CISSSSS
ORANG SARAWAK
BEDEBAH KAMU
BERANI KAMU
HINA
PEMIMPIN KAMI
Di Sarawak, Rafizi digelar pembohong
RAFIZI Ramli dilabel sebagai pembohong apabila berkata PKR akan menjadi perunding yang lebih baik mengenai status dan hak Sarawak apabila parti itu “berada dalam kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri”.
Ketika berucap di hadapan perwakilan parti di Kuching semalam, Rafizi yang akan bertanding bagi jawatan timbalan presiden berkata jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya negeri (PRN) pada 2021, rundingan mengenai pemulangan hak negeri akan berlaku secara terus kerana Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri kelapan.
“Kita boleh sama-sama mengembalikan semula hak Sarawak kepada rakyatnya,” Rafizi memberitahu perwakilan.
Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fadillah Yusof menyelar kenyataan Rafizi itu dan menyifatkannya sebagai “pembohongan semata-mata”.
“Pembohongan semata-mata. Apa jadi dengan janji-janji PH kepada Sarawak dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14? Janji untuk beri lebih autonomi dan 20% royalti minyak?”
Bekas menteri kerja raya itu berkata PKR lah yang menawarkan janji pilihan raya itu dan ia memutarbelit kenyataan dalam membuat penjelasan mengenai kegagalan PH memenuhi janji-janji tersebut.
Kenyataan Fadillah itu juga disokong oleh Setiausaha Agung Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Milton Foo.
Beliau berkata sudah lebih 100 hari sejak PH mengambil alih kerajaan Persekutuan dan rakyat Sarawak masih belum melihat sebarang tindakan kerajaan baharu mengembalikan hak negeri.
“Rafizi datang Sarawak, tabur janji sama seperti dalam manifesto PH. Bolehkah pemimpin seperti ini, terutamanya ahli politik dari Semenanjung, dipercayai?”. – 3 September, 2018.
PUNDIEK WARKEK
ORANG SARAWAK
TAK SEDAR DIRI
TAK KENAL
SIAPA DIA
PEMIMPIN KAMI
KAH KAH KAH
-----------------