HARI KE
SEMBILAN
hari ini kuala lumpur redup
enak dan nyaman
tidak terik tidak basah
petang kelmarin gua
sampai ke ijok
singgah di bazar ramadan
ini komuniti jawa
ramai dan sibuk
gua cari ikan
hanya ada dua jenis ikan
ikan jaket
dan ikan keli
tenggiri senangin kembong
semua hilang
yang murah hanya
ikan jaket dan ikan keli
betul kuueh kini 50 sen sebiji
murtabak masih 3 ringgit
roti john 5 ringgit
tidak ada lagi yang murah
aduh! bagaimana agaknya
jika sang ayah
jika sang ibu tidak ada duit
anak kecil akan merajuk
melihat bunga api yang banyak
kerana ini jawa maka
pasti ada pecal
pasti ada tapai ubi
gua beli pecal 3 ringgit
gulai telor itik 1.50 sen
kueh pisang 2 ringgit
gulai rebong 2 ringgit
dan ikan siakap 4 ringgit
dari ijok gua ke kuala selangor
singgah di restoran china
di pasir penambang
gua selalu makan disini
malah sesekali gua bawa ikan
dan minta masak
jadi tak ada masaalah
kami hanya minun teh china
bawa makanan sendiri
LONDON
sabtu malam dikatakan
serang lagi
beberapa hari dulu
sesudaj serang di manchester
gua telah beri tahu
beberapa kawan
london akan diserang lagi
untuk meahami ini cukup senang
jeremy corbyn makin hampir may
parti buruh makin mengatasi
parti konservatif
anak anak muda semua
mengarah ker jeremy
jeremy ini orang kiri
bukan orang mengaku kiri
dia memiliki dasar
dan kepercayaan kiri
pernah di tanah kerana
anti perang vietnam
pernah terlibat dalam gerakan
anti nuklear
maka kaum pemodal amat sangsi
dengan si jeremy
maka ledakan dirancang
untuk memastikan
parti konservatif menang
cui bono
siapa untung
SELAMAT
BERBUKA
-----------------