Khamis, 22 November 2018

LAGI MAT SONGEL





LAGI MAT SONGEL
Tengok la biol,eja pun salah..cehh ingat ko ramai supporter macam DSAI ke? Kalau Anwar x perlu jemput2 macam ko promote ni..org dengar Anwar nk berucap je berduyun2 turun sendiri tak perlu diiklan2,diwar2kan.. Mat Songel betul la TT ni. on MALAM INI DI UIA
Anonymous
on 11/22/18
TT sebenarnya nak kata apa? Mat songel nak belot? Kalau nak belot, dah lama WAWI jadi PM. kan Agong ada offer dia? TT tembak dah tak kena. Dedak dah banyak AA tabur ke? Tulisan dah tak independent lagi? on 
MAT SONGEL KATA APA?
Publish | Delete | Spam
azam
on 11/22/18


-------------------

PROJEK SAILANG TT





AWAS ADA

PROJEK SAILANG TT


Lu heboh dgn konspirasi Lu tak tau ka ada projek nak sailang Tukar Tiub Kah kah kah kah kah kah kah kah kah on 
MAT SONGEL KATA APA?
Anonymous
on 11/22/18

Mana ada terbarai Dah 6 bulan. Kalu anak dara dah memboyot perutnya. Apa nikmat yg umat dpt dari cerita mcm nie? Rega rokok masih mahai, menteri rokok makin jilakeee Yang pasti umat kena kencing. Cuma aku mintak hang jaga2x, ada gerakan nak sailang TT. lu tak cara bermunajat la pada Guru Nanak moga lu di beri pedoman. Kah kah kah kah kah kah kah kah kah on 
SEMUA TERBARAI
Publish | Delete | Spam
DatoPidi
on 11/22/18

---------------

LETAK JAWATAN




LETAK JAWATAN
arrghh..nak kata aku pengecut ke, nak kata aku takut dgn hismaudin rais ke..apa aku pedulik..janji aku berjawatan canselor, ada gaji tetap, ada elaun tetap..ada bini tak tetap..student2 bergetah dan cun pasti rela dgn kekuatan ekonomi yg aku ada..lagi pun perangai melayu ini sudah diketahui, panasnya hanya seketika..hot2 chicken shit..jap lagi lupa la tu..malah makin ramai yg nak study kat ukm..skarang ni cycle melayu,islam dan lgbt..pasni cycle2 lain akan berputar semula..
begitu la melayu..seputar kecoh perihal papan tanda tulisan cina oleh sultan, seputar sultan kata toleransi..seputar kata nak jaga minoriti, berputar2 kata minoriti jgn cuba nak mguasai majoriti..bro..cuba lu masuk parlimen plak..agak2 ada yg halang tak?dulu lu dihalang masuk parlimen, kemudian diseludup oleh tian chua dan sekolahkan YB..kasut dr marten.. on 
DILARANG DI UKM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/22/18


---------------

SATU PERTANYAAN







SATU PERTANYAAN
JIKA BUKAN MAHATHIR
YANG MENJADI PERDANA MENTERI
ADAPAKH ADA JAMINAN
 NAJIB - ROSMAH - ZAHID - KU NAN
DAN 
PULUHAN KAKI RASUAH
PENYALAH GUNA KUASA
SAMSENG BAWAH TANAH
AKAN DI BAWA
KE PENGADILAN

MUNGKIN ADA SANDIWARA
TANGKAP DAN DAKWA
TAPI
ADA MAIN BELAKANG
ADA UNSUR TIPU BELIT
YANG AKAN 
MEMBEBASKAN
SEMUA GEROMBOLAN INI





--------------------

GUNI DITADAHKAN




ALAAA MAK

Maszlee ajak Isham Rais pidato jelajah universiti


SELEPAS disekat berpidato di Universiti Kebangsaan Malaysia malam semalam, Kementerian Pendidikan kini mahu aktivis politik Hishamuddin Rais menjelajah berceramah di universiti awam di seluruh negara.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik berkata universiti adalah tempat wacana terbuka dan tiada siapa wajar disekat daripada bersuara.

“Saya akan minta Hishamuddin untuk mengadakan jelajah di universiti awam dan mereka (pentadbir universiti) seharusnya memberikan beliau ruang,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata apa yang berlaku di UKM malam semalam harus jadi pengajaran kepada semua universiti awam pada masa akan datang.

“Jangan sekat wacana intelektual. Kebebasan akademik yang baru saja kita kecapi sedang dibunuh semula,” katanya.

UKM malam semalam membatalkan majlis diskusi politik anjuran aktivis pelajarnya atas dakwaan penganjur tidak memohon kebenaran pihak pentadbir.

Program yang diberi nama Sekolah Malam itu dijadual membincangkan tajuk “Reformasi Struktural: Mahathir vs Anwar lagi?”.

