Rabu, 30 Mei 2018

KESIAN CHARLIE BROWN












KESIAN

CHARLIE BROWN

DAPAT ANJING

SECOND HAND





TIPU JUAL AGAMA













JANGAN TIPU
agama sepatutnya membawa kebaikan kepada manusia, kalau Eddy Kita tengok dengan serban, jubah, tasbih main wayang depan media, Kita boleh nilai, mulut penuh tipu,raut muka day nampak, Tak Ada ikhlas, dia sendiri not at peace, saja ulang tayang RUU,saja isu sama, day mati bawa syurga, nak bagi Dara kongkek siang malam kah kah kah,Sapa sampai syurga dan.patah balik bagi Tau ada Dara di Sana ? 

JUAL AGAMA

zaman moden nie manusia dah sampai planet lain...Tak payah bodoh, Kita akui memang ada Allah, God, Tuhan walau apa nama sekalipon tapi jangan lagi tipu rakyat, jangan jual agama, agama rosak pasal ularmak yang nak jadi penghubung manusia Dan tuhan... take payah manusia ada akal, ada hati, ada minda...boleh urus..bukan zaman jahil lagi dah...ada www...kah kah kah..nak selamat candat sotong...make up sampai dibinikan...lakonan terbaik kah kah on 
SYURGA DAN BIDADARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/30/18





-------------------

CALON TETAP PRESIDEN GEROMBOLAN





KU LI CALON TETAP
kikiki padan muka kuli. kuli mmg lembab baca gerakan politik semasa. dari muda hingga ke tua masih dibayangi perasaan takut dan phobia pada tun madey. kalau dia bijak dah lama dia tinggalkan umno. tapi tu la.. 
org cakap, org kelantan cuma pandai main politik kampung jer.. org la kata. tapi tak sangka pulak aku yg rais yatim dan rafidah aziz lebih bijak daripada kuli. tahniah la. utk kuli, semoga anda kekal jadi raja org asli hingga hujung nyawa. amiin. on
 CALON TETAP DICALONKAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:00 PM




-------------------

BUKAN DENDAM TAPI KEADILAN




DATUK SERI
MASA NAJIB BERKUASA
DATUK SERI  SERANG KAMI 
DI LUMUT

KERTA KAMI DIPECAHKAN
BENDERA BERSIH DI KOYAK
KERETA KAMI DISERANG
DIPUKUL DENGAN BESI
DAN
KOPI KELEDAR

JANGAN INGAT KAMI LUPA

SEKARANG NAJIB TAK BERKUASA
KAMI AKAN AMBIL  BALASAN
INI BUKAN DENDAM
INI NAMANYA KEADILAN

BILA KAYU DAH CONDONG
BANGA PUN BERANI TERBERAK

KAMI AKAN CARI
KAMU  DFAN ANAK ANK BUAH KAMU
YANG NUMBER MOTORSIKAL MEREKA
SEMP[AT KAMI AMBIL DAN RAKAM

TUNGGU KAMI AKAN SAMPAI

Rayuan Jamal dari ladang sawit: Jangan zalimi saya, Tan Sri


Selepas gagal hadir di balai polis hari ini, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengirimkan klip video untuk memberi penjelasan.

Dalam klip video berdurasi 7 minit itu, Jamal yang dilihat berada di kawasan kelapa sawit menjelaskan bahawa dia bimbang akan ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja hadir memberi kenyataan.

“Saya bukannya menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi apabila yang berlaku terhadap saya ini (sehingga) dengan nama saya disenaraihitamkan dan (saya) diletak dalam langkah keselamatan khas oleh PDRM (saya jadi bimbang).




