Sabtu, 14 Oktober 2023

MASIH MENUNGGU HEZBOLLAH


MASIH MENUNGGU

HEZBOLLAH

AMIN

DUNIA SERENTAK SOKONG PALESTIN


DUNIA SERENTAK

SOKONG PALESTIN

AMIN

IBRAHIM ALI CAKAP BETUL



Putra sifatkan sumbangan RM10 juta kepada Palestin tidak telus, tidak jelas

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyifatkan pendirian Kerajaan Madani terhadap isu kekejaman, kezaliman dan ketidak perikemanusian sebagai ‘tidak telus’ dan ‘tidak jelas’.

Presidennya,  Ibrahim Ali berkata, pengumuman sebanyak RM10juta sebagai sumbangan kepada Tabung Kemanusian Palestin, tidak mencerminkan kemarahan majoriti warga dunia sejagat selain, mendakwa ia hanya sekadar menunjukkan simpati secara sepintas lalu.

“Kenapa Kerajaan Malaysia, Wisma Putra tidak memangil duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia dan menyatakan kecaman kutukan di atas perbuatan zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang berterusan.

“Menimbulkan tindak balas Hamas untuk mempertahan hak rakyat Palestin tidak lebih dari menutup kejahatan Israel terhadap rakyat Palestin yang berterusan seperti merampas tanah-tanah milik rakyat Palestin dan melakukan berbagai kekejaman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Justeru katanya, Putra mendesak kerajaan supaya mengutuk dan mengecam keganasan dan kegilaan zionis Israel yang disokong oleh AS dan sekutu Eropah secara langsung dengan cara menyerah nota bantahan rasmi terhadap zionis Isrsel dan sekutunya melalui duta AS di Malaysia dan melalui Duta Malaysia ke AS secara terus menerusi Rumah Putih Presiden kuasa besar dan duta Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ujarnya, nota bantahan itu perlu diserahkan kepada Setiausaha Agung PBB dengan segera dan kecaman sama hendaklah diserah kepada sekutu-sekutunya oleh duta-duta Malaysia kepada Presiden Perancis, Perdana Menteri Britain, Canselor Germay, Presiden India dan Presiden parlimen Eropah.

“Putra berharap tidak ada permainan wayang atau retorik dalam menangani isu kekejaman dan kejahatan zionis Israel yangv sudah berlarutan lebih 75 tahun.

“Kekejaman ini akan berterusan tanpa henti dan kita rakyat Malaysia yang prihatin wajib mengutuk zionis Israel dan sekutunya tanpa henti,” tambahnya. –


TOK HENG

CAKAP BETUL

AMIN

KEPALA TAIK

ISRAEL AMERIKA

AMIN

TANPA AMERIKA

ISRAEL TAKAN

WUJUD

AMIN

KHALAS

MEDIA PRO ZIONIS


MEDIA DUNIA

PRO ZIONIS

ATAU DIMILIKI 

ZIONIS

KHALAS

UGUTLAH - KALU TAK SALAH TAKUT APA ?



Diugut SPRM punca MP Kuala Kangsar terpaksa sokong PMX: Hamzah


Berdepan ugutan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi punca Ahli Parlimen (MP) Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan kepada kerajaan campuran, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu mendedahkan butiran dan kronologi berhubung ugutan dan tekanan yang diberikan kepada wakil rakyat gabungan itu.

Ujarnya, tindakan menakut-nakutkan Iskandar Dzulkarnain itu dipercayai bertujuan mendapatkan sokongan supaya kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Hamzah mendakwa, pada 1 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain dibawa untuk bertemu seorang pegawai tertinggi SPRM di sebuah hotel di Damansara dan diugut akan didakwa atas kesalahan rasuah jika enggan menandatangani kenyataan media yang disediakan lebih awal untuk menyokong kerajaan.

“Sebelum itu, pada 26 September 2023, Ahli Parlimen Kuala Kangsar juga didatangi seorang taikun perniagaan bergelar Tan Sri, yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri (Anwar) di sebuah lokasi sekitar Damansara.

“Beliau ditekan dan didesak untuk menyokong Perdana Menteri serta dijanjikan habuan wang ringgit dan kedudukan dalam beberapa syarikat.

“PN mengutuk keras tindakan Kerajaan Madani yang berterusan menyalahgunakan kuasa bagi melakukan intimidasi dan ugutan terhadap pemimpin pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Iskandar Dzulkarnain dalam satu kenyataan, memutuskan untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mendakwa, dalam pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Iskandar Dzulkarnain kelihatan amat tertekan akibat tindakan menakut-nakutkan yang dibuat ke atas beliau.

