Isnin, 29 April 2024
KASINO MADANI KE ?
Hak rakyat tuntut penjelasan, kata peguam bidas penangkapan aktivis ulas laporan kasino
Kumpulan peguam hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengecam penahanan seorang aktivis pembangkang yang memuat naik komen di Facebook berhubung dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan rundingan mengenai cadangan sebuah kasino di Johor, dan berkata rakyat berhak menuntut penjelasan tentang laporan diterbitkan Bloomberg itu.
LFL berkata Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai Chegubard, tidak melakukan apa-apa jenayah hanya kerana mengulas laporan diterbitkan pada 25 April itu, yang antara lain berkata Anwar bertemu dua taikun terkenal untuk membincangkancadangan membuka sebuah kasino di Forest City.
Laporan itu telah dinafikan Anwar.
"Laporan Bloomberg itu turut dilampirkan dalam kiriman tersebut. Di manakah jenayah yang dilakukan di sini? Hanya di bawah pemerintahan diktator sahaja seseorang ditangkap atas perkara seperti ini," kata pengarah LFL, Zaid Malek, sambil menambah tidak menjadi kesalahan mengulas sesuatu berita yang telah dilaporkan secara meluas.
"Lagi pun, apakah rakyat Malaysia tidak berhak untuk mempersoalkan sama ada Anwar dalam perbincangan membuka kasino?"
Anwar menyifatkan dakwaan Bloomberg itu sebagai pembohongan, walaupun tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut.
Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".
Zaid berkata laporan itu mengandungi soal kepentingan awam dan orang ramai berhak menuntut jawapan.
"Adakah kita perlu terima sahaja kata-kata Anwar bahawa 'semua itu pembohongan' tanpa menyiasat lebih lanjut?" soalnya.
Beliau turut mengingatkan, pihak polis bertugas memastikan keselamatan awam dan "dan bukan untuk menjaga imej kerajaan atau Anwar Ibrahim".
Dalam laporan yang diterbitkan minggu lalu, Bloomberg berkata Anwar bertemu dengan ahli perniagaan Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting, serta wakil Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, untuk membincangkan sebuah cadangan membuka kasino di Forest City.
Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu, yang menyifatkan perbincangan itu masih di "peringkat awal".
Laporan itu muncul lapan bulan selepas Anwar mengumumkan penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City untuk meningkatkan ekonomi Johor dan menggiatkan semula projek mega itu yang kini dilabelkan "bandar berhantu".
'Nafi atau ambil tindakan sivil'
Zaid memperakui kerajaan sudah pun menafikan laporan itu.
"Mereka juga mengambil langkah selanjutnya iaitu tindakan sivil terhadap saluran berita yang bertanggungjawab atas berita yang didakwa palsu itu," tambahnya.
Chegubard ditahan di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, meneruskan suatu trend di mana kerajaan pimpinan PH cuba mendiamkan pengkritiknya di bawah dua undang-undang drakonian yang pernah dibantah gabungan itu.
Langkah serupa dilakukan kerajaan Anwar berusia 17 bulan mengundang amaran badan hak asasi global Amnesty International, yang menyatakan dalam laporan terbarunya bahawa kebebasan bersuara di Malaysia berdepan ancaman.
LFL berkata, penangkapan terbaru itu menyerlahkan "kegagalan terang-terangan kerajaan Madani" dalam memenuhi janji mempertahankan kebebasan bersuara.
“Ini adalah tindakan paling jelas menunjukkan bahawa kerajaan nekad menghentikan sebarang wacana awam yang merosakkan imej kerajaan di mata pengundi dengan menyalahgunakan proses siasatan jenayah dan menyalahgunakan sumber polis.
"Bukan sahaja kerajaan hipokrit, ia juga langsung tidak menghormati Perlembagaan dengan mengabaikan jaminan kebebasan bersuara yang termaktub di bawah Perkara 10(1)(a)."
PASTI ADA
ORANG DALAM
YG BOCOR PADA
BLOOMBERG
AMIN
KALAU TAK MANA
BLOOMBERG TAHU
JENG JENG JENG
INI BUKTI
PENJAWAT AWAM
ANTI MADANON
KAH KAH KAH
BOCOR MAKLUMAT
BAGI RAKYAT
TIBAI ANWAR
KHALAS
SABOTAJ CARA BIJAK
Pengundi India perlu gesa Anwar benarkan Najib jalani tahanan rumah, kata Zaid
PENGUNDI India di Kuala Kubu Bharu (KKB) perlu menghantar mesej kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membenarkan Najib Razak menjalani hukuman secara tahanan rumah, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.