KETIKA BERSIH 5

DI LUMUT

 DATUK SERI JAMAL

TUNJUK SAMSENG

SEKARANG

ISHAM RAIS

AKAN AMBIL

TINDAKAN


NUMBER MOTOR

ORANG JAHAT INI

AKAN DICARI

TUNGGU JANGAN

TAK TUNGGU

SELAMAT BERBUKA






SELAMAT 

BERBUKA








----------------

DUA DUA LEGAM






DUA DUA LEGAM

KAKI AUTA

AIk!? takkan nak tangkap dan siasat Apandi Ali jer? apasal taknak tangkap Mohamed Hafarizam Harun dan Shafee Abdullah ni? dua ekor peguam ni pun patut disiasat sebab depa bodoh dan depa bantu si bodoh kekal berkuasa. Cer check rumah depa, ntah ntah berkepuk dedak 1mdb disimpan bawah katil. on 
BERITA BAIK KURUN INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/30/18





------------------

NASIB BAIK





NASIB BAIK
Nasib baikkkk! Dalam banyak-banyak gambar kepala tu, takde satu pun gambar kepala bapak aku! Korang ada?? on 
LAGI MUKA ORANG JAHAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/30/18




--------------

BERJAGA-JAGA







BAHAYA

DUNIA MAKIN KACAU
AMERIKA DENGAN TRUMP
EROPAH BERONTAK
PERANG BETERUSAN
DI AFGHANISTAN
DI PAKISTAN
DI SYRIA
PALESTIN GAZA SEDANG MELEDAK

IRAN DI KEPONG
KOREA UTARA DI KEPONG

RUSIA 
TERUS  DIGANNGU GUGAT

CHINA MULA 
MENGEMBANG KUASA
DI ASIA TENGGARA
DAN
MEREMBAT AFRIKA

EKONOMI DUNIA 
 MAKIN MEROSOT

WARGA ILANG PEKERJAAN
MAKIN BERTIMBUN
ANAK MUDA 
TANPA KERJA MELAMBAK

DALAM SUASANA INI
KAUM KAPITALIS 
AKAN MENYELAMATKAN DIRI 
DENGAN PERANG
INI BERLAKU PADA
PERANG DUNIA PERTAMA

INI BERLAKU PADA
PERANG DUNIA KE DUA

PERANG DUNIA KE TIGA
SENJATA NUKLEAR
AKAN DIGUNAKAN

HANCUS MANCUS 
DUNIA INI
KALAH JADI ABU
MENANG JADI ARANG


Italy at risk of new financial crisis in wake of coalition's collapse

Shares in New York and Asia fall sharply as investors and EU politicians take fright at strengthening mood against euro
Italy risks careening into a new financial crisis after the Bank of Italy said the country’s leaders could not “disregard” financial constraints and its commitments to Brussels.
Markets around the world were also shaken with the Dow Jones industrial average in New York falling almost 400 points, or 1.58% on Tuesday as investors shifted money into the safe haven of US bonds, putting pressure on bank shares.
Stock markets in Asia also dropped sharply at the opening of trade on Wednesday. The Nikkei in Tokyo was off 1.3% while the ASX200 in Sydney fell 0.6%. The Kospi index in Seoul was down 1.57%.







---------------------------

MERAKAM SEJARAH - BONDA KANDUNG






MERAKAM SEJARAH - BONDA KANDUNG

Wawi ialah  nama  sengkatan manja  untuk Wan Azizah Wan Ismail. Nama yang sering digunakan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saya akan menjadi tidak jujur dan tidak berlaku adil  jika saya tidak menulis tentang sosok yang dipanggil Wawi ini. 

Sosok ini memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan ombak yang berjaya menenggelamkan Najib dan Rosmah pada Rabu 9 Mei 2018.
Kali pertama saya mendengar Wawi berucap ialah di Hotel Federal pada tahun 1998. Anwar ketika itu dalam lokap. Ombak Reformasi baru bermula.

Biar saya berkata jujur. Pada petang itu yang saya dengar hanyalah….. Abang Anwa.. aban…abang Anwar…Saya geli geman mendengar bunyi perkataan Abang Anwar. Ucapan Wawi pada petang itu hancus mancus. Lalu saya takrifkan Wan Azizah pada petang itu  ke tahap ameba.

Saya cukup sedar sosok ini ialah  suri rumah tangga yang dipaksa oleh sejarah untuk naik  ke pentas. Sosok ini seorang emak yang dipaksa ke hadapan concorong pembesar  suara kerana suaminya dituduh meliwat. Sosok ini ialah seorang bomoh mata yang amat cemerlang yang kini tercampak ke pentas politik Malaysia dan antrabangsa.