Pada masa sama, Hamzah berkata, PN kesal dengan kenyataan media didakwa dibuat Iskandar Dzulkarnain secara terburu-buru dengan menggunakan hujah peruntukan pembangunan sebagai alasan amat berbeza dengan penjelasan diberi kepada beberapa pemimpin parti.

“PN mendesak kerajaan menghentikan tindakan salah guna kuasa dan intimidasi terhadap semua ahli Parlimen.

“Amalan seperti ini amat bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam sebuah negara yang menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat Biro Politik BERSATU akan memanggil Iskandar Dzulkarnain bagi mendapatkan penjelasan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November tahun lalu, Iskandar Dzulkarnian menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan memperoleh 14,380 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Maslin Sham Razman yang memperoleh 10,814 undi dan Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Pakatan Harapan (10,356 undi) serta calon Gerakan Tanah Air (GTA), Dr Yusmalia Mohamad Yusof (204 undi).



WOIT

KALAU LU

TAK SALAH

NAK TAKUT APA?

AMIN

UGUTLAH

TANGKAPLAH

DAKWALAH

AMIN

YG BENAR

TETAP BENAR

OPPS... TAPI

INI DI MALAYSIA

ZAHIDD PUN 

BOLEH BEBAS

KHALAS

DERMA DARI RAKYAT MALAYSIA


DERMA DARI

RAKYAT MALAYSIA

AMIN

KETUM MASIH JADI MANGSA


Ops Tapis Khas: 4,509 orang termasuk pelajar, penjawat awam ditahan

KUALA LUMPUR – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.707 juta dalam Ops Tapis Khas yang diadakan di seluruh negara pada 10 hingga 12 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Mohd Kamarudin Md Din berkata, rampasan itu dilaksanakan bersama JSJN negeri-negeri yang disertai 2,528 pegawai dan anggota.

Katanya, daripada 5,014 individu diperiksa sebelum 4,509 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dadah serta kesalahan lain dan kesemua mereka berusia lingkungan antara 14 hingga 70 tahun.

“Daripada jumlah itu seramai 482 orang adalah tokan dadah termasuk seorang penjawat awam dan seorang pelajar sekolah manakala 2,232 orang adalah penagih (4 penjawat awam dan 3 pelajar).

“Disamping itu, seramai seramai 195 orang lagi adalah dikehendaki atas pelbagai kesalahan dadah disusuli 1,600 orang lagi yang mana tujuh daripadanya pelajar sekolah ditahan atas lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Kamarudin, dalam operasi itu, serbuan dilakukan di kawasan Felda dan Felcra, pot penagih, Projek Perumahan Rakyat (PPR), sekatan jalan raya dan perkampungan nelayan.

Tambah beliau, operasi itu memberi tumpan kepada mengesan dan menangkap tokan dadah di sekatan jalan, memusnahkan pot-pot penagihan, bertindak atas penagih tegar, menangkap suspek dikehendaki kesalahan dadah serta tindakan pencegahan ke atas pengedar dadah yang dikenalpasti.

“Nilai dadah yang dirampas itu adalah membabitkan pelbagai jenis dadah seberat 129.83 kilogram (kg) dan 492.26 liter dan ia termasuk Syabu 44.3kg, Ganja 5.79 kg,Heroin 2.7 kg, daun ketum 75.8 kg dan air tekum sebanyak 484.60 liter.

“Selain itu, pasukan juga berjaya membuat sitaan pelbagai aset milik kesemua suspek iaitu jam tangan mewah, barang kemas, kenderaan mewah serta wang tunai kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,103,559 juta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 sekaligus menjadikan nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan aset adalah berjumlah RM2.810 juta,” ujarnya.

Mohd K berkata, amarudin, kesemua suspek disiasat dibawah pelbagai seksyen di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, individu dikehendaki dan juga Akta Racun 1952.

Sementara itu, Kamarudin memberitahu, sepanjang Ops Tapis Khas 1 hingga Ops Tapis Khas 4 yang dilaksanakan sejak Januari hingga Oktober ini, seramai 17, 147 suspek ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah manakala sejumlah 2,434.27 kilogram dan 4460.14 liter cecair pelbagai jenis dadah bernilai RM23.911 juta dirampas. – 

WOIT

MASANYA DAH

TIBA UNTUK

KITA BEBASKAN

KETUM DARI

AKTA BAGINDA

QUEEN

AMIN

DAH DI RAMPAS

LEPAS TU APA

JADI ?

