Rabu, 15 Jun 2016

APA ITU BULAN





MENYINARI MALAM
lambang bulan dikaitkan dgn nabi yg selalunya diumpamakan bulan. atau bulan itu adalah wau bulan, maknanya parti ni sesuai utk kelantan sahaja..tp bukan ke pas ditubuhkan dipulau pinang?bulan cantik ketika bulan penuh dan bole menyinari malam..tp bulan hanya cantik dari jauh,pabila dekat rupanya berlubang2..

bulan maknanya periog aka datang bulan..tetiba sume jd haram termasuk la pakai seluar ketat..pas terlupa, bulan dihasilkan dari berjuta2 bintang dan kini bulan pas itu terdiri dari 2.6bilion bintang2 yg hilang dari alam langit dunia... on KENAPA BULAN?
Anonymous
at 7:04 PM

BAHLOL
Kenapa di layan budak tu kan bahalol Sudah lama senyap tetiba ber cakap Tengok muka pun tahu tak boleh pakai Kesian mangsa banjir kelantan dalam pondok lagi on KENAPA BULAN?
Anonymous
at 5:42 PM

OTAK TAK JAUH
Nike Ahmar kata logo Amanah ciplak imayam,pastu pulak warna oren buruk.pilih warna pun xreti mcmne nk jadi pemimpin... Chewwah...kita nk tanya plak bendera pas tu awat sama ngan bendera jepun.kaler je lain.lagi nanar/bengong sbb simple sgt logo pas bulat kat tengah mcm lobang idung nik amar jugak.kahkahkah. Inikah isu yg pas ada.

 Alahai otak pas xleh g jauh , setakat haid nifas jela dia tau,Ekonomi haram sepatah dia xtau xdak nilai Ekonomi pas ni elok dimuziumkan jg kenangan setara ngan sejarah purba zaman neolitik. Kahkahkah on KENAPA BULAN?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 5:09 PM


ADA BULAN
Bulan.. Dimana mana ada bulan... Dirumah sakit ada bulan... Itu ambulan. Bulan... Dimana mana ada bulan... Dirumah aku juga ada bulan.. Bayar bila bila hujung bulan... Bulan... Di mana mana ada bulan.. perempuan pun suka bulan... Bila tiba ...dia datang bulan. Bulan.. Dimanja mana ada bulan.. Disekolahkan kolej universiti pun ada bulan... Itulah yuran bulanan... Oooohhh bulan... Kenapa warna ko hijo... Sebab mak dia semua hijo.... Kakakkaka on KENAPA BULAN?
DIDI KOTA BELUD
at 4:30 PM






-------------

ADA DUA PARTI PAS






APA MAKNA

BERITA INI?


KOMENTAR
beria ini amat penting
satu segi terus menimbulkan
jenayah najib dalam 1MDB

satu lagi yang maha penting
tapi tidak jelas 
ada yang tidak ternampak

dari berita ini dapat dirumus tuntas
bahawa kini wujud DUA PARTI PAS

ini tidak ada kaitan
dengan PARTI AMANAH

yang dimaksudkan dua PARTI PAS:
satu pas haji hadi
satu pas tuan ibrahim
ini semakin jelas

hadi sedang bersubahat dengan najib
tuan ibrahim tidak pernah buat
kenyataasn sokong najib
atau sokong pembelotan haji hadi

hanya menunggu masa
tuan ibarahim menyatakan
hentikan pembelotan ini



Adakah rakyat akan disembelih bagi bayar IPIC, soal PAS

PAS mahu kerajaan menjelaskan bagaimana ia bercadang membayar AS$6.5 bilion sekiranya 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF) gagal dalam kes timbang tara antarabangsa yang dikemukakan terhadap mereka oleh firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
“Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?” soal Timbalan Presiden PAS,  Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.
(IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar)memfailkan kes mereka terhadap di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London selepas mendakwa tidak pernah menerima AS$3.5 bilion daripada firma pelaburan negara itu sebagai bayaran untuk jaminan bon terbitannya itu.
APA NASEHAT

