Rabu, 13 September 2017

SAPA BUAT LAWAK




SAPA CAKAP

SAPA BUAT

LAWAK?

KAH KAH KAH

Kita akan memperkukohkan ekonomi Amerika Syarikat! Jangan main-main.
LikeShow more reactions
Comment
Comments
Michael Chick I DEMAND you tell me what drugs he's taking !!!!
LikeShow more reactions
Reply8 hrs
Manage
Shufiyan Shukur eh....not bad for an economy smaller than Los Angeles, but the Malay heartland believes it.
LikeShow more reactions
Reply
3
8 hrs
Manage
Michael Chick Tell me what drugs the Malay heartland are taking then...
LikeShow more reactions
Reply
1
8 hrs
Manage
Shufiyan Shukur the ones that causes one to do this: ðŸ¤£ðŸ¤£
LikeShow more reactions
Reply
1
8 hrs
Manage
Michael Chick I want to be wholesaler !!
LikeShow more reactions
Reply8 hrs





--------------------

NAK TANYA






NAK TANYA
Tu dagu ke atau ketumbuhan? on 
SATU FITNAH
Publish | Delete | Spam
AnonHariIni
on 9/12/17




---------------------

SUDAH KALAH - CABUT LARI







SUDAH KALAH

CABUT LARI



Hundreds of Isis defectors mass on Syrian border hoping to flee

Several dozen former fighters have already crossed into southern Turkey in recent weeks as terror group loses territory

Hundreds of defectors from Islamic State have massed in Syria’s Idlib province, with many planning to cross the nearby Turkish border and find ways back to the Middle East, North Africa and Europe.
Several dozen former fighters have already made it across the heavily patrolled frontier to towns and cities in Turkey’s south in recent weeks, the Guardian has confirmed. Four Saudi Arabian extremists arrived in a southern Turkish community in early September after paying smugglers $2,000 each for the perilous journey past border guards who have shot dead scores of infiltrators this year alone.

CABUT LARI

CABUT

CHA ALIF

BUTTT

KAH KAH KAH



----------------

JANGAN BUAT FITNAH







INI FITNAH

TRUMP BUKAN

GAY



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


----------------------

TRUMP DAN NAJIB DIKEPONG





TAUFAN MELANDA 
TRUMP DAN NAJIB

Ketika tulisan ini digarap Najib dan Rosmah telah  naik pesawat udara dalam perjalann ke Amerika. Ketika tulisan ini  digarap  - saperti yang telah ditulis sebelum ini -  Presiden Trump sedang dikepong untuk dijatuhkan. Ketika tulisan ini digarap Najib dan Rosmah juga sedang  dikepong untuk di jatuhkan.

Ketika tulisan ini digarap trajedi sedang melanggar Amerika. Laporan terus sampai tentang taufan Irma yang  sedang menuju ke Florida. Ribut taufan Irma ini bergerak 105 batu satu jam. 
Ada kepongan dan ada ribut taufan. Apa sabenarnya sedang berlaku? Kenapa Najib ke Amerika? Kenapa Trump menjemput Najib? Apa berita dibelakang taufan Irma? Apa yang tersurat dan apa yang tersirat?

Kesahnya  bagini: Ketika Trump berkempen dahulu ada seorang Mamat bernama Encik Healy Baumgardner- Nardone. Mamat ini gila sampai nak  mati bertungkus lumus kerkempen untuk memastikan Trump menang.  

Dalam politik pilihanraya  kempen berkempen ini pekara biasa. Di Malaysia pun pekara yang sama berlaku. Ada yang dibayar kerana mencurah tenaga berkempen. Ada yang berkempen kerana amal jariah untuk parti. Ramai juga yang membantu kempen politik dengan harapan  bila calon yang disokong menang maka peluang pekerjaan atau pun peluang meniaga terbuka.

Berpolitik bertujuan untuk mendapat  kuasa. Kuasa ingin dirampas  atau dimiliki untuk dapat menguasai punca punca ekonomi. Kuasa dan ekonomi macam isi dengan kuku.
Di Amerika,  di Peranchis atau di Malaysia  hukum ini sama. Malah hukum  sosial ini sama sahaja dimana pun dalam dunia ini. Kuasa dan ekonomi berjalan sebaris. Malah asas kehidupan manusia adalah ekonomi. Ekonomi paling asas ialah  mencari makan, tempat tinggal dan pakai. 

