Rabu, 3 Julai 2013

NAJIB HILANG KE MANA?




Nama Najib Razak cuba ‘dihilangkan’ dari mahkamah?




KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Nama Perdana Menteri, i Najib Razak seolah-olah cuba ‘dihilangkan’ dari disebut sepanjang rayuan perbicaraan silap oleh bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, keraguan utama adalah beberapa nama penting yang berkali-kali disebut mendiang Balasubramaniam.
Antaranya termasuk Menteri Pertahanan ketika yang mengeluar arahan jual beli kapal selam Scorpene oleh Altantuya, tidak langsung disebut dalam mahkamah.
Namun, tidak ada satu pun soalan menyebut nama Najib Razak, sedangkan namanya beberapa kali disebut di Mahkamah Antarabangsa Perancis.
“Di Perancis, perbicaraan dilakukan secara bebas, dan kita boleh faham rakyat Malaysia masih ada kebimbangan dan ketakutan untuk berbicara ke arah itu,” kata Sivarasa.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...  SEKARANG MAT MONGOL DI LONDON.... kah kah kah..

kah kah kah...BERANI GI KE PARIS ATAU TIDAK?.... kah kah kah..

kah kah kah...CUBA CUBA LAAAA..... kah kah kah..

kah kah kah... KAH KAH KAH.... kah kah kah..

kah kah kah...ADA WARANT KE MENUNGGU.... kah kah kah


NOTA
hilang tak ditemui dalam mahkamah
kerana bijak menyamar
kah kah kah

--------

SPRM BUAT KERJA KE?




STATISTIK KEBERKESANAN SPRM MASIH RENDAH

Saya merujuk kepada jawapan di Parlimen yang diberikan oleh Senator Dato’ Paul Low mengenai jumlah pertuduhan bersabit kes rasuah yang telah dibuat yang ada dilampirkan bersama.

Untuk menentukan keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maklumat ini perlu dibaca bersama dengan data-data operasi SPRM dan dibandingkan dengan maklumat yang sama dari negara yang diiktiraf berkesan menangani gejala rasuah.

Saya telah mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam dan mendapati bahawa keberkesanan SPRM berbanding dengan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) boleh dibandingkan menggunakan data-data berikut:

1)      Jumlah laporan dan maklumat per kapita


SPRM
ICAC
Jumlah maklumat yang diterima dalam tahun 2011 (mengikut laporan tahunan masing-masing)
6,475
4,010
Jumlah penduduk terkini
28,600,000
7,173,900
Peratus laporan diterima per kapita
0.02%
0.06%

Jumlah maklumat yang diterima oleh SPRM per kapita adalah jauh lebih rendah berbanding maklumat yang diterima oleh ICAC (satu pertiga dari maklumat yang diterima ICAC). Ini bermakna banyak kejadian rasuah masih belum dilaporkan kepada SPRM, sama ada berpunca dari persepsi rakyat yang tidak yakin dengan keupayaan SPRM ataupun rakyat yang masih menerima perlakuan rasuah sebagai amalan biasa. Keadaan ini adalah salah satu sebab kenapa indeks persepsi rasuah (CPI) tidak meningkat walaupun pelbagai jalan diambil kerana rakyat tahu dikalangan mereka masih banyak kes rasuah yang berlaku tetapi tidak diambil tindakan (besar kemungkinan kerana tidak dilaporkan pun kepada SPRM).


2)     Jumlah tindakan dan kertas siasatan berbanding maklumat yang diterima


SPRM
ICAC
Jumlah maklumat yang diterima dalam tahun 2011 (mengikut laporan tahunan masing-masing)
6,475
4,010
Jumlah tindakan yang diambil dalam bentuk kertas siasatan yang dibuka
1,304
3,072
Peratus tindakan diambil berbanding laporan diambil
20%
77%

Perbandingan statistik di antara SPRM dan ICAC mengukuhkan lagi persepsi yang meragui keberkesanan SPRM apabila jumlah tindakan yang diambil apabila maklumat diberikan (dalam bentuk kertas siasatan dibuka) hanyalah 1,304 berbanding 6,475 maklumat yang diterima. Ini bermakna daripada setiap 5 maklumat berkenaan rasuah yang diberikan, hanya 1 yang berakhir dengan kertas siasatan dibuka. Ini jauh lebih rendah berbanding dengan kadar 77% tindakan diambil ke atas setiap satu maklumat yang disampaikan kepada ICAC.


