Jumaat, 4 November 2022
PAS BEREBUT KERUSI
Kerjasama gagal kerana Umno minta 2 kerusi PAS, kata Hadi
TINDAKAN Umno meminta dua kerusi PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjadi antara punca kegagalan rundingan kerjasama kedua-duanya menerusi Muafakat Nasional (MN), kata Abdul Hadi Awang.
Menjelaskan dengan lebih terperinci, presiden parti Islam itu mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meminta kerusi Pasir Putih dan Kubang Kerian pada PRU15.
Hadi berkata permintaan itu disampaikan semasa pertemuan terakhir antara PAS dan Umno sebelum parti Islam itu akhirnya memutuskan untuk mengukuhkan kerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) pada bulan lepas.
“Beliau (Zahid) minta PAS beri kerusi Pasir Putih kepada Umno. Beliau mahu Nik Muhammad Nik Zawawi Salleh (penyandang) ke Kubang Kerian.
“Kemudian beliau minta kerusi Kubang Kerian dan menyuruh Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi Jerantut yang tidak tahu boleh menang atau kalah,” katanya dalam program Pengistiharan Calon PN Terengganu PRU15 di Rusila, Marang, malam tadi.
Menurut Hadi lagi, Zahid juga meminta PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu yang disifatkannya tidak munasabah terutama sekali apabila pemimpin parti Melayu itu memberi alasan yang Bersatu mengkhianati Umno.
“Dalam pertemuan itu Zahid menyuruh PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu atas alasan khianat.
“Saya kata kalau ikut sejarah PAS dengan Umno dahulu lagi teruk. Orang PAS dikenakan Akta Kesalahan Dalam Negeri (ISA) dan ada maut dalam peristiwa Mamali. Tapi kita boleh bersabar dan memaafkan sebab ingin selesaikan masalah,” katanya.
Hadi mengakui perkara itu mengecewakan PAS kerana Umno masih dengan sikap lama yang tamakkan kuasa.
Tambahnya, sikap Umno itu juga mengundang kemarahan beliau semasa rundingan kerjasama antara PAS, Bersatu dan Umno bagi mengukuhkan kerajaan PN.
Hadi tidak menyatakan dengan tepat bila mesyuarat tersebut namun mendakwa Umno turut meminta peruntukan 80 kerusi biarpun tarikh PRU15 belum pasti.
“Muhyiddin yang ketika itu sebagai pengerusi berkata terpaksa tawaduk kerana Bersatu bukan parti besar.”
Namun ujarnya bukan semua dalam Umno berperangai begitu dan mana yang tidak sehaluan dan ingin menegakkan kebenaran akhirnya terpaksa menerima nasib tidak dicalonkan untuk PRU15.
Beliau membayangkan lebih ramai pemimpin Umno dibuang oleh presidennya kerana tidak sehaluan dan menyertai PN.
Beberapa hari selepas Parlimen dibubarkan, PAS mengumumkan akan memperkukuhkan kerjasama dengan PN dan meninggalkan Umno.
Ia menamatkan drama tarik tali antara PAS dengan Bersatu dan juga Umno buat masa ini. – 4 November, 2022.
WOIT
SEKARANG
BARU JELAS
KAH KAH KAH
BUKAN KERANA
GARIS POLITIK
KAH KAH KAH
BUKAN KERANA
BERBEZA DASAR
AMIN
BUKAN KERANA
UMMAH
KAH KAH KAH
TAPI KERANA
BEREBUT DUA
KERUSI
AMIN
PUKRAK MUKRAK
APA PUNYA
TUUUUUUR
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
CINA KECINAAN DALAM DAP
Peluang DAP raih undi Melayu
TIDAK mustahil seorang ahli Parlimen berketurunan minoriti dari DAP menjadi perdana menteri Malaysia pada satu hari nanti. Itulah cita-cita parti ini.
Parti ini mahu prinsip meritokrasi mendasari setiap keputusan penting negara, termasuk dalam pelantikan pemimpin utama Malaysia. Itulah impiannya.
Itulah yang dimaksudkan ketua umumnya Lim Guan Eng dalam satu potongan rakaman ucapannya yang tular di WhatsApp sekitar seminggu lalu.
