Selasa, 20 Julai 2021

DOKTOR BANGUN MELAWAN



 

DOKTOR BANGUN

MELAWAN

DOKTOR MOGOK - LETIH KERJA

 

 HOT HOT HOT

AMIN

INI BERITA DUNIA

AMIN

TENGAH KOBID

MENGGANAS

DOKTOR MOGOK

AMIN

HANYA BERLAKU

DI BOLEH LAND

KAH KAH KAH



Kecewa tindakan Putrajaya, doktor kontrak hantar notis berhenti 24 jam

DOKTOR kontrak menghantar notis berhenti kerja 24 jam kerana letih dan kecewa dengan tindakan tidak ambil peduli Putrajaya dalam memenuhi tuntutan mereka, kata kumpulan Hartal Doktor Kontrak.

Kumpulan berkenaan dalam ciapan terbaru di Twitter berkongsi tangkap layar beberapa doktor kontrak yang memutuskan untuk berhenti ketika negara terus bergelut dengan peningkatan jumlah kes Covid-19.

“Doktor undurkan diri dengan notis 24 jam. Cukup letih dan tidak tahan lagi,” kumpulan itu menulis tweet, bersama dengan tangkap layar yang menunjukkan doktor kanan mengabaikan barisan doktor muda yang memutuskan untuk berhenti. – 20 Julai, 2021.

 

INI TANDA

KERAJAAN GAGAL

AMIN

TANAMKAN - KALAU TIDAK KITA JUGA DAPAT BUSUK

 


 TANAMKAN 

 DI MAKAM PAHLAWAN

KIRA  OK

KALAU TIDAK KITA

SEMUA DAPAT

BUSUK

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "HAYATI PUISI INI"

The blames lies onli on yurself ..nak tanye leh ..nanti kok Hajjah Najib dan Lobai Zaheed ninggal moreko di tanam kek Makam Pahlawan Nogaro ko. Jgn marah yo ..tanyo jo ..

BERITA BAIK - BERITA BURUK UNTUK PKR FAHMI FADIL

 

INI BERITA BAIK

UNTUK FAHMI PKR

AMIN

UMNO GADUH

SAMA SENDIRI

AMIN

RAJA NONG CIK

MASUK CALON

 BEBAS

AMIN 

BERITA BURUK

UNTUK FAHMI

JIKA ZAFRUL

TANDING

AMIN

BANYAK FULUS

BANYAK JENTERA

AMIN



Umno letak calon luar di Lembah Pantai, lapor media

BEKAS menteri Wilayah Persekutuan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sedia bertanding sekali lagi di Lembah Pantai sekiranya Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan anak tempatan dalam pilihan raya umum akan datang, lapor Utusan Malaysia.

Katanya, kerusi Parlimen Lembah Pantai mesti ditandingi calon Umno dari kawasan itu juga, yang pada pandangannya lebih memahami dan dikenali penduduk setempat.

“Kalau nak minta turun padang dan bagi sokongan, saya tidak ada masalah. Tetapi kalau pilih orang luar, pilihan raya akan datang saya akan bertanding.

“Saya sanggup bertanding calon bebas jika Umno calonkan orang luar,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia.

Bekas senator itu juga berkata Umno wajar memberi peluang kepada calon muda bertanding pilihan raya untuk membolehkan mereka maju dalam parti dan politik.

“Calon muda ramai, tak ada masalah untuk saya menyokong, terpulang kepada pucuk pimpinan parti, tetapi paling penting calon mesti orang Lembah Pantai,” tambahnya.

Raja Nong Chik kalah kepada calon PKR Nurul Izzah Anwar pada pilihan raya umum 2013 dan kemudian kalah juga kepada calon parti sama Fahmi Fadzil pada 2018.

Beliau mengejutkan banyak pihak apabila dilantik senator dan kemudiannya menteri dalam pentadbiran Najib Razak ketika bekas presiden Umno itu jadi perdana menteri pada April 2009.

Raja Nong Chik yang bergiat dengan Umno di peringkat bahagian sejak 1989 bagaimanapun kini tidak lagi menerajui Umno Lembah Pantai.

Selepas kalah pilihan raya umum 2018, beliau tidak bertanding jawatan ketua bahagian sebaliknya memberi jalan kepada timbalannya Ramlan Askolani untuk mengambil alih.