3)     Jumlah siasatan yang berakhir dengan pendakwaan


SPRM
ICAC
Jumlah kes yang dibawa untuk pendakwaan (2009 hingga 2013) mengikut jawapan menteri[1], berbanding kes ICAC bagi tahun 2011
1,310
152
Jumlah pendakwaan yang disabitkan kesalahan
888
131
Peratus kejayaan pendakwaan
68%
86%

Untuk menilai keberkesanan pendakwaan yang berakhir dengan sabitan kesalahan, saya membandingkan peratusan purata bagi tempoh 2009 hingga Mei 2013 bagi Malaysia (seperti jawapan Menteri) dengan kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Hong Kong yang dibawa oleh ICAC bagi tahun 2011. Sekali lagi, sabitan kesalahan kes yang dikendalikan ICAC adalah lebih tinggi hingga mencecah 86% berbanding dengan sabitan kesalahan kes-kes yang dibawa oleh SPRM.

Angka-angka ini membuktikan stigma yang masih wujud dan menebal di kalangan rakyat yang meragui keberkesanan dan kebebasan SPRM dalam menjalankan siasatan. Apatah lagi apabila hanya satu dari setiap lima laporan yang dibuat yang berakhir dengan siasatan sedangkan sebahagian besar dikategorikan sebagai “tiada tindakan lanjut”.

Ini adalah cabaran besar buat Senator Dato’ Paul Low yang diberi mandate untuk menaikkan imej dan kepercayaan rakyat terhadap SPRM. Saya akan memantau setiap tahun angka-angka ini dan akan terus membawanya ke Parlimen supaya ia dapat menghasilkan tindakan yang memperbaiki kelemahan-kelemahan SPRM sedia ada.
  
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
Ahli Parlimen Pandan

--------

ANAK MUDA DAN GRADUAN TANAM ANGGUR







MARI KITA BINCANGKAN 

 KENAPA ADA YANG MENGANGGUR
dua minggu dahulu saya bertemu
dengan seorang anak muda 
ini sesudah forum di dewan china

anak muda ini berkesah 
dia telah lulus dan berijazah
dia telah mendapat lesen untuk menjadi juru terbang
dia telah membelanjakan RM170,000  untuk mempelajari ilmu ini
tapi diakhir pengajian anak muda ini TIDAK ada pekerjaan

memeranjatkan lagi
mengikut anak muda ini
ada 2,000 lagi - graduan lesen kapal terbang tanpa kereja


dua minggu dahulu juga
saya bertemu dengan seorang anak muda 
yang baru berjaya m endapat diploma ekonomi
dia pergi melamar kerja untuk menjadi pelayan bas mewah
yang membawa pelancung dari kuala lumpur ke singapura dan pulau pinang
dia berjaya aakan mula berkerja jumaat ini
tahniah!

tapi anak muda ini juga berkesah
bahawa ketika ditemuduga ada seorang
graduan berijazah IT yang juga melamar kerja pelayan bas

saya juga difahamkan dalam negara kita
pada ketika ini ada lebih 60-80 ribu graduan menganggur
mungkin angka ini kurang 
mungkin angka ini lebih

saya juga membaca  apa yang sedang berlaku dieropah
minggu ini pemimpin 28 negara eropah
akan membincangkan nasib 
6 juta anak anak muda dan graduan di eropah yang menganggur

justeru tukar tiub
meminta para pembaca
mengeluarkan pandangan terhadap masalah ini
anggaplah ini wacana kita sesama kita




yang bukan sahaja pandai nke jalan raya

kita juga wajib memiliki fikrah yang berupaya memberi cadangan membina

NOTA:
para pembaca sila  tulis pandangan
tukar tiub akan memaparkan pandangan itu
hendaknya biarkan tulisan dan pandangan itu
membantu kita bersama mendirikan negara  bangsa
bukan sumpah seranah

       ANAK MUDA KERJA 
MEMOTONG BUAH ANGGUR

Berita gembira 28 September

RASAH 13 Sept. - Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Najib Razak.

