Isnin, 1 Jun 2020

RUMAH PUTEH DISERANG









RUMAH PUTEH 

DISERANG


UNDI TAK PERCAYA 30 JULAI









MANA  DULU

KES INI KAH?

ATAU

UNDI TAK CAYA


Kes cabar sidang Parlimen 18 Mei didengar 30 Julai


CABARAN undang-undang terhadap perdana menteri dan speakar Dewan Rakyat kerana mengehadkan persidangan 18 Mei hanya untuk ucapan Yang di-Pertuan Agong akan didengar pada 30 Julai.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas mendengar pengurusan kes pagi tadi.

Permohonan itu difailkan oleh peguam R Kengadharan dan aktivis sosial D Arumugam, yang meminta pengisytiharan mahkamah yang persidangan satu hari itu tidak berperlembagaan.

“Perkara yang dibangkitkan oleh permohonan ini sangat penting bagi demokrasi berparlimen kita,” kata Kengadharan kepada The Malaysian Insight hari ini.


Kedua-duanya diwakili oleh peguam T Gunaseelan sementara Peguam Kanan Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali bagi Jabatan Peguam Negara (AGC).

Para pemohon berkata mereka menyerahkan surat mahkamah kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusoff pada 21 Mei.

Dalam saman pemula yang diajukan pada 15 Mei, kedua-duanya berkata notis dikeluarkan kepada anggota Parlimen berhubung persidangan sehari itu bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan dan Perintah Tetap.

Dalam afidavit, mereka berkata langkah itu menghalang pembentangan dan perdebatan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang diusulkan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mereka berkata urusan sehari itu tidak memenuhi kehendak Artikel 55 perlembagaan kerana tidak ada perkara penting lain akan dibincangkan, seperti disyaratkan oleh Perintah Tetap 14 (1).

Permohonan itu datang beberapa hari sebelum persidangan 18 Mei tetapi Kengadharan memberitahu The Malaysian Insight, walaupun ia didengar selepas persidangan itu, ia tidak akan menjadikan permohonan mereka akademik.

“Kami ingin persidangan itu diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan,” katanya. – 1 Jun, 2020.


JENG JENG JENG

JULAI AKAN

SAMPAI

KHALAS

BAHAYA AIR INDIA





DI INDIA

SEMUA PUTAR

BERHATI HATI


Pesawat Air India berpatah balik, juruterbang positif Covid-19

NEW DELHI – Sebuah pesawat Air India (AI) tanpa penumpang yang dalam penerbangan dari Delhi ke Moscow diarahkan berpatah balik ketika berada di ruang angkasa Uzbekistan selepas syarikat penerbangan itu menyedari salah seorang juruterbang positif Covid-19.

Ini berikutan kecuaian pasukan pemeriksaan laporan ujian pra penerbangan anak kapal apabila telepas pandang laporan Covid-19 ke atas juruterbang sebagai negatif sedangkan ia adalah positif dan membenarkan beliau memasuki pesawat yang akan membawa pulang warga India dari Moscow.

PELIK 

DAH POSITIF

MACAM MANA

TERLEPAS

AMIN


MADEY TIBAI PENCURI LAGI






NIAT NAK

BERSATU

TAPI JADI

TERBARAI

BILA SOKONG

PENYAMUN 


Bersatu akan hancur kerana kerjasama dengan pencuri, kata Dr Mahathir

BERSATU akan hancur apabila parti itu menerima presiden parti, Muhyiddin Yassin yang menjadi perdana menteri atas sokongan pencuri, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika mengingatkan ahli parti mengenai ikrar Bersatu untuk menjatuhkan Najib Razak dalam pilihan raya umum lalu, yang digelarnya pemimpin kloptokrat.

Bagaimanapun usaha itu juga akan hancur kerana Muhyiddin kini menjadi perdana menteri hasil sokongan golongan pencuri tersebut, katanya.

“Apabila menang presiden parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah kerajaan Pakatan Harapan.

“Dengan sokongan pemimpin pencuri, presiden Bersatu menjadi perdana menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional,” katanya.

Katanya, Bersatu akan hancur kerana mengabaikan janji kepada pengundi sewaktu berusaha menjatuhkan pemimpin kleptokrat tersebut.