“Tengku Zafrul boleh menang, tanding tiket BN”

Mengulas desas-desus Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik yakin ahli perbankan itu ada harapan menang – dengan syarat, bertanding sebagai calon BN dan bukan Perikatan Nasional (PN).

“Tengku Zafrul ada peluang untuk menang jika beliau mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN). Beliau memang orang Lembah Pantai, ibu bapanya pernah duduk di Bangsar dan beliau pun membesar di sana.

“Tetapi kalau nak bertanding, bertandinglah sebagai calon BN dan bukan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Adik Tengku Zafrul, Tengku Zuhri Abdul Aziz adalah timbalan ketua Umno Lembah Pantai.

Sejak akhir tahun lalu, banyak pihak membuat spekulasi Bersatu mahu meletakkan Tengku Zafrul bertanding di Lembah Pantai.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh juga mengusik Tengku Zafrul di Twitter baru-baru ini selepas senator itu menyampaikan bantuan bakul makanan di Masjid Ar-Rahman di Jalan Pantai Baru.

Tengku Zafrul tidak menjawab usikan itu tetapi pada November tahun lalu berkata beliau tidak cenderung dengan politik sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian untuk memulihkan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Raja Nong Chik juga berkata Umno lebih berpeluang cerah merampas kerusi Lembah Pantai jika bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN).

“Dengan MN, peluang untuk Umno menang lebih cerah. PAS pun mempunyai jentera yang kuat di Lembah Pantai.

“Tetapi kalau nak sokong PN ada risikonya, UMNO kena buat keputusan apa arah tuju parti,” katanya.

PAS kini bersama Bersatu dalam PN manakala Umno sudah memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang mengambil alih kerajaan melalui percaturan politik pada Februari tahun lalu, berjanji akan mengadakan pilihan raya segera sebaik saja pandemik Covid-19 reda. – 20 Julai, 2021.


BERITA LAGI

BURUK UNTUK 

FAHMI PKR

BILA NURUL 

NAK DATANG

KE LEMBAH PANTAI

AMIN

PUTER REFORMASI

SUDAH DITOLAK

 PERMATANG PAUH

KAH KAH KAH

OOOOMPH

SUDAH ILANG

KAH KAH KAH



BELUM LAGI

 


BELUM LAGI

Unknown commented on

 "BERKHALWAT 

HARI KE 490"

Bro..dah ambik beksin belum?

CARA AJEN CHINA MERAH BUAT KERJA

 



 INI CARA AJEN

CHINA MERAH

BUAT KERJA

AMIN

BERI DUIT

BERI LENDIR

BERI BONTOT

AMIN

RASUAH SAPA

SAJA DARI

 AMIN

DARI BALAI POLIS

KE BALAI HINGGAP

DARI TUAN DO

KE TUAN HAKIM

AMIN




Ceroboh hutan: Setiausaha Agung MCA ditegur cuba runding ‘pintu belakang’

KUALA LUMPUR – Gerakan Rakyat Pahang Bersatu (GERAP1) menegur Setiausaha Agung MCA,  Chong Sin Woon agar berhenti segera melakukan apa-apa perkara yang jelas menyebelahi penceroboh tanah hutan simpan kekal dan membelakangkan kedaulatan undang-undang.

Presidennya, Mohd Fazreen Ali mendakwa tindakan Sin Woon yang cuba berunding mengikut ‘pintu belakang’ dilihat sengaja mencabar undang-undang dan sangat bermotif politik.

Menurutnya, walaupun banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu telah memberi peringatan kepada Sin Woon dan MCA agar tidak campur tangan dan menghormati undang-undang, beliau tetap berdegil dan cuba menggunakan pintu belakang untuk menyelesaikan perkara ni.

Mujurlah kewibawaan Menteri Besar,  Wan Rosdy bin Wan Ismail dan kerajaan negeri Pahang yang memainkan peranan besar dalam isu ini dapat terus memartabatkan undang-undang.

”GERAP1 sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang atas kewibawaan yang ditunjukkan dan menasihat agar mana-mana individu, pertabuhan, atau parti politik terutamanya dari luar negeri Pahang terus menghormati keputusan kerajaan negeri dan tidak melakukan tindakan-tindakan yang boleh mengancam keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Fazreen yakin menteri besar sangat serius dalam menangani isu tanah haram ini mengikut perundangan dan prosedur yang betul.

