Ahad, 30 September 2012

LAGI BUKTI DEMO TELAH JADI BUDAYA KITA


KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas  dan saheh terbukti
bahawa rakyat telah pandai berdemo
dari lynas
dari gebeng
dari bukait koman
dari kuantan
semua telah pandai turun berdemo

demo adalah budaya politik kita

kalau gerombolan tipu dalm pru13
maka kita akan turun berdemo
kalau menang dengan pilihan raya adil dan bersih
kita akur keputusan rakyat


KENAPA PENTING BERDEMO
bayangkan jika pakatan rakyat ambil alih kerajaan
tetiba mereka kelentong
mereka putar belit
mereka kong kalikong
maka orang ramai telah bijak  berdemo
kita humbankan pula pakatan rakyat

kerana itu dari sekarang kita wajib
memulakan budaya demo
inilah satu satunya senjata
yang amt amt ditakuti oleh
pemerenrtah yang zalim



RAKYAT BERDEMO  MENGUBAH KEADAAN
Masyarakat Penan berdemo di empangan Murum


Ratusan masyarakat Penan berhimpun bagi membantah projek kontroversi empangan hidroelektrik Murum pada Rabu, kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin. 

NONERaymond berkata, kira-kira 200 masyarakat Penan berkumpul menghadang jalan ke empangan itu di jambatan Sungai Seping, kira-kira 40km daripada tapak projek.

Katanya, mereka membawa pelbagai poster yang "menuntut keadilan" dan mendesah projek itu dihentikan. Kanak-kanak dan wanita turut menyertai perhimpunan itu.

Tindakan itu menyebabkan kenderaan pembinaan tidak dapat keluar masuk ke kawasan empangan itu.

Masyarakat Penan bercadang tetap berada di situ sehingga pihak berkuasa tampil berbincang dengan mereka.


KONSERT 8 TUNTUTAN 13 OKTOBER

KITA TURUN BERDEMO LAGI


NOTA:
bersedia waspada hati hati
jika kita ditipu 
jika gerombolan menang dengan cara tipu
kita wajib ke jalan raya

PIILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA





SAMM JOHOR MENYOKONG HIMPUNAN HIJAU LESTARI PENGERANG


Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) dengan tegas menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap penganjuran Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang bakal diadakan pada 30 September ini. Sememangnya isu Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) ini menggamit sokongan dan penyertaan kami bermula dengan kempen tandatangan petisyen “Kampungku-Suaraku-Pengerang” yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa sedari awal lagi.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) sebagai sebuah gerakan anak muda Negeri Johor tidak pernah menolak sebarang bentuk pembangunan yang ingin dilaksanakan di negeri ini namun apabila pembangunan itu tidak seiring dengan taraf kehidupan ekonomi setempat, maka akan lahirlah generasi yang merempat di bumi sendiri tatkala regim Pemerintah terus menyebelahi konglomerat mengumpul kekayaan tanpa kepedulian terhadap rakyat. Lebih malang apabila pembangunan projek seperti RAPID ini tidak mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat setempat. 

Himpunan Hijau Lestari Pengerang ini sangat besar ertinya dan penting bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan projek RAPID ini memandangkan beberapa konflik dan tanda tanya selain menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang yang masih tidak ditangani dengan baik oleh regim pemerintah hari ini.

Projek bernilai RM68 bilion ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta merangkumi kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan perkampungan tradisi di Pengerang akan menyebabkan enam masjid, 11 surau, 5 sekolah kebangsaan, 5 sekolah agama, 3 sekolah jenis kebangsaan Cina, 3 rumah kakitangan Kerajaan, 3 klinik desa, 2 balai polis, serta 9 balai raya menjadi mangsa kemusnahan alam sekitar dan lebih ngeri apabila seluruh masyarakat sekitar terdedah dengan unsur petrokimia yang boleh menyebabkan barah.

SAMM Johor akan menggerakkan seberapa ramai aktivis kami untuk bersama-sama dalam Himpunan Hijau Lestari Pengerang bagi membangkitkan rasa kepedulian anak muda dan seluruh rakyat Johor berhubung dengan aspek pembangunan yang sekadar memenuhi nafsu rakus beberapa kelompok elit mengaut keuntungan jutaan ringgit dan memangsakan rakyat biasa.

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor







DEMO TELAH MENJADI BUDAYA POLITIK MALAYSIA - MADEY FRUS MENONGGENG




KITA SEDANG BERDEMO DI PENGERANG

KOMENTAR TUKAR TIUB

pagi ini beribu ribu
warga pengerang
warga johor
warga himpuan hijau berdemo
menentang perampasan tanah di pengerang

rakyat - melayu china dan india
telah bangun berdemo

demo telah menjadi budaya kita

projek pengerang
projek lynas
projek gebeng
projek bukit koman
hanya akan diselesaikan
apabila united malays national organisation
din humbankan ke dalam tong sampah sejarah

rakyat tidak ada jalan lain
rakyat tidak ada pilihan
hanya demo yang akan mengubah keadaan

Projek Rapid Pengerang Dapat Kelulusan EIA - Pengarah JAS Johor
JOHOR BAHARU: Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di kawasan seluas 2,600 hektar di Pengerang, Kota Tinggi bawah kendalian Petronas mendapat kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor,  Mokhtar Abdul Majid berkata Laporan EIA berhubung projek itu telah dikemukakan kepada JAS Putrajaya pada 4 Jun lepas dan diluluskan 27 Ogos lepas.
""Laporan EIA terperinci yang disediakan jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS bagi cadangan projek ini, telahpun diluluskan setelah ia memenuhi kehendak Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Kelulusan diberikan setelah meneliti pelbagai skop kajian yang dijalankan termasuk kualiti udara, air, proses petrokimia dan penapisan minyak selain analisa risiko dan kesihatan awam, kesan trafik, bunyi bising, sosio ekonomi dan penilaian ekonomi terhadap kesan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Malah, beliau berkata laporan itu juga telah dikaji bersama input daripada agensi berkaitan dan pakar pengulas individu yang dilantik JAS semasa Mesyuarat Panel Pengulas pada Julai lepas, sebelum ia diluluskan.
Berhubung isu ketiadaan masa mencukupi memberikan ulasan mengenai projek berkenaan seperti yang dibangkitkan pembangkang, Mokhtar berkata Laporan EIA terperinci mengenai cadangan projek itu telahpun dipamerkan bermula 9 Jun sehingga 21 Julai lepas. 


NOTA:
radio bansar utama
meghantar satu tim pemberita
ke demo pengerang

rabu akan membuat laporan
sila tunggu

KONSERT 8  TUNTUTAN - MENGEGAR GEROMBOLAN