Khamis, 15 Februari 2024

LAPORAN DARI MEDAN TEMPUR


LAPORAN

MEDAN TEMPUR

HARI KE 129

AMIN

SAPA BOCORKAN MAKLUMAT NURUL IZZAH


SAPA ORANG DALAM

SAPA 

PENJAWAT AWAM

BOCORKAN MAKLUMAT

ELAUAN NURUL

JENG JENG JENG

AMIN

UMNO DAP TERUSKAN BERGADUH





Implikasi cadangan Kor Ming terlalu besar – Khaled



Terima kasih hormati pendirian UMNO – Asyraf Wajdi


Nak saya minta maaf? Teruskan bermimpi – Dr Akmal

MELAKA – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh bertegas untuk tidak membuat permohonan maaf terhadap Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Malah beliau menyindir Naib Pengerusi DAP itu yang berpura-pura menjadi mangsa keadaan mengenai cadangannya untuk mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Sendiri keluar kenyataan, lepas tu kena bantah, kemudian konon-konon jadi mangsa keadaan. Nak saya minta maaf? teruskan bermimpi, kerana itu tidak akan terjadi!

“Sekali lagi saya ulang, jika sesiapa sahaja sentuh perkara yang sensitif terhadap orang Melayu dan Bumiputera, kami tidak akan teragak-agak untuk menentang sekerasnya tidak kira siapa anda!,” tegasnya melalui kenyataan di Facebook rasminya malam ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui hari ini agar beliau membuat permohonan maaf terhadap Kor Ming berhubung cadangannya itu.

Menurut Yu Hui, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga perlu bertindak terhadap Dr Akmal kerana kenyataannya mengenai tawaran ‘pembelajaran sejarah’ kepada Kor Ming telah merosakkan hubungan kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahad lalu, Kor Ming berkata, beliau akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin UMNO bagi memperjelaskan cadangannya berkaitan pencalonan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak UNESCO.

UMNO  MAKIN

BERANI TIBAI

DAP

AMIN

BARU NAMPAK

PARTI UMNO

MEMPERTAHANKAN

MELAYU

AMIN

SELAMA INI

HANYUT JADI

KUDA DAP

KAH KAH KAH

TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

AMIN

BERAS MADANI ?



Pemborong tak tahu tentang beras Madani, kenapa bukan menteri umum

KUALA LUMPUR – Pengenalan kategori tunggal bagi beras putih dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini “sangat” menimbulkan keraguan.

Ini kerana, banyak perkara yang tidak diperincikan secara jelas sebelum pengumuman dibuat mengenainya, kata Presiden Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim), Ismail Awang.

Malah, beliau turut mempersoalkan, mengapa pihak persatuan pemborong beras tidak dilibatkan bersama dalam sesi libat urus yang didakwa buat dengan pemain industri beras termasuk pengampit pada 14 Februari lepas.

“Dia kata dia ada buat sesi libat urus dengan pemain industri beras termasuk pemborong dan pengampit pada 14 Februari…kita persatuan pemborong beras ni pun tak dilibatkan langsung.

“Tak taulah kalau dia libatkan dengan pemain-pemain industri beras lain, kita check (periksa) mereka kata pun tak tahu,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ismail ditanya mengenai pengumuman Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mengetuai Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) apabila mengumumkan mengenai penetapan harga siling baharu dan tetap bagi beras yang bermua 19 Februari ini dan berada di pasaran pada 1 Mac.

Dalam sidang medianya semalam, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, penetapan harga itu melibatkan beras 10 kilogram pada harga RM30, lima kilogram pada harga RM15.50 dan satu kilogram harga RM3.50.




WOIT

KAH KAH KAH

MENTERI TAK

UMUM KERANA

DAH ADA GEDEBE

BARU

KAH KAH KAH

KHALAS

TOMATO NAIK HARGA

 


Kurang bekalan, permintaan tinggi faktor harga tomato naik


BUKIT MERTAJAM: Kekurangan bekalan selain permintaan tinggi antara faktor mempengaruhi kenaikan harga tomato di pasaran, namun masih lagi terkawal, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang, S Jegan.

Beliau berkata, berdasarkan kutipan harga runcit tomato yang dilakukan oleh Pegawai Pemantau Harga pada Januari hingga semalam di 40 pasar basah dan 31 pasar raya terpilih di sekitar negeri itu, harga terendah yang dijual ialah RM6 dan tidak melebihi RM10 sekilogram bergantung kepada saiz sayuran itu.