Menteri Pengajian Tinggi,  Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September ini.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 3,000 orang lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 7,000 orang lulusan IPG yang kini menganggur kerana tidak mendapat tawaran untuk menjadi guru.


Mahasiswa menganggur dibantu

KOTA BHARU 20 Dis. - Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang dilaksanakan oleh beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) akan membantu lebih 8,000 orang mahasiswa yang menganggur di negeri ini mendapatkan pekerjaan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Datuk Makhtar Mustafa berkata, melalui skim tersebut mahasiswa yang berdaftar di negeri ini akan diberi latihan dan bimbingan oleh GLC terlibat.

CHANCELLOR GERMAN KATA 6 JUTA ANAK MUDA TANAM ANGGUR

Angela Merkel has said youth unemployment is the biggest crisis facingEurope and urged other governments to do more to copy the German system – concentrating on apprenticeships and not simply academic study – to prevent the emergence of a "lost generation".

In an interview before a summit to tackle joblessness among young Europeans, the German chancellor said her country's tried and tested dual system – a mix of classroom learning and on-the-shop-floor work experience – was the best way forward at a time when almost six million under-25s in Europe are out of work.


MEMBUKA WACANA ILMU

-----

POLITIK DUNIA - SYRIA - WAJIB BACA







APA  BERLAKU DI SYRIA?

Saya pernah sampai ke kota Damas – panggilan manja  warga Arab untuk kota Damsheik atau Damascus untuk warga Barat.  Ini lama dahulu ketika saya berkelana.  Saya datang dari Hong Kong membawa jemputan dari Asia Students Association (ASA) kepada Persatuan Pelajar Syria untuk hadir ke Kongress ASA di Chiengmai Thailand. Justeru saya menjadi tamu Persatuan Pelajar Kebangsaan Syria.

Sebelum sampai ke Damas saya telah melintasi Amman Jordan. Saya  membawa jemputan yang  sama.  Saya diberitahu bahawa Persatuan Pelajar Jordan dalam buangan beroperasi di Beirut. Bagitu juga dengan GUPS – General Union of Palestine Students. Justeru saya wajib juga dari Syria ke Lebanon. Ketika ini Perang Saudara di Lebanon baru bermula.

Saya tersangkut hampir dua minggu di Damas. Bumi Arab inilah yang menjadi permulaan  jejak dan tapak saya berkelana. Saya tersangkut kerana jalan utama dari Damas  ke Beirut telah ditutup kerana Perang Saudara. Lalu untuk membunuh masa saya meligari kota Damas.

Pada tahun 1974, saya saperti ramai anak-anak  muda di Malaysia tidak ada langsung ada  kefahaman tentang Sunni dan Shia. Ketika saya membesar saya  tidak mengetahu tentang wujudkan dua mazhab ini. Yang  saya fahami  - saya ini adalah penganut Islam tidak lebih dari itu. Sunni dan Shiah ini tidak pernah wujud dalam fikrah saya.

Saya  bertemu dengan mazhab Shiah di Iraq. Ini pada tahun 1975 – lama  sebelum Revolusi Iran  kerana saya telah menjadi tamu Persatuan Pelajar Iraq. Malah sebelum dunia membaca tentang Ayatollah Khomeini saya telah melawat Karbala dan Najaf. Ketika saya melawat Najaf Ayatolalh Khomeini  masih lagi ‘orang buangan’   Najaf sebelum  dia dihalau  keluar dari Najaf   ke Kuwait dan berakhir di Paris.

Dengan pecahnya  Revolusi   Iran  penganut Islam di Malaysia telah disedarkan tentang wujudnya satu lagi mazhab Islam yang dipanggil Shiah. Penganut Shiah di Iran telah bangun melawan Shah Reza Pahlevi. Raja  Iran ini telah dinaikkan ke tahta oleh CIA. Justeru, Revolusi Iran telah melonjakkan naik  kesedaran tentang Shia dikalangan anak-anak muda Islam diseluruh dunia. Mazhab  Shiah dilihat membawa garis melawan imperialis.