Maknanya untuk kita terus hidup kita perlu makan, rumah dan pakaian. Ertinya kita perlu pekerjaan. Ertinya  Si Mamat Healey perlu hidup untuk cari makan.

Justeru  sesudah Trump menang si Mamat Healey ini tidak pula dilantik untuk bekerja  dalam kabinet Trump. Tapi  untuk  ‘ cari makan’  bukan hanya   satu cara menjawat jawatan dengan Presiden. Si Mamat Healy ini menubuhkan syarikat lobi bernama Godfrey Group Limited.

Apa dia syarikat lobi ini? 

Di Amerika  ada sistem lobi. Sistem  ini memainkan peranan yang amat penting dalam politik Amerika. Pelobi ini datang dari syarikat pelobi yang berdaftar. Syarikat ini mempaparkan siapa yang yang menggunakan khidmat mereka. Melobi ialah satu pekerjaan resmi. Maknanya ada borang cukai KWSP Amerika jika bekerja sebagai pelobi.

Kerja para pelobi ini ialah  melobi para Senator atau ahli Dewan Kongres atau Presiden untuk meluluskan  atau membatalkan undang-udang  yang ini atau akta yang itu. 

Misalnya syarikat rokok akan melobi Presiden agar tidak meluluskan akta  pengharaman iklan rokok dimedia. Atau  syarikat pembuat senjata api akan menggunakan khidmat pelobi untuk  melobi Kongres agar tidak meluluskan  akta mengharamkan warga Amerika dari memiliki  senjata api. Atau kumpulan LGBT melobi untuk diluluskan hak kahwin sajenis.

Hakikatnya makhlok pelobi ini akan memujukan rayu para Senator atau ahli Kongres atau Presiden untuk kepentingan towkay  atau negara yang melanggan mereka.

Di Malaysia makhlok  ini dikenali sebagai ‘ ghurka’ atau ‘ pejaga gate’. Kalau nak jumpa Najib ,  atau Menteri Besar atau  nak berjumpa Rosmah  maka khidmat ‘ penjaga gate’ ini diperlukan. Makhlok ini  juga diupah. Berapa bayaran tidak diketahui. Ini kerana di Malaysia ini para ghurka dan penjaga gate ini tidak berdaftar saperti di Amerika. Di Malaysia jadi ‘ghurka ‘ bukan jawatan resmi. Justeru tidak ada sumbangan KWSP.

Maka dari sejarah inilah munculnya  Syarikat  Godfrey Group Ltd yang dilanggan oleh Najib dan Rosmah untuk melobai Presiden Trump agar Najib dapat dijemput ke Rumah Puteh.  

Hakikatnya ada fulus semua lulus.

Kalau Najib dijemput datang ke Rumah Puteh untuk tujuan apa? Apa hebatnya berada di Rumah Puteh?

Mula-mula semua pasti ingin tahu apa untungnya   Trump jumpa Najib. Jawabnya senang sahaja. Bila Trump berjumpa Najib maka satu beban atas dirinya telah selesai. Segala hutang piutang Trump dengan Encik Healey selesai. Segala janji manji berbalas budi dengan syarikat Godfrey tuntas. Trump tidak mengeluar Healey walau pun satu sen. Yang wajib membayar hutang Trump ialah Najib. Bila Najib membayar Syarikat Godfrey Group Ltd maknanya kita semua rakyat Malaysia yang membayar  bil Najib. Cilaka ke tidak celaka pekara ini?

Lalu diwar warkan bahawa Trump minta bantuan agar Amerika dapat berkerja sama  dengan Malaysia dalam usaha meminggirkan Korea Utara. Ini cerita resmi untuk bacaan warga Amerika. Kesah karut lagi marut ini telah diketahui lama. 

Ada lagi satu  cerita yang terselit terkepit tersorok. Saperti hadis saheh yang belum diumumkan. Trump ini sorang kontrektor bukan dari kelas F. Dia kontrektor bertaraf dunia. Trump juga seorang ahli  peniagaan yang berjaya. Dia buat bangunan dan membuka kilang di China Merah. Dia mendirikan hotel enam bintang  di Bali Indonesia. 