“Sekarang sudah dapat (undi) lupakan sahaja. Dengan ini Bersatu akan hancur,” katanya yang menambah pengundi tidak lagi akan percaya kepada parti tersebut di masa hadapan.

Dr Mahathir seterusnya mempersoalkan sekiranya pemimpin lain dalam Bersatu dapat menerima tindakan itu.

“Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin? Okaylah – asal dapat nikmat.

“Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat? Yang digelarkan sebagai pemimpin kleptokrat,” katanya.

Kenyataan itu timbul susulan desas-desus mengenai peralihan sokongan di kalangan beberapa ahli Dewan Rakyat yang didakwa menyebabkan Muhyiddin kini tidak mendapat majoriti di Parlimen.

Peralihan sokongan itu dikaitkan dengan pelucutan jawatan Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen yang juga pemimpin kanan Bersatu. – 1 Jun, 2020.


RUJUK KE ASAL

KEMBALI BERSAMA

KAWAN LAMA

SEMUA BERES

AMIN

PARTI BARU AKAN DITUBUHKAN



PARTI BARU
POLITIK MALAYSIA 
TERUS BERGOLAK
SEBUAH WADAH BARU
SEBUAH PARTI BRU
SENDANG DIRANCANG
UNTUK MENAMBUNG
KEBANJIRAN 
DAN
KEBOCORAN 
POLITIK TERKINI

BANTUAN 
PEMBACA DIMINTA

ANTARA  DUA LOGO INI
MANA YANG LEBIH AFDAL
UNTUK  SEBUAH PARTI
 GAGAH BULAT
KENTAL KUAT 
TEGAS LURUS
TIDAK BERCABANG
BERTERAS BESI


PILIHAN INI


ATAU

PILIHAN INI

MADEY KATA BERSATU AKAN HANCUR






SIAPA PECURI ?

Bersatu akan hancur kerana kerjasama dengan pencuri, kata Dr Mahathir



BERITA MENYUSUL




LARI KE GERMAN






BERITA ANGIN


TUAN HAJI LEBAI NASRUDDIN
BEKAS  YB TEMERLOH
LAMA TIDAK KELIHATAN 

BARU BARU INI
BERITA MENULAR BAHAWA
TUAN HAJI INI
SEDANG MENYAMBUNG
PELAJARAN  DILUAR NEGARA

TUAN HAJI DIBERITAKAN
MENYAMBUNG PELAJAAN 
DALAM
ILMU VIDEO DAN FILEM 
DI MUNICH GERMAN

BERITA INI
BELUM ADA KESAHEHAN
YANG SAHEH
LAGI AFDAL
LAGI SUCI
LAGI SYUMUL

MAKA BERITA INI
KITA ANGGAP 
HANYA BERITA ANGIN
FURTUN MINKUM
AL HAL KOM
TAK MALOOON

AMIN WAL FURKUM

BAHAYA CHINA MERAH







BAHAYA DARI

CHINA MERAH

JANGAN FITNAH NAJIB





JANGAN 

FITNAH NAJIB

Kmu semua gila kuasa, sedang rakyat sedang sengsara wabah melanda.Berhentilah penting diri, berebut harta negara menjual aset milik org Islam mana sorok wang hasil jual aset tabung haji dn lain2, 
kmu PH penyangak / pencuri sebenar, kmu semua fitnah DS Najib, tpi kmu semua penyangak/ pencuri muka tk malu, rakyat sengsara d bawah pemerintahan PH 
on 
JULAI AWAR JADI PM
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 01/06/20

Cer tengok gambar p

RAKYAT MISKIN BANGUN MELAWAN






RAKYAT MISKIN

BANGUN MELAWAN

GAPO DIO








GAPO

NEGARA TERKAYA - RAKYAT TAK MAKAN






NEGARA TERKAYA

TAPI RAKYAT 

TAK MAKAN

Sejumlah rekod rakyat Amerika menghadapi kelaparan tahun ini kerana bencana ekonomi yang disebabkan oleh wabak coronavirus. Wabak ini menjadikan  puluhan juta warga yang tidak dapat membeli makanan yang mencukupi untuk memberi makan kepada keluarga mereka.