Dalam rakaman itu, bekas menteri kewangan tersebut menganjurkan agar rakyat tidak terjerat dengan isu kaum dan agama untuk membolehkan Malaysia terus maju.
“Tengok dekat Great Britain. Sekarang seorang dari kaum minoriti, seorang yang berketurunan India dan Hindu boleh jadi perdana menteri Great Britain.
“Tapi kita masih keluarkan tohmahan berdasarkan agama dan bangsa. Macam mana kita nak cakap kita hormati semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.
Lim merujuk pelantikan Rishi Sunak ke jawatan perdana menteri United Kingdom. Negara kelahiran Sunak pernah menjajah negara kelahiran ibu kepada pemimpin parti Konservatif itu.
Lim memberi contoh idealis dan eksotis. Tapi tentulah Lim tidak menyebut Sunak hanya meraih kejayaan selepas mengahwini anak jutawan.
Ahli Parlimen Richmond di UK itu mendapat untung daripada kejayaan firma bapa mertuanya.
Sunak meloncat pantas ke puncak kuasa British sewaktu syarikat dikuasai keluarganya untung besar dari dasar dilaksana kerajaan pimpinan parti Konservatif.
Adakah Lim melihat Sunak memacu kemaraan politiknya dengan kebolehannya semata-mata tanpa jaringan keistimewaan dinikmati golongan maha kaya UK?
Salah satu syarikat dikuasai keluarga Sunak bernilai hampir AS$80 bilion. Ia mendapat untung dengan membantu syarikat UK menggantikan pekerja mereka dengan migran bergaji murah.
Pada masa sama, Sunak waktu itu mempromosi dasar Brexit partinya yang mahu mengekang imigrasi bagi menjamin kerja untuk warga British.
Banyak lagi isu berkaitan konflik kepentingan menghurung Sunak dan menimbulkan persoalan sejak anak kelahiran Southampton itu dilantik menjadi perdana menteri akhir bulan lalu.
Lim menyebut mengenai keturunan Sunak dan pelantikannya ke jawatan itu dalam satu nafas kerana membandingkan prejudis ke atas kaum minoriti di negara ini.
.
Prejudis itu kuat, terutama kerana majoriti pemimpin utama dan ahli DAP terdiri daripada keturunan Cina dan India saja dan kerana parti itu banyak memperjuang hak minoriti.
Ia semakin kuat apabila muncul ekstremis seperti Ronnie Liu yang mahu DAP terus mempertahankan kecinaannya.
Kalangan pemimpin dalam DAP seperti Liu merengsa penyokong Pakatan Harapan (PH) sendiri apabila timbul isu seperti pengenalan kepada tulisan jawi dalam tiga halaman buku teks sekolah.
Ia antara isu kecil yang diperbesar-besarkan kalangan pemimpin DAP sehingga pentadbiran PH kacau-bilau waktu itu.
DAP tidak berupaya mendisiplinkan ahlinya dan membiarkan kepentingan parti mengatasi matlamat lebih besar pentadbiran Putrajaya.
Kesannya dapat dilihat dalam keputusan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai pada November 2019, yang memberi bayangan kepada kejatuhan PH pada Februari 2020.
DAP sedar ia memerlukan sokongan pemilih Melayu untuk menguasai Putrajaya dan tidak dapat terus kekal di bawah tempurung Pulau Pinang saja.
Kita boleh lihat DAP menyedari perkara itu apabila parti tersebut meminda perlembagaannya bulan lalu bagi mendisiplinkan pemimpin parti yang bermulut celupar.
Mengikut pindaan baharu perlembagaan, ahli yang berani bising-bising membantah keputusan akan dihumban keluar oleh parti dengan frasa “demokrasi” dalam nama rasminya ini.
Langkah ratifikasi akta antilompat parti di peringkat DAP itu menyebabkan wakil rakyatnya yang tidak taat kepada ketetapan akan gugur keahlian serta merta.
.
Tindakan itu mengecewakan wakil rakyat seperti Liu yang menganggapnya sebagai satu usaha mengekang kebebasannya untuk bersuara.
Penyandang kerusi DUN Sungai Pelek itu mahu kekal dengan DAP buat masa ini tetapi kita boleh meneka masa depannya dalam parti itu tidak lagi bersinar.