Harga borong tomato yang dicatatkan semalam katanya, adalah kira-kira RM5.30 hingga RM6 sekilogram dengan pemborong mengatakan kenaikan kos belian telah berlaku pada 9 Februari lalu, mencecah RM6.70 sekilogram.

"Untuk makluman, tomato yang dijual di pasar basah di negeri ini kebanyakannya diperoleh dari Cameron Highlands, manakala yang dijual di pasar raya pula diimport dari negara jiran serta tanaman organik.

WOW

NAIK HARGA

LAGI 

AMIN

MINGGU LALU

GUA RAKAM 8.80

WOW

NAIK LAGI

KHALAS

HOUTHI YAMAN TERUS MENYERANG


HOUTHI YAMAN

TERUS MENYERANG

KHALAS

CERAMAH MEGA DEMI PALESTIN




SABTU MALAM

CERAMAH MEGA

DEMI PALESTIN


DI JEMPUT DATANG

AMIN

MAHAL RANTAI DARI BEROK

 

TAK TERIMA GAJI

MAHAL RANTAI

DARI BEROK

AMIN

Unknown commented on 

"ASKAR DAN PENCEN"

Kerja 3 hari seminggu gaji 35,000.00

Hebattt...!!

Papa dolu gaji punahsihat Selangor 1 hengget

Klaim elaun jota jota hengget...

Link bawah ni haah..

https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=834587&extra=&ordertype=1&mobile=2

Tata kelontit terbaik dari anak papa

Kah kah kah...

PAMERAN LUKISAN


JEMPUTAN

PAMERAN LUKISAN

SABTU INI




BERAS - APA SUDAH JADI ?


BERAS 

APA SUDAH JADI ?

KHALAS

AL-FATIHAH


AL- FATIHAH


Blogger ‘steadyaku47’ dies aged 77

KUALA LUMPUR: Blogger Hussein Abdul Hamid, also known as “steadyaku47”, died from stroke complications at Kuala Lumpur Hospital (HKL) here at 5.50am this morning. He was 77.

Hussein’s death was confirmed by Hamidah Yusoff, a next of kin


DARI FB : Jaafar Ismail

  · 

STEADY-AKU - 47 : SELAMAT JALAN KE TANAH ABADI . AL - FATIHAH.

Hussein Abdul Hamid  is a character, an agitator wearing a kind, yet wounded heart.

A blogger who boxed and punched about everything and anything political,  from his desk in Melbourne. 

Almarhum Hussein can be all over the place, spreading mouthfuls of wordy pellets, shotgunning in multiple directions. Some Kena, Most Tembak Kosong. A few Bullseyes, every so often.

I like to remember him as the archetype of a MCKK boy whose claim to fame was being a Floor Speaker during school debates. Thats Steady- aku. Never made the team, yet voluble and at times brilliantly so. 

Weirdly enough, he has been difficult to read of late, almost in consonance when his batchmate at boarding school rose to be Prime Minister of Malaysia. 

I like to put his gonzo-like  ramblings from January 2023 to just Age. Time can be, and usually is,  the Great Punisher.

Rest Well , mate. Good that you are back home. Cheers. Al Fatihah

MALAPETAKA IKLIM


PELANCARAN

 BUKU

MALAPETAKA

IKLIM

AMIN


Malapetaka Iklim: Memahami Fenomena Pemanasan Dunia menyentuh secara langsung persoalan besar yang sedang kita berhadapan sekarang, yakni perubahan iklim yang memberi ancaman secara total kepada seluruh kehidupan di muka bumi. Kita sering memperagakan perubahan iklim (climate change) sebagai sebuah isu. Sebenarnya, ia tidak lagi hanya sekadar isu. 

Perubahan iklim sudah menjadi suatu krisis dan ancaman kemanusiaan yang benar-benar sedang berlaku di depan mata kepala kita sekarang; bezanya mungkin kita sahaja yang keras kepala untuk mengakui akan hakikat tersebut. 

Ancaman ini, di banyak tempat, sudah menjadi malapetaka yang kunjung tiba saban tahun, meranapkan rumah dan bangunan, menghancurkan hasil tanaman, mencabut nyawa, membawa bala penyakit, mengontangkan tasik dan sungai, dan mempertembungkan manusia sesama manusia. Ia sudah menjadi malapetaka.