Wawi diosong ke hulu ke hilir oleh Parti Pas dan Ngo GERAK bukan kerana bijak berucap, beretorika atau  bijak menghasut  tetapi kerana dirinya ibu kepada lima orang anak Anwar Ibrahim - bekas Timbalan Perdana Menteri.

Pada petang itu di Hotel Federal suasana telah diselamatkan oleh YB Mahfuz Omar. Dengan ucapan yang garang, tuntas dan jelas sambil mengajukan perlawanan.

Salepas Hotel Federal saya terus mengikuti perkembangan Wawi yang kini menjawat Presiden Parti Keadilan Nasional (PKN). Saya mengikuti ceramah Wawi disana sini. 

Saya masih ingat lagi  Himpunan 100,000 Rakyat di Jalan Kebun Klang pada  bulan Ogos 2009.  Sebelum demo berjalan telah diberitakan kaki Wawi telah cedera. Tapi Wawi masih sanggup datang  untuk bersama  ribuan demonstran. Wawi datang dengan menaiki kerusi roda. Demo petang itu telah diserang ganas oleh FRU tapi Wawi masih cekal dan selamat. Amin.

Kemudian pada  petang 10 April 2001  - 10 orang Reformis - ditangkap dibawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) Empat dibebaskan. Lima yang lain bersama saya telah dihantar ke Kamunting untuk ditahan selama dua tahun.

Dua tahun kemudian - 2003 - saya dibebaskan. Untuk dijadikan cerita saya - beberapa minggu satelah bebas saya  telah dijemput untuk berceramah di Markas Parti Pas. Markas ini  betul betul dihadapan Kem Kamunting. Ada yang lagi menarik. Saya akan berceramah bersama Dr Wan Azizah. Ini kali pertama kami sapentas.

Pada malam itu Wawi beceramah awal - sebelum saya - kerana sebagai Presiden PKN dia  ada program di Permatang Pauh.

Aduh! Saya terperanjat besar. Dua tahun saya di Kamunting  Si Wawi bukan lagi Si Wawi  Federal Hotel. Tidak ada lagi…Aaaaabang Anwar. Kali ini Wawi telah menjadi pemimpin parti politik. Ucapan tuntas, teratur , jelas dengan mengajukan garis perjuangan.

Malah saya terperanjat besar kerana dalam ceramah ini Wawi sempat ‘menduku’ saya kerana saya masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi. Hebat. Saya tergamam bila Wawi menduku saya. Dan sayang sekali saya tidak dapat membalas kerana sesudah  ucapan Si Wawi ini terus beredar.

Banyak air telah melintasi sungai. Banyak kapal telah masuk perlabuhan. Dari Parti Keadilan Nasional kini telah  bergabung dengan Parti Rakyat untuk menjadi  Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  
Dari PRU11- ke PRU12 hingga ke PRU13 - Wawi memainkan peranan sebagai ahli Parlimen  dan juga Ketua Pembangkang.  Pernah Wawi bersendirian di Parlimen kerana PKR hanya memenangi 1 kerusi.

Wawi menjadi tembok pendinding dan  menjadi kereta kebal T-14 bertahan dari serangan musuh. Wawi terus  memimpin PKR ketika Anwar ditangkap atas tuduhan  meliwat kali kedua.

Tup tup suasana politik Tanah Melayu berubah. Kes 1MDB meledak terbarai Mahathir Muhamad bekas Presiden United Malays National Organisation dan Perdana Menteri selama 22 tahun  kini mula menyerang Najib habis-habisan.

Pada 4 March 2016 Mahathir mengajukan Deklarasi Rakyat. Kempen tanda tangan dengan niat meminta Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengambil tindakan keatas Najib. 

Pada petang Jumaat itu Wawi adalah diantara 43 warga Malaysia yang dijemput untuk  memulakan kempen tanda tangan Deklarasi Rakyat (DK). Pada petang itu saya kecewa kerana Wawi gagal bersama.

