Rabu, 15 Ogos 2018

JAM 4 TADI DI DANG WANGI







SIASATAN 

DITERUSKAN




PETANG TADI

DI DANG WANGI

JANGAN HANYA RETORIK







HEBAT

SI KHALID INI


Dakwa pegawai kanan Mat Sabu jika ada bukti


Parti Amanah Negara (AMANAH) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa pegawai kanan menteri pertahanan jika didapati individu terbabit disyaki melakukan kesalahan.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata parti itu juga tidak akan membela individu berkenaan jika siasatan SPRM menemui bukti berlaku kecurangan.


JANGAN CAKAP

JANGAN HANYA

RETORIK

BUKTIKAN

------------------

JANGAN BUAT ONAR







JANGAN BUAT

ONAR
Beware tt. Hang dipergunakan oleh x-crony of madey to rob malaysia ala previous madey administration(4th pm). The 14th pru honeymoon is over, reformasi is being overrun and rakyat akan kena kencing sekali lg! on 
TERHOTT TERNOWW
Anonymous
on 8/13/18
baru tiga bulan dah tak sabar, ini lah punca melayu akan dilelong nanti, bagi Che det atur negara dulu, hampa masih gaduh pasai apa? nak piem, nak iron, apa dah...kamu NIE tak sedar betapa sumbangan Che det rampas kerajaan dari UMNO...chit pooorah...sepuluh kali anuar, sepuluh kali kit siang, sepuluh kali Guan eng cuba PON tak dapat...so jangan buat onar..sabar kena sabar...jangan buat melayu meluat tengok muka hampa semua....puiiiii kah kah kah on 
TERHOTT TERNOWW
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/13/18


---------------------

AKHIRNYA TINGGAL EMPAT RAJA






AKHIRNYA

TINGGAL 4 RAJA

Aku pikiar raja tinggal 4 sahaja, Lekok, Kelawak, Batu dan Hatibusuk. on
 RAJA GOLPET
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/13/18

Kalau




---------------

GUA KE RUMAH PASONG LAGI




RADIO BANGSAR UTAMA

8:07 PM (16 hours ago)
to JimadieMOhdSethSekretariatMediaeditoreditorKeadilanSineditorKwongWaheditorEditorinfoMalayABUExecutiveMetroNewsPhilipabd.jaliladminpengarangadzhar_rokmanAgendaagusantara
RABU, 15 OGOS 2018
 
Kepada Ketua Pengarang
Media, Akhbar, TV & Radio

Adalah dimaklumkan bahawa, Saudara Hishamuddin Rais telah dipanggil pihak Polis Di Raja Malaysia ke IPD Dang Wangi jam 4.00 petang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes Akta Hasutan.


Butiran adalah seperti di bawah:

Masa: JAM 4.00 PETANG
Tarikh: 15 OGOS 2018 (HARI INI)
Tempat: IPD DANG WANGI, KL



-----------------

MERAKAM SEJARAH - PROJEK MEMALUKAN

  



MERAKAM SEJARAH 

PROJEK MEMALUKAN


Khamis 10 mei 2018. Pada jam 5 petang untuk kali kedua pucuk pimpinan Pakatan Harapan berada di Istana Negara dengan niat mengangkat sumpah dihadapan Agong. Selesai angkat sumpah maka akan lahir kerajaan baru  - kerajaan Pakatan Harapan.

Pada jam dan dihari yang sama Hishamuddin Rais  telah ke Putra Jaya  untuk berada di Rumah Kediaman Resmi Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi yang juga menjawat Menteri Dalam Negeri kepada - kerajaan penjaga - care taker goverment. 

Saya berjumpa Zahid Hamidi hanya dengan satu niat. Untuk merisik dan memahami apakah tindakan yang akan  diambil oleh Najib  apabila berhadapan dengan kekalahan. 

Apakah Najib akan berundur dan ‘concede’.  Atau Najib dengan aparaciknya dan nasehat-nasehat dari  tim Habibul Rahman akan melancarkan serangan  gelap? Atau akan memunculkah  watak Zulkilfli yang telah disurahkan  kepada saya  oleh Mahathir pada  petang 6 Mei 2018. Si Zul ini mengikut Mahathir ialah  ‘orang jahat’ yang diupah oleh Najib.

