Rabu, 4 Februari 2009

PERAK - BARU !!! TERKINI !!! BARU !!! HOT !!!





PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT

ESOK HARI KHAMIS 5FEB 2009

SEMUA SAF PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA

AKAN BERKUMPUL DI PERKARANGAN RUMAH MENTERI BESAR PERAK -IPOH

PADA JAM 3.00 PETANG

PADA JAM 7.00 MALAM MUNAJAT 100 RIBU RAKYAT

PADA JAM 8.30 SEMUA AKAN MENYATAKAN SOKONGAN TERHADAP KERAJAAN PAKATAN DI PERAK

SEMUA WARGA DI JEMPUT DATANG


Berita ini masuk jam 10.00 malam waktu Tukar Tiub dan Kawasan Yang Sekeretek Dengannya









KERKINI !!!

Warga kota Ipoh telah mula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar.

Sms yang di hantar awal petang ini telah berjaya
menjemput ratusan yang semakin ramai sampai.

Adalah di nasehatkan agar jangan menggangu ketenteraman awam.

Warga Ipoh diharapkan akan turun beramai untuk menunggu berita
selanjutnya dari MB Perak.




PEMECAH BERITA !!!!!!!!MENTERI BESAR PERAK BUBAR KERAJAAN



BARU MASUK !!!!!

BN BENTUK KERAJAAN BARU PERAK

BN mempunyai cukup jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Adun melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Isteri Rosmah Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.








SELINGAN DRAMA


AWEK : Eeeeeeh eeeeeh.... awak ni sibuk hak perak.... awak lupa
cerita kambing hitam....

BALAK : Aaaaaa hak.... yelaaaa... apa jadi dengan si Sirul tu...

SUARA BRAD PITT YANG BARU JUMPA MINAH INDON : Jangan lupa melayari Tukar Tiub.
Blog paling cool.







TERBARU !!!

Menteri Besar Perak akan mengadap Sultan Perak jam 5.00 petang ini.

Sila ikuti laporan seterusnya.


Sekrang jam 4.50 waktu Tukar Tiub dan kawasan-kawan yang se keretek dengan nya






KERAJAAN PERAK TELAH DI BUBAR


SILA LIHAT RTM TV 1 - berita yang melintang bergerak dibawah bingkai.




PECAH BERITA !!!! BERSEDIA SEMUA !!!!PERAK AKAN ADA PILIHANRAYA !!




IKLAN SENYUM SEBELUM BERITA MASUK

Dua laporan polis terhadap PEMBANGKANG - melayau

Dua laporan polis dibuat terhadap pemimpin parti pembangkang di Perak hari ini berikutan kenyataan mereka berkaitan isu lompat parti.

KAH KAH KAH .... di perak siapa pembangkang.... kah kah kah

KANTOI MANTOI .... TONGONG MENGONG... LOBOH BODOH...kah kah kah



PEMBAHARUAN BERITA TERKINI - jam 2.37 petang

Menteri Besar Perak akan mengadakan sidang akhbar dalam masa yang sigkat.

Sila ikuti perkembangan.



BERITA AWAL

Kerajaan Perak akan di bubarkan.

Pilihanraya akan di jalankan.

Hanya menunggu pekenan dari Sultan.




BUNYI-BUNYI UNTUK BERHUBUNG



Sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka wujud atau mati, orang awam dalam negara kita ini akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu.

Manusia dimana-mana pun dalam dunia ini perlu untuk berhubung antara satu dengan yang lain. Bunyi yang keluar dari mulut dan tekak adalah cara yang terbaik untuk mereka berhubung. Bunyi ini akan menyampaikan apa yang ada dalam fikrah mereka.

Jutaan tahun dahulu bunyi-bunyi ini tunggang langgang bunyinya. Masa dan keperluan untuk berhubung sesama manusia telah mengembangkan bunyi ini dari satu susuk ke satu kumpulan hingga ke satu daerah dan mukim. Kemudian ianya tersusun, bercambah dan berkembang – akhirnya bunyi ini dipangil bahasa.

