PENGUMUMAN
UNTUK PERTAMA KALI
satu festival idea terlarang
akan diadakan di malaysia
APA DIA IDEA TERLARANG?
apa sahaja pandangan
apa sahaja pendapat
apa sahaja yang terlintas diotak
tetapi dilarang
untuk dihebohkan
idea idea untuk dikongsi bersama
idea untuk difikir
idea untuk mengarap fikrah
idea untuk kebaikkan umum
idea baik yang tersorok
idea lama yang wajib digali
idea idea untuk menjana tamadun bangsa
IDEA TERLARANG
idea terlarang telah menjana tamadun mansuia
satu ketika dulu bumi dianggap leper
siapa yhang berkata bumi ini bulat
sosok itu akan dianggap gila
pada satu masa dulu
orang ramai diberiatahu bahawa yang wujud hanya bumi
bila bumi dibuktikan mengeliling matahari
idea terlarang ini dilawan
pegaju idea ini ditangkap
FESTIVAL IDEA TERLARANG
menjemput sesiapa saja
jantan betina dan sida
tua kecil dan muda
untuk mengajukan apa sahaja idea
yang selama ini dilarang
shiah - punk rock - skinhead - ganja-
agama - atheis - marxis - sexis - ageis -
rockkapak - rockjiwang -
bumi- alam - neraka
IDEA TERLARANG
termasuk juga cadangan untuk memperbaiki tamadun
naik basikal - berkebun - trafik jam
sekolah - universiti - sekolah pondok
dan dan dan
CARANYA
pemegang idea terlarang
akan diberi masa 10 minit untuk berucap
mengajukan ideas ini
dikhalayak umum
BERSEDIA DARI SEKARANG
festival ini sedang disusun
pengumuman ini untuk memberi
persediaan awal kepada sesiapa sahaja
secara demokratik dan bebas
agar bersedia dengan idea terlarang
TARIKH MASA TEMPAT
semua akan diumumkan
tidak lama lagi
yang penting jika ada idea untuk dikongsi
sediakan dari hari ini
LAYARI RADIOP BANGSAR SEKARANG
IKUTI SIDANG MAHKAMAH
TIPU PRU13
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------