Rabu, 17 April 2024
SINGAPURA ADALAH ISRAEL DI ALAM MELAYU
Singapura digesa henti perdagangan senjata dengan Israel
Sekumpulan aktivis mengadakan bantahan aman di Singapura semalam untuk menyeru kerajaan mereka menghentikan perdagangan senjata dengan Israel.
Ia diadakan sempena bantahan sedunia oleh kumpulanb A15 Action, yang berkempen untuk menamatkan apa-apa penglibatan yang boleh menjadikan sesebuah negara terpalit dengan jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Dalam satu kenyataan kepada MalaysiaNow, kumpulan itu menyeru Singapura untuk membuktikan ia tidak memainkan apa-apa peranan dalam pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, walaupun kerajaannya melahirkan simpati terhadap rakyat Palestin termasuk melalui bantuan kemanusiaan.
"Tindakan kemanusiaan sebegini akan terjejas dan tidak bermakna sekiranya Singapura terus membenarkan keganasan yang sememangnya menjadi punca bantuan kemanusiaan diperlukan," kata kenyataan itu.
Kumpulan itu menggesa pentadbiran Singapura yang bakal diterajui Lawrence Wong, menggantikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong bulan depan, untuk menghentikan sebarang aktiviti perdagangan senjata dengan Israel.
"Kami tidak mahu negara kami menyumbang wang terhadap penderitaan rakyat (Palestin) yang tidak bersalah. Rakyat Singapura telah menggunakan semua cara yang mungkin untuk didengari oleh kerajaan," katanya.
Singapura merupakan antara sebilangan kecil negara yang mempunyai hubungan ketenteraan dan diplomatik yang rapat dengan Israel.
Sistem pertahanan Singapura, yang berjiran dengan Indonesia dan Malaysia yang lantang menentang Israel, kerap disifatkan sebagai diinspirasikan Israel, termasuk mewajibkan latihan ketenteraan untuk rakyatnya.
Sejak serangan Oktober lalu, kerajaan Singapura mengkritik kempen pengeboman Israel di Gaza, pada masa sama mempertahankan "hak Israel".
Kempen pengeboman Israel setakat ini membunuh lebih 30,000 orang awam, menyebabkan rejim Zionis itu kini berdepan pelbagai tuduhan pembunuhan beramai-ramai di peringkat pengadilan antarabangsa.
Pada November lalu, Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan berkata Israel mesti menerima sebuah negara Palestin, dan rakyat Palestin pula harus mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu.
Pada Februari, Balakrishnan mengkritik kempen ketenteraan Israel dengan berkata ia "sudah melampau".
"Malapetaka di Gaza menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera untuk meringankan penderitaan tak terkata dialami orang awam dan membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka dengan segera."
Peranan dalam pembunuhan beramai-ramai
Bagaimanapun, A15 mempersoalkan kerajaan Singapura kerana meneruskan hubungan pertahanan dan perdagangan senjata dengan Israel.
"Selama bertahun-tahun, Singapura menjadi pemboleh melalui penjualan senjata, kerjasama industri pertahanan dan hubungan dua hala yang terjalin lama," katanya.
Antara 2018 dan 2022, Singapura mengimport senjata bernilai AS$73 juta dari Israel, katanya.
"Walaupun sebuah negara kecil, Singapura merupakan pengguna industri pertahanan Israel yang ke-10 terbesar; ia membeli peluru berpandu, dron, kereta kebal dan peranti elektronik lain yang dipasang pada jet pejuang dan kapal perangnya daripada pengeluar senjata Israel seperti IAI dan Elbit.
"Kerajaan kami memilih untuk melabur dalam penyelidikan bersama entiti Israel, dan Singapura telah terlibat dalam usaha sama untuk membangunkan dan memasarkan senjata seperti peluru berpandu - sebahagian daripadanya, seperti Matador, digunakan oleh tentera Israel di Gaza"
Tahun ini, pengeluar senjata Israel mengambil bahagian dalam Singapore Airshow dengan mempamerkan senjata sama yang kini dihalakan ke arah rakyat Palestin.
"Tidak boleh diterima apabila hasil titik peluh rakyat Singapura digunakan untuk membiayai pembunuhan beramai-ramai, dan kami terus menyediakan platform untuk pelaku keganasan tersebut."
Kumpulan A15 turut membantah sekatan ke atas rakyat Singapura yang mahu menyatakan kemarahan terhadap kempen pembunuhan beramai-ramai Israel.