Semua persoalan ini timbul dalam kepala saya apabila saya berhadapan  dengan kawan lama saya Zahid Hamidi.  Saya hendak tahu apa yang sedang dirancang.

‘ Bos ada talipon?’  Zahid menerangakan.

‘Anwar nak  apa? ‘ Saya bertanya.

‘ Keputusan  tidak ada majoriti. ….’

Sekali lagi Zahid mengeluarkan kertas rujukan dari sakunya  tentang keputusan PRU14.

‘ Kami dapat 79 kerusi. PKR dapat 47.  PAS dapat 18 . Amanah 11. Bersatu hanya 13….semua terpulang pada Agong..’ 

Ini kali kedua  Zahid menimbulkan hal  keputusan  tanpa menjoriti. Saya menjadi hairan. Apa makna dari cakap Zahid ini. Apakah ada racangan baru untuk mewujudkan satu perserikatan baru.

Betul dan tepat jika diambil kira kejayan satu satu parti. Tidak ada parti yang memiliki majoriti. Tetapi hakikatnya Pakatan Harapan telah menjalin perserikatan dan mendapat 121 kerusi Parlimen. Jumlah ini  telah melintasi lebih separuh ahli Parlimen. 

Pada petang Khamis itu - di Istana Negara dan di Putara Jaya - dua wilayah yang berbeza tetapi dipayungi oleh satu niat. Pemimpin Pakatan Harapan dan Hishamuddin Rais mahu  mempercepatkan penubuhan kerajaan Pakatan Harapan dengan teratur tanpa ganggu gugat.

Sejarah membuktikan bahawa pada pagi  Khamis 10 Mei 2018 telah jelas Pakatan Harapan bersama sekutunya Parti Warisan dari  Sabah telah memiliki 121 kerusi Parlimen. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya hanya  mendapat 79 kerusi. Manakala Parti Islam telah mendapat 18 kerusi.

Pada hari Khamis yang sama jam 11.00 pagi Najib telah membuat sidang akhbar. Dalam siaran langsung di TV  Si Najib telah juga menerangkan pekara - tidak  ada keputusan majoriti. Jumlah dan angka dari mulut Najib inilah  yang dipungut dan disimpan oleh  Zahid Hamidi dalam saku seluarnya. Kini  semua bergantung kepada budi bicara Agong.

Jelas Pakatan Harapan adalah pilihan rakyat. Anak semua bangsa dan bangsa semua agama di Malaysia telah memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan baru.

Walau pun sokongan anak semua bangsa telah  jelas - sajelas mata hari terbit di Jepun tapi masih ada lagi lek lok lek lok kok kek  kok kek dan songel yang ditimbulkan. Istiadat angkat sumpah  sengaja diperlambatkan dan digagalkan.

Sejarah sedang merakamkan wujudnya  Mat Songel yang cuba menghalang kelahiran kerajaan Pakatan Harapan dengan ajenda sailang Mahathir.
Jelas pada malam 9 Mei agenda sailang Mahathir ini telah mula berjalan. Agong pasti telah mendapat suntikan idea ini. Tanpa suntikan idea ini saya amat  yakin Agong akan menjalankan istiadat angkat  sumpah. Saya amat yakin tanpa Mat Songel keraaan baru yang akan dipimpin  oleh  Mahathir Muhamad telah wujud pada malam 9 Mei 2018.

Dari Mana Mat Songel  ini datang? Siapa Mat Songel ini? Jujur jujur saya nyatakan -  pada tahap ini sejarah masih belum memiliki jawapan yang tuntas.

Apa yang saya rakamkan - apa yang saya tulis ini  adalah manifestasi  hasil dari kerja dan tindak tanduk Mat Songel. Apa yang saya yakin ialah Mat Songel ini wujud. Dalam bentuk apa  - berkumpulan? satu pasokan? dua kumpulan? tiga kumpulan?  atau solo - hanya sejarah akan membuktikan.