Saya kecewa kerana pada petang itu jika Wawi bersama DK maka politik Malaysia akan bergelora. Bayangkan jika ayat ini yang dituturkan oleh Wawi kepada media pada petang itu :- 

‘ Walau pun Anwar dipenjara oleh Mahathir tetapi pada petang  ini  saya sanggup bersama sebaris dengan Mahathir untuk menanda tangani Deklarasi Rakyat. Saya mengenepikan pekara yang  lalu untuk tujuan yang lebih besar. Untuk menyelamatkan Malaysia.’ 

Jika ayat ini keluar pada petang itu maka Wawi akan menjadi  Bonda Kandung kepada anak semua bangsa - bangsa semua agama.  Wawi bukan hanya isteri kepada Anwar atau emak kepada Nurul. Wawi telah melintasi semua ini. Wawi menjadi Ratu Adil untuk menyelamatkan Malaysia.

Tapi sayang ayat ini tidak keluar pada petang Jumaat 4 March 2016. Maka saya mewajibkan diri bergerak pantas  untuk memberi pencerahan tentang stratiji  yang dinamakan United Front atau  Barisan Bersatu.

Banyak kapal telah melintasi Selat Melaka. Banyak kekasih yang bercinta telah berumah tangga. Kes 1MDB menyerap dan makin  difahami. Mak Cik dan Pak Cik Felda  makin sedar siapa itu Najib dan Rosmah. Disana sini kesah boros Rosmah menjadi buah mulut.

Parti Islam Pas telah terbarai. Parti Amanah Negara telah lahir. Tetiba Mahathir menubuhkan Parti Peribumi Bersatu. Lanskap politik Malaysia makin berubah. 

Wajib disedari  dalam banyak keadaan politik bergerak  bukan dalam satu arus yang lojika.  Satelah lahir BERSATU  maka  Parti DAP, AMANAH, PKR  menjalin kerjasama dengan BERSATU. Hasilnya Pakatan Harapan  ditubuhkan pada 22 September 2015. Ini satu yang lojik. Ini bukti teori Barisan Bersatu-United Front adalah taktik dan stratiji yang tepat. Mendobrak musuh yang satu - menjatuhkan Najib.

Penubuhan ini juga bukan satu yang mudah. Akhirnya Wawi dinobatkan sebagai Presiden Pakatan Harapan dan Pengerusinya ialah Mahathir Muhamad. Politik lojik kini mengambil alih politik songel.

Akhirnya Pakatan Harapan sampai ke tahap yang amat genting - untuk memilih siapa bakal Perdana Menteri. Disini politik lojik Pakatan Harapan telah diganggu gugat oleh pebagai genre kaum sewel dan   oleh pelbagai bentuk penasehat songsang. Bonda Kandung Wawi  kini  tersepit antara kemenangan dan kekalahan.

Ketika saya menulis ini saya hanya boleh berilusi memikirkan kembali  betapa berdarahnya perasaan Wawi ketika mendengar nasehat songsang yang bertaburan memasuki  ke telinga. Saya juga  tidak sedar betapa kukuhnya  iman Wawi menolak politik-politik pintas yang terus membisikan hadis-hadis songsang yang perawinya masih belum bersunat.

Pada Sabtu 6 Januari 2018 - dalam Konvenshen Pakatan Harapan Mahathir Muhamad telah diumumkan sebagai calon Perdana Menteri. Politik lojik  dan United Front sekali lagi  menjadi juragan.
Saya turut sama pada hari pengumuman itu. Mata saya mengekori Wawi. Memasng telinga untuk mendengar apa yang akan keluar dari mulut Bonda Kandung.

Aduh! Bonda Kandung sebak ketika berucap. Saya juga sebak kerana saya memahami apa yang sedang berlaku.  Selama 20 tahun Sang Ibu ini menjadi sasaran. Suaminya di penjara. Anak-anak nya sampa larau dipisah dari ayah. Kini sosok yang bertanggung jawab menjadi kawan setia perjuangan.

Inilah  ucapan yang saya nanti-nantikan. Ianya gagal mucul pada  petang Jummat 4 March 2016 tapi ianya  dilafazkan juga pada 26 Januari 2018.