Hishamuddin yang tiba di Sudut Pidato di Bangunan Pusanika dihalang oleh anggota keselamatan daripada menyampaikan syarahannya pada pukul 8.30 malam.

Jurucakap penganjur, Mohamad Azan Safar  mengaku tidak meminta kebenaran secara rasmi daripada pihak pentadbir tetapi program sama sudah berlangsung dua kali tahun ini tanpa ada sebarang masalah.  – 21 November, 2018.


BOLEH BUKAN

TAK BOLEH

KECIK  

SAPU TANGAN

GUNI DITADAHKAN

TABURLAAAH

DEEDAAK

-----------------

SEMUA TERBARAI





NAJIB O NAJIB

LU NAK PUTAR

APA LAGI

DUIT SEDEKAH

DARI TOK ARAB?


Abu Dhabi saman Goldman Sachs


INTERNATIONAL Petroleum Investment Co (IPIC), dana pelaburan dimiliki Abu Dhabi menyaman Goldman Sachs dan beberapa pihak lain berkaitan kerugian dialami kerana 1MDB, lapor Reuters.

Malaysia mencapai perjanjian pada 9 Mei tahun lepas untuk membayar IPIC dan Aabar Investments PJS sebanyak AS$5.78 bilion (RM24 bilion) berkaitan bon 1Malaysia Development Berhad yang dijamin oleh Abu Dhabi.


SEMUA TERBARAI

SEMUA LINGKUP


------------------

MALAM INI DI UIA





MALAM INI DI UIA
GUA JADI AHLI PANEL
BOLEH MASUK ATAU DILARANG
KITA TEMGOK MALAM INI

MAI DATANG

BUAT RAMAI






--------------------

DARI KAWAH BUKU




KENYATAAN MEDIA DARIPADA DISKOPI DAN KAWAH BUKU
BERTARIKH 21 NOVEMBER 2018
BERHUBUNG ISU PEMBATALAN PROGRAM SEKOLAH MALAM OLEH PIHAK PENTADBIRAN UKM
1.Merujuk kepada kejadian yang berlaku semalam pada hari Selasa, 20hb November 2018 sekitar jam 8.30 malam bertempat di ruang Sudut Pidato, Pusanika UKM, kami daripada kumpulan Diskopi dan Kawah Buku yang merupakan sebuah kolektif warga akademik dan mahasiswa UKM ingin menyatakan rasa kekesalan terhadap tindakan pihak pentadbiran UKM yang telah mengarahkan program Sekolah Malam kami dibatalkan.

2.Apa yang lebih mengesalkan lagi ialah apabila Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan Ghazali mengeluarkan kenyataan beliau di laman facebook Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dengan kenyataan yang bertentangan dengan semangat demokrasi, kebebasan akademik dan autonomi buat mahasiswa untuk menjalankan aktiviti diskusi, forum, perbincangan atau kuliah seperti mana yang dilakukan di dalam program Sekolah Malam kami itu.

3.Di dalam kenyataan beliau, Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan menyatakan bahawa semua program perlulah melalui proses pendaftaran terlebih dahulu. Buat pengetahuan umum, program Sekolah Malam kami itu dijalankan menggunakan pentas Sudut Pidato UKM dan sedikit ruang di hadapannya untuk peserta mendengar kuliah yang diberikan oleh pembentang. 

Konsep sudut pidato yang kami fahami ialah suatu ruang atau mimbar bebas tanpa perlunya ada karenah birokrasi seperti surat-menyurat atau pendaftaran. Apakah logiknya Sudut Pidato yang dibina untuk menggalakkan mahasiswa menyuarakan pandangan secara bebas memerlukan surat-menyurat dan pendaftaran? 

Pertanyaan kami kepada Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan – apakah Sudut Pidato UKM ini mewajibkan setiap mahasiswa yang mahu menggunakannya mendaftar dan membuat tempahan terlebih dahulu? Dari jawapan yang telah diberikan oleh Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee, seakan-akan menunjukkan bahawa penggunaan Sudut Pidato UKM ini memerlukan proses pendaftaran dan tempahan terlebih dahulu. Apakah itu yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan?

4.Berhubung dengan soal keperluan untuk pendaftaran dan tempahan seperti yang diajukan oleh Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan, sayugia dimaklumkan bahawa program Sekolah Malam kami itu bukanlah kali pertama diadakan. Program Sekolah Malam ini telah pun dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah pada masa-masa yang lepas. Dua program Sekolah Malam kami sebelum ini telah pun dibuat tanpa perlu kami membuat pendaftaran dan tempahan Sudut Pidato UKM daripada pihak pentadbiran dan ianya telah berlangsung dengan cukup lancar dan baik tanpa gangguan dari pihak keselamatan UKM. 