Untuk kesahihan fakta sejarah - agar saya tidak dilihat sebagai penabur fitnah. Saya juga tidak mahu dituduh menerbitkan berita tidak benar. Justeru adalah menjadi tanggung jawab semua pihak untuk menulis dan merakamkan detik dan babak sejarah - hari hari akhir kerajaan Barisan Nasional.

Menulis dan merakam fakta  dan babak sejarah ini  amat penting. Rakaman ini akan  menjadi rujukan dan tauladan  kepada anak cucu cicit kita nanti. 

Adalah menjadi tugas suci kita untuk merakam dan menulis  agar anak cucu cicit kita  nanti tahu apa itu  Mat Songel. Agar cucuk cicit kita dapat  mengenal watak Mat Songel.

Ini sama saperti  rakaman sejarah yang telah dilakukan oleh Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Tun Sri Lanang menulis detik-detik dan babak-babak sejarah yang membawa keruntuhan kerajaan Melayu Melaka. 

Hingga ke hari ini - 600 tahun kemudian - kita dapat  dengan cepat mengenal watak  Kitul dan watak Keling Mendeliar. Kita kerap menggunakan  watak-watak ini sebagai perbandingan untuk rujukan politik dan kehidupan kita hari ini. Terima kaseh Tun Sri Lanang. Amin.

Dari Putra Jaya saya kembali ke Sheraton. Awal senja saya difahamkan istiadat Angkat Sumpah masih tertangguh. Saya difahamkan bahawa Agong  mahu menemubual setiap pemimpin Pakatan Harapan.

Dalam dewan Sheraton suasana tenang tapi tegang.  Semua tertaya-bertanya apa yang sedang berlaku. Kini semua menunggu.

Awal tadi saya telah diberi tempoh oleh Mat Sabu untuk menunggu  hingga ke jam 10.30 sebelum membuat apa-apa langkah. Tim anak muda Bangsar   terus berligar disekitar Sheraton telah mula gelisah tetapi bersedia menunggu arahan. 

Gambar dari talipon pintar telah menunjukkan semakin  ramai orang berhimpun di hadapan  Istana Negara.  Di sekeliling Sheraton juga orang berkumpul bertambah ramai. Untuk saya ini berita dan petanda yang amat baik. Orang ramai ini bila bila masa boleh dihasut untuk bergerak ke Istana

Saya hampir tidak percaya bahawa Agong ingin menemu bual pemimpin Pakatan Harapan. Menemu bual untuk bekerja dalam syarikat apa? Untuk syarikat impot ekspot apa? Pelik tetapi benar.

Fikrah saya tertanya-tanya. Menemu bual pemimpin Pakatan Harapan ini pada hemat saya ini adalah  salah satu  manifestasi dari hasil kerja Mat Songel. Angkat sumpah sengaja lambat diperlambatkan. Jika boleh dibatalkan terus. Amin.

Minggu lalu saya wajib  mengulang ingat babak-babak ini. Ini untuk tujuan apa yang wajib  saya tulis hari ini.  Lalu saya bertanya kepada Mat Sabu. 

Saya bertanya kepada Mat Sabu kerana saya telah pernah membuat dan menyusun banyak program - jalan  raya dengan Mat Sabu. Kami sama mengatur  Bersih 2/3/4/5. Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari 2013 di Stadium Merdeka ada kerja seni Mat Sabu. Saya sama membantu Mat Sabu dalam projek Himpunan Kebangkitan Rakyat ini.

Ketika Kempen Jelajah PRU14 diatur, Mat Sabu adalah  sosok yang menjemput dan membolehkan saya untuk turut sama berucap di pentas Pakatan Harapan.Saya berucap atas nama Bersih. 

Paling terpaku dalam fikrah saya tentang Mat Sabu ialah ketegasan Mat Sabu. Saya tidak akan lupa dengan jawapan Mat Sabu kepada pegawai polis apabila kami ingin mengadakan demo  Bersih di Dataran Merdeka. Polis berlagak baik dengan  memberi kami tiga pilihan  tempat berhimpun.