Maka pastilah Encik Healy ketika merayu Trump agar menjemput Najib akan bersurah tentang pulau pulau di Sabah, pantai-pantai di Sarawak dan tanah-tanah dalam bandar Malaysia yang boleh ‘ dibuka’ oleh Najib kepada Trump jika Najib dijemput.

Pastilah Encik Healey bercerita tentang Pantai Marang, Pantai Cinta Berahi atau  pantai  Telok Kemang Port Dickson yang indah untuk ‘berendut’. Di pantai-pantai ini Trump boleh mendirikan hotel  enam bintang untuk loncatan ke hotel Trump di Bali. Sebagai ahli perniagaan pastilah meleleh air liur Trump hingga masuk ke cawan kopi bila mendengar nama Pantai Port Dickson ini.

Tetapi sesudah Najib dijemput kenapa akhbar Washington Post (WP) dan Wall Street Journal (WSJ)  mengeluarkan berita  mengutuk Trump  kerana menjemput Najib.  Malah WSJ menulis lidah pengarang - baca sekali lagi - LIDAH PENGARANG - meminta  Trump membatalkan jempuatn keatas Najib.

Ini lidah pengarang dari WSJ bukan lidah pengarang dari Harakah atau Baca Ria. WSJ ini adalah akhbar wajib untuk semua ahli politik Amerika. WSJ ini mengariskan apakah dasar yang wajib diambil oleh Amerika. 

Akhbar WSJ adalah suara hati Wall Street -  wilayah peniagaan terunggul dalam dunia.  Turun naik nilai dolar, nilai apa sahaja mata wang dan harga minyak,  harga emas dan harga semua galian dalam dunia ini  - semua bergantung dengan Wall Street. 

Wall Street ini  sarang perkampongan kapitalis gergasi dunia.  Ini bukan wilayah Mak Cik Warung. Syed Mokhtar atau Vincent Tan atau Tun Daim pun tak ada kelayakan untuk mundar mandir disini.

Semua ahli perniagagan dunia dan tuan pemilik modal di Amerika akan  membaca WSJ kecuali  Mat Tokan  ganja  dari Harlem yang tidak membaca WSJ.  
Sepintas lalu kelihatan semua ini saperti perangai Mat  Saleh kurang ajar. Tak tahu budi bahasa. Tidak sopan kepada tetamu. Kenapa akhbar numero uno paling berpengaruh di Amerika mengutuk Najib.

Jawabnya senang sahaja. Media Amerika dan elit politik Amerika mahu menyingkirkan Najib isteri Rosmah… opps… maaf Najib suami Rosmah. Ini  bukan kerana mereka menyokong hak demokrasi  rakyat  Malaysia. Atau media Amerika menyokong perjuangan Otai Reformasi yang mahu Anwar dibebaskan. Atau bersetuju dengan dasar Pakatan Harapan. Bukan. Bukan. Bukan.

Jadi kenapa media elit Amerika mahu Najib digulingkan?

Memang jelas ada konspirasi terancang untuk menyingkirkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Memang jelas  elit media dan elit politik Amerika mahu Najib diundurkan.  


Ingati kembali : pada 20 Julai 2016 - Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch telah memulakan siastan sivil terhadap kes rompakan 1MDB. 

Ini permulaan kita berkenalan dengan jantan China bernama Jho Low, dengan Riza Aziz  anak Rosmah dengan suami pertamanya dan dengan Tuan MO1.

Pada hari yang sama   The New York Times telah mengeluarkan satu  tulisan yang amat panjang tentang 1MDB. Ini sabenarnya adalah tanda dan alamat permualan gerakan ‘ terajang Najib’. 

Skandal 1MDB ini telah meledak untuk menjadi kes rompakan yang  terbesar dalam dunia. Belum ada tahap rompakan yang pernah berlaku saperti  yang telah berjaya dilakukan oleh Najib dan Rosmah. 

Dalam saman sivil awal ini  Jabatan Keadilan Amerika - Department Of Justice  (DOJ) tidak menyebut nama Rosmah atau Najib.

Tup Tup bulan Ogos 2017 - satu tahun kemudian semua beralih. Kali ini    1MDB dari kes sivil  telah menjadi  kes jenayah. Kali ini DOJ telah menyebut  nama isteri MO1. Nama  isteri MO1 ini muncul keran ada rantai  intan berlian  yang  dihadiahkan oleh jantan China Jho Low kepada Rosmah.