Semua ini berlaku tanpa dana dari Kementerian Pelajaran atau Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heboh- heboh Bahasa Melayu ini mula kedengaran kembali di awal tahun 2009 ini. Heboh-heboh bahasa dalam negara kita ini macam perangai kelab dang dut – kejab-kejab ada - kadang-kadang hilang. Tetapi selalunya hilang entah kemana. Macam meniaga buluh kasap – hujung hilang panggal lesap.

Pernahkah para pembaca terdengar nama Gapena, Pena dan beratus-ratus jenis kumpulan yang mengakui bahawa ahli-ahli mereka adalah bakal penulis, penulis dan sasterawan? Sesiapa yang tidak pernah mendengar tidak mengapa. Kita tidak akan dimarahi oleh Syed Hamid Albar atau di saman oleh Jawi.

Nama-nama yang saya tulis diatas tadi adalah badan-badan sasterawan Melayu yang ‘berani’ mengakui diri mereka sebagai pewaris, pengembang dan penjaga Bahasa Melayu. Saya cukup sangsi dengan pengakuan badan-badan ini. Telah lama saya perhatikan – badan-badan ini lebih banyak dilihat sebagai pembodek kuasa dari berjuang untuk menegakkan Bahasa Melayu.

Untuk saya susuk ulung yang trampil dalam mengembangkan Bahasa Melayu pada ketika ialah Minah Minah Indon dan bukan badan-badan sasterawan ini.

Cuba perhatikan : Pada ketika ini Minah Minah Indon ini sedang berada di setiap pelusuk kota-kota besar dalam negara kita ini. Mereka datang ke sini untuk bekerja mencari nafkah. Mereka tidak mengira kerja apa pun - semua sanggup mereka lakukan. Mereka tidak memilih siapa majikan mereka. Mereka tidak menilai apa agama majikan mereka. Mereka tidak menghiraukan di lubang mana mereka akan bekerja. Inilah sikap dan nilai kaum buruh – kaum proletariat - yang di bawa oleh Minah Minah Indon ke sini.

Wajib di sedari bukan semua mereka ini Melayu – ertinya bukan semua bahasa ibuanda mereka Bahasa Melayu. Ada Minah Jawa. Ada Minah Sulawesi. Ada Minah Ambon. Ada Minah Madura. Semua memiliki bahasa khusus – bahasa ibuanda mereka tersendiri. Tetapi apabila memburuh dan membanting tulang di negara kita ini mereka menggunakan Bahasa Melayu.

Perhatikan apa yang akan terjadi apabila mereka menjadi pembantu rumah di sebuah rumah Tioghua kelas menengah. Minah-Minah Indon ini tidak mengetahui Bahasa Inggeris. Mereka wajib berhubung justeru pastilah Bahasa Melayu yang akan digunakan diantara si Minah dengan Si Majikan. Tidak dapat tidak si Majikan, yang mungkin selesa dengan Bahasa Inggeris kini wajib bertutur dalam Bahasa Melayu.

Kehadiran si Minah ini telah memaksa keluarga Tionghua kelas menengah ini menggunakan Bahasa Melayu. Ini lebih hebat dari kempen-kempen pengunaan Bahasa Kebangsaan anjuran kerajaan yang hanya sibuk dengan poster dan kain-kain rentang.

Biasanya si Majikan dari kelas menengah memiliki sikap ‘tak ambil endah’ terhadap Bahasa Melayu. Jadi, apabila si Pembantu ini datang maka untuk pertama kalinya si Majikan ‘terpaksa’ mempelajari kembali cara yang betul dan tepat untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Tidak ada peranan Dewan Bahasa, Kementerian Pelajaran, Teras atau sasterawan Melayu di sini. Semua pengajaran Bahasa Melayu ini berjalan tanpa paksaan. Semua berjalan tanpa Akta Parlimen atau heboh-hebo dari Gapena.

