rakyat dan mereka yang bertanggungjawab di bawa ke muka
keadilan. Jika Najib beranggapan cerita lawak yang dibawa
oleh Apandi Ali semalam akan menutup kes ini, beliau merendahkan
pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya.
RAFIZI
RAMLI
NAIB
PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN
PANDAN -----------
JEMPUTAN UNTUK ANAK MUDA
JEMPUTAN
UNTUK
ANAK MUDA
Salam BERSIH!
Merujuk perkara di atas, Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (BERSIH 2.0) akan menganjurkan "Program Bersih Boot Camp". Butiran selanjutnya adalah seperti berikut:
Tempat: Pulau Pinang (hotel akan di beritahu kemudian)
Tarikh: 29 Januari 2016, Jumaat (3 petang) - 31 Januari 2016, Ahad (3 petang)
Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan/puan akan menghadiri program ini. Syarat peserta hendaklah berusia 18 - 35 tahun sahaja dan adalah seorang warganegara Malaysia. Program ini juga akan di jalankan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan setiap satu program ini adalah selama 3 hari 2 malam.
Di bawah ini, kami sertakan poster sebaran untuk program ini juga borang penyertaan atas talian dan borang penyertaan ini memerlukan setiap peserta mempunyai akaun "gmail" untuk log masuk pendaftaran. 30 peserta yang terpilih akan di kenakan bayaran sebanyak RM 50.00 untuk tujuan pendaftaran. Segala perbelanjaan penginapan dan makan minum akan disediakan dan ditaja oleh BERSIH 2.0.
Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan kepada saya melalui emel atau di talian 017-7004113 atau emel ke program@bersih.org. Segala urusan dan bantuan didahului dengan ribuan terima kasih.
Borang atas talian >>>> https://docs.google.com/ a/bersih.org/forms/d/ 137VhrAqWJL9Si5l3QYaQ40kFStZHs Y5ECxZip9K3Tho/viewform?c=0&w= 1
Laman rasmi Bersih Boot camp>>>> http://www.bersih. org/BOOTCAMP/
Regards,
Baira Amran
-------------
PECAH BERITA SEDUNIA
PECAH BERITA
SEDUNIA
Pope Francis (Latin: Franciscus; Italian: Francesco; Spanish: Francisco; born Jorge Mario Bergoglio, [b] 17 December 1936) is the 266th and current Pope of the Roman Catholic Church, a title he holds ex officio as Bishop of Rome, and Sovereign of the Vatican City has just converted to Islam.
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
PECAYA BERITA INI
KALAU HANG PERCAYA
MAKA HANG JUGA
MESTI PERCAYA
NAJIB DAH PULANGKAN
MESTI PERCAYA
NAJIB DAH PULANGKAN
DUIT 2.6 BILION RINGGIT
PADA TOK ARAB
KAH KAH KAH
IF YOU BELIEVE THIS
YOU MUST BE
WOLLY WANKER
PADA TOK ARAB
KAH KAH KAH
IF YOU BELIEVE THIS
YOU MUST BE
WOLLY WANKER
KAH KAH KAH
-----------
SATU JEMPUTAN
SATU JEMPUTAN
UNTUK ANAK MUDA
YANG TELAH
YANG SEDANG
YANG SEDANG
YANG AKAN
EID EN RAI
#BualFilem 3
----------
Langgan:
Catatan (Atom)