"Rakyat Singapura cuba menganjurkan demonstrasi aman di Hong Lim Park, tetapi diberitahu bahawa pihak berkuasa akan tetap melarang hak kebebasan berhimpun yang sangat terhad ini," katanya, merujuk kepada "Speakers' Corner" yang sebelum ini menyaksikan perhimpunan pembangkang.
SINGAPURA IALAH
ISRAEL DI ALAM
MELAYU
AMIN
TUGAS SINGAPURA
IALAH HARU
BIRUKAN MELAYU
AMIN
KACAU MELAYU
SEPERTI ISRAEL
KACAU ARAB
AMIN
SAPA SABOTAJ NAJIB ?
Memang ada titah tambahan, mengapa sorok perkara ini? – Shafee
KUALA LUMPUR – Peguam utama mewakili Najib Razak kesal dan mempersoalkan mengapa kerajaan seolah-olah ‘menyembunyikan’ kewujudan titah tambahan yang membolehkan anak guamnya menjalani hukuman penjara sebagai tahanan dalam rumah.
Menurut Muhammad Shafee Abdullah, beliau telah menghantar tujuh keping surat berkaitan perkara itu kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan beberapa menteri kabinet lain namun tidak ada sebarang balasan.
“Anda tidak boleh sorok titah (adendum bertarikh 29 Januari 2024) ini.
“Mengapa sorokkan titah tambahan ini? Tidak ada sesiapa pun yang boleh sorokkan perkara ini. Ini adalah titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada media di luar mahkamah hari ini.
Difahamkan Mahkamah Tinggi menetapkan 5 Jun ini untuk keputusan permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 supaya beliau boleh menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Muhammad Shafee juga mendedahkan Hakim Datuk Amarjeet Singh juga mengarahkan hujahan bertulis tambahan difailkan sebelum keputusan itu dibuat.
Pagi ini beliau memaklumkan adanya identiti ‘saksi kritikal’ yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib.
Najib telah memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April menerusi Tetuan Shafee & Co.
Beliau memohon perintah supaya kesemua responden atau seorang daripada mereka diarah untuk menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.
Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud maka kesemua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah. -
NAJIB AKAN
DI BEBAS ?
KAH KAH KAH
DI TAHAN DALAM
RUMAH
KAH KAH KAH
RUMAH MANA?
NAJIB ADA DUA
BINI
KAH KAH KAH
LEBIH SELAMAT
SIMPAN DI KAJANG
BIK MAMA
SENANG HATI
KAH KAH KAH
KHALAS
NAJIB AKAN DIBEBASKAN ?
Tarikh keputusan Najib cabar wujud perintah tambahan YDPA 5 Jun ini
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 Jun ini bagi keputusan sama ada membenarkan atau sebaliknya atas permohonan Najib Razak yang mahu kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16.
Ini berkaitan Najib menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah.
Difahamkan Hakim Mahkamah Tinggi, Amarjeet Singh membuat ketetapan itu pada pendengaran prosiding dalam kamar secara fizikal yang hanya dihadiri pasukan peguam bekas Perdana Menteri dan Peguam Kanan Persekutuan hari ini
JENG JENG JENG
NAJIB AKAN
BEBAS ?
DITAHAN DALAM
RUMAH
AMIN
BIK MAMA RISAU
KERANA NAJIB
ADA BINI BARU
KAH KAH KAH
KHALAS
LANGKAH HIV
LANGKAH HIV
KHALAS
"SAPA JANTAN INI ?"
Ini Geng kamu Geng HIV dari Oyak Taliban. Apa nak Jeng Jeng?
Kalu tak tembak bini, tengok rental propaganda kamu, tidak heran kalu PMX pun jadi sasaran jugak.
Süre tak puas hati propaganda HIV tak gigit mana. Syok sendiri Papagomo kata HIV.
Samalah semua kata kamu sakit mereng anjing kalu tengok muka kamu kering tak beraeti kerana tak samak. Ha Ha Ha.
Sekarang Atok dah keluar IJN, propaganda pun naik tempo mendadak. Papagomo, Chegu Bard, Tamrin pun tumpang semangkuk.
Langkah HIV. Amin.
PMX pun dah nak outlast Abah 18 bulan PM8 Sakaw Jana Wibawa.
RAFIZI DICABAR
Sian See tagih janji Rafizi adakan podcast lepas Ramadan
KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Lim Sian See menagih janji daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengenai jemputan untuknya hadir dalam program podcast ‘Yang Bakar Menteri’.
Beliau berkata, Rafizi telah berjanji untuk menjemputnya sebagai tetamu selepas bulan Ramadan bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan ekonomi dan negara.
“Ramadan 2024 dah lepas. Bila mahu podcast seperti dijanji?” soal Sian See di media sosialnya.