Di seluruh negara, permintaan bantuan di bank makanan dan pantri telah melambung tinggi sejak virus tersebut memaksa ekonomi ditutup. Data terbaru menunjukkan  lebih dari 40 juta mendaftar untuk mendapat bantuan.

Hasilnya, dianggarkan satu daripada empat kanak-kanak, yang setara dengan 18 juta kanak-kanak di bawah umur, memerlukan bantuan makanan tahun ini - peningkatan 63% berbanding tahun 2018.

Secara keseluruhan, kira-kira 54 juta orang di seluruh AS boleh lapar jika tiada bantuan bank makanan, setem makanan dan bantuan lain, menurut analisis oleh Feeding America, rangkaian bank makanan nasional.

PROJEK MADEY AKAN GAGAL




PFROJEK MADEY

AKAN GAGAL

BILA ANWAR

NAK JADI PM

Perjanjian Dr Mahathir-Anwar dan Sarawak kunci Pakatan kembali berkuasa


PELAN Pakatan Harapan untuk mengambil semula kuasa kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bergantung kepada dua elemen iaitu sokongan Ahli Parlimen Sarawak dan perjanjian baharu antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

Sumber Pakatan berkata satu perjanjian perlu dicapai antara Dr Mahathir dan Presiden PKR itu bagi menentukan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan berjaya dalam usaha merampas semula Putrajaya.

Sumber itu berkata perbincangan kini sedang berjalan antara kedua-dua kem melibatkan wakil dari kedua-dua pemimpin itu bagi mencari jalan untuk mencapai dua objektif itu.

Pakatan berhasrat untuk mendapatkan sokongan antara 18 dan 22 ahli Parlimen supaya memperoleh majoriti antara 126 dan 130 kerusi Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Anwar sebelum ini berkata usaha itu masih berjalan dan dibincangkan.

Pakatan yang kini menggabungkan PKR, DAP dan Amanah, membentuk gabungan pembangkang.

Bersama mereka adalah Parti Warisan Sabah dan lima Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Dr Mahathir, menjadikan keseluruhan 108 kerusi Parlimen berdasarkan persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Di pihak kerajaan, Perikatan Nasional mempunyai sokongan 114 Ahli Parlimen termasuk 57 Ahli Parlimen dari PAS dan Umno yang membentuk kerjasama politik Muafakat Nasional.

Pemimpin Pakatan berkata mereka mungkin tidak mendapat sokongan dari Umno dan PAS kerana permusuhan dengan DAP dan Amanah.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah Sarawak mempunyai blok ahli Parlimen yang ramai dengan 19 wakil.

Walaupun GPS menyatakan sokongan kepada Perikatan, mereka menegaskan bawah gabungan itu bukan sebahagian daripada Perikatan.

Difahamkan Pakatan kini memancing GPS untuk mendapatkan semua 18 ahli Parlimennya bertukar sokongan bagi membentuk kerajaan baharu.

Pada masa yang sama, Pakatan juga cuba menarik sokongan 31 ahli Parlimen Bersatu yang kini bersama-sama Muhyiddin.

Pakatan percaya beberapa ahli Parlimen tersebut yang berkempen dan menang pada PRU14 tidak puas hati dengan corak pentadbiran Perikatan terutamanya dalam soal urusan dengan Umno.

Ini kerana pemimpin Umno secara berterusan bertelagah dengan Bersatu dan mereka hanya bekerjasama dalam gabungan itu sehingga PRU15.

Satu lagi kumpulan ahli Parlimen yang menjadi sasaran adalah ahli Parlimen bekas PKR yang mengikut jejak bekas timbalan presiden Azmin Ali meninggalkan Pakatan pada 24 Februari dalam Langkah Sheraton. – 1 Jun, 2020.