Jika Si Minah ini menjadi Babu menjaga anak – maka peranan Babu ini cukup penting. Si Babu yang mendodoikan Anak Kecil ini akan lebih banyak ‘berguli’ dan ‘berjenaka’ dengan si Anak Kecil. Malah jika diambil nisbah masa – waktu si Babu bersama Anak lebih banyak berbanding dengan waktu si Ibu bersama Anak. Si Babu Minah Indon ini pastilah bertutur dalam Bahasa Melayu yang tersusun. Bunyi yang keluar dari tekak dan mulut si Babu inilah yang akan sentiasa di dengari oleh telinga si Anak Kecil.

Inilah bukti – Si Babu ini sedang menjadi pengembang Bahasa Melayu tanpa ada laporan hu hah hu hah dalam Dewan Sastera atau Dewan Masyarakat. Atau laporan dari Kementerian Pelajaran.

Lihat apa yang sedang terjadi di Hong Kong – di kota pulau ini, tanpa dirancang bahasa kedua rakyat di sana ialah Tagalog. Ini kerana hampir semua Babu-Babu dan pembantu rumah di Hong Kong di datangkan dari Philipina. Tidak dapat tidak anak-anak kecil yang dijagai oleh Minah Philipina ini akan faseh berbahasa Tagalog.

Saya juga sering ke kedai makan dan ke restauran China. Saya perhatikan banyak malah hampir ke semua restoran China dalam kota Kuala Lumpur ini ada mengambil pekerja Minah Indon. Ada yang bertugas di dapor, ada yang membuat minuman dan ramai yang menjadi pelayan tamu. Minah Minah ini tanpa segan silu bekerja dalam restauran China.

Sekali lagi saya perhatikan betapa pentingnya peranan mereka. Kalau Minah ini menjadi pelayan di restoran China sudah pasti para pelangan China yang akan dilayani. Si Minah akan mengambil pesanan. Si Minah akan membersihkan meja. Si Minah akan menyusun tempat duduk. Si Minah ke dapur menghantar pesanan. Ini pekerjaan pelayan. Tetapi ada satu lagi pekerjaan yang saya anggap lebih suci tetapi tidak dapat dinilai dengan ringgit dan dolar – si Minah Pelayan di restauran China ini adalah penyebar Bahasa Melayu yang ulung.

Saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah Minah Idon ini cukup teratur. Lengok dan lagunya adalah bahasa baku. Si Minah ini tidak pernah akan mengubah telo bunyi yang akan keluar dari mulut dan tekak mereka. Bunyi-bunyi yang di kelurkan adalah sama – tidak mengira apakah si Pelanggan seorang Apek berseluar pendek atau seorang Towkay berjacket dan bertali leher.

Malah dari apa yang saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah Minah ini lebih baik susunan ayatnya dari pertuturan kelam bin kabut dan lintang bin pukang yang terhampur dari tekak para pengacara tv dan radio kita.

Saya pendukung pengunaan Bahasa Melayu. Saya bukan pembodek Bahasa – apabila ada kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan maka saya tidak akan ‘menonjol-nonjol’ untuk masuk ke dalam ‘bingkai’ untuk berdiri di sebelah menteri. Saya tidak akan memakai baju batik berlengan panjang untuk membaca-baca sajak yang saya sendiri pun tidak memahami hujung pangkal. Untuk saya ini kerja bodoh.

Bahasa Melayu ini untuk saya bukan Bahasa Kebangsaan. Saya tidak memiliki nilai ‘kebangsaan’. Bahasa Melayu ini adalah milik anak semua bangsa. Bahasa Melayu ini adalah bunyi-bunyi dari tekak dan mulut untuk tujuan kita behubung antara satu sama lain. Bunyi-bunyi ini wujud untuk kita berhubung, mengenal, menyambung nilai dan menyambung sejarah kita.

Bahasa Melayu untuk saya adalah Bahasa Stratejik Untuk Perubahan. Saya mengamal, menyebar dan mencanangkan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu tetapi kerana saya yakin hanya pengunaan Bahasa Melayu ini sahaja yang akan dapat menolak terbuka apa sahaja bentuk perubahan yang diinginkan di dalam negara kita ini.

