Ahad, 1 Januari 2012
SALUT PADA ANAK MUDA
JEMPUTAN CERAMAH MALAM INI
MALAM INI DI KLANG
isu: mahasiswa dan keganasan polis
panel : mahasiswa yang ditahan malam tadi
palel : prof aziz bari
tempat: markas parti pas palm grove klang
bila: jam 9.00 malam
-----------------------------------------
COOL TAHUN BARU
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
ANAK MUDA MEMULAKAN TAHUN BARU!
SALUT ANAK MUDA BANGUN MELAWAN!
KEGANASAN POLIS
1hb Januari 2012
Memasuki tahun 2012 kita dikejutkan dengan berita bahawa seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa. Kita difahamkan mahasiswa terbabit sekadar menyatakan bantahan mereka terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut agar kerajaan memansuhkannya dengan kadar segera.
Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya. Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat. Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong.
Kita menuntut agar siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera. Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Manakala itu, kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negerimemohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat
KEADILAN MENGECAM KEGANASAN POLIS TERHADAP MAHASISWA
KEADILAN mengecam tindakan polis termasuk FRU untuk meleraikan perhimpunan aman mahasiswa di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris secara ganas pada awal pagi ini.
Difahamkan kira-kira 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan UPSI semalam sebagai bantahan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti serta mendesak UPSI menarik balik tindakan terhadap Adam Adli. Adam merupakan mahasiswa UPSI yang mendapat perhatian meluas apabila menggantikan bendera yang tertera gambar PM dengan panji kebebasan akademik.
Pihak polis, termasuk dua trak FRU dan pegawai Cawangan Khas hadir beramai-ramai dan pada 2.30 pagi, bertindak ganas apabila mahasiswa enggan bersurai.
Salah satu mahasiswa tersebut, Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan orang pegawai polis dan SB sebelum beliau dilarikan oleh rakan-rakannya ke Hospital Slim River. Beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri.
Sehingga kini difahamkan kira-kira 17 mahasiswa termasuk Adam Adli telah ditangkap oleh pihak polis..
Pihak mahasiswa turut mendakwa beberapa wartawan yang menunjukkan pas media mereka turut dipukul pihak polis.
Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik.
KEADILAN berharap Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn dan Ketua Polis Negara dapat segera tampil memberikan penjelasan. Keganasan ini membuktikan ucapan Hari Malaysia Perdana Menteri dan Agenda Transformasinya tidak membawa sebarang makna.
NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
SEMUA PEMBACA TUKAR TIUB WAJIB TONTON
NOTA:
inilah klip ucapan selamat tahun baru
yang terbaik untuk warga anak semua bangsa
lihat dan lihat
hayati dan fahami
masa untuk mendengar telah selesai
masa untuk berbicang telah lama habis
masa untuk bertelagah telah tamat
masa untuk bertindak telah sampai
kalau tidak hari ini bila?
901
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG,
Bik Mama
SIAPA COOL DAN SIAPA POYO - SENARAI TUKAR TIUB
COOL SEPANJANG ZAMAN
COOL SUPERCOOL
APA ITU POYO
poyo ialah sikap
poyo ialah kelakuan
poyo ialah perangai
poyo ialah tabiat
lawan poyo ialah cool
cool ialah sikap
cool ialah feshen
cool ialah trend
cool ialah rock
cool ialah melawan arus
cool ialah meninggalkan yang lama
cool ialah merentas yang baru
cool tidak skema
skema ialah poyo
mat lebai
mat bunga
mat jiwang
mat pa chu cheng
mat chak wow
mat wanker
semua skema dan poyo
YB POYO YANG TIDAK HADIR MENGUNDI RANG UNDANG UNDANG KAMPONG BARU IALAH:
Kedah P14 - Merbok - Rashid Din (PKR) P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR) P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS) Kelantan P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS) P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS) P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR) P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR) P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR) Terengganu P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS) Penang P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR) P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP) P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP) P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP) P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP) P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP) P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP) P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP) Perak P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS) P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP) P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP) P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP) P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR) Pahang P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR) Selangor P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS) P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR) P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP) P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP) P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR) P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP) P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR) P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR) P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) Wilayah Persekutuan P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP) P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR) P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP) P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP) P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR) Negeri Sembilan P128 - Seremban - John Fernandez (DAP) P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP) P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR) Sabah P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP) Sarawak P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP) P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)
MELAWAN KERAJAAAN IALAH COOL
melawan apa saja adalah cool
berdemo ialah cool
mencakar tembok dengan graviti ialah cool
menjadi mat rempit ialah cool
ANAK MUDA PALING COOL
cool jika melawan
cool jika enggan minta maaf dari orang jahat
cool kalau berani tibai bini rosmah
MINAH MINAH SLIM CUN DAN COOL 2011
DEMO BERSIH PALING COOL 2011
LOGO PALING COOL
T-SHIRT KUNING KACA HITAM COOL
BAND DAN GIG
tahun ini tidak ada band yang cool
semua manai
semua tak kreatif
semua palat
tak ada album yang melawan
tapi belum jatuh poyo lagi
kah kah kah
TEMPAT MELEPAK PALING COOl
brickfield - old town
brickfield - rumah merah
brickfield - hussein
garuda - chow kit
WILAYAH PALING COOL
brickfield
chow kit
DITOLAK KELUAR
china town
bangsar utama
TEMPAT PALING HINA DAN POYO KALAU DILIHAT
melepak kedai maamak kimma
TEMPAT PALING HINA DAN POYO UNTUK DILIHAT MENEBENG
pavillion
PALING HINA DAN PALING POYO
melihat bunga api merdeka
melihat konsert free dataran merdeka
mengambil bahagian berbaris 31 ogos
memgambil bahagian hari belia
pakai baju batik lengan panjang
bercita cita nak jadi yb
PALING HINA DAN PALING POYO
pernah bergambar dengar madey
pernah bergambar dengan najib
pernah bergambar dengan rosmah
pernag bergambar dengan siti nur haliza
bergambar dengan mawi
bergambar dengan m nasir
RESTORAN DAN TEMPAT MAKAN PALING COOL
dim sum old town pj
cafe strawbeey pj
nasi itik jalan petaling
kedai makan may bank bangsar utama
EMAK DAN ABAH PALING COOL
BETINA DAN JANTAN PALING HINA DAN POYO
IMEJ ANAK MUDA PALING COOL
MINUMAN POYO
arak murah
air anggur dari balakong
arak buat sendiri
MINUMAN PALING COOL
tapai
tuak
langkau
PALING HINA DAN PALING POYO KALAU DI LIHAT :
di mekdogal
di kentuki fried fuck
di starbuck
PALING COOL CHIC DAN TRENDY KALAU DILIHAT:
di kedai toddy port dickson
di kedai yamseng
RESTORAN ACHEH PALING COOL
restoran itik acheh off batu road
OUT OF FESHEN
isap rokok
yoga
arak murah
tukar pone number
kampong chat line
veteran chat line
TEMPAT BELAJAR PALING POYO
uitm
sintok
um
ukm
upm
usm
uia
malah semua universiti di malaysia semuanya poyo
kecuali
universiti bangsar utama
yang memberi satu kuliah : bangun melawan
LEVIES 501 OUT
901 IS COOL
SENIMAN COOL
zunar
pyan habib
rahman harun
johnny kartunis
POLITIKUS COOL
mat sabu
dr zul
teresa kok
lim guan eng
dr rohana
atirah pas
khalid samad
TERKELUAR DARI SENARAI COOL
tian chua
nurul izzah
wan azizah
anwar ibrahim
lim kit siang
karpal singh
ramasamy
tony pua
aru psm
dr nasir
nik aziz
POLITIKUS HINA DAN POYO
nasarudin mat isa
hasan ali
zul nordin
MAMAT BOPENG
NOTA:
ini mamat bopeng yang poyo lagi bangang
mamat ini telah mengarahkan semua siswa baru uitm
di minggu suai kenal yang baru berlangsung
untuk klik 'like' pada facebook sipoyo ini
si poyo lagi bopeng ini bukan sahaja kureng kasih sayang
malaon ini kureeeng rambut juga
KEDAI BUNDLE TETAP COOL
JAKET HOOD PALING COOL
KAH KAH KAH ..POYO
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catatan (Atom)