WARISAN

GPS

TAK SUKA

ANWAR

KALAU ANWAR

MASIH BERKERAS

MAKA PROJEK

MADEY AKAN

GAGAL

KHALAS

JANGAN HANYA BERCAKAP BUAT AKSI





JANGAN HANYA

BERCAKAP

BUAT AKSI

apa pun berlaku pada jawatan piem, kami rakyat sama saja, sebelum pilihanraya dapatlah sekampit beras,sekilo gula, sebotol minyak cap ayam, sardin, maggie mee, selepas tu kena tunggu lima tahun, kalau nasib baik ada pilihanraya kecil, masa tu memang mewah lah, kah kah kah satu undi dapat sekampit beras je, 
 yang soal billion billion ini depa yang curik samun rompak, entah lah sapa nak bayar semua nie, tapi tengok tengok orang kerja politik ini kaya belaka,.
 semua buat istana, pakai kereta mewah, bini pon ramai, mewah lah,.
nak masuk politik tak pandai nak tipu tak pandai nak bohong tak pandai belit ular so nak buat camana??? untung depa cepat kaya pakai nama agama pakai nama bangsa pakai nama negara, hujung jadi perompak negara bangsa agama sekaligus kah kah kah syukuri nikmat illahi on 
ADA APA
 PADA PAGI JULAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 01/06/20

T

AHLI BERSATU SOKONG MADEY






ATUK PUNYA

POWER

SOKONGAN 

TAK LUNTUR


Akar umbi marah dengan pemecatan Dr Mahathir, kata pemimpin Bersatu

PEMIMPIN Bersatu menggesa parti menyelesaikan segera kemelut yang kini menyebabkan pengerusi mereka Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi ahli Parlimen dilucut keahlian.

Pemimpin ini berkata, ahli di peringkat akar umbi bukan sahaja jemu dengan perkembangan yang berlaku tetapi juga marah dengan tindakan dikenakan ke atas pemimpin yang dihormati mereka.

Ketua Pemuda Bersatu Pulau Pinang, Muhammad Shameer Mohamed Sulaiman berkata sentimen itu dilihat daripada 11 daripada 13 Pemuda bahagian yang menentang tindakan pemecatan tersebut.

Jelasnya, Pemuda Bersatu Pulau Pinang melihat keputusan melucutkan keahlian Dr Mahathir dan empat lagi ahli Parlimen itu jelas tidak sah mengikut perlembagaan parti.

Ini kerana kesemua ahli Parlimen tersebut masih kekal setia bersama parti, katanya kepada The Malaysian Insight.

“Kesemua mereka tidak pernah mengisytiharkan keluar parti mahupun menyertai mana-mana parti lain di negara ini. Mereka masih kekal bersama Bersatu,” jelasnya.

Beliau turut menggesa agar satu mesyuarat khas diadakan segera supaya parti yang terbelah dua itu dalam membentuk hala tuju yang jelas semula.

“Panggil Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi atau pun buat perhimpunan agung luar biasa untuk akar umbi nyatakan suara dan pendapat tentang hala tuju parti,” tambah beliau.

Beliau mengulas tindakan parti memecat Dr Mahathir, Mukhriz dan tiga lagi – ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Pemecatan melalui surat oleh Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya itu menyebut keahlian mereka dalam Bersatu “terhenti serta merta” kerana tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh presiden parti Muhyiddin Yassin.

Surat itu memberikan alasan bahawa pada sidang Parlimen pada 18 Mei lalu, kelima-lima mereka “telah menyertai dan duduk di blok pembangkang” di Dewan Rakyat, semasa mendengar titah diraja oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen terbabit bagaimanapun menganggap tindakan parti mengumumkan keahlian mereka terhenti serta merta itu bertentangan dengan proses dan perlembagaan parti.

Mereka mahu mencabar keputusan tersebut di mahkamah dan menganggap alasan pemecatan disebabkan duduk di blok pembangkang itu sebagai “dangkal dan tidak munasabah”.

Lima ahli Parlimen terbabit juga menganggap tindakan itu bertentangan dengan proses dan perlembagaan parti.

Seorang ketua bahagian, Uzair Ismail pula percaya tindakan pemecatan Dr Mahathir dan lima ahli Parlimen tersebut tidak mengikut undang-undang kerana sepatutnya dikeluarkan oleh setiausaha agung.

Beliau mengulas perkembangan dan kekeliruan yang timbul apabila setiausaha kerja Muhammad Suhaimi dipecat pula daripada jawatan itu oleh Setiausaha Agung Marzuki Yahya.