Mengakui bingung dengan kesetiaan masyarakat India terhadap Anwar dan DAP, terutama ketika mereka tidak dapat apa pun daripada kerajaan, Zaid berkata kaum India boleh mendesak perdana menteri itu untuk melaksanakan titah adendum Agong itu.
“Kaum India masih terpinggir dan antara yang menerima gaji rendah di negara ini,” katanya di platform X hari ini.
Zaid berkata pengundi India di kawasan itu perlu ingat faedah yang mereka pernah terima ketika Najib mentadbir negara.
Katanya, ini adalah masanya untuk pengundi India di KKB mengenang Najib dan meminta kepada Anwar untuk membenarkan Najib menjalani hukuman secara tahanan di rumah.
Masyarakat India di KKB boleh menunjukkan kepada Umno apa maknanya untuk menjadi individu yang patuh undang-undang dan bersyukur, kata bekas menteri undang-undang itu.
“Jika India di KKB boleh buat, kerajaan yang dipimpin Melayu pada masa akan datang akan mengenang pengorbanan mereka. Mereka akan dapat balik balasannya.
“Jadi, pemimpin parti dan NGO India, bolehkah anda untuk pertama kalinya, berkumpul dan bersatu di sebuah kedai kopi di KKB, mendesak untuk Najib dibebaskan dari penjara?
“Ia akan menjadi hari yang bersejarah,” katanya.
Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah kes rasuah berkaitan dana RM42 juta milik SRC International, dan mula menjalani hukuman itu pada 23 Ogos, 2022 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.
Pada Februari, hukuman penjaranya dikurangkan kepada enam tahun dan denda RM50 juta oleh Lembaga Pengampunan.
Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Titah Adendum itu supaya bekas perdana menteri terbabit menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Mahkamah dijangka menyampaikan keputusan permohonan itu pada 5 Jun.
KKB, yang terdiri daripada pengundi Melayu 46%, Cina 30%, Indian 18% dan lain-lain 5%, akan mengundi pada 11 Mei.
Pilihan raya kecil itu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Parti Rakyat Malaysia dan calon bebas. – 29 April, 2024.
CAILAKAK ZAID
DIA BIJAK
KAH KAH KAH
DIA TAHU CHINA
INDIA MELAYU
BENCI NAJIB
KAH KAH KAH
SENGAJA CADANG
NJIB BEBAS
KAH KAH KAH
INI NAK SABOTAJ
UNDI DAP
KAH KAH KAH
DAP MAHU NAJIB
TERUS DI KAJANG
AMIN
KHALAS
KENAPA TAK TANGKAP BLOOMBERG ?
Chegubard didakwa lagi di JB esok, kata peguam
AKTIVIS Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, bakal berdepan lebih banyak pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor esok berhubung ulasan mengenai rancangan pembinaan kasino di Forest City, Johor, kata peguamnya Rafique Rashid Ali.
Rafique berkata Badrul akan berdepan pertuduhan berhubung hantaran di media sosialnya mengenai laporan dakwaan Bloomberg berhubung perbincangan peringkat tertinggi mengenai projek kasino itu.
Badrul akan ke Johor pagi esok untuk menghadapi pertuduhan, kata peguam kepada pemberita selepas aktivis itu didakwa melakukan fitnah dan hasutan jenayah di Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur pagi ini.
“Kami tidak mengetahui butiran pertuduhan setakat ini,” kata Rafique.
Badrul, ketika bercakap kepada media, berkata beliau hanya mengulas berdasarkan laporan Bloomberg.
Minggu lalu, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu dengan Pengasas Berjaya Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino untuk Forest City.
Laporan itu, memetik sumber yang biasa dengan perkara itu, berkata sebuah kasino akan membantu memulihkan projek hartanah bernilai AS$100 bilion itu.
Anwar, Berjaya dan Genting menafikan laporan tersebut.