Dalam kesempatan ini, beliau mempersoalkan keputusan DAP menggugurkan panyandang kerusi seperti Wong Tack yang giat membantah loji memproses sisa nadir bumi Lynas.
Ramai masih ingat protes Himpunan Hijau digerakkan Wong yang berjalan kaki dari Gebeng, Pahang ke bangunan Parlimen untuk menyampaikan memorandum membantah pembinaan loji itu.
Loji berkenaan kini berdiri megah di Gebeng dengan satu lagi loji memproses sisa dibina khas di hulunya, hasil kelulusan yang dibuat sewaktu 22 bulan PH menguasai Putrajaya.
Seterusnya, minggu lalu DAP mengumumkan Wong digantikan dengan calon Melayu Young Syefura, penyandang kerusi DUN Ketari untuk mempertahankan kerusi Bentong.
Mengulas perkembangan itu, Liu membangkitkan ketidakadilan dialami Wong, yang dianggapnya sebagai pejuang.
Menteri daripada DAP yang meluluskan lesen tersebut pula, Yeo Bee Yin beruntung kerana diumumkan dapat bertanding di Puchong, kata Liu.
“Beliau lanjutkan lesen operasi Lynas tapi dapat ganjaran kerusi selamat. Pejuang yang malang pula diarah tinggalkan kerusi untuk bertanding di kerusi lebih sukar.
“Kini beliau (akan) bertanding sebagai calon Bebas sebagai bantahan,” kata Liu mengulas pengumuman Wong yang tetap mahu melawan untuk mempertahankan Bentong.
Tentulah DAP boleh kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu loji Lynas dan menyalahkan perdana menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad atas kelulusan yang diberi.
Kita masih ingat bagaimana Himpunan Hijau serta perjalanan getir dan luka-luka di kaki Wong diperbesar-besarkan DAP sedikit masa lalu.
Tetapi menterinya tidak berani pun letak jawatan bagi membantah loji Lynas, malah meluluskannya pula. Itulah yang pengundi boleh nampak.
Ia juga menyebabkan orang nampak pemimpin DAP hanya pandai mengacah-acah dalam isu sensitif tetapi tidak berani bertegas dalam kes loji yang didakwa maha bahaya.
DAP dilihat tidak serupa dulu, tidak sekental Lim yang sering diriwayatkan sanggup dipenjara 18 bulan kerana mempertahan kesucian seorang gadis Melayu.
Patutlah Wong dan Liu sangat berang. Tapi DAP amat memerlukan sokongan pengundi Melayu dan calon seperti Young Syefura dilihat sesuai bagi kerusi seperti Bentong.
Keputusan mencalonkan Young Syefura untuk kerusi Bentong mungkin berpandu kepada kejayaan di Raub, yang dikekalkan calon Melayu selama dua penggal sejak 2013.
Komposisi pengundi Bentong lebih kurang Raub juga – pengundi Melayu kira-kira 50%, pengundi Cina lebih kurang 40%.
Isu setempatnya juga lebih kurang serupa. Kedua-duanya jadi sasaran pelaburan baharu hasil projek berimpak tinggi yang merentasinya – lebuh raya CSR dan juga kereta api elektrik ECRL.
Kes pembukaan tanah haram untuk membangunkan ladang durian juga merengsa pengundi. Wong, Liu dan para pemimpin DAP rajin sekali tampil mempertahan kebun haram ini.
Banjaran Bentong dan Raub bakal menikmati kemakmuran besar dan DAP tentu tidak mahu membiarkannya terlepas ke tangan MCA semula.
Pada kali ini juga, buat julung kalinya DAP berusaha memperluaskan kuasa ke kerusi Kuala Lipis dengan mempertaruhkan calon Melayu veteran parti itu, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Zulpuri pertama kali menang di DUN Mentakab pada PRU13. Dalam PRU lalu beliau mempertahankan Raub, kerusi dimenangi Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz penggal sebelumnya.
Pada kali ini, Zulpuri juga diumumkan bertanding kerusi DUN Tras, kerusi yang sudah dua penggal dikawal DAP dalam kerusi disandangnya di Raub.
Seorang lagi calon muka baharu DAP, Muhamad Khairi Khalid akan bertanding DUN Pulau Manis, dalam kawasan Parlimen bekas perdana menteri Najib Razak yang kini dipenjara.