AMIN

SIMPAN DIMANA?

MUSNAH MACAM

MANA ?

AMIN

SAJE TANYA

KALAU GANJA

DIBAKAR ASAP

SATU NIKMAT

KAH KAH KAH

KHALAS

SAUDI FIKIR SEKALI LAGI TENTANG ISRAEL


SAUDI FIKIR

SEKALI LAGI

TENTANG ISRAEL

AMIN

DI GAZA NAMANYA JENAYAH PERANG



DI GAZA

NAMANYA

JENAYAH PERANG

KHALAS



Unknown commented on
 "SELAMATKAN WARGA PALESTIN DARI DIBUNUH ZIONIS"

Orang salah bukan negara, manusia salah bukan alam, jangan asyik kategori manusia ikut kaum budaya negara sampai satu negara begitu sekali, amat cetek pemikiran kita orang dayus sangatkah pemikiran orang kita? Siapa salah hukum orang-orang itu bukan hukum satu negara sekali kah kah kah

TANJUNG MILIK KEDAH


JANGAN LUPA

PULAU PINANG

ADA SEBAHAGIAN

DARI KEDAH

AMIN

SEPERTI 

SINGAPURA

PULAU MILIK

JOHOR

KHALAS

NILAI RINGGIT REENDAH


Ringgit ditutup rendah RM4.72 pada hari Bajet 2024 dibentang

Ringgit mengakhiri sesi urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika unit negara maju itu terus mengukuh berbanding mata wang lain dalam tempoh 24 jam lepas.

Untuk rekod, Bajet 2024 dibentang Anwar Ibrahim pada petang Jumaat dan penutupan pada 6 petang tadi menyaksikan ringgit susut ke paras 4.7260/7305 berbanding dolar AS daripada 4.7090/7140, semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ini turut didorong oleh jangkaan kebanyakan pelabur bahawa AS akan menaikkan lagi kadar faedahnya.

“Kenaikan Indeks Harga Pengguna AS hanya menguatkan lagi spekulasi bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan lagi kadar faedah itu pada tahun ini.

“Jangkaan sedemikian hanya memacu pengukuhan dolar AS berbanding mata wang wang dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lainnya.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7615/7670 daripada 5.7925/7987 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 4.9760/9807 daripada 5.0005/0058 namun susut berbanding yen kepada 3.1582/1615 daripada 3.1572/1614.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia lain, termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4522/4559 daripada 3.4556/4598 semalam.

Ringgit juga naik berbanding baht Thailand kepada 12.9810/9995 daripada 12.9997/13.0207 sebelum ini.

Ia bagaimanapun susut berbanding rupiah Indonesia pada 301.3/301.7 daripada 299.9/300.4 pada Khamis dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.32/8.33 berbanding 8.31/8.32, sebelum ini.

WOIT

KITA LIHAT

MINGGU DEPAN

AMIN

BARU KITA TAHU

APA PANDANGAN

DOLAR TERHADAP

BELANJAWAN 2024

KHALAS

CINTA SEORANG KAWAN



Remaja selamatkan rakan sebelum mati lemas – Polis

MELAKA – Seorang remaja lelaki cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas ketika meraikan majlis perpisahan guru dikatakan punca dirinya mati lemas di Pantai Mutiara, Kem Terendak, Sungai Udang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa, Faris Darwisy Mohd Faizal, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak tiba di pantai berkenaan bersama 14 pelajar dan dua guru sekolah berkenaan pada pukul 4.30 petang.


“Mangsa tiba di pantai berkenaan bersama 14 rakannya untuk meraikan hari terakhir guru pelatih mengajar di sekolah mereka dengan mengadakan majlis makan-makan di situ.

“Namun hanya mangsa dan seorang lagi rakannya memilih untuk mandi pada pukul 6 petang sebelum rakannya itu hampir lemas tetapi berjaya diselamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tambah Christopher, kemudiannya rakannya dan guru hanya menyedari mangsa tiba-tiba terkapai-kapai dan hilang tanpa sempat diberi bantuan oleh guru dan pelajar lain.

“Operasi melibatkan sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu dan 13 anggota pasukan skuba BBP Masjid Tanah sebelum mayat ditemui pasukan skuba komando tentera darat pada pukul 9.25 malam.