Walaupun terdapat percubaan daripada wakil MCA melalui Sin Woon untuk cuba berunding bagi pihak peneroka haram, Wan Rosdy bertindak profesional dengan meminta peneroka haram untuk memohon menngikut prosedur yang sepatutnya iaitu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

”Komitmen yang ditujukkan oleh beliau benar-benar membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang benar-benar serius dalam menyelesaikan isu penerokaan tanah haram ini dan bukan retorik politik semata-mata.

”Ini bukan sahaja tepat dari sudut perundangan, malah menggambarkan ketegasan dan iltizam Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dalam memastikan hutan simpan kekal Negeri Pahang tidak dicabuli oleh golongan yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. – 

MUSTAHIL

TAK TAHU

PEKARA INI

AMIN

DAH BERTAHUN

BERJALAN

SAMPAI TERGADAI

TANAH MELAYU

AMIN



UNTUK PALACUR YAG PENTING DUIT

 

 

UNTUK PELACUR

YANG PENTING

DUIT - KUASA 

KERETA DAN

 BINI MUDA

AMIN

ananimus commented on

 "PELACUR MULA

 MENGGANAS"

kecewa boto bilo parti pelacur perintah negaro,, kato bwk isle,, tp den tengok,, sekor politician pun bolom masuk sg buloh lg nih sampai skrg,, koling eee pun duk solamat lg kek lua jel,,, fake kunan pun bole telopas,, 



parti isle apo kalo tak bwk ponjahat masuk jel sg buloh? alih2, cabutan toto pulak yg naik 22 kali?? boto kuli kato,, ni bukan pati isle,, ni pati polacur,,

AGAMA PALING PANTAS BERKEMBANG

 



 AGAMA

TAK BERUGAMA

PALING PANTAS 

BERKEMBANG

ORANG BAIK

 


 ORANG BAIK


Unknown commented on

 "POTANG RAYO

 DEN TORINGAT KAMPONG"

https://www.kosmo.com.my/2021/07/19/ebit-bantu-warga-emas-tinggal-dalam-kereta/ Pakcik bela kucing duduk merempat dalam kereto. Samoga ebit liew tak terjebak dalam kancah politaik. Bila masuk politik maka akan jahanam hidup.tengok la pak2 lebai yg masuk politik. Pak chu cheng je tau nye.kahkhakhkah



Ebit bantu warga emas tinggal dalam kereta


PETALING JAYA – Seorang warga emas berusia 75 tahun yang tinggal di dalam sebuah kereta di Central Market, Kuala Lumpur selama dua bulan dibantu penceramah popular, Ustaz Ebit Lew hari ini.

Menurutnya Ebit di laman Facebook hari ini, dia sebak mengenangkan nasib warga emas tersebut yang turut menjaga beberapa ekor kucing di dalam kereta tersebut.

“Sedih tengok keadaan pakcik ni. Tiada sesiapa dah. Katanya hidupnya jatuh ditimpa tangga. Tiba-tiba sahaja menangis.

“Pakcik esok dah raya haji. Raya dalam ni jer ke. Ada sesiapa saya boleh hubungi. Tiada ustaz. Hidup sendirian je. Nak tak saya sewakan rumah untuk pakcik dan kucing-kucing ni semua.

“Baik ustaz. Bila tu ustaz. Sekarang kita gerak. Saya nak pakcik hari raya haji dalam rumah selesa,” tulis Ebit di Facebook hari ini.

Menurutnya, warga emas itu menangis apabila dihulurkan bantuan dan mengakui ramai juga yang pernah membantunya, selain tidak menyangka akan mendapat rumah.

Menurut Ebit, dia terus mengajak warga emas tersebut untuk mencari barangan keperluan seperti peti ais, mesin basuh dan katil.

“Pakcik kata takperlah ustaz, dapat rumah pun dah cukup, banyak sangat ni, malu saya. Macam mana saya nak bayar semula. Cukup doa saja pakcik.