HADI BERI

PADA NAJIB

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH



----------------

SELAMAT BERBUKA













SELAMAT 

BERBUKA


HARI INI
redup lagi redup daari kelmarin
sejuk dan berangin
tak terasa dahaga
tak terasa lapar
mungkin letih

cuaca ini dibawa oleh la nina
ini lawan el nino
nino jantan
nina betina
jantan panas baran
betina sejuk comel

gua belum lagi pergi rayau
pasar ramadan
hujung minggu  berkempen
berbuka dimana sempat
gua sokong amanah
ini jelas
mengikut hadi gua buat dosa
tak palah asalkan hati senang
didunia tak dapat bidadari puhn ok





BERBUKA KELMARIN
gua diajak kawan makan
restoran itali
lu ingat gua apa
gua melayulaaa
petai dan jering
sentiasa ada dalam beg gua

nah gua create pizza baru
pizza petai averc les jering
wonderful - sayang gua terlupa
sambal petai bilis minyak zaiton



minyak zaiton ada
cecah dengan roti

dimana restoran ini
lu cari sendirilaaaaa
satu pizza saje dah boleh
bayar gaji sehari mat bangla



COKOLAT LA GORDO
dapur jalanan ada membuat
cokolat la gordo
ini bukan industri
ini dibuat oleh aktivis dapur jalanan
tiap malam ada yang datang masak

la gordo ada dijual
di gerai patin tempoyak
semua ini dijual untuk
kumpul dana warga miskin kota

juga kueh tart nenas
buatan ibu tunggal
emak adam adli
datanglah beli sambil beramal


HUBUNGI KAMI
017-625-13-36
019-798-28-69
019-812-28-51

SELAMAT 

MAKAN




NAK RAYA

LAGI 25 ARI

BETUL KE?





--------

INI SUDAH BERAT






POTONG

KEPALA PAS

INI BAHAYA

APAKAH ADA

LAPORAN POLIS





Ayah calon AMANAH: Potong kepala PAS

Pemimpin veteran Umno Shukur Siraj gembira bahawa anaknya yang menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), Azhar akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar dan mahukan beliau berdepan dengan PAS.
“Saya suka dia bertanding, (dia boleh) potong kepala PAS,” kata Shukur secara berseloroh sambil berbual dengan ketua pembangkang  Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Lelaki berusi 81 tahun itu yang terlantar katil kelihatan lebih bertenaga berbanding lawatan  Mahathir Mohamad pada Sabtu lalu.
KAH KAH KAH

POTONG KEPALA

HUDUD KE?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH


----------

JAKIM DAPAT UPAH?



DAPAT UPAH
Jakim dapat upah dari McD??? Bagus laa tuu boleh tambah pendapatan negara. Daripada penjual logo halal, sekarang dah naik taraf jadi jurucakap dan promoter pulak. Makin tinggi darjat jakim, makin senang masuk sorga dan makin ramai bidadari.

Tentang punca hasil dari Israel tu senang aje. Keluarkan zakat, sponsor orgramai pegi haji dan kendian mintak ampoon, maka suci dan murni laa hasil dari jadi jurucakap produk Israel tuu. Apa ada hal? on AGAMA HANYA ALAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/15/16



---------

KENAPA BULAN?







MASANYA TIBA

UNTUK KITA 

DIBERITAHU

KENAPA BULAN

JADI SIMBOL

PARTI PAS




'Oren' AMANAH nanar, warna serupa tok sami - PAS

Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah menyeru pengundi di parlimen Kuala Kangsar menolak Parti Amanah Negara (AMANAH) pada pilihan raya kecil (PRK) 18 Jun ini.
Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata ini kerana parti dengan logo berwarna jingga itu sebuah parti 'nanar'.
APA MAKNA

BULAN?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH



------------

PATIN SOLD OUT LAGI



COKOLAT 

LA GORDO

COKOLAT  LA GORDO
kami juga ada menjual
cokolat la gordo
buatan sendiri bukan
dari kilang
kami juga ada menjual
biskut nenas yang dibuat
oleh balu abang halim hamid
ibu kepada adam adli

LAPORAN 

GERAI PATIN

hari kedua patin tempoyak sold out
terima kaseh pada yang datang
kepada yang gagal kelmarin
sila buat pesanan awal
sila talipon :

017-625-13-36
019-798-28-69
019-812-28-51


WAKTU
gerai dapur jalanan dibuka
sesudah jam 4 petang

terima kaseh 
sambil membeli
sama beramal

NOTA:
wilayah disekitar bangsar
kami bersedia menghantar
ke rumah - pesanan wajib
atas 4 potongan patin tempoyak












