KOMENTAR
apa makna berita ini?
makna berita ini ialah:
ada kumpulan anak anak muda
kumpulan jenerasi muda
di sabah dan di sarawak
mahu negara mereka
sabah dan sarawak
keluar dari malaysia
sentimen mahu merdeka ini
bukan satu yang baru
dari zaman berzaman
dari segi pensejarahan
sabah sarawak berunai memiliki
kerajaan kedaultan sendiri
kemudian saperti tanah melayu
tanah air mereka dijajah oleh british
projek malaysia ini ialah projek british
projek ini semakin dilihat menuju kegagalan
akhir-akhir ini semakian jelas diliahat'
riak dan rintik kegagalan ini
kesedaran anak anak muda ini
adalah bukti bahawa perasaan mahu merdeka
perasaan mahu berkerajaan sendiri
semakin merebak membawa
anak anak muda di sabah
anak anak muda di sarawak
merasakan diri mereka di jajah
oleh tanah semenanjung
mereka menolak politik
yang dibawa oleh parti ketuanan melayu
pada hemat anak anak muda ini
cara terbaik menentang
dasar ketuanan melayu ini
ialah menjadikan tanah air mereka merdeka
sayugia dingati
akta hasutan 48
yang akan ditambah pinda
untuk melarang sentimen merdeka ini
adalah bukti bahawa sentimen merdeka
sedang membakar sabah dan sarawak
sayugia dingati bahawa
pertubuhan bangsa bangsa bersatu
mengiktiraf hak menentukan nasib sendiri
saperti bangsa moro selatan pilipina
saperti warga patani selatan siam
sayugia di sedari bahawa
sabanyak mana tekanan sampai
maka sebanyak itu juga perlawanan datang
ini hukum alam
hukum alam ini
sama saperti matahari naik dari timur
sama saperti air ialah H2O
tidak akan berubah ubah
Harus sedar bahaya gerakan pemisah
KOTA MARUDU - Golongan muda tidak harus mudah dikelirukanoleh kumpulan tertentu yang mahu membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kerana kesan akibat percubaan seumpama itu akan membawa bencana.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dr Maximus Ongkili berkata, golongan muda di Sabah dan Sarawak perlu diberi kefahaman mengenai kesannya jika kedua-dua negeri itu berpisah dari Persekutuan Malaysia.
Beliau berkata, generasi muda juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai sejarah pembentukan negara supaya mereka tidak mudah diperdayakan oleh tindakan kumpulan yang cuba untuk menghancurkan negara.
"Akibatnya boleh menjadi serius bukan sahaja dari segi keupayaan untuk untuk kita kekal sebagai sebuah negara tetapi juga ancaman yang kita akan hadapi daripada luar yang mungkin membuat tuntutan ke atas kita.
NOTA
akhirnya dunia ini
adalah milik anak muda
---------------