Kalau sesiapa yakin tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa stratejik untuk perubahan maka mereka wajib memiliki nilai-nilai seperti Minah-Minah Indon yang sedang memburuh dalam negara kita sekarang. Saya cukup menghormati Minah Minah Indon ini – untuk saya - merekalah perjuang Bahasa Melayu yang tulin.

Meremang bulu tengok dan besar kemungkinan saya akan muntah jika saya disabit mabitkan dengan gerakan Bahasa Kebangsaan. Saya akan berbesar hati dan berbangga jika saya juga dapat dianggap sebagai Minah Indon.(TT)




PEMECAH BERITA !!!!!! SIRUL AZAHAR MENANGIS - JADI KAMBING HITAM


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Koperal Sirul Azhar Umar dalam kenyataan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai usaha bela diri atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibu, dengan nada sebak sambil menangis mendakwa dirinya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan oleh mereka yang tidak berada di mahkamah.

Selesai membacakan kenyataan bertaip itu, hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menetapkan 16 Februari ini untuk mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan.


kah kah kah…. JADI KAMBING HITAM?...... kah kah kah

kah kah kah…. KALAU ADA KAMBING HITAM …. MESTI ADA KAMBING PUTEH …..kah kah kah…

woit…. SIAPA KAMBING PUTEH?….. kah kah kah … MANA KAMBING PUTEH ?.......TAK NAMPAK PUN KAMBING PUTEH…. kah kah kah…

woit…. KAMBING GEMUK ADALAH LAAAAAA…… SELALU NAMPAK BERTANDAK... kah kah kah



SPR DI BERI MASA 48 JAM


Dua Adun Dewan Undangan Negeri Perak telah berhenti. Ini jelas. Tuan Speaker telah membuat keputusan bahawa ada dua kerusi Adun ini telah kosong.

Mengikut Perlembagaan Tuan Speaker Dewan memiliki hak mutlak untuk mengistikarkan kerusi yang telah kosong.

Justeru - kerusi kosong ini wajib di isi melalui pilihanraya kecil.

Pilihanraya kecil atau umum wajib di kendalikan ialah Suruhanjaya Pilihan Raya. Kerana itu nama suruhanjaya ini Suruhanjaya Pilihanraya. Tugas SPR ialah menjalankan pilihanraya kecil atau umum.

SPR tidak ada hak untuk menolak , memikir, berbincang atau berangan-angan – ini BUKAN tugas SPR. Apa yang perlu dilakukan oleh SPR ialah menetapkan tarikh, mencari tempat mengundi dan menyusun para pegawai. Membodek tidak termasuk dalam piagam Suruhanraya Pilihanraya

Kes dua Adun berhenti di Perak tidak sama seperti kes Sabah dan Kelantan pada tahun 80’an dahulu. Amat jauh berbeza.

Di Sabah dan di Kelantan Tuan Speaker Dewan TIDAK membuat apa-apa kenyataan tentang pengosongan kerusi. Ini kerana Tuan Speaker Dewan pada ketika itu di bawah kuasa United Malays National Organisation.

Ini bezanya.

Kalau pada ketika itu Tuan Speaker di bawah Pas atau PBS maka tidak dapat tidak pilihanraya kecil wajib dijalankan.

Surat berhenti telah di terima oleh Tuan Speaker Dewan. Ini hakikat.

Rakyat seluruh negara WAJIB DI BERI TAHU bahawa semua kenyataan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu TIDAK mereka buat scara TERBUKA.

Kenyataan-kenyataan yang keluar ini SEMUANYA melalui orang perantaraan atau ORANG TENGAH. Kenapa ini berlaku? Apakah mereka di tekan atau di perangkap?

Ini amat berbeza dengan suasana ketika mereka menanda tangani surat berhenti. Mereka tersenyum hingga giigi naik ke telinga.

Persoalan sedang ditanya bukan sahaja oleh rakyat Perak tetapi oleh seluruh rakyat Malaysia - dimana mereka HILANG selama ini ?