TAHNIAH
Tahniah !!!!!!!!!!!! Terima kasih bantu bantu orang jalanan yang papa kedana miskin.... on ASLI DARI TEMERLOH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 6/15/16



TIGA PEKARA
Bila Lu sebut Temerloh, ada tiga purkara gwa ingat:

1. Patin 
2. German 
3. Video  on ASLI DARI TEMERLOH
panglimo potaseh
on 6/15/16



-------------

DARI SUNGAI BESAR KE KUALA KANGSAR




DARI SUNGAI BESAR
KE KUALA KANGSAR

Pada pagi Ahad 12 Jun 2016 yang baru lalu - Mahathir Muhamad telah membocorkan satu maklumat  penting. Pembocorkan maklumat dilakukan secara terbuka dalam ucaptama pembukaan forum 1MDB di Kuala Kangsar. 

Forum ini adalah sebahagian dari kempen pilihanraya kecil untuk menyokong  Dr. Ahmad Tarmizi calon Parti Amanah.

Mahathir telah membocorkan maklumat secara terbuka dihadapan 300 orang hadirian dalam dewan sebuah restoran di Kuala Kangsar. Mahathir telah membocorkan maklumat bagaimana dia telah berjumpa dengan  Haji Hadi. Ini berlaku  sebelum  bulan puasa. Dalam pertemuan ini Mahathir telah memberi pencerahan kepada Hadi  tentang tentang segala jenayah dan salah laku Najib.

Mahathir telah menerangkan tentang kes pembunuhan Altantuya. Telah diterangkan kes tekanan Singapura keatas Najib dalam hal projek kereta api laju. Dijelaskan bagaimana Najib telah menjadi ‘lembik’ dan mengikut suruh arah Singapura tanpa memikirkan kedaulatan  dan kemerdekan Malaysia.

Paling penting Mahathir telah memberi penjelasan yang tuntas tentang peranan Najib  dalam kes rompakan duit 1MDB. 

Keluar masuk duit 1MDB  ini mungkin agak payah untuk Haji Hadi memahami kerana ilmu pengetahuan Hadi yang terhad dalam bidang  ekonomi. Maka Mahathir sebagai guru telah menerangkan sajelas mungkin. Setuntas mungkin.  Ini dilakukan agar Hadi akan membawa parti PAS bersama dalam satu saf  rakyat  Malaysia untuk menumbangkan Najib Rosmah.

Haji Hadi  menolak cadangan Mahathir. 

Penolakan ini kita dengari melalui kata-kata lek lok Hadi tentang parti Pas. Menurut Hadi parti ini  bukan mahu kuasa. Hadi  sendiri tidak berniat ke Putrajaya. Dia hanya mahu jadi penasehat. Malah Haji Hadi menerangkan kepada rakyat Malaysia bahawa sebagai Parti Islam - Pas  hanya mahu keredaan Allah dan menegakkan Islam.

Tentang heboh-heboh ajenda  Islam Pas inilah  yang menjadi satu tanda tanya. Islam jenis Pas  ini menjadikan  rakyat Malaysia seram dan sekali gus menjadi lawak. Ajaran agama Islam menentang kezaliman. Islam menentang rasuah. Islam menuntut umatnya bangun berjuang menengak keadilan. Islam mengajukan kebajikan untuk umat manusia.

Satu dunia tahu Najib terlibat dalam banyak jenayah. Haji Hadi juga tahu kerana Mahathir telah memberi pencerahan. Mustahil Haji Hadi dan para  pemimpin Pas tidak sedar pekara ini. 

Kes ‘rompakan’  paling afdal  ialah dimana  Najib telah berjaya merembat 2.6 bilion ringgit duit 1MDB. Duit ini  masuk ke akaun pribadinya. Satu kes yang juga afdal lagi soheh  ialah bagaimana 42 juta ringgit duit   SRC - anak syarikat 1MDB - masuk ke akaun Najib tidak lama sebelum Najib Rosmah membuat kenduri nikah anak mereka.

Islam melarang penganutnya berbohong. Islam juga melarang penganutnya menipu. Islam juga melarang umatnya jadi bodoh.  Justeru  muncul satu persoalan  dari 30 juta   rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia bertanya kepada Haji Hadi  yang mengaku dirinya sebgai Tuan Guru: bagaimana  otak Tuan Haji Hadi  dapat putar memutar fakta hinggakan semua jenayah Najib ini tidak kelihatan?