Dua program Sekolah Malam kami itu telah dijalankan di tempat dan ruang yang sama (Sudut Pidato) pada 16 Oktober 2018 dan 30 Oktober 2018 tapi tiada pula pihak keselamatan UKM datang dan menyuruh kami berhenti dan tiada pula tuntutan kepada kami untuk membuat tempahan dan pendaftaran. 

Persoalannya ialah kenapa dua program Sekolah Malam yang lepas dibenarkan tapi program Sekolah Malam pada 20hb November diminta untuk dibatalkan? Adakah kerana kuliah yang ingin diberikan itu menyebut nama Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar atau kerana sosok yang dipanggil untuk memberi kuliah di Sekolah Malam itu Hishamuddin Rais atau kerana ia akan membincangkan tentang reformasi struktural? 

Atau apakah tindakan mengarahkan pihak keselamatan UKM untuk menghentikan Sekolah Malam itu dibuat atas faktor untuk membodek dan mengipas-ngipas politikus tertentu?

5.Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan juga menyatakan bahawa terdapat pihak lain yang mendaftar untuk menggunakan lokasi yang sama. Kenyataan Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan ini benar kerana memang terdapat kelompak mahasiswa yang beraktiviti di ruang tingkat 5 itu. Tapi sekali lagi ingin kami tegaskan bahawasanya dua program Sekolah Malam kami yang lepas juga kelompok mahasiswa yang sama turut menjalankan aktiviti mereka di situ dan ini tidak mengganggu perjalanan aktiviti kumpulan masing-masing. 

Malahan ruang di tingkat 5 itu dikongsi bersama-sama di mana kami beraktiviti di ruang Sudut Pidato dan mereka beraktiviti di ruang sebelah yang lebih besar. Kami ada bukti video yang menunjukkan dalam program-program Sekolah Malam yang lepas ruang di tingkat 5 Sudut Pidato itu kami kongsi dengan aman bersama pihak mahasiswa yang lain. 

Tapi kenapa kali ini kami diminta untuk menghentikan Sekolah Malam kami sedangkan pada program Sekolah Malam yang sebelumnya, tiada masalah pun untuk kami berkongsi ruang sebelah-menyebelah dengan kumpulan mahasiswa yang lain itu?

6. Sayugia dimaklumkan di sini, kami sebenarnya telah pun menawarkan kepada pihak keselamatan untuk membuat Sekolah Malam kami itu di tingkat yang lain. Pusanika adalah bangunan yang cukup luas dan besar dan punya banyak tingkat. Terdapat lebih kurang 6-7 tingkat tetapi dari insiden yang berlaku semalam kami telah difahamkan oleh pihak keselamatan UKM bahawasanya kami tidak dibenarkan untuk menjalankan kuliah Sekolah Malam kami itu di mana-mana premis dalam Pusanika itu walau pun kami telah menawarkan untuk membuat Sekolah Malam kami itu di tingkat atas yang kami percaya kosong dan tiada tempahan dari kumpulan mahasiswa lain. 

7.Kalau benarlah seperti mana yang dikatakan oleh Profesor Tan Sri Dato’ Seri Noor Azlan bahawa Sekolah Malam kami itu tidak dihalang, maka sepatutnyalah kami dibenarkan untuk meneruskan program Sekolah Malam kami itu di tingkat-tingkat lain atau ruang lain yang kosong. 

Mustahil Pusanika yang besar, luas dan punya lebih kurang 6-7 tingkat itu, setiap inci ruang di setiap tingkat telah ditempah oleh kumpulan mahasiswa yang lain. 

8.Kami akan tetap meneruskan juga program Sekolah Malam kami itu di ruang Sudut Pidato yang merupakan sebuah tempat khusus yang disediakan oleh pihak UKM sendiri untuk mahasiswa beraktiviti dan menyuarakan pandangan mereka di pentas tersebut dengan bebas tanpa perlu terikat dengan proses tempahan dan pendaftaran. 

Kalau sekiranya Sudut Pidato itu memerlukan tempahan atau pendaftaran maka mungkin lebih sesuai nama Sudut Pidato itu ditukar kepada Sudut Pitempah atau Sudut Pidaftar.


Sekian. Terima Kasih.

Disediakan oleh Sekretariat Sekolah Malam anjuran Diskopi dan Kawah Buku. 




-------------------

MAT SONGEL KATA APA?






MADEY KATA

ADA KONSPIRASI

NAK TUBUH

KERAJAAN 

MELAYU ISLAM


Najib nafi arah Umno 'pancing' MP PH malam 9 Mei


Najib  berkata beliau tidak terlibat dalam usaha menarik anggota parlimen Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk gabungan dengan Umno untuk membentuk kerajaan, pada malam 9 Mei lalu.

"Tiada arahan yang dibuat daripada Umno untuk pancing wakil rakyat PH.