Dalam catatan di Facebook, Badrul menyindir yang kasino didakwa adalah “hab kewangan” yang diumumkan Anwar sebelum ini, dan berterima kasih kepada Bloomberg dan Singapore’s Business Times kerana menerbitkan artikel mengenai perbincangan itu.
Awal pagi tadi, Badrul mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan jenayah fitnah dan menghasut. – 29 April, 2024.
WOIT
KENAPA TAK
TANGKAP
BLOOMBERG?
AMIN
SAMPAI HARI INI
BLOOMBERG
TAK NAFI
KAH KAH KAH
MINTA MAAF
JAUH SEKALI
KAH KAH KAH
KHALAS
HASUT UNTUK PENCERAHAN
HASUT UNTUK
PENCERAHAN
AMIN
"MUSUH KEPADA MUSUH
ADALAH KAWAN"
united front tiada yang betul tiada yang salah... hanya untuk capai matlamat bersama.. senang cerita..macam nga cakap.. balas budi.. kah kah kah
Unknown commented on
"HASUT UNTUK
BAWA PERUBAHAN"
Hasut utk bawa perubahan Tu TT adalah tolong menolong dlm hal kebaikan teruskan Kita teruskan , sya ulanggg teruskan Kita teruskan
RAJA LAWAK
RAJA LAWAK
AMIN
Unknown commented on
"PENGARUH SANUSI DI GERUNI"
Yang cerdik yang pandai yang bijak jarang buat lawak , tetapi manusia suka orang lawak, suka komedi, suka jenaka hati terhibur, orang kita memang suka pelawak, suka komedi siang malam, jadi siapa bijak berlawak jenaka pandai menawan hati, kah kah kah tak pandai mentadbir tak apaz kalau pencuri pun tak apa asalkan boleh melawak kah lah kah sebab itulah ramai pelawak menjadi pemimpin negara-negara kita amin
DEMO LAWAN AMERIKA BUKAN LAWAN MASJID NEGARA ATAU DATARAN MERDEKA
DEMO
ANTI AMERIKA
BUKAN DEMO
ANTI MASJID NEGARA
BUKAN DEMO
ANTI DATARAN MERDEKA
TURUN BERDEMO
SASARAN KEDUTAAN AMERIKA
KHALAS
BILA NAK SAMAN BLOOMBERG ?
BILA NAK SAMAN?
AGENSI BERITA BLOOMBERG
LAPOR
AKAN DI BUKA
SATU LAGI CASINO
DI FOREST CITY
JOHOR
ANWAR KATA INI
BERITA PALSU
DARI MANA
BLOOMBERG DAPAT BERITA INI ?
SAPA PUNCA BERITA INI ?
SAPA BOCOR KAN BERITA INI ?
KENAPA TAK SAMAN
BLOOMBERG ?
KENAPA TANGKAP
CIGU BARD?
KENAPA TAK TANGKAP
MALAYSIAKINI
KENAPA TAK TANGKAP
NANYANG SIANG PAU
SEMUA ADA LAPOR
BERITA CASINO
AKAN DI BUKA DI FOREST CITY
CIK GU BARD
BELALANG LIDI
KAH KAH KAH
BOLEH DI TANGKAP
BILA BILA MASA
TAPI BILA
NAK SAMAN
BLOOMBERG
AMIN
SABOTAJ - TITAH BARU ?
Parti gabungan enggan turun kempen jangan cuba sabotaj – Syahredzan
HULU SELANGOR – Parti-parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan yang enggan turun padang bagi membantu calon Pakatan Harapan (PH) berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu diminta agar tidak cuba melakukan sabotaj.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pihaknya mengalu-alukan sekiranya parti-parti gabungan dalam kerajaan Madani dapat turut serta membantu Pang Sock Tao yang mewakili parti DAP berkempen untuk tempoh 13 hari.
“Saya rasa yang penting kita jalan kempen kita…macam Setiausaha Agung parti DAP (Anthony Loke Siew Fook) kata, PRK ini adalah untuk memujuk pengundi bukannya memujuk parti politik.
“Kalau yang nak tolong kempen, kita alu-alukan, yang tak nak turun tak apalah itu pendirian mereka.
“…cuma kita berharap janganlah pula sampai berkempen untuk pihak lawan atau sabotaj atau cuba menegangkan dalam Kerajaan Perpaduan…itu kita tak nak.