Malapetaka ini, barangkalinya boleh dielakkan jikalau manusia—terutamanya gerombolan politikus dan pemodal—semenjak 40 tahun yang lalu, berbuat sesuatu. Bermula daripada penipuan puak pemodal yang haloba untuk mengorek petroleum daripada kerak bumi, sehinggalah kepada keengganan negara-negara kaya seumpama Amerika Syarikat untuk bekerjasama bagi membendung “isu” ini; pada akhirnya kita pada hari ini menghitung kepala berita yang saban hari bercerita perihal malapetaka iklim berlaku di sana-sini.

 Tahun 2016, kita langsung tidak menyangka bahawa paras kandungan karbon dalam atmosfera boleh melebihi 400 parts per million. Semenjak itu, kandungan karbon terus meningkat. Para saintis meletakkan paras 350 parts per million sebagai paras selamat untuk manusia dan alam seluruhnya. Mengapa kita begitu keluh kesah mengenai kandungan karbon dalam atmosfera?

Kandungan karbon menentukan kadar peningkatan suhu purata bumi. Semakin tinggi kandungan karbon dalam atmosfera, maka makin meningkat paras suhu purata bumi. Ya, ini yang disebut sebagai pemanasan dunia (global warming). Malah, yang menjadikan hal ini begitu membimbangkan adalah, jikalau kadar peningkatan karbon kekal sebegini, jika tiada sebarang usaha untuk mengekangnya, maka dijangkakan dalam tempoh 50 tahun mendatang, paras kandungan karbon dalam atmosfera boleh meningkat sehingga 500 parts per million. Apakah makna kepada kandungan karbon setinggi ini terhadap bumi (dan manusia, khususnya)?

Suhu akan meningkat, melampaui 3°C (5.4°F). Bunyinya sedikit; cuma tiga darjah. Tetapi, kita harus merasa gementar membaca kesan peningkatan suhu tiga darjah terhadap keseluruhan cuaca dunia, paras air laut, bekalan makanan, pemindahan manusia (menjadi pelarian) dan kemusnahan hutan belantara akibat kemarau dan kebakaran.

Dalam laporan IPCC yang diterbitkan awal tahun 2023, kita sebenarnya sedang berkejar dengan masa. Kita sudah tidak punya banyak masa lagi. Kita cuma ada kurang daripada 10 tahun ke hadapan untuk mengekang daripada malapetaka yang disebutkan di atas, berlaku dan meranap di depan mata kepala kita. Kita perlu bertindak, sekarang. Bangkit atau tunggu binasa. Kita tidak punya pilihan lain lagi. Pada akhirnya, kita harus sedar, kita cuma meminjam bumi ini daripada generasi akan datang.

JEMPUTAN

FORUM

MALAPETAKA

IKLIM



ASKAR DAN PENCEN



Veteran kesal

 Majlis Angkatan

 Tentera

 gagal selaras pencen
KUALA LUMPUR – Majlis Angkatan Tentera perlu segera merangka struktur baharu bagi menyelaras pencen pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Presiden Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia, Mejar (B) Mior Rosli Mior Jaafar berkata, tanggungjawab itu gagal dilunaskan majlis berkenaan dan ia dinyatakan sendiri oleh Mahkamah Tinggi, minggu lalu.

“Kita menang tuntutan itu di mahkamah pada 5 Februari lalu tapi liputan tersebut tidak diketahui ramai. Ini bermakna perjuangan kita selama ini memang diiktiraf.

“Penyelarasan pencen kali terakhir diselaraskan pada 2013 berbanding mereka yang dalam perkhidmatan dinaikkan mencecah 50 peratus hingga ada jurang besar orang yang bersara lepas tahun 2013,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mior mendakwa, jurang itu telah menafikan hak pesara yang terbabit menikmati pencen atau kenaikan sama dengan pesara ATM lain.

Jelasnya, ia merupakan satu perlanggaran hak asasi di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Malah ia juga satu pelanggaran hak-hak asasi yang dijamin oleh Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan. Kita terkilan dengan ketidakpenyelarasan pencen terbabit, ini satu penindasan dan semua veteran ATM perlu perjuangkan bersama,” ujarnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Suzana Muhamad Said telah memutuskan keputusan itu selepas mendengar hujahan Peguam Persekutuan M. Kogilambigai yang mewakili keempat-empat defendan.

Manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili bagi pihak kesemua plaintif.

Mahkamah memutuskan pesara ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 mempunyai hak untuk pencen mereka diselaraskan mengikut kadar dan cara sama bagi pesara ATM yang bersara selepas 1 Januari 2013.

Seramai 50 pesara ATM antaranya berpangkat mejar, leftenan, staf sarjan dan prebet memfailkan saman itu pada 17 November 2022.

Mereka menamakan Kerajaan, perdana menteri, Menteri Kanan Pertahanan Malaysia dan Majlis Angkatan Tentera sebagai defendan.

Menerusi saman itu, plaintif memohon pengisytiharan bahawa defendan telah memungkiri peruntukan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Seksyen 187 Akta Angkatan Tentera Malaysia 1972. – 

DAP NAK HAPUS

PENCEN

AMIN

KENAPA DAP AMBIL

DASAR INI ?

AMIN

ADAKAH DAP

SEDAR MELAYU YANG

BERTUGAS RAMAI

BERTUGAS SEBAGAI

PENJAWAT AWAM ?

AMIN

SEKARNAG JELAS

ASKAR JUGA

PENJAWAT AWAM

AMIN

APAKAH DAP 

ANTI ASKAR ?

JENG JENG JENG

KHALAS

RAFAH AKAN DI BOM !!!


Serangan Israel di Rafah perlu ditamatkan – PBB


WASHINGTON – Penasihat khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencegahan pembunuhan beramai-ramai khuatir dengan kemungkinan serangan Israel ke atas Rafah di selatan Semenanjung Gaza, yang menjadi tempat perlindungan lebih 1 juta penduduk daripada perang Israel di kawasan tersebut.

“Perlindungan orang awam perlu diutamakan dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa mesti dihormati pada setiap masa.

“Cukup-cukuplah dengan keganasan yang berlaku dan cukup-cukuplah penderitaan mereka yang paling terdedah, di Rafah dan di seluruh Semenanjung Gaza.

“Risiko jenayah kekejaman sekiranya pencerobohan tentera di Rafah adalah serius, nyata dan tinggi,” kata Alice Wairimu Nderitu dalam satu kenyataan.

Nderitu mengulas rancangan “pencerobohan ketenteraan penuh” Israel di Rafah, yang hampir pasti akan membawa akibat buruk kepada orang awam.

Beliau menekankan, adalah penting untuk membebaskan semua tebusan tanpa syarat, memastikan bantuan kemanusiaan boleh sampai kepada mereka yang paling memerlukannya dan mempercepatkan semua dialog supaya keganasan selanjutnya dapat dicegah dan gencatan senjata yang mampan dilaksanakan.

“Sejak 7 Oktober, orang awam di rantau ini telah mengalami dan terus berdepan dengan penderitaan yang tidak diatasi. Ini mesti berakhir dan mesti ditamatkan sekarang,” tambahnya.
Tentera Israel merancang untuk melancarkan serangan darat di Rafah untuk mengalahkan “batalion Hamas” yang tinggal. Rancangan itu telah mencetuskan kebimbangan tentang malapetaka kemanusiaan. – Agensi

RAFAH AKAN

DI BOM

AMIN

PROJEK HALAU

SEMUA PALESTIN

DARI BUMI

PALESTIN SEDANG

BERJALAN

KHALAS

PANDANGAN SANUSI TENTANG PENCEN


PANDANGAN SANUSI

TENTANG PENCEN

KHLAS

KES ALAT SULIT EBIT LIRW


KES ALAT SULIT

EBIT LIEW

AMIN


Unknown commented on 
"USTAD ADA ALAT SULIT"

buat ebit liew, sila pindahkan kes anda ke mahkamah kelantan.nescaya, sinar islam akan mengadili anda dgn seadil adilnya..kalo rogol haiwan pun kena 2tahun je, kalo tunjuk lancau tarak potong kat haiwan pasti masih tiada lagi undang2 syariee..kalo anda dihududkan, maka lu terselamat..hudud,ruu355, semuanya auta teknokrat islamis pantai timur..

BAGI JURUL GAJI 1 RINGGIT....



BERI NURUL GAJI

1RM MACAM PAPA

KAH KAH KAH

TAPI KLIM

RIBU RIBU

KHALAS

Unknown commented on 

"BERI NURUL GAJI"

Bagi gaji mcm papa dolu... 1 hengget di Selangor... Klaim elaun jota jota

Tak Kan dah Lupo ..