Kemaraan DAP sehingga ke Lipis kali ini disebut sebagai mimpi dan angan-angan oleh pemimpin Umno tempatan. Kita lihat nanti siapa yang akan terjaga. – 4 November, 2022.
DAP ADA SLOGAN
MALAYSIAN
MALAYSIA
AMIN
TAPI MASIH ADA
CINA KECINAAN
YANG GAGALKAN
PROJEK BAIK
PARTI DAP
AMIN
KHALAS
MENARIK MALAM INI JAM 9.00
MENARIK
MALAM INI
JAM 9.00
AMIN
Menarik Malam Ini
Ikuti ulasan dan perbincangan lanjut menuju PRU15
#Politikopi - 4 November 2022
.
Bersama panelis:
🔊 PROF DR. AZMI HASSAN
Felo Kanan, Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)
.
🔊 HISHAMUDDIN RAIS
Pengamat & Aktivis Politik
.
🗓 Tarikh : 4 November 2022 (Jumaat)
🕘 LIVE : 9.30 MLM
.
LINK YOUTUBE LIVE
https://youtu.be/9ira8NqVUBM
.
LINK FACEBOOK LIVE
https://fb.me/e/3GLGzZwK3
.
Like, Subscribe & Follow DIALEKTIKA TV untuk wacana BEBAS | BENAR | BERANI.
Sebarkan, bersama kita membangun negara dengan wacana yang matang dan benar.
#DialektikaTV
#Politikopi
BILA SAIFUDDIN BERSUARA DALAM PKR
Rafizi patut henti buat kenyataan perbincangan dalam PKR
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli diminta tidak membuat kenyataan secara terbuka mengenai perbincangan dalam PKR kepada umum.
Nasihat tersebut disuarakan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail agar calon Parlimen Pandan itu berhenti daripada membuat sebarang kenyataan.
“Parti telah buat keputusan. Hormat dan patuh. Elak buat kenyataan tentang hujah, alasan atau siapa di sebalik sesuatu keputusan itu dibuat.
“Calon telah dimuktamad. Itu keputusan bersama. Ini keputusan parti. Tidak semua perbincangan dalaman parti perlu di hebah. Proses parti perlu dihormati,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Semalam, dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, Rafizi berkata, parti mempunyai pendapat berbeza mengenai kerusi Parlimen Sungai Buloh.
Rafizi mendedahkan beliau yang merupakan pengarah pilihan raya PKR dan jawatankuasa calon parti itu mencadangkan agar penyandang kerusi Sungai Buloh, R Sivarasa dikekalkan sebagai calon.
Namun Rafizi berkata, Presiden PKR, Anwar mempunyai pandangan berbeza dan kekal mencalonkan timbalan ketua penerangannya, R Ramanan.
Dalam pada itu, Anwar berkata, faktor kesihatan mengakibatkan Sivarasa digugurkan sebagai calon bagi mengelakkan kemudaratan kepada kemenangan PH.
Ini kerana jelas Anwar, Ketua Cabang Sungai Buloh itu mengalami masalah kesihatan yang mungkin memberi kesan kepada PH dalam mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan.
R Ramanan akan berdepan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mewakili Barisan Nasional (BN).
BILA SAIFUDIN
BERSUARA INI
TANDA BERAT
AMIN
KERANA SAIFUDIN
JARANG BERSUARA
KAH KAH KAH
INI MACAM
AMARAN PADA
RAFIZI DARI
SETIAUSAHA PKR
AMIN
KHALAS
SD ZAHID DISIASAT SPRM
SPRM buka siasatan surat aku janji calon Umno
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji calon Umno untuk menyokong presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri, yang tular.
Ketua Pesuruhjayanya SPRM Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung penularan surat aku janji berkenaan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.
“Kami buka kertas siasatan berhubung perkara ini kerana ia merupakan satu kesalahan salah guna kuasa, dikatakan ada calon pilihan raya ini dipaksa tandatangan untuk menyokong seseorang menjadi perdana menteri," katanya kepada Bernama hari ini.
Tular aku janji dengan kepala surat Umno yang memaparkan tandatangan Zahid dan Setiausaha Agung Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon Umno dan Barisan Nasional yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk mencalonkan serta menyokong Zahid sebagai perdana menteri.