Wawi telah melintasi semua halangan. Apakah kita tidak menyedari bahawa sosok ini telah melakukan pengorbanan yang maha besar. 

Titisan air mata itu adalah titisan air mata pengorbanan dari semua keluarga Anwar Ibrahim. Apabila Wawi menerima Mahathir Muhamad itu adalah pengorbanan.
Pengorban inilah yang membawa ombak dan tsunami yang menenggelamkan Najib dan Rosmah.

Pada Ahad 25 Febuari 2018 - Jelajah Pakatan Harapan bermula di Alor Gajah Melaka. Jelajah ialah kempen yang dihadiri oleh kesemua pucuk pimpinan Pakatan Harapan. Ini kempen besar menuju ke PRU14.

Saya sebagai wakil Bersih ikut bersama Jelajah dalam usaha menghasut  orang ramai disetiap negeri di Semenajung. 

Disetiap tempat  saya memerhatikan Wawi dan Mahathir. Saya perhatikan   bahasa badan mereka. Disetiap  jelajah  Dr Hasmah akan hadir sama walau tidak berucap. Wawi akan duduk disebelah Dr Hasmah. Mereka kelihatan mesra. Amin.

Disetiap Jelajah Wawi akan berucap sabelum Mahathir. Isi ucapan Wawi adalah sama - di Melaka mau pun di Utan Aji Perlis. Wawi akan memulakan dengan membawa pesan dari Anwar yang kini di Hospital Cheras. Tidak ada lagi Abang… tidak ada lagi Abam hanya Anwar.
Ucapan Wawi sebagai politikus makin menyerlah. Dua puluh tahun dikancah politik telah mendewasa seorang bomoh mata. Tema dan gaya Federal Hotel hanya menjadi ingatan.

Rabu 9 Mei 2018 - hari kemenangan Pakatan Harapan. Sekali lagi Pelawak politik muncul, pembawa hadis songsang  dan penasehat pembawa rebah kini mula mengepong Wawi. Kali ini hadis songsang telah menjadi wahyu. Tujuan wahyu ini ialah untuk mengangkat Wawi sendiri menjadi Perdana Menteri.

Aduh! Para pembawa wahyu terlupa bahawa selama ini telah ada perjanjian suci - persefaham politik yang berjaya membawa kemenangan bersama Pakatan Harapan.  Melupakan ini akan melahirkan ombak kebencian rakyat yang maha sangat. Dan saya amat yakin jika wahyu diterima maka jalan raya akan menjadi pilihan.

Dengan licik lagi tersusun  politik songel dari pembawa wahyu ini telah ditumpaskan. Wawi telah diselamatkan dari jerong jawatan dan jerong projek. Wawi tegak berdiri bersetia dengan janji Pakatan Harapan. 

Maka pada malam 10 Mei 2018 Mahathir  diresmikan   sebagai Perdana Menteri ke 7 dan Wan Azizah Wan Ismail  menjadi Timbalan Perdana Menteri. Wanita pertama menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimana dengan Wawi?

Wawi kini dinobatkan sebagai Bonda Kandung untuk anak semua bangsa - bangsa semua agama. Wan Azizah Wan Ismail adalah Ratu Adil pembawa obor pencerahan untuk Malaysia baru. (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45












------------------

PROJE ERCL - NAJIB TIPU MELAYU









BATAL ECRL

INI PROJEK NAJIB

TIPU MEAYU

JUAL NEGARA

PADA 

CHINA MERAH

Projek ECRL lebih kritikal patut dibatalkan, gesa Pemuda AMANAH

Kerajaan Malaysia perlu membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM55 billion selepas membatalkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada Isnin.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional (AMANAH) Faiz Fadzil berkata, ECRL jauh lebih kritikal daripada projek HSR kerana bukan sahaja kosnya yang terlalu tinggi, tetapi juga ia melibatkan pinjaman China.

MAKLUMAT

DUIT  TAK MASUK

SEMUA PARK

DI HONG KONG

NAJIB

 TIPU MELAYU]

CHINA MERAH

TIPU NAJIB


-------------------