BERATIP
SIANG MALAM
RUPA RUPANYA
KES AMPON
TAK IKUT
PERLEMBAGAAN
MAKIN BERAT
MAKIN SUSAH
Rais Yatim tempelak Anwar mengenai tarikh serah kuasa, bangkit kesahihan pengampunan
Ahli Majlis Tertinggi Parti BERSATU, Rais Yatim menemplak tindakan Ahli Parlimen Port Dickson Anwar yang dilihat begitu gelogoh mahu jadi Perdana Menteri.
Sedangkan kata beliau, kesahihan Anwar diampun oleh Yang Dipertuan Agong ke 15 meninggalkan banyak persoalan.
Lantaran kesamaran keanggotaan Lembaga Pengampunan di bawah Perkara 42 (11) dan bentuk nasihat Peguam Negara yang tidak diketahui keluhurannya.
“Ada beberapa orang sarjana perlembagaan membangkitkan semasa DSAI diampunkan oleh YDP Agong ke-15. Peguam Negara ketika itu telah berhenti atau diberhentikan justeru Peguamcara Negara yg mewakili beliau bertindak bagi pihak Peguam Negara disangsikan sebagai ultra-virus atau bertentangan perlembagaan lantaran keahlian Lembaga Pengampunan kurang sempurna”.
“Hujah ini walaupun akan ditolak oleh beberapa pihak akan tetap meninggalkan persoalan lantaran kesamaran keanggotaan Lembaga Pengampunan di bawah Per.42(11) dan bentuk nasihat Peguam Negara yang tidak diketahui keluhurannya. Dalam semua sesi pengampunan Raja mesti mempengerusikan”, tulis difacebook.
Tambah TRais, persoalan kini siapa yang telah mengemukakan memorandum atau rayuan – peguam negara atau pihak lain?
Justeru persoalan ini amat elok direzabkan untuk huraian penghakiman.
“Di samping mengenal peranan Tuanku Agong dalam menentukan dan melantik seseorang Perdana Menteri yang disalut dengan ‘budibicara’. Baginda juga berhak menidakkan pembubaran Parlimen di bawah 40(2) sekalipun Baginda kena ikut nasihat di bawah Perkara 40”.
“Dengan lain pengertian, tak semudah “sorong papan tarik papan” dalam hal menggantikan seseorang Perdana Menteri terutama yg markah pimpinannya berada ditahap yg masih ‘dihormati’ seperti yang dialami Dr Mahathir kini”, katanya.
Tambah beliau, Tuanku Yang Dipertuan Agong di bawah Perkara 40 (2) punya kuasa ‘budibicara’ tentang siapa yg harus dilantiknya sebagai Perdana Menteri.
Justeru kita kena hormat kuasa ini yang jarang dibincangkan oleh umum.
Mahkamah pun ujarnya belum pernah lagi menimbang secara mendalam kuasa nyata ini.
“Apa yang boleh berlaku ialah Tuanku Agong dalam keadaan kini, boleh menolak sebarang usaha memaksa Baginda berbuat sesuatu seperti menerima sahaja seseorang calon PM, di bawah 40(2) kerana “budibicara” atau “discretion” yang ada pada Baginda itu agak luas implikasi kuasa asasnya”.
“Lainlah halnya dalam situasi pasca- pilihanraya umum di mana senario kemenangan sesebuah parti itu menonjolkan suasana menyebelahi seseorang tokoh pemimpin”.
“Anwar bukan terdiri dari produk ini. Beliau adalah produk pengampunan YDP Agong di bawah Art.42(11),”katanya.
Yang nyata tegas Rais, apa yang lebih penting kini bagi semua pihak tidak lagi menempelak bila Mahathir akan serahkan kuasa kepada Anwar.
Sebaliknya kemukakan dan jawab naratif lama iaitu bagaimana hendak menunaikan janji PR14.
Bagaimana politik perut rakyat dapat dijadikan isu utama dan bagaimana PTPTN menepati janji PR atau sebahagian komitmen Mei 2018?
“Bagaimana tol boleh diolah ke paras munasabah ke arah penghapusannya, rakyat bayar Cukai Jalan berbilion ringgit tapi tol masih dibayar berkadar tinggi, bagaimana keluhuran undang-undang benar-benar dapat dijadikan carahidup setalian Rukunegara yg banyak terbiar”.
“Beri Tun M ruangnya dan haknya. Jangan hari-hari tanya bila nak berhenti, bila nak serah jawatan PM. Sejujurnya telitilah Akta 43 Perlembagaan Persekutuan atas asas-asas perundangan negara berkaitan jawatan Perdana Menteri”.
RAIS YATIM
PAKAR UNDANG2
PASTI DIATAHU
APA YANG DIA
CAKAP TENTANG
HUKUM HAKAM
KAH KAH KAH
--------