Umum dan rakyat dunia tahu tentang hal hilang menghilang ini. Altantuya hilang. Balasubramaniam hilang. Siapa ‘juru hilang’ ini?

Justeru dua Adun yang telah berhenti ini TIDAK PERLU LAGI DATANG KE DEWAN NEGERI sebagai wakil rakyat. Mereka boleh datang masuk dan duduk di tempat orang ramai untuk mendengar persidangan. Ini hak demokratik mereka.

Kerusi mereka telah kosong. Mereka juga tidak wajib diberikan apa-apa elaun. Bilik mereka juga wajib dikosongkan. Mereka wajib memulangkan kunci bilik dengan serta merta.

Jika mereka TIDAK BERSETUJU maka mereka boleh membawa Kerajaan Perak ke mahkamah. Ini jalan penyelesaian awal.

Tetapi yang lebih TEPAT ialah SPR mengadakan pilihanraya kecil dalam masa 60 hari dari sekarang.

Kerajaan Perak telah memberi SPR 48 jam untuk menentukan tarikah pilihanraya kecil.(TT)




TUTUP TABIKA PENGANIYAAN KANAK-KANAK – berita hairan


BALIK PULAU: Tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengarahkan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kuala Sungai Pinang di sini, semalam dikosongkan sebagai satu penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata JKKK itu juga tidak wajar bertindak sedemikian kerana bangunan itu terletak di atas tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

"Ini adalah satu penganiayaan ala zionis terhadap kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas melawat Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu yang dikunci di sini, hari ini.


HISHAMUDDIN RAIS DIBIDAS POLITIKKAN FORUM PALESTIN -
bernama

16/01/2009 3:56pm

PULAU PINANG 16 Jan. — Umno Pulau Pinang membidas aktivis politik Hishammudin Rais kerana menyalahgunakan forum mengenai keganasan Israel di Palestin yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini Rabu lepas bagi mengutuk kerajaan Barisan Nasional.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim berkata beliau bersama lima lagi rakannya dari Umno bertindak keluar dewan apabila Hishammudin menyamakan kerajaan BN dengan Israel pada forum anjuran negeri itu.

“Dia tuduh kerajaan BN runtuh kuil Hindu dan macam-macam lagi, menyamakan BN seperti Israel. Mana boleh dia kata macam tu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azhar berkata semua anggota panel forum itu antaranya Ketua Menteri Lim Guan Eng, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri, Mohammad Fairus Khairuddin dan Dr P.

Ramasamy dan beliau sendiri, hanya menyentuh soal kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin.

“Saya ada bercakap dengan Ketua Menteri mengenai perkara itu pada malam itu dan beliau sendiri tidak bersetuju dengan tindakan Hishammudin itu,” katanya.

Azhar berkata dalam usaha membantu rakyat Palestin, semua pihak perlu bersatu dan mengetepikan fahaman politik masing-masing.

“Topik forum itu tentang Israel dan Palestin, kenapa perkara penting macam ni pun nak dipolitikkan? Lagipun siapa dia (Hishammudin) nak cakap tentang perkara itu. Dia hanya aktivis politik,” katanya. BERNAMA


kah kah kah… kah kah kah… "INI ADALAH SATU PENGANIYAAN ALA ZIONIS TERHADAP KANAK-KANAK,"… kah kah kah …..kah kah kah… kah kah kah…

kah kah kah…. BARU SEKARANG PANDAI…. BULAN LEPAS BODOH…. NGOOOK....kah kah kah…

woit… BUNUH KUGAN BUKAN ALA ZIONIS KE ?.... kah kah kah...

woit... RUNTUH GEREJA BUKAN ALA ZIONIS KE?... kah kah kah

woit... RUNTUH MASJID BUKAN ALA ZIONIS KE?... kah kah kah

woit....RUNTUH KUIL BUKAN ALA ZIONIS KE?... kah kah kah

woit….RUNTUHKAN RUMAH DI PELENTONG BUKAN ALA ZIONIS KE?.... kah kah kah..