DAMASCUS ANTARA KOTA TERTUA


Hari ini,  pada tahun 2013 – kita sedang  melihat bagaimana Islam telah dijadikan musuh oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika. Sesudah tamatnya Perang Dingin  dan runtuhnya Tembok Berlin  (1989)   pernah diharapkan politik dunia akan membawa pencerahan dan keamaman untuk umat manusia.  Harapan ini meleset. Kaum pemodal, kuasa militer, peniaga senjata antarabangsa bersama dengan politikus  kanan telah memilih Islam sebagai musuh baru.

Di zaman Perang Dingin dahulu  yang dijadikan  musuh ialah negara yang menggunakan sistem ekonomi Sosialis,  kaum Sosialis dan kaum Komunis. Mereka bukan hanya ditohmah dan difitnah malah mereka dibantai dan dikorbankan. Kali ini yang menjadi musuh ialah Islam. Ini yang sedang  kita saksikan.

Awas, kaum pemodal antara bangsa dengan cekap telah menggunakan  perbezaan mazhab – Sunni dan Shia – untuk membantai umat Islam. Perbezaan Sunni/Shiah ini sedang dijadikan senjata ulung untuk membantai  warga Syria.

DAMASCUS KOTA SEJARAH ZAMAN

Saya akui disini bahawa  manusia yang bernama Bashar al-Assad itu mungkin bukan sosok terbaik untuk dijadikan contoh pendemokrasian di Syria atau untuk bumi Arab/Islam.  Dibelakang gerakan anti-Bashar ini sebenarnya ada ajenda yang lebih besar yang telah dirancang oleh kaum imperialis Anglo-Amerika. Pekara inilah yang ingin saya terangkan agar ianya dapat membawa pencerahan untuk kita semua. Ini bukan bermakna saya lebih bijak dari pembaca. Apa yang saya paparkan ini hanya satu analisa  dari  kajian, pembacaan  dan pengalaman saya.

Justeru, sekali lagi saya tegaskan disini bahawa apa yang berlaku di Syria itu bukan pertempuran Sunni dan Shiah. Apa yang sedang berlaku ialah pembantaian warga Syria  - Sunni, Shiah, Kristian, Baath atau Majusi. Perperangan dan pembunuhan di Syria ini adalah sebahagian dari ajenda Anglo-Amerika untuk menaklok bumi Arab. Kenapa perlu di taklok bumi  Arab? Jawabnya: minyak.

Kita harus faham bahawa yang kata-kata lunak, janji-janji manis dari Clinton, Bush atau Obama terhadap  Warga Islam hanyalah kata-kata. Kuasa imperial Anglo-Amerika memiliki ajenda yang telah lama dirancang. Contohnya : serangan keatas Iraq telah  lama dirancang -  jauh sebelum ledakan WTC di New York tahun 2001.

DATARAN UMMAYAD - DAMASCUS

Pendemokrasian yang diajukan oleh kuasa imperial Amerika itu bunyinya amat lunak. Lalu saya meminta semua pembaca bertenang dan berfikr sajenak. Kenapa demokrassi hanya perlu diwujudkan di Libya, Mesir, Iraq dan Syria. Kenapa demokrasi tidak diajukan kepada  Saudi Arabia.

Dari fakta pembacaan  - negara Saudi yang kaya raya dengan duit minyak ini tidak langsung memiliki ciri-ciri demokrasi jauh sekali menghormati hak asasi manusia. Malah kita sering terbaca berita tentang bagaimana warga asing yang bekerja di Saudi dijadikan hamba abdi sama saperti dizaman Rasullulah.

Sebuah lagi negara Arab yang  bagitu kuat menyokong dan memberi dana dan senjata kepada gerombolan pengganas untuk menyerang Syria ialah Qatar. Atas nama Islam , atas nama Sunni , senjata  telah dihantar  untuk membunuh Shiah.  Qatar memberi duit dan senjata  kerana ingin  membangunkan Syaria untuk menjadi  sebuah Darul yang lebih demokratik.  Mari kita bertanya:  bila ada pilihan raya di Qatar? Demokratik sungguhkah  negara yang bernama  Qatar ini?

