JALAN RAYA
SEBELUM
PILIHANRAYA
Demonstrasi jalanan jika Najib tidak undur
Suara menuntut demonstrasi diadakan semakin kuat dan Najib seharusnya mengambil serius perkara itu.
KUALA LUMPUR: Demonstrasi besar-besaran mungkin berlaku bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berhubung susulan beberapa kontroversi yang melibatkan dirinya.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, suara untuk menuntut demonstrasi itu diadakan semakin kuat dan Najib seharusnya mengambil serius perkara itu.
“Saya rasa suara itu amat kuat. Najib tidak boleh lagi menafikan dan berdolak dalik lagi. Sama ada beliau meletakkan jawatan atau beliau seharusnya mengambil cuti bagi suatu siasatan dijalankan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen pada Selasa.
Jelas Loke lagi, demonstrasi itu tidak akan dianjurkan oleh mana-mana parti politik, sebaliknya oleh satu gerakan yang melibatkan individu-individu, badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik.
Aktivis Hishamuddin Rais pula menggesa supaya rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana mendakwa Parlimen kini sudah tidak bebas.
“Semua dah letih, rakyat dah tahu. Namun, persoalannya adalah apakah tindakan yang wajib kita ambil. Pada saya, tidak ada lain, kita susun gelombang rakyat, kepung kawasan Parlimen..
“Saya yakin, Najib tidak akan mengambil tindakan undang-undang. Jalanraya adalah pilihan kita sebelum ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.
KAH KAH KAH
woit
jangan ada angan angan
najib rosmah mustahil undur
mustahil ada dakwaan
jawaoan hanya styu
kita turun ke jalan raya
JALAN RAYA
--------------