Suhaimi dilaporkan dipecat beberapa jam selepas mengeluarkan surat mengenai pelucutan keahlian Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen terbabit.

Keabsahan jawatan Marzuki pula menjadi pertikaian memandangkan Muhyiddin sudahpun mengelarkan arahan menggantikan beliau dengan Hamzah Zainuddin pada pertengahan Mac lalu.

Mengulas perkara itu, Uzair yang merupakan ketua bahagian Sekijang berkata timbul pertikaian mengenai surat arahan mengenai pelucutan keahlian Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen terbabit.

Jelasnya, kuasa memecat seseorang ahli bukan di bawah bidang kuasa setiausaha kerja tetapi tugas setiausaha agung dan presiden.

Oleh itu beliau bimbang tindakan berkenaan akan mendorong kepada perpecahan dalam Bersatu.

“Setiausaha kerja, melangkaui tugas setiausaha agung dan presiden. Pada pandangan saya tak sah. Ini sengaja menimbulkan kemarahan bersifatkan perpecahan dalam Bersatu,” jelas beliau.

Beliau turut berkata, Bersatu perlu kembali kuat seperti awal-awal penubuhannya empat tahun lalu dan berharap Muhyiddin dan Dr Mahathir kembali berbaik dan dapat bekerjasama.

“Kami akar umbi mahu Muhyiddin dan Dr Mahathir bergabung semula, hilangkan persepsi dan pacu semula negara.

“Akar umbi sangat memerlukan kekuatan Tun ( Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Muhyiddin sebagai presiden, seperti mana Bersatu mula ditubuhkan sebelum ini,” ujar beliau.

Mengulas mengenai kemelut yang timbul dalam Bersatu waktu ini, Exco Pemuda Muzammil Ismail berkata para pemimpin berkenaan perlu mengenepikan ego untuk mengelakkan parti berpecah-belah.

Katanya, mereka berharap demikian kerana ahli Bersatu menghormati Dr Mahathir dan anak beliau, Mukhriz, yang mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden dalam pemilihan.

“Mahathir Mohamad dan Muhyiddin ayahanda kami, Mukhriz Mahathir pula pemimpin utama kami. Saya dan ahli akar umbi yang lain merayu, ini soal kita.

“Pedulikan pihak lain. Selesaikan urusan kita. Ketepikan ego. Ahli akar umbi rata-rata sudah letih dan mengharapkan pimpinan atasan bijak dalam mengatur kuasa bersama,” kata Muzammil.

Mengulas lanjut Muzammil yang mencabar Syed Saddiq untuk jawatan ketua Pemuda Bersatu berkata parti pada masa ini sepatutnya perlu menumpukan kepada usaha mengukuhkan kerajaan.

“Tumpuan kini adalah mengukuhkan kerajaan dan kuasa yang ada bagi memastikan ahli parti terus mendapat manfaat dan rakyat sedang berharap kerajaan ini akan berkhidmat lebih baik,” jelasnya.

Tindakan Muhyiddin ke atas Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen berkenaan bagaimanapun disokong anggota Majlis Pimpinan Tertinggi seperti Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Katanya tindakan berkenaan perlu dilakukan untuk membersihkan parti dan percaya Bersatu akan semakin kuat selepas dapat berkuasa bersama Umno dan PAS.

“Bersatu dalam proses pemulihan, pembersihan dan penyatuan kembali ahli-ahlinya. Ber masih utuh setelah mereka yang melanggar perlembagaan parti tersebut terlucut keahliannya.

“Bersatu telah pun selamat apabila keluar dari PH dan menubuhkan kerajaan PN. Bersatu akan terus memainkan peranan penting dalam menjayakan proses pendaftaran PN demi kestabilan politik Melayu-Islam,” tambahnya. – 1 Jun Mei, 2020.