Pada Mac lalu, Rafizi membidas Sian See yang mempersoalkan mengapa beliu ‘bertangguh’ dalam menetapkan pertemuan podcast antara mereka.
“Lim Sian See ni ada sedikit entitlement. (Dia ingat) dialah manusia paling penting dalam dunia ni, sebab dia orang penting kem Najib (Razak) dulu.
“Saya baru dua minggu spinal operation pun tak penting, asal kena layan dia sebab dialah orang paling penting dalam dunia ni,” sindir Rafizi dalam catatan di platform media sosial X.
Dalam catatan tersebut, beliau meminta Sian See menunggu sehingga Ramadan tamat kerana bulan berkenaan dipenuhi oleh umat Islam untuk beribadat.
“MC (cuti sakit) saya selepas spinal operation sehingga 1 Mac. Minggu ni banyak benda nak catch up. Minggu depan dah Ramadan – waktu malam orang solat tarawih, bukan berpodcast dengan Lim Sean See.
“Tunggulah lepas Ramadan dan lepas urusan-urusan lain yang lebih mendesak,” tambah Rafizi.
Sian See dipercayai nama samaran yang digunakan di media sosial oleh individu yang merupakan sebahagian daripada ahli komunikasi strategik Barisan nasional ketika Najib menjadi Perdana Menteri menjelang pilihan raya umum 2018.
Beliau sebelum ini berkali-kali mencabar Rafizi untuk menjemputnya sebagai tetamu dalam program yang dikendaikan oleh Menteri Ekonomi terbabit.
“Saya terbuka untuk bertemu dengan mereka (kem Najib) secara bersemuka di podcast selepas saya menerima maklum balas daripada Anwar dan Zahid. Saya menghormati pandangan mereka (PM dan TPM) demi menjaga integriti kerajaan Madani.
“Jika mereka (Anwar dan Zahid) tidak ada sebarang bantahan, saya berbesar hati untuk mendedahkan wajah sebenar watak yang menjalankan kempen propaganda mempertahankan 1MDB selama ini, yang berselindung di sebalik nama Lim Sian See,” katanya.-
WOIT
TU PASAL JANGAN
GATAL MULUT
BANYAK CAKAP
KAH KAH KAH
SEKARANG BADAN
TAK SANGGUP PIKUL
KAH KAH KAH
STRES SAKIT
JANTUNG
AMIN
NAK ELAK
GUNA FORMULA
ZAHID ANWAR
LARANG
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
BANJIR MELANDA - KEMARAU MEMUKUL
Banjir kilat landa Negeri Sembilan, Selangor
DUA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Selangor bagi menempatkan 374 mangsa banjir ekoran hujan lebat sejak semalam di negeri itu.
Banjir kilat dilaporkan melanda Rawang, Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Shah Alam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa berlindung di PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau Sempak dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).
Selain itu, satu pos kawalan hadapan (PKH) telah digerakkan di SK Merbau Sempak, katanya.
Manakala di Negeri Sembilan pula satu PPS dibuka di Dewan Masyarakat Permatang Pasir, Port Dickson awal pagi tadi susulan banjir kilat.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sembilan, PPS itu dibuka pada 4.08 pagi bagi menempatkan 46 orang daripada dua keluarga.
“Beberapa stesen sungai turut merekodkan bacaan pada paras berjaga-jaga dan bahaya setakat 7 pagi tadi iaitu di Sungai Linggi dan Sungai Triang di Jelebu,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebook rasminya pada 6.10 pagi tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 pagi.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan dan Sarawak. – 17 April, 2024.
WOIT
INI MALAPETAKA
IKLIM
JEMG JENG JENG
SUNGAI TRIANG
BELAKANG RUMAH
GUA PUN AIR
DAH NAIK
AMIN
INI JARANG
BERLAKU
AMIN
KALI AKHIR
TERJADI BANJIR
TAHUN 1970-71
KHALAS
IRAN BERSEDIA JIKA ISRAEL MENYERANG
Iran tutup kemudahan nuklear atas pertimbangan susulan serangan Israel
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas pertimbangan keselamatan susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel, kelmarin, kata Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi.
Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sama ada beliau bimbang mengenai kemungkinan serangan Israel ke atas kemudahan nuklear Iran sebagai tindakan balas terhadap serangan itu.
"Kami sentiasa bimbang mengenai kemungkinan ini. Apa yang saya boleh beritahu ialah pemeriksa kami di Iran telah dimaklumkan oleh kerajaan Iran bahawa semua kemudahan nuklear yang kami periksa setiap hari akan ditutup atas pertimbangan keselamatan," katanya.