Azam berkata SPRM akan memanggil pihak yang berkaitan bagi membantu siasatan kes terbabit.
Beliau berkata antara yang akan dipanggil adalah Shamsul Anuar Nasarah yang namanya disebut dalam aku janji itu.
Sementara itu, setiausaha politik kepada Shamsul, yang juga pengarah komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Azizan Md Zain membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi hari ini berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji itu.
Azizan berkata pihak polis diminta menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan kerana surat aku janji itu adalah palsu.
Pasukan undang-undang BN Comms pula membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penularan surat aku janji itu secara dalam talian hari ini.
Setiausaha BN Comms Dazma Shah Daud berkata sebarang penyebaran maklumat BN hanya akan dikeluarkan melalui platform rasmi BN, BN Comms dan Umno Online.
WOIT
BETUL KE
BERITA INI?
AMIN
SALAH KE KALAU
KITA BUAT
AKU JANJI
AMIN
SALAH MACAM
MANA ?
AMIN
PASAL APA
PULAK SPRM
MASUK ?
KAH KAH KAH
ZAHID BAGI
DUIT KE ?
AMIN
KHALAS
MENCIPTA FITNAH
MENCIPTA FITNAH
TAK TIPU
BUKAN POLITIK
AMIN
Unknown commented on"AKU JANJI FITNAH - ZAHID KATA"
Bukan semua fitnah, ada kala fitnah dicipta sendiri supaya menipu orang, sendiri buat kerja, kemudian jerit jerit macam kena fitnah kah kah kah ini cara politik lama, cara operasi mereka, kacau ganggu gaduh tapi kena ingat siapa dapat Cui Bono ? Strategi think thank begitu ramai siang malam fikir cara menang, bagaimana nak tipu, semua jadi modal kajian kah kah kah peng anal kerja siang malam supaya cari makan, ini masa buat duit, RM jatuh riba siapa tak mahu, Tok Haji pun lepas lepas mahu jugak, gigi sengih siap sampai telinga woit, kalau tak tipu bukan politik kah kah kah nasib baik ada juga orang cerdik sekarang macam 3.8 pointer kah kah
SEKARANGS SEMUA ADA SABSIDI - LEPAS MENGUNDI APA JADI ?
SEKARANG SEMUA
ADA SABSIDI
AMIN
LEPAS MENGUNDI
APA AKAN JADI ?
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"AWAS !!! EKONOMI MAKIN PARAH - BUNGA NAIK"
Sekarang semua bantu, bagi hamper, isi minyak, isi rumah dapat bantuan, telur subsidi, sehingga bila, sehingga tarikh berapa? Kah kah selepas raya kembali ke mana? Semua barang naik, tol naik, harga minyak naik, cukai naik, telur naik tak suka boleh blah dari Malaysia, itu kata orang politik selepas menang, nampak tak, sekarang ini mereka tak berani buka mulut, semua senyap senyap amin, kalau masih tak tahu perangai orang politik biar pi mampooos sekali kah kah kah
YB RARA PILIHAN BENTONG
Pengundi teruja DAP umum Young Syefura tanding Bentong
RATA-RATA pengundi Bentong teruja kerana DAP mengumumkan penyandang kerusi DUN Ketari Young Syefura Othman sebagai calon kawasan itu bagi pilihan raya umum 19 November.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight, ia menepati citarasa mereka yang berharap dapat memilih calon baharu yang diyakini boleh menjaga kebajikan mereka di kawasan itu.
Bekas pesuruhjaya sumpah, Ow Wan Sang, 75, berkata calon muda seperti Young Syefura Othman antara tokoh yang mendapat perhatian pengundi sekarang.
“Young yang juga kami panggil sebagai YB Rara ini bukan sahaja muda, tetapi rajin. Sejak beliau menjadi Adun, beliau sudah buktikan yang dia boleh diharap.
“Beliau rajin turun padang, tidak kira kebakaran, banjir, masalah longkang tersumbat memang dia akan turun padang dan bantu selesaikan dengan segera,” kata anak jati Bentong itu.
Ow yang berpengalaman melihat mutu perkhidmatan BN sejak sekian lama berkata beliau dapat memerhatikan perbezaan apabila DAP merampas kerusi tersebut pada penggal lalu.