TANPA MADEY

BERSATU

JADI 

BERTABUR

KHALAS

TUKANG CIUM TANGAN





TUKANG CIUM

TANGAN 
huru hara negara Malaysia kerana puak puak ini anggap negara bapak depa punya,puak ular puak anaconda puak liberal puak sondol puak mamu puak indon puak Kerala puak mandeliar semua mahu share kekayaan negara sebab tu ramai sokong, ramai bantah semua ada agenda sudah pasang lukah sudah pasang niat, kalau ikut pemimpin tak teruk mana, 
yang tukang bodek, tukang kasut, tukang hasut, tukang cium tangan, tukang punah nasihat, semua kerja siang malam, mencari formula, tikam menikam, khianat mengkhianati kah kah kah akhirnya Malaysia milik mereka yang geliga otak, daulah terpendam pun rasa rasa bekerja siang malam, entah nak sokong mana, buang saja semua yang ada, tak payah piem, tak payah munke, tak payah siapa siapa kah kah kah manusia dan dunia akan lebih aman lebih baik 
kah kah kah 
on 
DALAM MASA
 DUA MINGGU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 31/05/20

T

ANWAR AKAN SABOTAJ?



ANWAR AKAN

SABOTAJ ?


Perjanjian Dr Mahathir-Anwar dan Sarawak kunci Pakatan kembali berkuasa


BERITA MENYUSUL


PRTI ISLAM BALAK ATAU PARTI BALA ISLAM




PARTI ISLAM 

BALAK

ATAU PARTI

BALAK ISLAM
memang lah cara mudah cari duit, komisen masuk kira balak, siapa peduli tak cukup air? janji dapat pakai Vellfire, dapat pakai Mercedes,air cond sejuk sejuk selesa jalan jalan bawa bini muda, dalam sejuk dapat nikmat dunia, ayat ayat akan ada , dapat cari kah kah kah syukuri nikmat illahi on
 REMBAT BALAK 
ATAS NAMA TUHAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 31/05/20

p

BERIT DARI NOKIA






BERITA NOKIA
BERMULA 1 JUN 2020 
KEBENARAN RENTAS NEGERI DIBOLEHKAN ATAS 
SEBAB KECEMASAN
 SAPERTI KEMATAN
 PERUBATAN DAN
 BEKERJA SAHAJA

MAJLIS
 KESELAMATAN NEGARA

KEBENARAN RENTAS  NEGERI 
JUGA DIBOLEHKAN 
BAGI PASANGAN SUAMI ISTERI
 JARAK JAUH 
YANG MEMPUNYAI 
SEBAB MUNASABAH 
BERMULA 1 JUN 2020  
DENGAN SURAT 
KEBENARAN PDRM

MAJLIS
 KESELAMATAN NEGARA

ANWAR KENCING DAP DAN AMANAH SEKALI LAGI






ANWAR NAK

KENCING 

AMANAH DAP 

SEKALI LAGI
bila dengar pasal kencing abam, gwa teringat akan enchek rajapetra. lebih kurang 20tahun lepas rpk pernah pergi risiko kan diri sendiri semata-mata nak pergi seludup air kencing abam untuk dibuat ujian makmal ke australia. sebelum naik flight rpk bawa balik simpan dalam peti ais dalam bilik tidur. 
ditanya oleh marina: (terjemah ke bahasa melayu lebih kurang begini:apa kejadah siapa punya air kencing dalam ni? !!!). rpk membalas: air kencing abam. Jika dia kata kita kencing dia kita boleh kata air kencing dia lebih dulu ada dalam peti ais di rumah ini) ironinya sampai ke hari ini kencing abam pun boleh jadi buah mulut orang 
kahkahkah on 
SEJARAH ANWAR
 DALAM ABIM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 01/06/20

NOTA
MARINA IALAH ISTERI RPK

MADEY DAPAT SOKONGAN





MADEY DAPAT

SOKONGAN

Akar umbi marah dengan pemecatan Dr Mahathir, kata pemimpin Bersatu


BERITA MENYUSUL


ISLAM BALAK






ISLAM BALAK
sekarang nie Ustad dok check plan balak, mana satu nak tebang,.mana satu takung air 
kah kah kah
 on 
IKUT CARA
 RETARD
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 31/05/20

m

KENAPA PAS TOLAK ANWAR




DULU ANWAR

HADI DALAM ABIM
Jenis bisexual tak layak 
pegang jawatan piem atau menteri lah. 
on 
ADA APA 
PADA PAGI JULAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 31/05/20

s