"Tiada (arahan) daripada saya pada malam itu. Kalau ada daripada pihak lain, saya tak tahu," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa ada usaha untuk menarik anggota parlimen Melayu dan Islam dalam PH sebaik selepas PRU ke-14.


LOKMAN KATA

ADA

NAJIB KATA

TAK ADA

MAT SONGEL

KATA APA?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

----------------

MERAYAKAN ANJING





 RAYAKAN ANJING
amenda lu kuarkan cite ni bro..nabi cuma sayangkan kucing..syg kucing itu sunnah nabi..tp gua tak jumpa hadis nabi bagaimana menbuang najis2 kucing ni..ada jiran bela kucing, syg kucing tp kucingnya berak kat tempat org lain, berak didepan rumah jiran..ada yg suka beri makan kucing..tp mrk terlupa bhw lebihan mknan kucing itu mngundang tikus..
ada yg beri minum kucing, tp mrk terlupa bekas air kucing itu mgundang benih2 aedes..semua muslimin muslimat mahu cari pahala, mahu cari syurga mahu bikin sunnah namun sekelip mata saja pahala mjd noda dan mjd dosa bila hati2 jiran yg menyumpah sernah kalo kucing berak depan rumah mrk..
pahalanya dapat 7 tp dosa2 sakit hatu jiran menghapuskan segala pahala itu..mungkin nabi tidak tunjukkan bagaimana mencuci dan mjaga najis haiwan bernama kucing ini..kalo ada hadis itu, nape tiada yg praktikkan.. on 
OH INDAH DUNIA INI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/22/18


-----------------

JANGAN KENCING




JANGAN KENCING
Tipulah UKM ni. Carilah kenyataan lain untuk cuba kencing rakyat. Kumpulan lain mana yang buat booking sama hari sama waktu? Geng UMNO BN lah tu! on 
DILARANG DI UKM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/21/18


-------------------

GILA KUASA



GILA KUASA
Bila manusia gila kuasa, sanggup membutakan mata, hati dan telinga kepada segala yang akan membawa keroskkan di masa akan datang. Short term game, long term loss. Maknanya Anwar sebenarnya cetek akal. Dulu2, perancangannya selalu kecundang di saat2 akhir. Betul tak? on TANDA DAN MAKNA PEMILIHAN PKR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/21/18


-----------------

ADA TULIS BUKU KE?






ADA TULIS

 BUKU KE?
Ni Dr. kangkong kepit buah pelir ...berapa byk journal telah diterbitkan ... saja tanya . Jiwa kekampongan . on 
KANG KONG OOO KANG KONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/21/18



------------------

PENGALAMAN





PENGALAMAN 
Perkara ini pun pernah berlaku di Hutan Air Hitam, Puchong sedikit masa dahulu. Pihak penyokong PKR memohon untuk menggunakan kemudahan dewan terbuka di tapak perkhemahan hutan tersebut dan telah diluluskan oleh pegawai bertugas. 
Namun sewaktu program ceramah berlaku, datang pegawai atasan bersama pengawal UPM mengarahkan program tersebut dihentikan dan mengarahkan perserta untuk keluar dari tapak perkhemahan. Setelah diselidik, rupa-rupanya pegawai atasan tersebut adalah penyokong gila-gila UmNoo dan dibantu pula oleh staf sokongan yang kuat mengampu. 
Pegawai yang meluluskan permohonan itu pula tidak diberitahu akan perkara tersebut dan dipandang sebagai pembelot UPM dan kerajaan. Saya harap pengerusi majlis wacana tersebut ingat akan peristiwa tersebut, malah beliau sekarang sudah menjadi YB di negeri utara. on 
KANG KONG OOO KANG KONG
Publish | Delete | Spam
Ex-Texas Ranjer
on 11/21/18


-----------------

GURU NANAK






GURU NANAK
Guru Nanak ni siapa ha? 
berilmu betul dia ni. 
nak number dia nak mesej 
tanya masa hadapan on 
TANDA DAN MAKNA PEMILIHAN PKR
Publish | Delete | Spam
hurmmm
on 11/21/18


-------------

LAYAN NASI KANDAR






LAYAN 

NASI KANDAR
Daeipada ko layan semua tu tt... Baik ko layan salman nasi kandar kek stesen KTM dekat dekat ukm bangi tu.. Lagi selera... 5 hinggit.. 10 hinggit layan.banyak..gurih... Cucuk... Ko nak hasut situ... Ko hasut sampai kenyang... .. Jam 1 tghari buka.... Kakakakakakaka on 
KANG KONG OOO KANG KONG
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 11/21/18

---------------

TANG MANA COOL






TANG MANA COOL
Ya ka cool. Yg komen against dia
 tak pulak approved. 
Tang mana cool nya?
 on WOW COOL
Publish | Delete | Spam
Budak milo
on 11/21/18



---------------------