Beliau berharap Young Syefura dapat berkhidmat lebih baik berbanding penyandang kerusi itu, Wong Tack yang menurutnya jarang dapat ditemui.
“(Penyandang kerusi) Bentong, Wong Tack jarang dilihat di pejabatnya selain jarang bersuara di parlimen. Rakyat sudah lama memerhati tetapi YB Rara ini memang selalu kelihatan di pejabatnya.
“Pengalaman diri sendiri, saya mendapat bantuan yang diberikan kerajaan pusat dengan cepat disebabkan bantuan pemimpin muda itu.
“Disebabkan itu, saya lebih mahukan pemimpin muda seperti YB Rara untuk menjadi ahli parlimen Bentong ini,” katanya.
Seorang pengundi kali pertama, pekerja kedai serbaneka Nur Alia Abdullah, 21, berkata pemimpin muda seperti Rara merupakan calon kegemaran pengundi muda sepertinya.
“Pengundi muda seperti saya semestinya mahukan muka baru, ini bukan sahaja di Bentong tetapi juga kehendak ramai rakan-rakan sebaya dengan saya.
“Saya teruja juga apabila Rara dicalonkan sebagai wakil DAP untuk parlimen Bentong.
“Dia cantik, rajin, pantas beri bantuan malah masalah longkang tersumbat diselesaikannya dengan segera. Sebelum itu kami buat aduan selama tiga kali pun tidak selesai,” katanya.
Kata Nur Alia, pemimpin muda diyakini lebih bertenaga dan kurang terdedah kepada jenayah rasuah selain boleh membawa pembaharuan kepada parlimen Bentong.
Keperibadian calon lebih penting
Seorang pemilik kedai basikal di pekan Bentong, Kong Moon Sin pula berkata, beliau lebih tertarik kepada keperibadian Young Syefura berbanding Wong walau kedua-duanya mewakili DAP.
“Sebagai contoh bekas ahli parlimen, Wong Tack dan Rara adalah daripada parti yang sama tetapi dari segi keperibadian yang senang didekati rakyat, Rara akan menjadi pilihan saya.
“Calon yang mempunyai akhlak baik, bebas rasuah, mesra rakyat dan rajin semestinya pilihan kami, tidak kira dia dari parti yang sama,” kata Kong, 50.
Pendapat yang sama dikongsi pengundi muda, Phoon Zsi Kei, 19, yang mahu calon yang dipilih dapat melaksana manifesto dan janji parti.
“Siapa yang akan melaksanakannya di kawasan masing-masing? Calon itu sendiri demi kebaikan dan kebajikan rakyat yang memilihnya.
“Jadi, calon yang bersih (bebas rasuah) dan jika boleh muda diperlukan,” katanya yang menjalankan perniagaan makanan bersama keluarganya.
Kata Phoon, ahli Parlimen baru yang akan memenangi kerusi perlu diyakini dapat membawa pembaharuan dan kemajuan ke kawasan itu.
Suri rumah, Masdira Rasuhaidi, 25, turut berharap pemimpin yang mengambil berat kebajikan pengundi akan menjadi pilihannya tidak kira dari mana-mana parti yang diwakilinya.
“Bagi saya, pemimpin itu perlu ambil berat kepada kebajikan rakyat kawasan ini. Tidak kira DAP, Barisan Nasional, bebas mahupun PAS.
“Kalau rakyat ada masalah kena laju turun padang, terutamanya ketika musibah seperti banjir dan kebakaran.
“Selain itu, pemimpin itu perlu rajin menjalankan aktiviti bersama rakyat bagi menjalin silaturrahim dan lebih mesra didekati rakyat,” katanya.
Pemimpin bawa kemajuan
Seorang lagi pengundi, Mohd Syahriman Sa’ari, 36, pula melihat langkah DAP menampilkan Young Syefura akan memberi kelebihan untuk menarik sokongan pengundi terutamanya pengundi Melayu.
Data PRU14 menunjukkan pengundi Melayu membentuk kumpulan pemilih terbesar, kira-kira 46% dari sejumlah lebih 67,000 pengundi Bentong, diikuti Cina 42% dan India kira-kira 9%.