Orang Melayu dan rakyat Malaysia menjadi hairan lagi pelik. Kenapa Haji Hadi tidak nampak   semua jenayah ini. Ini pelik.  Ini menjadikan Islam jenis  Hadi ini amat amat  pelik lagi memelikkan.
Saya membuka surah Haji Hadi  ini kerana  saya ingin menyambung kembali konsep pensejajaran semula yang telah saya ajukan minggu lepas.

Kelakuan Parti Pas terutama perangai Haji Hadi  sesudah wafatnya Nik Aziz -  mewajibkan kita semua yang cerah politik untuk mengambil  dan membuat satu kesimpulan. Ini amat amat penting dalam usaha  rakyat Malaysia untuk menendang Najib Rosmah dari terus berkuasa. Sekali  gus menyelamatkan Malaysia dari terus dijarah oleh Najib Rosmah.

Justeru satu pensejajaran semula wajib dilakukan. Satu penyusunan semula politik tanah air wajib dilakukan. 

Awal wahid  sebelum pensejajaran ini dapat didirikan -  satu  kesimpulan yang tepat dan jitu wajib diambil terhadap Hadi.

Apakah fikrah Haji Hadi ini masih waras kerana kenyatan dan ucapan dari mulut Haji Hadi makin  berkelintau.  Apakah daya fikir Haji Hadi ini masih tersusun.  Timbulnya  soalan ini kerana putar belit politik yang dilakukan oleh Haji Hadi ini  bukan saja melanggar ajaran agama anak semua bangsa malah kenyataan ini dilihat sebagai politik sasau.

Contoh terbaru ialah apabila mulut Hadi  menetaskan kata kata: Kita tidak menentang Najib. Kita tidak mahu jatuhkan Najib. Sebaliknya kita menentang konsep pemerenthan yang dibawa oleh Najib.

Oooo la la.  Kenyatan sademikian ini  bukan sahaja tidak lojik malah dilihat soheh sebagai kenyatan sasau. Kita tidak perlu menjadi Socrates atau Stephen Hawkins untuk melihat kesasauan kenyatan ini. Malah jika kenyatan Hadi ini diajukan kepada Stephen Hawkians  pasti dia juga akan pening kepala untuk memikirkan.

Dengan jelas Hadi berkata dia  menentang konsep pemerenthan yang dibawa  dan dikepalai oleh Najib. Kerajaan Malaysia sekarang bukan dipimpin oleh Samy Velo atau Lokman Adam. 

Maka dengan fikrah lojik jika seseorang  menentang konsep pemerentahan itu maka yang wajib dilawan dan ditentang ialah kepala yang membawa konsep itu. Dalam kes sini bukan Samy Velo dan bukan Lokman Adam. Yang memimpin Malaysia  Najib.

Jadi, jika kita jatuhkan Najib maka kita berjaya memusnahkan konsep pemerentahan yang dibawa oleh Najib. Ini satu kesimpulan politik yang paling asas. Ini lojik politik paling asas.

Tetapi lojik  Hadi berbelit-belit. Kerana itu  kita mula mendengar suara Haji Desas  bin Lebai  Desus  yang membuka surah  tentang terputusnya  beberapa jalur urat saraf  Hadi.  Ini berlaku ketika Hadi  terjatuh akibat serangan jantung di Istambul.

Saya bukan pakar saraf. Tetapi dari pemerhatian , dari membaca kenyatan politik  Hadi , dari menonton klip Hadi di Youtube dan dari melihat tindakan politik Hadi maka apa yang disurahkan oleh  Haji Desas itu agak meyakinkan. Ada unsur-unsur putus saraf.

Malah jika kita ambil   apa yang telah disuarakan oleh Haji Hadi dalam ceramah di Kampong Banggol Peradong Kuala Terangganu pada 7 April 1981 - maka  kes Hadi putus uraf saraf ini masuk akal. 

Terbukti Haji Hadi pada tahun 1981 memiliki fikrah cerah. Haji Hadi dengan jelas  telah menetaskan apa yang kini dikenali sebagai Amanat Haji Hadi.  Pemikiran Hadi dalam Amanat ini jelas membawa garis penentangan terhadap kemungkaran dan kebatilan yang diajukan oleh semua agama termasuk Islam.