“Kalau tak nak kempen tak apa kita hormat, tapi, janganlah sampai buat provokasi dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menemani Pang melakukan walkabout bertemu pengundi di Pasar Karat Batang Kali, di sini, hari ini.
Turut serta pada sesi walkabout itu Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.
Syahredzan berkata demikian ketika diminta mengulas sikap MCA yang masih lagi membisu selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi semalam menyatakan harapan agar parti itu dapat turut sama membantu kempen calon PH di sini.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berharap MCA dapat membantu jentera Kerajaan Perpaduan berkempen pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu.
Beliau bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh khusus bagi tujuan itu namun, yakin suasana akan berubah apabila ‘kedukaan’ MCA kembali reda.
Ahmad Zahid turut melahirkan keyakinan jalinan persahabatan erat dengan MCA sejak 1955, mampu meredakan pergeseran yang berlaku antara parti itu dan DAP.
Sementara itu, Young Syefura berkata, setiap kempen yang dilakukan bagi membantu calon PH berbeza caranya dan bergantung kepada situasi lokasi kempen dilakukan.
Katanya, sesi ceramah itu perlu ada sebagai tambahan dan yang pasti adalah bertemu dengan seramai pengundi yang boleh.
“Bagi saya berkempen cara yang baik adalah berjumpa dengan seramai mungkin pengundi sama ada dengan melakukan walkabout di rumah, pasar, kedai makan di mana pengundi asal itu berada,” ujarnya. –T
WOIT
MOHON TITAH
BARU
KAH KAH KAH
JANGAN SABOTAJ
NANTI KALAH
KAH KAH KAH
APA JADI
DENGAN KELING ?
MASIH MARAH
PADA MAMU ANWAR
KAH KAH KAH
KHALAS
RUNDINGAM GENCATAN SENJATA
Rundingan genjatan
senjata Gaza dipergiat esok
BAITULMAQDIS: Usaha diplomatik terus dipergiat hari ini dalam usaha mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan yang sekian lama diharapkan di Gaza.
Tindakan itu dibuat ketika Hamas memaklumkan bakal mengadakan pertemuan dengan orang tengah, Mesir bagi menyampaikan hasrat mereka terhadap cadangan terbaru Israel.
Kerajaan Israel berdepan tekanan yang hebat daripada sekutu globalnya dan penunjuk perasaan supaya melaksanakan genjatan senjata.
Israel turut menuntut pembebasan tebusan diculik Hamas ketika serangan pada 7 Oktober lalu yang sekali gus mencetuskan perang.
Menurut seorang pegawai kanan Hamas, wakil kumpulan pejuang itu akan tiba di Mesir esok bagi menyampaikan keputusan kumpulan berkenaan terhadap tebusan baharu Israel dan cadangan gencatan senjata.
Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat cuba untuk menjadi orang tengah bagi gencatan senjata baharu sejak pertempuran dihentikan selama seminggu pada November yang menyaksikan 80 tebusan Israel ditukar dengan 240 warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.
Hamas sebelum ini menegaskan supaya dilaksanakan gencatan senjata kekal, namun ditolak Israel.
Bagaimanapun, laman web berita Axios, yang memetik kenyataan dua pegawai Israel, melaporkan cadangan terbaru Israel termasuk kesediaan untuk membincangkan 'pemulihan mampan' di Gaza selepas tebusan dibebaskan.
Menurut Axios, buat kali pertama dalam tempoh perang yang berlanjutan hampir tujuh bulan itu, pemimpin Israel secara terbuka membincangkan cadangan menamatkan perang.
Sumber Hamas yang rapat dengan rundingan itu, memberitahu AFP, kumpulan itu terbuka untuk membincangkan cadangan baharu itu secara positif.
Sumber itu menambah, kumpulan itu berminat untuk mencapai persetujuan yang menjamin gencatan senjata kekal, membawa pulang rakyat yang dipindahkan, perjanjian yang boleh diterima untuk pertukaran (banduan) dan memastikan penamatan kepungan di Gaza.
Harapan baharu bagi gencatan senjata yang berpotensi itu muncul apabila pemimpin dunia dan kumpulan kemanusiaan memberi amaran pencerobohan Israel ke atas bandar paling selatan, di Rafah akan membawa kemusnahan yang lebih dahsyat. - AFP
APAKAH ZIONIS
AKAN BATALKAN
PROJEK BUNUH
PALESTIN
AMIN
ATAU INI TANDA
PALESTIN AKAN
BERJAYA
AMIN
40 KAMPUS MELAWAN 500 PELAJAR DITANGKAP
SUASANA TAMBAH
BAIK
AMIN
40 KAMPUS
MELAWAN
500 PELAJAR
DITAHAN
TERMASUK
PROFESSOR
AMIN
HASUT UNTUK BAWA PERUBAHAN
HASUT UNTUK
BAWA PERUBAHAN
AMIN
Hamim commented on
"WATAK BARU MUNCUL
BERKEMPEN"
TT, semua yang bercakap, berkempen ikut sedap mulut, rakyat hidup susah, harga barang naik, kos sara hidup tinggi, hasut rakyat supaya benci kepada pemerintah yang ada sekarang ini, cuba tanya mereka, semasa siapa jadi PM, semasa kerajaan mana memerintah rakyat hidup senang lenang,
semasa kerajaan mana memerintah harga barang turun, harga barang tak naik naik, tolong beri tahu, sekarang TT pun dah menjadi penghasut, jika menghasut untuk kebaikan ok juga, tapi ada ke hasutan untuk kebaikan?
MUSUH KEPADA MUSUH ADALAH KAWAN
MUSUH KEPADA
MUSUH KAMU
ADALAH KAWAN
AMIN
Unknown commented on
"DIRIKAN UNITED FRONT BARU"
Menubuhkan united front yg baru adalah baik kerana perjuangan kebenaran berkesimnambungan setiap masa & zaman seperti pencerahan iaitu setiap hujah memerlukan penjelasan sptmana yg TT berbuat X putus asa teruskan
Unknown commented on
"DIRIKAN UNITED FRONT BARU"
Ya btoi dirikan united front yg baru tanda x putus asa itulah pejuang kebenaran sepanjang masa yg sentiasa berjuang walaupun X dpt apa2 rasuah kah kah kah
KAMPUS AMERIKA
KAMPUS
AMERIKA
SENIN 29 APRIL 2024
PERANG GAZA SEDANG
MENGUBAH DUNIA
40 BUAH KAMPUS
DI AMERIKA SEDANG BERGOLAK
PELAJAR BERDEMO
SOKONG PALESTIN
MAHU UNIVERSITI
JANGAN ADA PELABURAN
UNTUK ISRAEL
TRADISI ANAK MUDA
BANGUN MELAWAN
SEDANG MEREBAK
DARI AMERIKA KE GERMAN
KE PARIS DAN KE MELBOURNE
INI POLITIK BARU
ISRAEL MAKIN TERPENCIL
MAKIN BANYAK NEGARA
TELAH BERANI KUTUK ISRAEL
AMIN
GAZA
RUNDINGAN DAMAI
SEDANG DI USAHAKAN
AMERIKA DAN QATAR
JADI ORANG TENGAH
AMERIKA
TONY BLINKEN
SU NEGARA AMERIKA
PERGI KE SAUDI
UNTUK CARI JALAN SELESAI
PERANG GAZA
GEORGIA
RAKYAT BERDEMO
NAK JATUHKAN KERAJAAN
SPANYOL
RAKYAT BERDEMO
MINTA PM JANGAN
LETAK JAWATAN
KERAN KES ISTERI
TERLIBAT DALAM RASUAH
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
PANAS RASA DI PIPI
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
TERKUKUR BERLAGU
DALAM SAWAH RUMPUT
TIONG SIBUK CARI ULAT
DI KAWASAN YANG RUMPUT
BARU DI POTONG
HARI INI PASTI PANAS
JIKA PETANG HUJAN
MALAM AKAN SANTAI
BRO
SENYUM
SAMBUT SENIN
DENGAN SENYUM
BRO
AMAT SUSAH NAK SOROK
KEBEBALAN
LEBIH SENANG CARI ILMU
BRO
BUKTI
MASYARAKAT YANG BEBAS
KITA SELAMAT WALAU PUN
MEMILIKI IDEA
YANG TAK POPULAR
BRO
BERLAKU BAIK LEMAH LEMBUT
TIDAK AKAN MENGUBAH
APA APA
BRO
SETIAP ORANG
ADALAH ORANG PELIK
UNTUK ORANG LAIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)