Telah saya katakan tadi  bahawa semua ini berlatarkan keperluan kaum  pemodal antarabangsa untuk menaklok  bahan bakar petrolium.   Iraq dahulu bebas dan merdeka.  Iraq TIDAK membenarkan syarikat minyak asing masuk membuat cari gali. Kini Iraq telah dibuka untuk Shell, Esso, Exxon termasuk Petronas. Yang  masih berdegil melarang syarikat luar dari mencari gali minyak hanya Iran.

Untuk menundukkan atau menyerang  Iran, Syria perlu dijatuhkan dahulu. Ini kerana Syria dan Iran  memiliki hubungan yang intim semanjak zaman Presiden Hafeez dan zaman Khomeini. Hubungan ini diikat pula dengan perjanjian bantu membantu  dari segi ketenteraan.

KOTA ALEPPO - INDAH BERSEJARAH
Apabila kita membaca pilitik Iran atau Syria atau Timur Tengah maka kita wajib memahami juga peranan negara Zionis Isreal.  Israel telah dipacakkan ditengah bumi Arab oleh kuasa imperial Anglo-Amerika sesudah Perang Dunia keDua. Zionis Isreal  bergerak  sebagai pengkalan tentera Amerika. Israel  menjadi Polis  untuk Amerika.


Sahehlah bahawa  bahan bakar minyak petrolium ialah kunci kepada semua ini.  Ekonomi kapitalis dunia  hari ini dijana oleh bahan bakar petrolium. Tanpa petrol dunia yang kita kenali hari ini akan berubah wajah.  

Kalau kita beli minyak  dari stesen Petronas kita menggunakan duit ringgit. Kalau beli minyak di Pakistan wajib menggunakan Rupiah. Tetapi jika Malaysia atau Pakistan mahu  membeli minyak dipasaran dunia, negara ini wajib menggunakan dolar.
  
Jual beli minyak dalam pasaran dunia hari ini wajib menggunakan dolar. Inilah hasil  perjanjian yang telah diikat oleh Presiden Nixon dengan Raja Faizal  - pada tahun 1972 – ketika dolar tidak lagi bersandarkan emas. Saudi sebagai pengeluar minyak terbesar dalam dunia mewajibkan minyak dibeli dengan dolar. Perjanjian ini memastikan Saudi dapat senjata dari  Amerika. Amerika juga akan  memastikan rejim  Saudi selamat dari diganggu gugat  oleh  Isreal atau musuh dalaman.

Maka munculkan apa yang dipanggil sistem PetroDollar.  Dolar Amerika menjadi kukuh. Ini kerana banyak negara dalam dunia hari ini TIDAK memiliki minyak. Tetapi, negara-negara  ini memerlukan  minyak. Maka negara ini wajib mengekspot  barangan kepada Amerika untuk mendapatkan dolar. Dengan adanya dolar baru minyak dapat dibeli.

BAZAR ANTARA TERTUA DIDUNIA


Disinilah muncul  kong kalikong yang paling besar. Amerika terus mencetak dolar untuk membeli barangan impot. Hakikatnya ekonomi Anmerika hari ini adalah ekonomi silap mata. Maka kerana itu apabila Saddam mahu menjual minyak tanpa menggunakan  dolar  -  Saddan Hussein dibunuh.  Gadaffy juga menerima nasib yang sama apabila dia mahu menukar dolar  dengan mata wang lain.

Kong kalikong Amerika ini bukan TIDAK disedari. Ramai yang tahu tetapi terpaksa sujud kepada Amerika kerana kuasa bala tentera Amerika berselirat dalam dunia hari ini. Semua negara kini tertalok dibawah kuasa Anglo-Amerika.   Dulu ada Empire Rom – kini kita dijajah oleh Empire Amerika.

Saudi memiliki simpanan  minyak  terbanyak dalam perut buminya. Negara kedua ialah Iran. Justeru Iran wajib ditundukkan.  Jika Iran menjual minyaknya tanpa menggunakan dolar pasti ekonomi Amerika terjejas. Kerana inilah  dibuka kesah Sunni dan Shiah. Kesah ini bertujuan untuk menutup kesah bangkai dolar yang semakin mencemaskan dunia kapitalis.