Justeru, dalam metapora politik terkini  saya ternampak ada persamaan antara Najib dengan Hadi. 

Najib   pada ketika ini sedang  dilihat sebagai pemimpin  yang sedang dikepong  oleh jenayah-jenayah yang telah dilakukan.  Najib kelihantan sasau  dan  telah hilang punca. Hasilnya   makin jelas  dilihat bagaimana Najib mengambil langkah politik bukan lagi untuk Malaysia tetapi  untuk menyelamat diri. 

Pentabiran Najib hari ini bukan lagi berpandukkan kebajikan rakyat. Najib hari ini mengambil langkah tindakan politik hanya bertujuan untuk menyelamatkan dirinya dari didakwa oleh mahkamah.

Malah semakin ramai ahli parti United Malays National Organisation telah hilang kepercayaan dengan Najib sebagai presiden parti mereka. Puluhan cawangan telah meluluskan resolusi menuntut Najib meletak jawatan sebagai presiden parti. Resolusi ini dilulus dalam mesyuarat agong parti yang baru selesai berjalan. 

Ahli-ahli parti Ketuanan Melayu yang menentang Najib dalam parti telah menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai  Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Ini satu fenomena politik yang mewajibkan kita mewujudkan pensejajaran baru.

Sama saperti Najib - ada penentang yang amat jelas terhadap kepimpinan Hadi. Parti Amanah adalah manifestasi  penentangan ahli-ahli Pas  terhadap Hadi. Ahli-ahli Pas ini  tidak dapat lagi menerima garis perjuangan yang diajukan oleh  Hadi. 

Hadi dan Najib kini  berkubang  dalam satu kancah. Justeru dua orang ini sedang bekerjasama untuk menyelamatkan diri masing-masing.   Hadi memerlukan Najib untuk Hudud. Najib memerlukan Hadi agar dia dapat terus  berkuasa.

Jika Najib tergelincir dari kuasa  tim FBI akan masuk untuk menangkap bukan sahaja Najib malah ramai macai-macai Najib yang sekarang ini berjaya melarikan diri dari pendakwaan walau pun PDRM, SPRM dan bank Negara mencari mereka.

Dari latar ini mari kita tambah pula dengan  babak dua pilihanraya kecil  yang sedang berjalan. .  Keputusan di Sungai Besar dan Kuala Kanghar akan menjadi bagitu penting. Pertempuran di dua wilayah ini adalah manifestasi pertempuran politiuk nasional dan juga pertempuran politik kepartian. 

Apa yang akan berlaku di Sungai  Besar dan di Kuala Kangsar akan memberi jawapan kepada pensejajaran semula politik Malaysia.

Berkurang  sahaja undi  Pas maka ianya memberi erti bahawa Amanat Hadi Part Two telah ditolak rakyat. Menurun  sahaja undi  United Malays Natinal Organisation akan memperkuatkan lagi gerakan dalam parti untuk menjatuhkan Najib.

Jika Amanah mendapat undi lebih dari Pas maka PKR wajib mengambil keputusan muktamad untuk memutuskan hubungan dengan  Pas. 

Jika undi Pas jatuh merosot  ini membuktikan secara jelas kepimpinan Hadi telah ditolak bukan sahaja oleh bukan Melayu malah orang Melayu juga telah bosan dengan Hadi.  Selagi Hadi masih memimpin Pas dengan dasar politik  putus urat saraf   maka bekerjasama dengan Pas wajib dibaca  sebagai politik sasau.

Pasti ramai akan tertanya-tanya - apa bentuk pensejajaran politik baru  ini? Parti mana yang akan bersama dalam Pakatan Harapan?

Jawpannya cukup senang. Dalam pesejajaran  politik baru ini agenda utama ialah untuk menyingkirkan Najib. Maka akan muncul persolan kedua, persoalan ketiga dan dan dan hingga  ke  seratus.  Yang wajib dituntaskan ialah ajenda pertama. Yang lain mengikut kemudian.

Wajib disedari bahawa menyingkirkan Najib  ini  bukan bermakna merancang untuk ke Putrajaya atau menubuh kerajan baru , atau siapa  menjadi calon PRU14, atau parti mana dapat kerusi apa?  Menyingkir Najib bukan semua ini. Menyingkir Najib
ialah menamatkan Najib dan Rosmah dari memiliki kuasa. Khalas. Period. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-------------

BETUL KE INI?







PENYOKONG

HUDUD DAKWA

INI HUKUM 

DARI ALLAH

KALAU BETUL

KENAPA HUDUD

DI SUDAN TAK

SAMA DENGAN

HUKUM HUDUD

DI PAKISTAN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH



-----------

TUNGGU 23 JUN INI





INI POLITIK

EROPAH BARU

FAKTA
eropah dalam krisis
krisis ekonomi yang panjang
krisis identiti eropah baru
krisis warga pelarian perang

EU adalah projek
new world order
projek untuk memunculkan satu eropah
satu eropah 
senang dikendali
senang dikawal
senang dijajah oleh pemodal amerika

UK mahu keluar dari EU
ketika ini kaum pemodal antarabangsa
sedang bermati matian berekempen
untuk menolak UK keluar EU

jika UK keluar EU
implakasinya cukup besar
cukup menakjubkan
akan mengegarkan empire anglo-amerika

hari ini dari pungutan suara
jelas keluar dari EU
telah mengatasi kempen pro EU

justeru TT meramalkan
media kaum pemodal
akan digunakan untuk terus berkempen
menakut-nakutkan waarga UK
agar UK akan  terus dalam EU

kaum pemodal kapitalis dunia
yang selama ini dibelakang tabir
tidak akan membenarkan
rakyat United Kingdom membuat
satu keputusan  demokratik
yang menguntung rakyat UK

UK keluar EU akan mengagalkan
projek  empire zionis- anglo-amerika

sama saperti projek ASEAN
yang sadikit demi sadikit 
dikumpulkan disatukan
untuk dikawal dan dijarah




June 23, 2016: The Brexit Vote Could Change EVERYTHING And Plunge Europe Into Financial Chaos


On June 23rd, a vote will be held in the United Kingdom to determine if Britain will stay in the European Union or not.  This is most commonly known as the “Brexit” vote, and that term was created by combining the words “Britain” and “exit”. 

If the UK votes to stay in the European Union, things over in Europe will continue on pretty much as they have been. 

But if the UK votes to leave, it will likely throw the entire continent into a state of economic and financial chaos.  And considering how bad the European economy is already, this could be the trigger that plunges Europe into a full-blown depression.



------------

AGAMA HANYA ALAT






BUKTI SAH

AGAMA JADI

ALAT KAUM

KAPITALIS

KOMENTAR
pada awal sejaarah kaum feudal
telah menggunakan agama
untuk merampas tanah
untuk merampas gandum
untuk merampas binatang ternakan
dari kaum tani

agama digunakan juga 
sebagai alasan untuk menjarah
untuk merompak harta kekayaan
negara negara lain

agama juga digunakan untuk
menghalalkan penjajahan
dan perampokan dinegara
amerika latin afrika dan asia

hari ini sekali lagi
agama telah dan sedang digunakan
bukan oleh kaum feudal
tapi oleh kaum pemodal antarabangsa
untuk mensucikan yang kotor
untuk membersihkan yang toksid
untuk menghalalkan yang haram

BOIKOT MEKD


Pengesahan Halal Jakim diragui - Denaihati

denaihati.com/pengesahan-halal-jakim

Translate this page
Feb 1, 2014 - Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keywords "Halal Jakim" antara ... singgah di blog Denaihati untuk mengetahui status halal McDonald, ...

Henti sebar berita palsu mengenai produk McDonald’s
KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat supaya menghentikan penyebaran berita palsu mengenai status halal produk makanan restoran makanan segera McDonald’s yang dikesan kembali aktif di laman sosial.
Seorang jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik perhatian bahawa jabatan itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berhubung status halal restoran berkenaan.
“Kita harap perkara ini tidak lagi dimainkan oleh orang ramai,” katanya.

KAH KAH KAH

woit

jakim ni alat

amerika ke?

kah kah kah

dapat online

dengan tuhan

dapat upah ke?

kah kah kah

JADI ALAT

Senarai restoran yg disahkan Halal & ditarik balik sijil Halal oleh JAKIM

mozadrift89.blogspot.com/.../senarai-restorang-yg-disahkan-halal.h...

Translate this page
*Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) McDonald 2) A&W 3) Secret Recipe *Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM ..

------------