‘ Pilihan Pertama Dataran Merdeka. Pilhanan Kedua Dataran Merdeka dan Pilihan Ketiga Dataran Merdeka.’ Jawapan Mat Sabu tuntas tepat dan jelas. Jawapan sademikian amat meyakinkan saya untuk berkerja sama ke jalan raya.  Sosok ini sekarang menjawat Menteri Pertahanan Malaysia. 

‘Apa yang berlaku pada petang Khamis itu.’

‘ Dari jam 5 kami menunggu. Kami menunggu. Awalnnya tidak bosan kerana  kami dalam Istana. Tapi dah sampai dua jam lebih …kami masih menunggu. Muka  kami makin gelisah…’ Penjelasan Mat Sabu.

‘ Awal-awal lagi  saya telah berbisik pada Tun. Tun… kita jangan keluar dari Istana ini hingga angkat sumpah..’ Ini stratiji Mat Sabu tepat dan jelas. Sama saperti memilih Dataran Merdeka sebagai tempat berdemo. Tepat dan stratijik.

‘Kemudian Agong temu bual Wan Azizah, Lim Guan Eng, Muhyiddin lepas sorang sorang. Agong tanya saya siapa yang layak jadi Perdana Menteri. Saya terangkan duduk pekara tentang surat persetujuan mengangat Dr Mahathir.”

‘ Apa lagi Agong tanya..’

‘ Lepas tu kami sembang hal Kelantan…’

Kami sesama ketawa. 

Saya terbarai ketawa  kerana saya tahu Agong ini akan  kecek lorat Kelantan dengan  Mat Sabu kerana Mat Sabu pernah dua penggal menjadi YB di Nilam Puri dan Kubang Kerian Kelantan.

Jam telah menghampiri 9. Pemimpin Pakatan Harapan makin bosan menunggu. Agong masih lok lek.  Temu bual selesai tapi lok lek masih berjalan. Projek Mat Songel sedang berjalan.

Tetiba Dr Siti Hasmah bangun dan menarik tangan Mahathir. Semua memandang. Dr. Siti Hasmah sosok yang tidak banyak  bercakap. Malah sepanjang 3 bulan saya bersama Kempen Jelajah Pakatan saya tidak pernah berbual dengan Dr Hasmah. Malah tidak  mendengar pun suara Dr Hasmah yang akan duduk dibarisan hadapan diatas  pentas ceramah.

Mahathir bangun. Pemimpin Pakatan sedar bahawa projek Mat Songel ini sedang disusun untuk memalukan Mahathir dan Siti Hasmah.  Sang isteri merasa Sang Suami sedang dimalukan. Mereka dipaksa menunggu  lebih dari tiga jam.

Pada hemat Sang Isteri yang setia masanya telah tiba untuk meledakan projek -  malukan Mahathir. Sang Isteri menarik tangan suami untuk blah.

Mahathir dan Hasmah telah bersedia bergerak  untuk meninggalkan Istana. Lim Guan Eng pantas ke hadapan menahan mereka berdua.

‘ Tun kita tunggulah… dah lama kita menunggu… dah lama kita berjuang… ( Tun Please waits.. we have been waiting for a very long time…we have been struggling for a long time…)

Apa terjadi. Apa jawapan Mahathir kepada Lim Guan Eng. Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



--------------------

SANG SAKA RAKYAT GANTAI JALUR TEMBERANG







SANG SAKA GANTI

JALUR TEMBERANG
telah dua kali saranan dibuat
meminta orang ramai
mengibar jalur temberang

hari ini 15 ogos 
jalur temberang tidak kelihatan
kecuala dibangunan kerajaan

kereta persendirian elek
tak pasang jalur temberang

sesekali kelihatan  lori
memasang jalur temberng
ini pun agar jangan ditahan polis
atau
diganggu jpj 

apa makna ini?

maknanya orang ramai sedar
bahawa jalur temberang 
adalah  milik
united malays national organisation

dalam pru14 
gerombolan ini
telah kalah

justeru
rakyat bukan saja menolak
gerombolan dari kuasa
malah
rakyat menolak tanda dan simbol
gerombolan


apa maknanya 
untuk kita semua 

makananya 
telah sampai masa
malaysia baru mengkibarkan
satu bendera baru
bukan memakai bendera
 hak milik
gerombolan
united malays national organisation

kita kembali ke  sejarah awal
sang saka rakyat
bendera asal tanah melayu
sejarah  zaman berzaman
bermotifkan peribumi
dari zaman langkasuka
hanya dipunahkan
oleh kuasa kolonial inggeris
dengan kerjasama
united malays national organisation

kau lah lembik.Mana agenda berterusan hari merdeka seperti 1. Memula Moon 2.Jalur Temberang 3.Nakba 31 Ogos dan Sang Saka Malaya? on 
TUAN HAJI SOKONG TUAN HAJI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/15/18


Sibuk org punya agenda.Agenda Sang Saka Malaya dengan Nakba projek Malaysia apa cerita? Dah masuk bulan Ogos ini.Jangan marah tanya saja.Oh lupa memula moon pun senyap ja.Dah ok ke lagu negaraku sekarang? on 
KONGSI KONSI SAHAM BAUKSIT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/14/18

mana ma



--------------

PIAGAM RAKYAT ASIA TENGGARA




PIAGAM RAKYAT ASIA TENGGARA

1.Kami, anak semua bangsa Asia Tenggara memeluk kemanusiaan sejagat tanpa mengira status kewarganegaraan, kepercayaan politik, keyakinan agama, budaya, gender, orientasi seksual, kelas, kerja dan tempat tinggal.

2.Kami juga yakin , anak semua bangsa, lelaki dan perempuan, adalah sama di hadapan undang-undang yang adil, memiliki hak penuh, kesetaraan dan hak asasi. 

3.Kami percaya kedaulatan mutlak ialah kedaulatan rakyat, bukan kedaulatan negara yang mana telah diwujudkan untuk pemerintahan.

4.Dalam pelaksanaan kedaulatan rakyat, kami percaya kepada demokrasi, sama ada demokrasi perwakilan, atau demokrasi keterlibatan, sebagai bentuk kerajaan sebagai cara terbaik untuk orang ramai mewujudkan kuasa yang adil dan penuh kesaksamaan.

5.Mengenai demokrasi, kami takrifkan sebagai pentadbiran oleh majoriti, dengan menjaga kepentingan hak minoriti dalam wilayah yang ditakrif oleh daulah, sama ada dalam teori dan praktik.

6.Kami juga memahami demokrasi bukan hanya prosedur teknikal, tetapi sebagai cara hidup untuk merealisasikan janji harapan dan keberahian orang ramai.

7.Kami menolak sepenuhnya pemusatan kuasa di tangan satu entiti sosial, waima pun parti politik, lembaga daulah, angkatan tentera, kelas sosial atau individu.

8.Kami penuh kesedaran, sikap anti demokrasi muncul dari lembaga-lembaga yang ada hunbungkait dengan kuasa ekonomi dan kuasa politik dan alat keselamatan negara, dan kami akan mencebur diri untuk menentang kemudaratan ini.

9.Kami percaya kesejahteraan umat manusia wajib diletakkan diatas kepentingan lembaga-lembaga ekonomi.

10.Dalam fikrah kami adalah generasi yang akan datang, kami anak semua bangsa dari Asia Tenggara menerima penuh tanggungjawab global kami untuk memastikan aktiviti ekonomi, sama ada pengeluaran atau penggunaan tidak akan terus mencemarkan bumi dan alam sekitar.

Diterima secara persetujuaan Chateau de Mareil, France, 22 Julai 2018






DOKUMEN ASAL

Peoples’ Charter for Southeast Asia

1. We the peoples of Southeast Asia embrace the universal fellowship of humans, irrespective of legal status, political creed, religious faith, culture, gender and sexual orientations, class, vocation, or geography. 

2. Further, we believe all women and men are equal before just laws and entitled to full, equal and fundamental rights.  

3. We believe in the ultimate sovereignty of the people, not of states, which are mere inventions as tools for governance.

4. In the application of peoples’ sovereignty, we believe in democracy, either as representative or participatory form of government as the best vehicle for fair and equitable exercise of power among peoples. 

5. By democracy, we mean the majoritarian rule with safeguards and group rights for minorities within a territorially defined political state, both in theory and practice. 