Kah kah kah


Unknown commented on

 "PERKARA MUDAH 

SELALU DISUSAHKAN"

betul tul gaji rm35k..sekarang nurul izzah tengah sibuk nak saman..kalo berani, cakap la depan muka nurul izzah..


PENCEN


PENCEN

KHAMIS 15 FEBUARI 2024
RAYA CHINA MASIH BERJALAN
MERCUN MASIH DIDENGAR
SANA SINI

JALAN BIASA
KE LORONG SYED PUTRA KIRI
SENTIASA JEM
HINGGA TENGAH MALAM
TOK KONG THEAN HOU
JADI KIBLAT BARU
UNTUK WARGA KUALA LUMPUR

NASIB BAIK
NAK SAMPAI KE LE CHATEAU
WAJIB IKUT JALAN BELAKANG
MERENTAS KUBUR
AMIN

HA HA HA
ISU PENCEN
KAH KAH KAH

AWAL DULU DIUMUM
KSN AKAN UMUM
PENCEN DI HAPUS PADA
2 FEBUARI 2024
KAH KAH KAH

KINI DI TANGGUH HINGGA
2025
KAJIAN MASIH DI JALANKAN
KAH KAH KAH
PASAI APA ?
KERANA TENTANGAN
DARI SEMUA  PIHAK
KAH KAH KAH

AGENDA DAP GAGAL
DI JALANKAN
KINI KITA BARU SEDAR
PENJAWAT AWAM BUKAN
HANYA MINAH DAN DOLAH
YANG KERJA DI PEJABAT KERAJAAN

KINI RAKYAT  DAH TAHU
POLIS BOMBA MISI JURURAWAT
CIK GU  ASKAR DOKTOR
JKR
SEMUA DI TAKRIF SEBAGAI
PENJAWAT AWAM
PATUT LAH RAMAI

NEGARA LAIN
POLIS ASKAR MISI
CIKK GU  BOMBA
BUKAN PENJAWAT AWAM
DAP BERNIAT JAHAT
TAK JELASKAN SIAPA
PENJAWAT AWAM
AMIN

INDONESIA
BEKAS ORANG JAHAT
MENANTU SUHARTO
MENANG JADI PRESIDEN
JENG JENG JENG

SIAM
BEKAS PM SIAM THAKSIN
AKAN DIBEBASKAN
DARI PENJARA

ISRAEL
NETANYAHU AKAN MENERUSKAN
SERANGAN TERHADAP
RAFAH
WALAU PUN SATU DUNIA
MENENTANG
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR SEJUK BASAH
PETANG KELAMRIN
HUJAN SABENTAR 

PAGI INI LANGIT BIRU BERAWAN
KL & KL SENTRAL CERAH
MATA HARI BELUM KELUAR

PAGI INI 
HOKKIEN DIDOMINASI
OLEH WARGA ASLI
BUKIT KIRI
BUKIT KANAN
JALAN ARAH KE POKOK ARA
BEBERAPA EKOR MENYALAK
TIGA KUMPULAN ANJING LIAR
MEMBAWA SUARA KUAT
PADAM SUARA PIPIT
PADAM SUARA TERKUKUR
PADAM SUARA TIONG

KETIKA GUA MENGETIK
DALAM BELUKAR
LUAR BALKONI
MURAI BERKICAU TAK BERHENTI
ADUH !
MENJADIKAN PAGI INI INDAH

HARI INI  AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK
MATAHARI BELUM BERSINAR
TAPI GUA YAKIN
MATAHARI AKAN MEMANCAR
AMIN

BRO
SENYUM
SAMBUT KHAMIS DENGAN
SENYUMAN

BRO
KALAU NAK KERJA ITU
SELESAI MOLEK
LU BUAT SENDIRI

BRO
BIASAKAN TUTUP MULUT
DAN BUKA TELINGA

BRO
JANGAN SESEKALI BELI
ATAU AMBIL
BENDA BENDA. YANG LU
TIDAK GUNAKAN

BRO
PANDANG SEBELUM MELOMPAT
PANDANG SESUDAH MELOMPAT

BRO
JAGAN SESAL
APA YANG TELAH LU
LAKUKAN
SESALI APA YANG LU
TIDAK LAKUKAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA