JAJAH TANAH MELAYU
ROMPAK AFRIKA
NAK BAGI RAKYAT
RAMAI MAKAN
Unknown commented on
"JENG JENG JENG"
Brazil dan India antara negara demokrasi terbesar dunia tetapi tidak dapat memakmurkan rakyatnya. Majoriti rakyatnya terbelenggu dalam kemiskinan, tidak berpelajaran dan hak asasi manusia yang lainnya. Indonesia, demokrasi ketiga terbesar dunia kini dengan perlahan ingin keluar dari belenggu tersebut setelah perubahan dalam dasar pemerintahan setelah berlaku krisis kewangan pada tahun 1998.
China Merah dengan penduduk 1.4B, kedua terbesar selepas India, telah berjaya memakmurkan rakyatnya dan negara sedang menuju ke ekonomi wahid dunia mengatasi Yankee Dodo. Inilah yang menakutkan Yankee Dodo sehingga berusaha keras mempropagandakan keburukan China Merah ke serata dunia supaya perjalanan China Merah itu dapat dibantutkan... Brazil termakan propaganda Yankee Dodo itu sehingga menolak bantuan dari China Merah termasuk dalam pengurusan Covid-19. Nah sekarang rasakan.
Begitu juga India yang ketakutan jirannya akan mengacau sempadan bersama mereka sehingga menjadi barua Yankee Dodo. Jelas untuk negara seperti India dan Brazil, demokrasi ala Yankee Dodo tidak dapat memakmurkan negara itu tetapi trajedi kemiskinan yang merobohkan maruah nilai kemanusiaan. Renung-renungkan..