Rupa-rupanya bukan Rosmah sahaja yang mendapat hadiah. Leonardo diCaprio jejaka kacak Holywood telah mendapat hadian lukisan dan  tropi Oscar milik arwah Marlon Brando. Model Cun Bergetah Miranda Kerr juga saperti Rosmah telah mendapat intan berlian.

Pada minggu itu - media dan akhbar diseluruh dunia  heboh bagai nak rak saperti Korea Utara telah meledakan bom nuklear.  Ini kerana  berita terbaru dari DOJ ada  memuatkan protoganis jejaka kacak, ada Minah Cun Bergetah  dan ada sama kesah  Mak Janda Gemok. 

Sebelum Najib bergerak ke Amerika, akhbar WSJ  telah mencadanghkan agar jemputan ini dibatalkan. Alasan yang paling afdal ialah Amerika dalam darurat kerana serangan  Irma yang sedang menuju ke  pantai Florida.
Ketika tulisan ini digarap diberitakan Najib tidak akan mengadakan sidang akhbar bersama Presiden Truimp. Apakah Najib dan suaminya  Rosmah… opss maaf…  dan isterinya Rosmah dapat menepis taufan media Amerika? Kenapa  Najib masuk ke dalam perangkap taufan media Amerika ini. 

Kita tunggu minggu hadapan.  (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


--------------------

KONSPIRASI TERUS DIJALANKAN





CILAKA KAU

MEDIA  USA

CILAKA MEDIA

AMERIKLA

TAK ABIS ABIS

HINA NAJIB

BERKONPIRASI

JATUHKAN 

PM NAJIB

CILAKA KAMU


Rombongan Najib di hotel milik Trump timbul tanda tanya, kata akhbar AS

 | September 13, 2017
Hotel Trump International merupakan antara yang paling mewah di ibu negara AS itu, dan menyewa kemudahan di situ boleh mencecah ratusan ribu dolar.





PETALING JAYA: Akhbar berpengaruh Amerika Syarikat, The Washington Post, berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya untuk menginap di sebuah hotel milik Presiden Donald Trump di ibu negara itu menimbulkan tanda tanya mengenai konflik kepentingan di White House.
“Pada Isnin waktu makan tengah hari, beberapa anggota rombongan Najib kelihatan di ruang istirehat untuk tetamu hotel,” menurut laporan itu merujuk Trump International Hotel, beberapa jam selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Trump.
“Petang itu, mereka keluar masuk hotel itu, kadang kala dengan beg beli-belah,” lapor akhbar itu.
Ia di sebalik spekulasi penginapan Najib bukan dibayar oleh kerajaan AS seperti mana yang dilakukan untuk rombongan ketua kerajaan dari luar negara yang datang bertemu presiden.
KONSPIRASI
JATUHKAN
NAJIB TERUS
DI JALANKAN


-----------------

BAHASA DIPLOMAT










APA MAKNA

LAWATAN NI?

MUSTAHIL

HANG TIDAK

FAHAM




Pegawai Australia temui ketua pemuda AMANAH Kelantan

Diplomat kanan di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur Elizabeth Le Bas terbang ke Kota Bharu mencari ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan kerana tertarik dengan populariti live streaming facebookkendalian beliau.
"Mulanya saya agak terkejut apabila dihubungi pembantunya Nik Mohd Yusof, menyatakan hasrat Elizabeth untuk menemui saya.
"Sebaik beliau tiba di pejabat, saya terus bertanya mengapa saya jadi pilihan, beliau menyatakan tentang siaran langsung laman FB pemuda Amanah Kelantan yang katanya begitu popular," kata Hazmi yang ditemui selepas pertemuan semalam.
Perbincangan lebih dua jam itu katanya berjalan dengan mesra dan dipenuhi pertukaran maklumat yang amat bermanfaat.
"Saya memberi taklimat ringkas mengenai perkembangan parti AMANAH di negeri Kelantan.
"Manakala pihak beliau turut menceritakan situasi politik Australia yang rupanya amat menarik kebelakangan ini," katanya.

INI BAHASA

DIPLOMAT

ADA TANDA

ADA MAKNA

ADA NAHU

TERSENDIRI

NAK FAHAM

DATANG

KE UBU






-----------------