6. We further understand democracy not merely as a technical procedure but also a way of life for pursuingpeoples’ will, hopes and desires.

7. We reject unequivocally the concentration of power in the hands of a single social entity, be it a political party, an institution, armed forces, a social class, or an individual.

8. We are fully cognizant of the anti-democratic tendencies arising from the institutional linkages among economic and political powers, and state security apparatuses, and we commit ourselves to opposing these accordingly. 

9. We believe the well-being of humans must be placed above the interests of economic institutions. 

10. With our future generations in mind, we the peoples of Southeast Asia fully accept our global responsibility to ensure that our economic activities, both production and consumption, do not further erode the habitability of our planet earth.  

Adopted by consensus at Château de Mareil, France, 22 July 2018


-------------------

TUGAS BARU TUAN HAJI







TUAN HAJI

TETAP SETIA



Nazri sokong pentadbiran Mahathir

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Tuan Haji Mohamed Nazri Aziz hari ini secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, sokongannya itu berdasarkan rekod beliau sendiri sepanjang berada dalam bidang politik iaitu bersih daripada melawan atau menentang Perdana Menteri.

TUGAS BARU

TUAN HAJI

IALAH TIBAI

NAJIB SAMPAI

NIOK

----------------

PROJEK SAIFOL






LUBANG SAYFOL

selapas pasca kekalahan Raya lepas, umno dan pendekar Bugis serta kroni sekelian berusaha berbagai cara, berusaha siang malam, memikir kiri kanan atas bawah,semuanya luah buah fikiran, hasilnya lubang Jubur Sayfoil masih ada kah kah kah, 
kehilangan agama bangsa negara kerana sayfoll tahan berak, tahan kemut, tahan air mani dalam lubang jamban, tidak kentut sekali pun sehingga takut maruah negara hilang, kah kah kah bodoh piang pagi lagi tu...kita bagi kah kah kah nak.menang pun kena tipu, nak kalah pun kena tipu...darah dalam daging.. on 
TUAN HAJI SOKONG TUAN HAJI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/14/18

Ini lah nam





----------------

ANNUAR SOKONG ANUAR





ANNUAR SOKONG

ANUAR
TT you ini betul lah otak geliga pandai ,cakap ada betul : banyak melayuu talak faham on 
TUAN HAJI SOKONG TUAN HAJI
Anonymous
on 8/15/18
hukum politik tak pernah berubah apadia hang ni. haritu kata kalau mengundi boleh mengubah, mengundi akan diharamkan.kerajaan akan menipu dalam PRU. kerajaan dunia ketiga tak penah beralih dengan kuasa undi. sebelum pilihanraya turun jalan raya. hang cakap pandang2 la hisham... hang ni seronok lebih ni. macam anwar. on
 TUAN HAJI SOKONG TUAN HAJI
Publish | Delete | Spam
underBear
on 8/14/18

Tanpa pe







-----------

TETAP SETIA










TETAP SETIA

PADA MAHATHIR
Kahbkuh kih kahka kahkah Belum sampai 100 hari nazri najis dah tolak najib. Dulu kata taat setia. Haprak busuk woi. Sikalang ckp kagum pm baru. Apa lu ingat dgn bodek pundek boleh tutup songlap juta2 ka. Boleh diam kes anak ka. Kahkahkah.siasat tetap kasi on!! on 
OH AINI KU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/15/18

TT you





----------------

INDAH MENARIK






INDAH MENARIK
aku ada sorang kawan, dia dapat biasiswa utk belajar ke luarnegara, US. tapi bapak dia tak kasi dan sorokkan surat tawaran biasiswa tu. risik punya risik, pujuk punya pujuk akhirnya bapaknya mengaku takut anak jadi kristian kalau pegi belajar kat US kahkahkah... apa punya turr. tapi itulah kasih bapa. on 
OH AINI KU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/15/18

Kah




-----------------

DULU SEKARANG SAMA





SAMA

DULU SEKARANG

ha ah ek. dulu bukan main kempen memula moon dgn sang saka. sekarang senyap. dapat batang ka on 
SOKONG SAPA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/15/18

Gw




---------------------