woit….AMBIL TANAH DI KERPAN BUKAN ALA ZIONIS KE?.... kah kah kah

woit… TUTUP SEKOLAH DAMANSARA BUKAN ALA ZIONIS KE?... kah kah kah

woit...RAMPAS TANAH DI BEREMBANG BUKAN ALA ZIONIS KE?... kah kah kah...

kah kah kah... BILA NAK KELUAR DEWAN?.... kah kah kah kah kah kah



LEMBU LEMBU BERGERAK-GERAK BUAT LAGI LAPORAN TERHADAP MB SELANGOR- mStar



SHAH ALAM: Gerakan Anti Korupsi (GERAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan yang didakwa melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Laporan itu dibuat pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunus di pejabat SPRM di sini pada pukul 4.55 petang.

Mohd Nazree berkata, laporan itu meminta SPRM menyiasat berkaitan amalan Menteri Besar menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan pembelian aksesori serta alat ganti kereta milik peribadinya.

Katanya, beliau menyerahkan enam keping dokumen kepada SPRM termasuk invois dan resit penyelenggaraan kereta jenis Lexus nombor pendaftaran WQR779 milik Abdul Khalid.

Beliau mendakwa bahan bukti yang diterima oleh GERAK menunjukkan kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM7,797 bagi membiayai kos penyelenggaraan kereta Abdul Khalid itu secara berkala, alat ganti termasuk tayar berjenama Michelin dan pemasangan cermin gelap.

Pada 21 Januari lepas, Gerak membuat laporan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid atas dakwaan menyalahgunakan dana syarikat kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu dengan harga RM110,400 untuk ibadah korban sempena Aidiladha pada Disember lepas untuk diagihkan ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakilinya.



kah kah kah …. kah kah kah…. LEMBU LEMBU BERGERAK GERAK… kah kah kah

kah kah kah… LEMBU LEMBU INI HIDUP LAGI….LAAAA... INGAT DAH HANYUT DALAM KOTAK… kah kah kah …

woit…. BAGUS LEMBU LEMBU INI…. DULU LEMBU LEMBU INI SAKIT.... KENA SERANG KKS...KURANG KASIH SAYANG....LALU MARAH PASAL LEMBU KORBAN ….. kah kah kah…

kah kah kah…. NI LEMBU DAH MARAH PASAL KES TAYAR KERETA…. kah kah kah…

kah kah kah… PAKATAN RAKYAT WAJIB MEMILIHARA LEMBU LEMBU INI AGAR LEMBU LEMBU INI MENJAGA DAN MENGAWAL KERAJAAN PAKATAN DI MANA SAHAJA TIDAK AKAN TERLIBAT DENGAN RASUAH…. kah kah kah

kah kah kah...INI LAH TUGAS SUCI LEMBU LEMBU INI…
. kah kah kah..

woit… BILA LEMBU LEMBU INI NAK MELEMBU ISTERI ROSMAH?..... KATA ADA DUIT 50 JUTA… kah kah kah…. MELEMBU LAAA KE HULU KE HILIR… kah kah kah



TIADA WAKIL RAKYAT NEGERI SEMBILAN AKAN LOMPAT PARTI - mStar


SEREMBAN: Kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri Sembilan diminta supaya tidak lagi melayan perang psikologi pembangkang bahawa ada ADUN negeri ini yang mahu melompat parti, sebaliknya mereka perlu bekerja keras terutama untuk membangunkan semula parti pemerintah dan negeri ini.

"Kita tidak boleh terjebak dengan perang psikologi pembangkang. Selepas penjelasan daripada ADUN ini, kita harap isu ini tidak lagi dibincangkan," kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota Kelab Penyokong Kerajaan di sini, semalam.



kah kah kah…. kah kah kah… INGAT MEDIA DI MALAYSIA INI KALAU KATA ADA ERTINYA TAK ADA …. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU KATA TAK ADA ERTINYA ADA…. kah kah kah. kah kah kah…

woit… ADUN LENGGENG YANG RASUAH TU CAM MANA?...... kah kah kah..