“Ini berkat pakcik sayang kucing. Allah bagi rezeki, kita bertemu. Beri sedikit duit belanja dan saya bawa ke Elewsmart beli makanan kucing, pasir kucing dan sedikit bekalan makanan,” katanya

MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI DULU

 



 MULAKAN DENGAN

DIRI SENDIRI DULU

Unknown commented on 

"DALAM DUNIA INI 

MASIH RAMAI ORANG BAIK"

Menurut pilisopi titi org baik ialah org yg buat apa dia suka saje dan tak kacau orang. Dlm 1mesia saje ko agak ada brp juta org yg tak kacau org buat hal dia je? Belum kira dunia lg.


PADA SATU MASA DULU DULU




PADA SATU MASA

DULU DULU 

ISLAM BUDAYA MERAYAKAN BUDAYA

 

ISLAM BUDAYA

MERAYAKAN

KEHIDUPAN

BUKAN PERKARA

BODOH

capt salai commented on 

"SELAMAT 

HARI RAYA HAJI"

Wahhh..lu dh ucap slmt hari raya pada yang dah hantuk dahi kat batu hitam,maknanya lu dah ucap selamat pada pak jib dan lebai paspispus..gua yang belum pegi ni masuk tak dalam senarai ucap selamat tu bro..moga kita semua selamat aminn

SAMA SAMA KITA LAKUKAN

 


SAMA SAMA

KITA LAKUKAN

herman adnan commented on 

"SELAMAT HARI RAYA HAJI"

Selamat Hari raya Korban Isham..... Bokoban lah Kito sekueknyo

MENTERI PELACUR TAK FAHAM

 

MENTERI

PELACUR

TAK FAHAM 

PEKARA INI

AMIN 

TERBAKAR KERANA BANYAK MAKSIAT

 KHALAS

Unknown commented on 

"INI BUKAN 

PARLIMEN PELACUR"

Minta siarkan climate change dari link ini https://www.youtube.com/watch?v=CvC4oHRUrqU

BAPAK AYAM MAKSUM

 



BAPAK AYAM

MAKSUM

Unknown commented on

 "PELACUR 

MULA MENGGANAS"

Bapak ayam mereka adalah sosok yang maksum. Tak akan pernah berbuat salah dan dijamin masuk syurga.

TAHNIAH CIK GU !

 

TAHNIAH

CIK GU CASTILLO

AMIN

TAHNIAH 

WARGA PERU 

AMIN

 GARIS POLITIK

 TEPAT 

BERSATU PADU

AMIN


Pedro Castillo makes


 unity plea 


after finally being 


named Peru’s next president

One-time teacher asks for ‘effort and sacrifice’ in first remarks after being confirmed as president-elect


Pedro Castillo, seorang guru luar bandar yang menjadi pemula politik, telah menjadi pemenang pemilihan presiden Peru setelah jumlah pilihan raya terpanjang di negara ini dalam 40 tahun.


Dalam komen pertamanya sebagai presiden terpilih, dia meminta persatuan nasional. "Saya meminta usaha dan pengorbanan dalam perjuangan menjadikan negara ini adil dan berdaulat," katanya.


Castillo, yang penyokongnya termasuk warga miskin dan luar bandar Peru, mengalahkan ahli politik sayap kanan Keiko Fujimori dengan hanya 44,000 undi. Pihak berkuasa pilihan raya mengeluarkan hasil rasmi akhir pada hari Isnin dalam upacara yang disiarkan di televisyen, lebih dari sebulan setelah pemilihan akhir berlangsung di negara Amerika Selatan.




ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK

 



ANAK RAZAK

ATAU

CUCU RAZAK

Unknown commented on

 "BUKAN 

KES RAZAK BAGINDA"

Lu berani sebut balik kes rajak baginda.. Menggeletar si rajak dan kawan kepada si rajak baginda yg sama2 balun atontoya.weyyy.kahkahkah. potong stim diaorang nak beraya dan berdrama dalam pesbuk untuk rakyekat konon

BERKHALWAT HARI KE 490

 



KHALWAT KE 490

SELASA  20/7/2021
KITA  MASUK KE HARI 490
BERKHALWAT
KE HARI 490

DARURAT
MASUK KE HARI
190
CUKUP BULAN TAMAT

PKP 4.0
MENAKUTKAN
ANGKA TAK TURUN TURUN
AMIN

GAWAT EKONOMI
INI HANYA PERMULAAN
KITA SUDAH PARAH
DUNIA JUGA SEDANG PARAH

GAWAT POLITIK
MINGGU DEPAN
PARLIMEN AKAN BERSIDANG
UNTUK BINCANG PKP
UNTUK BINCANG DARURAT
TAK ADA UNDI TAK CAYA
MUHYIDIN SELAMAT
AMIN