Kemudahan itu akan dibuka semula pada hari Isnin, kata Rafael tetapi pemeriksa tidak akan kembali sehingga hari berikutnya.
at tergempar susulan serangan Iran.
"Saya memutuskan untuk tidak membenarkan pemeriksa pulang sehingga kita melihat keadaan benar-benar tenang," katanya.
Iran melancarkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke Israel pada waktu malam pada Sabtu hingga Ahad lalu sebagai membalas serangan udara ke atas bangunan konsular di Damsyik yang membunuh tujuh Pengawal Revolusinya, dua daripadanya adalah jeneral.
Israel dan sekutunya menembak jatuh sebahagian besar senjata, dan serangan itu hanya menyebabkan kerosakan kecil, tetapi kebimbangan mengenai kemungkinan tindakan balas Israel telah mencetuskan kebimbangan perang serantau habis-habisan.
Israel telah menjalankan operasi terhadap tapak nuklear di rantau itu sebelum ini.
Pada tahun 1981, Israel mengebom reaktor nuklear Osirak di Iraq pimpinan Saddam Hussein, walaupun mendapat tentangan daripada Amerika Syarikat (AS).
Pada 2018, Israel mengakui telah melancarkan serangan udara rahsia terhadap sebuah reaktor di Syria 11 tahun sebelumnya.
Israel juga dituduh oleh Iran kerana telah membunuh dua ahli fizik nuklear Iran pada 2010, dan menculik seorang lagi pada tahun sebelumnya.
Pada tahun 2010, serangan siber yang canggih menggunakan virus Stuxnet, yang dikaitkan oleh Iran kepada Israel dan AS, membawa kepada beberapa siri kerosakan dalam emparan Iran yang digunakan untuk pengayaan uranium.
Israel menuduh Iran mahu memperoleh bom atom iaitu sesuatu yang dinafikan Iran. - AFP
ISRAEL CARI
PELUANG NAK
BOM LOJI
NUKLEAR IRAN
AMIN
MUFTI KELANTAN DENGAN ANJING
MUFTI KELANTAN
DENGAN ANJING
KHALAS
"HIZBULLAH MENYERANG
DARI UTARA"
Sepatutnya semua Rakyat Islam Malaysia serang lu kerana bukan sahaja bela 2 ekor anjing tapi bermegah dengan anjing2 diruang tamu tanpa samak.
Ä°ni ada lah perbuatan liberal dan hina Islam.
Lu tadak kredibiliti nak iklan pasal Hamas, Hizbullah atau Iran lawan Zionis kerana mereka semua tak hina Islam dengan bela anjing.
Lu Agen Zionis ko? Memang patut kena bom bontot lu.
MEMBERI KEMALUAN KEPADA ANWAR
MEMBERI
KEMALUAN
PADA ANWAR
AMIN
Panglimo potaseh commented on
"ANWAR SAKIT APA ?"
Papagomo ni dah terok sgt ngata Anwar .. kok betol pon dia tak boleh memberi kemaluan pada Anwar.
Ingat dosa memberi kemaluan pada orang ni sgt besar dan tak terampun .. Allah pun tak boleh ampun kecuali Anwar memaafkan dia .. nanti bila mampoos akan kekal di bakar dalam neraka jahanam.
HUJAN SUBUH
HUJAN SUBUH
RABU 17 APRIL 2024
KITA MASIH DALAM
SUASANA RAYA
SEMUA DAH BALIK KERJA
KERETA BERJAM JAM
TERSANGKUT DALAM JEM
KINI TINGGAL INGATAN
PETANG KELMARIN UJAN LEBAT
BANJIR KILAT SANA SINI
DI SARAWAK KEMARAU
DI KELANTAN KEMARAU
INILAH WATAK CUACA
KETIKA IKLIM BERUBAH
HOKKIEN
PAGI INI BASAH
L0PAK LOPAK AIR DI SANA SINI
HUJAN PETANG + HUJAN SUBUH
UDARA SEGAR
GUA KEMBALI DENGAR
HOW WOW
GUA DENGAR KENG KENG
DI WILAYAH PAYA
GUA DENGAR SUARA KATAK
GUMBIRA BUMI BASAH
MATA HARI BELUM KELUAR
RINTIK RINTIK UJAN SUBUH
MASIH GUA RASAKAN
KETIKA MELINTAS HUTAN TERAP
KEDENGARAN KUAT
TITIK UJAN KE ATAS DAUN TERAP
YANG LEBAR
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS TERIK
JIKA UJAN PETANG
MALAM JADI ENAK
BRO
SENYUM
KITA SENYUM
SAMBUT RABU
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)