“Mayat ditemui pada kedudukan kira-kira 50 meter daripada tempat terakhir pelajar tersebut dilihat mandi dan disahkan meninggal dunia dipercayai lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Tambahnya, jenazah dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) – 

 TANDA SETIA

SEORANG KAWAN

AMIN

BERKORBAN

JIWA

AL FATIHAH

AMIN

KHALAS

KOMEN BELANJAWAN


Belanjawan 2024 sentuh hal remeh yang tidak pernah dipeduli kerajaan lain

BELANJAWAN 2024 menyentuh isu-isu dianggap bukan keutamaan sejak sekian lama oleh kerajaan sebelum-sebelum ini dan pastinya ia akan memberi kelegaan kepada kumpulan B40 yang paling terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, kata pemerhati.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, menurut mereka belanjawan ini yang tertinggi dalam sejarah turut memberi perhatian kepada sektor pendidikan terutama pelajar dari kumpulan B40.

Kata mereka, lebih banyak dana diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah dan fasiliti pendidikan.

Pelepasan dalam bentuk diskaun untuk pinjaman pelajar membantu meringan beban mereka.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan Madani semalam yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’

Belanjawan ini dibentuk dengan berpandukan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMK12).

Ia merupakan belanjawan kedua dibentangkan Anwar, yang juga menteri kewangan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri.

Ahli akademi Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata beliau kagum dengan Anwar yang memberi perhatian lebih kepada perkara yang dianggap tidak penting sebelum ini seperti menaik taraf tandas di sekolah serta infrastruktur pusat penjaja yang lama.

“Ini belanjawan pro rakyat. PM sentuh semua orang, beliau bercakap tentang keperluan harian mereka bukan sahaja di semenanjung tapi juga di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan memaksimumkan belanjawan untuk rakyat dan pada masa yang sama mensasarkan subsidi untuk yang layak. Dalam keadaan sekarang dan kekangan kewangan, kerajaan masih buat sehabis baik untuk bantu rakyat.

“Saya terkejut beliau beri perhatian untuk sediakan peruntukan baiki tandas di sekolah dan baiki serta naik taraf pusat penjaja.

“Ini tidak pernah diberi perhatian oleh kerajaan sebelum ini. Satu perkara lagi yang bagus ialah kebanyakan kontraktor untuk projek kecil-kecil ini ialah Melayu dan mereka menerima manfaat daripada itu,” katanya.

Anwar mencadangkan kerajaan akan membaik pulih dan menaik taraf tandas di 8,354 sekolah hujung tahun ini. Kerajaan akan memperuntukkan RM150 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara untuk menyelenggara dan membaiki tandas awam.

Anwar mengumumkan peruntukan RM110 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf pusat penjaja dan pasar awam yang uzur.

Mazlan berkata Anwar menunjukkan komitmennya untuk menyemak elaun dan gaji penjawat awam.

Katanya, insentif RM2,000 merupakan yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan.

“Saya rasa lebih dari sedekad, jika tidak salah saya, gaji penjawat awam disemak. Insentif itu tinggi dan saya fikir ia akan manfaatkan ramai penjawat awam.

“RM1,000 untuk veteran yang pencen menunjukkan kerajaan juga memberi perhatian terhadap bekas penjawat awam,” katanya.

Anwar membentangkan Belanjawan 2024 pada Jumaat yang berjumlah RM393.8 bilion dengan RM303.8 bilion diperuntukkan bagi belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka. – 14 Oktober, 2023.

WOIT

KOMEN AWAL

LIHAT MENARIK

AMIN

TAPI NI BELUM

KE PASAR BELI

AYAM DAN TELOR

AMIN

KHALAS

APA KATA PBB TENTANG GAZA


APA KATA

P.B.B TENTANG

GAZA

AMIN

SELAMATKAN WARGA PALESTIN DARI DIBUNUH ZIONIS



SELAMATKAN

RIBUAN MANGSA

DIBUNUH ZIONIS

ADALAH BAIK

AMIN

YANG BAIK

TETAP BAIK

AMIN

YANG JAHAT

TETAP DILAWAN

KHALAS


Unknown commented on
"LANGKAH BAIK 
DARI CHINA MERAH"

Sekarang China Merah jadi baik pulak? Saban hari hentam kata tak3baik pulak kah kah kah