Ketika saya di Beirut pada tahun 1975 – saya telah melihat kematian dan pembunuhan dalam perang saudara. Kali ini saya hanya berkeupayaan untuk  menulis. Tapi saya tahu apa rupanya  perang saudara yang sedang berlaku di Syria. 

Saya akhiri dengan satu pertanyaan: kenapa kita  tidak dapat memahami bagaimana kaum pemodal, towkay penjual senjata dan politikus kanan yang kaya raya terus mengadu dumba kita. Di Lebanon - Christian dengan Islam. Di Rawanda Tutsi dengan  Hutu. Di Syria Sunni dengan Shiah. Dan di Malaysia Melayu dengan China. ( TT)

DIMUSNAH OLEH
KUASA IMPERIAL
ANGLO-AMERIKA

 

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45


----------

AL- FATIHAH - HARI INI DALAM SEJARAH




DARI HARAKAH  DAILY


46 tahun pemergian Abdul Samad Gul

MALAM itu, dalam tahun 1967, 2 Julai, lampu-lampu di jalan  Datuk Pati dan jalan berhampiran  seperti letih bercahaya, seorang lelaki berjalan gagah menuju kereta yang di pakir di sela-sela deretan bangunan yang kumuh. 

Tiba-tiba, saat mahu membuka pintu kereta, satu pukulan keras  tepat mengenai kepalanya. Lelaki yang masih muda itu rebah – tewas (di rumah sakit).  Algonjo kabur.

Hari ini (2 Julai), genap 46 tahun tragedi hitam itu berlaku, namun ia seperti semalam terjadi, ingatan sentiasa segar, terutama ketika berjalan melewati lokasi Medan Ilmu yang menepatkan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, kerana di situlah, Ahli Parlimen Pasir Mas Hilir (PAS) Abdul  Samad Gul Ahmad Mianji (gambar) tewas akibat tusukan kapak kecil di kepalanya.

Malam itu, Almarhum menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul saw anjuran PAS di Banguan PAS. Setelah majlis usai, ia berjalan  ke kereta, dalam cahaya lampu yang samar-samar itu, algonjo menunggu untuk menamatkan riwayatnya.

Selain Yang Dipertua  PAS Kawasan Pasir Mas Hilir dan Ahli Parlimen kawasan itu, Almarhum  juga sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat.

Almarhum terkenal sebagai pemidato terbaik, sehingga kelantangan dan keberaniannya digeruni seteru politik PAS ketika itu. Kematiannya secara tragis adalah gambaran  betapa   kalutnya pemikiran politik awan (1960an).

Almarhum dikebumikan sianghari 3 Julai 1976 di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu-ribu  pendukung  PAS ikut serta menghantar jenazah ke tempat persemadiannya.

Sebaik saja jenazah di bawa turun dari rumahnya, Pesuruhjaya PAS Kelantan ketika itu, Ustaz Khaidir Khatib membaca sebuah puisi khusus buat Almarhum:

SEKARANGAN BUNGA

Dikelubungi suasana sedih dan sayu,
kami terima berita kematianmu,
terkorban di hujung senjata musuhmu,
yang tak sanggup berdepan denganmu sebagai anak lelaki.

Kegagahanmu berjuang membangkitkan semangat anak bangsamu,
menimbulkan rasa gerun di hati lawan-lawanmu,
Kini engkau pergi dipanggil Tuhan,
yang tinggal pada kami hanya kenangan dan kesedihan.

Bertepuk tanganlah orang-orang di sebelah sana dengan sebab ketiadaanmu,
menari dan berpesta mereka di lambung riang,
tetapi kami semua adalah Samad!
kami rakan seperjuanganmu,
kami telah bertekad tak akan berganjak dari garis ini,
Biar bumi ini hangus dan kami semua menjadi abu.

Zulkliflee dan Asiah telah lama pergi, kini engkau pula berangkat pulang,
istirehatlah wahai roh-roh yang mulia, redha dan diredhai Tuhan daftar syuhada masih panjang dalam barisan kita,
setiap kami yang tinggal akan merelakan diri,
untuk hancur demi keagungan agama Allah yang mulia ini.

Itu bendera ALLAH MUHAMMAD masih berkibar,
Seorang Samad boleh dibunuh tetapi seratus Samad akan datang
mengambil tempatnya.