HARI INI 
HARI RAYA HAJI
KALI KE DUA DALAM PKP
TAHUN LALU  TAK KETAT
RAMAI BALIK KAMPUNG
GUA PUN BALIK KAMPUNG
ERTINYA DAH SETAHUN
GUA TAK BALIK KAMPUNG

DULU 20 TAHUN
 GUA TAK BALIK KAMPUNG
TAPI ITU LAIN CERITA
SEKARANG RASANYA LAIN

PAGI SELASA YANG INDAH
GUA BERJALAN DI TEPI BLOK
DALAM BELUKAR MURAI BERLAGU
INDAH PAGI INI

DALAM HOKKIEN GUA
DENGAR SAYU SAYU
TAKBIR RAYA
DARI MASJID BELLAMY
INDAH PAGI INI

SELURUH HOKKIEN
MENDENGAR TAKBIR RAYA
UNGGAS BERLAGU 
TAPI
 TAKBIR LEBIH KUAT

GUA LINTAS DEPAN MENGKUDU
AH! 
GUA NAMPAK SAEKOR
SEDANG BERGAYUT PADA SARANG
DAN GUA PERHATIKAN
JELAS SATU LAGI BANGLO
SEDANG DIBINA
GUA NAMPAK TIANGNYA
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI RAYA INI
DENGAN SENYUM
KALAU KE MASJID
SENYUMLAH
KALAU MINUM KOPI
PAGI RAYA SENYUMLAH

BRO
KERJA KECIL
YANG KITA LAKUKAN
LEBIH BAIK DARI
NIAT NAK BUAT PROJEK BESAR

BRO
ANTARA  CAKAP DENGAN BUAT
BANYAK KASUT DAH RAHAI

BRO
TAK ADALAH BANTAL SELEMBUT
HATI YANG SUCI

BRO
MATA KITA TAK KAN MELUPAKAN
APA HATI KITA DAH TENGOK

BRO
BANYAK BENDA MEMIKAT MATA
TAPI IKUTI YANG MENANGKAP  HATI 

BRO
KALAU KITA TAKUT
ULAR ITU AKAN JADI LEBIH BESAR

BRO
KALAU ESOK
 LU NAK UBAH GUNUNG ITU
HARI INI LU WAJIB MULA
ANGKAT BATU ITU 

BRO
KITA TAK BOLEH UBAH
ARAH ANGIN BERTIUP
TAPI KITA BOLEH UBAH
LAYAR KITA

BRO
BILA ANGIN BERTIUP
ADA ORANG MEMBUAT TEMBOK
ADA JUGA MEMBUAT KINCIR UDARA

BRO
SABAR INI 
SEBATANG POKOK
YANG AKARNYA PAHIT
TAPI
BUAHNYA MANIS

BRO
KATA KATA INI
MACAM LEBAH
ADA MADU
ADA SENGAT

BRO
DENGAN KATA KATA MANIS
DENGAN  KEBAIKKAN
KITA BOLEH MENGHERET GAJAH
DIIKAT DENGAN RAMBUT

BRO
YANG BEBAL BERCAKAP
APA YANG DIA TAHU
YANG BIJAK TAHU 
APA YANG DIA CAKAP

BRO
JANGAN JADI PAPA
KERANA HENDAK BERGAYA

BRO
RINGGIT DAN SEN 
PEMBANTU  YANG BAIK
TAPI
BOS  YANG GANAS

BRO
SEMUA  ESOK YANG BERBUNGA
SEMUA NYA BENIH HARI INI

BRO
BILA LU BUAT UNGGUN API
RAMAI DATANG BERKUMPUL
BILA LU NAK BERSIHKAN ABU
BIASANYA LU BUAT SEORANG

BRO
KATAK DALAM PERIGI
DIA TAK TAHU
ADA LAUT LUAS

BRO
YANG TELAH BERLALU ITU
RUMAH API
BUKAN PELABUHAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT HARI RAYA HAJI

SELAMAT BERKHALWAT