Angka itu dijangka berubah dalam PRU kali ini selepas mengambil kira pengundi yang didaftarkan secara automatik berusia 18 tahun.
Mengulas lanjut, pekerja hotel itu juga berharap calon muda tersebut tidak akan mempermainkan janjinya pada mereka kelak.
“Calon baru tidak semestinya muka yang tidak dikenali, seperti Rara memang dikenali sebagai Adun Ketari tetapi baru untuk parlimen Bentong.
“Orang sepertinya diyakini akan membawa kemajuan di sini. Saya yakin pemimpin muda akan menarik pengundi baru dan juga veteran yang sudah malas dengan pemimpin kuat main wayang.”
Ketika ditanya mengenai pembangunan yang diharapkan, Mohd Syahriman berkata Bentong yang kini menjadi lokasi tarikan pelancong perlu dimajukan seiring dengan bandar-bandar lain.
“Kami masih ada pusat beli belah yang terbengkalai di dalam pekan, cawangan restoran makanan segera perlu dipelbagaikan dan tempat letak kereta perlu ditambah di pekan ini.
“Apabila ada banyak kemudahan baru, lebih banyak entiti perniagaan akan membuka cawangan di sini selain penambahan peluang pekerjaan kepada rakyat Bentong sendiri,” katanya.
Pencalonan Young Syefura untuk kerusi Bentong diumumkan setiausaha agung yang menyifatkannya langkah strategik untuk menjamin masa depan DAP sebagai parti pelbagai bangsa.
Young Syefura dijangka bertembung bekas presiden MCA, Liow Tiong Lai yang juga bekas menteri sebagai calon BN di kerusi terbabit.
Liow dan seorang calon dari PAS ditewaskan Wong dengan majoriti kira-kira 2,000 undi dalam PRU14.
Wong yang digugurkan dari kerusi tersebut ditawarkan bertanding di kerusi Cameron Highlands tetapi menolak dan dilaporkan akan terus bertanding sebagai calon Bebas di Bentong. – 4 November, 2022.
YB RARA
RAJIB KERJA
CEKAP KHIDMAT
AMIN
MALAPETAKA
BAJIR JADI UJIAN
AMIN
YB RARA LULUS
CEMERLANG
AMIN
YB RARA PUN
CANTIK & CUN
JADI TARIKAN
ANAK MUDA
AMIN
KHALAS
KOBID TERUS MENGGANAS
Kes harian Covid-19 meningkat 4,711, lapor KKM
KES jangkitan harian Covid-19 di Malaysia meningkat untuk hari kesembilan berturut-turut apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,711 kes baharu semalam.
Jumlah jangkitan baharu ini mengatasi pesakit yang pulih, sekali gus menjadikan kes aktif kini berjumlah 34,609.
Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,480.
Selangor menyumbang 1,609 kes, Kuala Lumpur (1,168) dan Putrajaya (111), yang menjadikan Lembah Klang menyumbang kepada 2,888, atau 61% daripada kes baharu.
Negeri dan wilayah lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Perak dengan 391, Negeri Sembilan (299), Pulau Pinang (232), Sabah (215), Melaka (149), Kedah (135), Kelantan (128), Pahang (79), Sarawak ( 75), Johor (60), Terengganu (41), Labuan (14) dan Perlis (5).
Data menunjukkan 32,956 orang (95.2%) berada menjalani kuarantin di rumah dan 1,586 (4.8%) di hospital.
Terdapat 67 pesakit dalam unit rawatan rapi dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Awal minggu ini, menteri kesihatan sementara Khairy Jamaluddin memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan Covid-19 dan menggesa orang ramai untuk terus berwaspada pada setiap masa.
Beliau menggalakkan orang ramai terus memakai pelitup muka di ruang yang sesak dan tertutup dan mengesyorkan rawatan Paxlovid untuk pesakit berisiko tinggi. – 4 November, 2022.
KITA KEMBALI
KE WILAYAH
ITU SEKALI
LAGI
AMIN
UNTUK SELAMAT
KITA IKUT C.U.H
CARA UNTUK HIDUP
AMIN
TIDAK ADA JALAN
LAIN MELAINKAN
KITA JAGA KITA
AMIN
KHALAS
Langgan:
Catatan (Atom)