Perjuangan ini akan bertambah hebat dan seru
dan akan bergilirlah para Mujahid mencari syahid,
ALLAHU AKBAR, di bawah panji-panji kalimah tauhid kami sedia lebur,
dilindungi Rahim dan RahmanMu, Oh Allah!
terimalah segala amal kebaktian saudara kami ini,
yang untuk Engkau dan kerana Engkau dia berjuang

Al- Fatihah!


BERAMAL 
dan
BERPOLITIK

-----

PENIPUAN TERBUKTI - APA LAGI MAHU?


KOMENTAR TUKAR TIUB
pru13 telah selesai


tapi pru13 belum selesai

orang ramai
pengundi
anak muda bakal pengundi
tidak puas hati kerana berlaku penipuan



ini barah yang akan membesar
jika tidak ditemui satu jalan penyelesaian
barah ini akan membunuh keyakinan orang ramai
terhadap sistema pemilihan perwakilan di malaysia

tuntutan orang ramai
agar 7 pesuruhjaya spr lewtak jawatan adalah tepat
ianya adalah permulaan

kita semua wajib memikirkan jangka panjang
pakatan rakyat atau barisan nasional
wajib memikirkan yang maha penting
adalah mendirikan tamadun negara bangsa


Presiden PAS cadang tubuh tribunal post PRU13

Harakah02 Jul 2013
KUALA LUMPUR:Presiden PAS mendesak SPRM bertindak berani menyiasat secara telus dan terperinci segala penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU13 lalu termasuk tragedi dakwat kekal yang tidak kekal.




------

SAH - TELAH DI BUKTIKAN



KOMENTAR TUKAR TIUB



apa lagi bukti mahu?

ada lagi sesiapa yang mahu bukti pilihan raya tipu?
ada lagi yang tak percaya undi di sabah tipu?

apa lagi bukti mahu?


'IC biru diberi pada warga asing walaupun dalam hutan'
Pemberian kad pengenalan biru secara haram berlaku berleluasa hinggakan pekerja asing yang bertugas di dalam hitam juga ditawarkannya, suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.

Seorang penerima Maming Saleng, 63, dari Sulawesi berkata, dia tiba di Sabah pada 1981 menggunakan pasport Indonesia dan bekerja dengan syarikat pembalakan di Kinabatangan.

Menurutnya, beliau berkata "ya" apabila pengurus kem pembalakan itu bertanya sama ada dia memerlukan kad pengenalan.

Memberi keterangan kepada RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu hari ini, Maming berkata, selepas itu, dua lelaki tidak dikenali datang ke kem untuk memproses permohonan itu, termasuk mengambil gambar, cap jari dan mengisi borang.

Menurut Maming lagi, dia membayar RM50 dan dua bulan kemudian berjaya mendapat kad pengenalan biru di kem itu dan perlu membayar RM100 lagi bila siap.

Kira-kira 20 orang lagi menerima kad pengenalan biru bersamanya, tambah Maming.





---------

AKAUN ANWAR IBRAHIM



JUST DO IT
JAS DUIT
 Anwar didakwa ada 20 akaun termasuk di Israel
KUALA LUMPUR 2 Julai - Dewan Rakyat lewat petang ini gamat dengan pendedahan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... JANGAN PERCAYA INI BERITA FITNAH.... kah kah kah..

kah kah kah...INI TOHMAH.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BERITA JAHAT.... kah kah kah..

kah kah kah...INI BERITA SALAH.... kah kah kah..

woit... ANWAR BUKAN ADA 20 AKAUN...INI SALAH.... kah kah kah

kah kah kah... ANWAR ADA 23 BANK AKAUN.... kah kah kah..

kah kah kah... SATU DI ZIMBABWE.... kah kah kah..

kah kah kah... SATU DI PYONG YANG KOREA UTARA.... kah kah kah..


kah kah kah...DAN SATU LAGI DALAM TABUNG HAJI.... kah kah kah..

kah kah kah...TABUNG HAJI BARU BUKA KELMARIN... kah kah kah...

kah kah kah ....BILA  AZEEEEZ JADI PENGERUSI.... kah kah kah



--------