PERANG UNTUK BAWA DAMAI


PERANG UNTUK

BAWA DAMAI

AMIN

Unknown commented on
 "PILIH ADIL ATAU ZALIM"

Kah kah kah... Orang politik yang gila. Maknosia biasa jadi mangsa. Lu bangun memberontak mencari keadilan akhirnya yang elitis dikalangan kamu yang mengzalimi kamu. Apa punya bodoh... Zalim tak penting. Adil tak penting. Yang penting ada makan ada pakai cukup. Orang dalam penjara hidup aman damai. Makan minum ditanggung. Lebih baik terkurung dari terbiar. Lebih baik tergantung dari bebas mcm burung tetapi tiada apa hendak dimakan. Apa erti kebebasan? Apa erti keamanan? Apa erti keadilan? Sekiranya perut lapar terseksa lebih baik mati. 
Tetapi mati vukannya mudah. Lebih baik berperang.. Merampas atau dirampas. Mati atau hidup. Itu lumrah. Bukan kerana ideologi budaya karut ciptaan maknosia. Bukannya omong kosong idealis idealis bacul dan bangang mengaharsp utopia 72 bidadari sungai arak dan susu bersimpang siur. Itu semua janji karut yang paling palsu ciptaan manusia. Kononnya sesudah kemenangan ada keadilan. Kononnya sesudah kejayaan tiada kezaliman.

BELANJAWAN NEGARA


BELANJAWAN


SABTU 14 OKTOBER 2023
KELMARIN JUMAAT
PARLIMEN BERSIDANG
MENTERI KEWANGAN
BENTANG  BUJET

DARI HARI INI
KITA AKAN DENGAR KOMEN
DARI PARA EKONOMIS
DARI PEMERHATI POLITIK

SOALAN NYA MASIH HEBOH
PASTILAH
HARGA BARANG
NILAI RINGGIT JATUH
BERBANDING DOLAR

BUJET MEMERANJATKAN
SUBSIDI AYAM
SUBSIDI TELOR DI LUPUS
WOW
APAKAH KERAJAAN 
AKAN GALAKAN WARGA MEMILIHARA
AYAM UNTUK DAGING
AYAM UNTUK TELOR

AYAM DAN TELOR
ADA LAH SUMBER  PROTEIN
YANG MURAH BERBANDING
DENGAN 18 RM SEKILO
IKAN KEMBUNG

KITA NAK DENGAR APA
KOMEN TUAN PUNYA WARUNG
PASTI NASI CAMPUR 
NAIK HARGA
MENU RAHMAH
DAH LESAP

GULAI IKAN AKAN NAIK HARGA
TELOR MATA  SEKARANG
1.RM SEBJIJI
NAK JADI BERAPA ?
AMIN

GAZA
MASIH DI KEPUNG
ZIONIS BERI AMARAN
MINTA WARGA GAZA BERUNDUR
TAK LAMA LAGI GAZA AKAN DI BOM
BERIBU RIBU WARGA GAZA
KINI BERUNDUR KE ARAH MESIR

NEW YORK
ANTONIO GUTERES
DARI PBB KATA 
APA YANG TERJADI DI GAZA
WAJIB DIHENTIKAN SEGERA
INI PEMBUNUHAN RAMAI RAMAI

CHINA MERAH
KELMARIN  JUMAAT
SEORNAG DIPLOMAT ISRAEL
DI TIKAM DI CHINA
TANDA SOKONGAN
KEPADA PALESTIN

HOKKEIN 
PAGI INI KERING SEGAR BERJEREBU
KL & KL SENTARL BERJEREBU
MAA HARI DAH KELUAR
LANGIT KELAM

TERKUKUR BERSUARA
DARI DALAM BELUKAR
TIONG BISING
GUA JALAN ARAH KE SUNGAI
AMAT JELAS JEREBU
SEDANG MEMBALUT KUALA LUMPUR

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
NAK TENGOK HARGA AYAM
NAK TENGOK HARGA TELOR
APAKAH BUAH DUKUNG
MASIH 3 KG 10 RINGGIT ?
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN

BRO
BILA BERTIUP ANGIN BARAT
OMBAK BESAR BERHENTI DULU
BILA HIDUP INGIN SELAMAT
BERCAKAP BENAR BERBUDI TAHU

BILA PADI TIDAK DI TAMPI
MANA NAK TAHU HALUS KE KASAR
BILA JANJI TIDAK DI TEPATI
RAKYAT PANGGIL MAT PUTAR
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERCUTI