Rabu, 31 Mac 2021

PERLAWANAN MELIMPAH LUAS

 


PERLAWANAN KINI

MELIMPAH LUAS

GERAK KE DEPAN - AWAS BAHAYA



GERAK 

PANDANG

KE DEPAN ?

KAH KAH KAH

WOIT

NAMPAK BONTOT

SAPA? 

KAH KAH KAH

APA JADI DENGAN

I GOD DE NUMBO

KAH KAH KAH

MANA ILANG

NUMBO ITU?

KAH KAH KAH

TERSANGKUT

DI PINTU ISTANA?

KAH KAH KAH


'Gerak ke depan' - Anwar fokus 

PRU15, bukan lagi jumlah MP



Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim nampaknya kini menumpukan terhadap pilihan raya umum akan datang berbanding rancangan mengambil alih pentadbiran negara dengan sokongan ahli parlimen daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

Dia menyampaikan pesanan berkenaan ketika sidang media bersama veteran DAP Lim Kit Siang di Kuala Lumpur petang ini.

"Kita harus menumpu perhatian terus ke hadapan, mempersiapkan jentera kita untuk membawa idea-idea benas ke tengah rakyat, dan medan pertempuran di kalangan rakyat itu adalah medan PRU.

"Dan inilah yang menjadi, bagi kita fokus PH," katanya.

"Tapi saya rasa kita munfaatkan untuk melihat ke depan, dan ke depan itu ialah untuk menjadikan idealisme ini, kukuh dan mantap untuk kita menterjemahkan dalam bentuk undi rakyat pada PRU akan datang," jelas Anwar.

Sejak September tahun lalu, presiden PKR mendakwa memiliki nombor ahli parlimen mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan.

GERAK PANDANG

KE DEPAN

KAH KAH KAH

NAMPAK

BONTOT

MAT SABU

DAN 

GUAN ENG

KAH KAH KAH

PARAH AMAT

PARAH

KAH KAH KAH



PELACUR NAK BERSATU


DARI SEGI

PERNIAGAAN

AMIN

PELACUR AKAN

PILIH PELANGGAN

YANG ADA DUIT

AMIN

YANG ADA KUASA

AMIN

PAS pilih Bersatu

PAS akan bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata parti itu.

“Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi berdepan PRU15,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan PAS Abdul Hadi Awang pada 30 Mac lalu.

“Selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan Nasional, Bersatu dan PAS akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Pemesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan halatuju parti khusus bagi menghadapi PRU15,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha agung kedua-dua parti, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Umno pada perhimpunan hujung minggu lalu mendesak parti Islam itu membuat pendirian jika bersama Umno atau Perikatan Nasional.

PELACUR

TAK AKAN

KANG KANG

PADA PELANGAN

YANG AKAN

MASUK PENJARA

KHALAS



SELAMATKAN PAKATAN HARAPAN - TOLAK ANWAR

 


SELAMATKAN

PAKATAN HARAPAN

TOLAK ANWAR


Unknown commented on 

"RAKYAT YAKIN

 DENGAN PAKATAN

 SEHINGGA...."

Betul! Anwar Ibrahim musnah harapan ramai rakyat Malaysia, terutama yang undi Pakatan Harapan. Rakyat nak kerajaan baru mentadbir negara, bukan nak Anwar Ibrahim jadi perdana menteri. Masa PRU, Anwar masih rengkok dalam penjara. Kalau tahu Anwar akan keluar penjara buat kacau, pasti ramai yang tak nak undi Pakatan Harapan, kerana mereka tahu Anwar bodoh tak ada kaliber memimpin negara.


Unknown commented on 

"RAKYAT YAKIN 

DENGAN PAKATAN

 SEHINGGA...."

Kalau dia tak boleh jadi PIEM sejak 1998 sehingga sekarang, makna memang tak boleh jadi lah, apa sibuk sibuk lagi, bagi anak perempuan dia tu, Nurul jadi Presiden, ada peluang kalau tidak tunggu lah sampai umur 93 nanti baru masuk piem kah kah kah



BACA KAJI DAN FIKIR

 


BACA

KAJI DAN FIKIR

Unknown commented on 

"BETUL KE KERANA RIBUT ?"

Mungkin disebabkan ada ribut otw, sebab tu pokok bergoyang... https://t.me/Digitalsoldier170/4656


Unknown commented on 

"BETUL KE KERANA RIBUT ?"

https://t.me/Digitalsoldier170/4596 Ini bukan berita yg confirmed, sebab pada kebiasaan nya, atau S.O.P. nya ialah, keperluan dua, tiga atau lebih sumber berasingan yg menyatakan perkara yg sama. Namun, umumnya, ini memberi satu tandabatu utk meneruskan permehatian berita umum, supaya bila berita betul-betul dilapurkan oleh media arus perdana, maksud kita sedar perkara-perkara sedemikian bukan sesuatu yg baru...


Unknown commented on 

"BETUL KE KERANA RIBUT ?"

https://t.me/juliansrumchannel/87 Everyone I work with are sheep and your standard corporate globalists. But during a meeting today they were expressing consternation about the Suez situation: “It’s insane that it only took one ship to totally disrupt the global supply chain!” Why yes, my dear sheep, GLOBALISM is insane. “Sometimes you can't TELL the public the truth. YOU MUST SHOW THEM.”

INI NAMANYA MENEKAN MALIKUL

 

ABAH KAU

DITEKAN LAGI

AMIN

SILAP SILAP

NAIK DARAH

TINGGI

AMIN



Sarawak akan umum keputusan baharu hubungan dengan Perikatan 

KERAJAAN negeri Sarawak akan membuat keputusan mengenai hubungan negeri itu dengan kerajaan Persekutuan tidak lama lagi, kata Ketua Menteri Abang Johari Openg hari ini.

Tanpa menjelaskan secara terperinci tentang keputusan itu, beliau memberikan bayangan ia berkaitan dengan tuntutan negeri ini bagi mendapatkan kembali haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“(Usaha mendapatkan kembali hak Sarawak di bawah) MA63 masih kita laksanakan dan diperjuangkan dan saya yakin bahawa tidak lama lagi kita akan membuat keputusan (mengenai) perhubungan negeri kita dalam Persekutuan Malaysia,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Kompleks Sukan Lubok Antu di Lubok Antu.

Menurutnya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dipimpinnya dan dianggotai empat parti tempatan yang membentuk kerajaan negeri masih kekal sebagai rakan kepada Perikatan Nasional (PN) bagi membantu membentuk kerajaan Persekutuan, tetapi tidak sebagai ahli PN.

“GPS hanya sebagai rakan an bukan ahli PN. Dasar kita (GPS) lebih berautonomi, bebas dalam kita membangunkan negeri kita kerana ia sesuai dengan kehendak (rakyat) negeri kita,” katanya yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), salah sebuah parti dalam GPS.

Bagaimanapun, pada sidang media selepas majlis itu, Abang Johari enggan mengulas lanjut berhubung kenyataannya berkenaan keputusan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.

Selain PBB, partii lain dalam GPS yang ditubuhkan pada Jun 2018 adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Terdahulu, Abang Johari tiba di Lubok Antu kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki sebuah helikopter dari bandar raya Kuching, kira-kira 260km dari sini, bagi mendengar taklimat daripada pelbagai agensi penguatkuasaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lubok Antu.

Lubok Antu merupakan sebuah daerah yang bersempadanan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Seterusnya beliau dibawa melihat Projek Rakyat Tebingan Sungai Lubok Antu sebelum menghadiri program bersama rakyat di kompleks sukan tersebut. – Bernama, 30 Mac, 2021.


INI REALPOLITIK

AMIN

INI POLITIK BIJAK

AMIN

MASA KETIKA

YANG TEPAT 

UNTUK DAPAT 

YANG DIMINTA

AMIN



JUAL BELI KANAK KANAK

 



JUAL BELI

KANAK KANAK


Unknown commented on 

"DARURAT HARI KE 78"

Tunggu dan lihat. Pada hari kapal tu sangkut kat terusan di Mesir tu, si anu pun ada keluarkan satu kicau pasal Taiwan. Kali ini, keluar lagi...satu persatu dikenakan. Tengoklah apa yg berlaku kelak... https://t.me/qanonplus/5793

APA JADI I GOD DE NUMBO

 


APA JADI

I GOD DE NUMBO

KAH KAH KAH


'Gerak ke depan' - Anwar fokus 


PRU15, bukan lagi jumlah MP


KAH 

KAH KAH

KAH KAH KAH

TERPULANG PADA WARGA SARAWAK

 


TEFRPULANG

PADA

WARGA SARAWAK

UNTUK BERTINDAK

Unknown commented on 

"BETUL TAKDA 

SEBUT JAJAH TANAH MELAYU"

TT, amik contoh kecil yang lebih dekat kat sini. MA63 tu, nape diperhege-hegekan perlaksanaannya. Nape tidak diberikan otonomi atau dilaksanakan perkara-perkara ternaktub dalam MA63 kepada Sabah dan Sarawak, sebaliknya Sabah dan Sarawak diperlembukan sejak dari 1963 hingga sekarang.. hampir semua ketinggalan...

TEPAT LAGU BETUL - JANGAN DIPERANGKAP IMPERIALIS BARU

 



TEPAT BETUL

TAPI JANGAN

DIPERANGKAP 

IMPERIALIS BARU

CHINA MERAH


Unknown commented on 

"CHINA MERAH 

PENJAJAH BARU"

Tu la masalah orang Asia, Afrika dan Amerika Selatan dan Amerika Latin yang lebih menyanjung budaya Yankee Dodo dan Mat Saleh Mat Putih kerana telah disogok sejak dari kecil budaya mereka melalui media di bawah kawalan mereka sehingga memandang rendah kepelbagaian budaya dalam benua sendiri dan membanding-banding siapa punya lebih hebat dan akhirnya membenarkan budaya Yankee Dodo dan Mat Saleh diserap masuk dalam jiwa raga tanpa disedari dan selama ini telah dijajah dan dirompak secara fizikal dan minda pun tidak mengapa.


 Dalam sejarah moden hanya Jepun sahaja yang telah menjajah negara-negara jiranya dalam benya yang sama dan ianya telah ditewaskan dengan teruk dan hilang maruah dan terpaksa berlutut kepada kuasa Yankee Dodo dan Mat Saleh dan tiada keupayaan nak mendapatkan balik pulau-pulau atau wilayah-wilayah yang telah dirampaskan oleh Mat Putih dalam Perang Dunia 2 sehinggakan nak membina semula angkatan tenteranya dikawal oleh Yankee Dodo dan Mat Saleh...


RAKYAT YAKIN DENGAN PAKATAN SEHINGGA....

 


RAKYAT YAKIN

DENGAN PAKATAN

BILA  ANWAR

KELUAR PENJARA

SEMUA MUSNAH

Unknown commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 379"

BRO BERTAHUN TAHUN KITA MEMBINA KEPERCAYAAN PADA SESEORANG IANYA BOLEH MUSNAH DALAM SAKELIP MATA bertahun tahun rakyat bina kepercayaan pada PKR, tak dan berapa lama malaon presiden yang baru keluar penjara dengan bodohnya runtuhkan kepercayaan rakyat itu. dengan muka tidak tahu malu boleh kawtim dengan tim banduan bapak segala penyamun. memang dasar celaka. hidup tak tahu diuntung. dia perasan yang jawatan PM memang sudah tertulis dalam surat beranak dia kah?

AL-FATIHAH

 



AL-FATIHAH

Prebet Adam 

meninggal dunia 

hari ini

 

KUALA LUMPUR –  Prebet Adam yang pernah menggegarkan negara dengan insiden mengamuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987 dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Prebet Adam atau nama sebenarnya Adam Jaafar, 57, dikatakan meninggal dunia tengahari tadi di Hospital Besar, Pulau Pinang

AMIN


MYANMAR - PERKEMBANGAN TERBARU

 


MYANMAR

PERKEMBANGAN

TERBARU

BERI PENCERAHAN TUNJUK KEBENARAN

 



BERI 

PENCERAHAN

TUNJUK

KEBENARAN



Unknown commented on

 "AWAS BAHAYA SUNTIKAN"

Saya tertanya-tanya diri, patut kah saya sebarkan berita pada kenalan melalui wassap? Apakah mereka yg bersedia menerima waksin ni akan anggap aku ni tukang bawak ketakutan? Serbasalah jugak... Aku bagitau diriku...aku buat sebagai komen di blog tukartiub. Paling tidak dia akan baca dan dapat nilai berita ini dapat membuat andaian yg sepatutnya... ~~~ https://t.me/geddes/2484 #JustSayNo The truth is out. 


Pfizer Executive admits that their vaccine is not designed to end the pandemic but to turn it into an endemic so that the demand of their vaccines will continue forever and give them the opportunity to make a lot of money selling their vaccine. Once the pandemic becomes an endemic, just like the flu, all those who have already been vaccinated will need to continue to receive a boost er every year or so. https://youtu.be/WZnlC-eUCoo

NAJIB JADI DEMOKRATIK

 




TEORI

MASUK PENJARA

SEKALI LAGI DIBUKTIKAN
TEORI MASUK PENJARA
 INI TEPAT

DENGAR BAGAIMANA NAJIB
MAHU PILIHAN RAYA 
DI LEVEL PLAYNG FEILD
MAKNANYA 
SAMA RATA SAMA  ADIL
DULU DALAM SEMUA PRU
PARTI NAJIB TIPU BELI PAKSA
KINI BILA NAK MASUK PENJARA
NAJIB JADI  DEMOKRATIK

JUSTERU

UNTUK SELESAI

MASAALAH NEGARA

MASUK KAN

LEBIH RAMAI

POLITIKUS KE PENJARA

AMIN

AGAR MEREKA

JADI JUJUR

JADI BAIK

JADI ADIL

JADI DEMOKRATIK

KHALAS

dinar

PAK TUNGGAL



PAK TUNGGAL


Emak dan Abah aku berkahwin  tahun 1938 -  sebelum Jepun sampai.  Bila Emak aku  sampai ke Kampung Chenor dia  telah ternampak   seorang pemuda China berada dalam rumah Tok Manaf – mentua Mak aku. Emak aku hairan dia menyangka  pemuda China ini tukang rumah.  

Kemudian Abah aku memberi tahu  Emak aku bahawa pemuda China ini ialah anak angkat. Pemuda China ini  adik angkat kepada Abah aku. 

Ketika kali pertama aku mendengar surah wujudnya  seorang pemuda China dalam keluarga  Manaf  ianya amat menggembirakan aku.  Aku gembira sendirian kerana pada satu ketika yang lama dahulu aku ada  Pak Saudara China. Sebenarnya aku merasa megah kerana ada pertalian dengan anak China ini walau pun aku tak pernah berjumpa malah gambar pun tak pernah aku lihat.

Aku hanya mendengar riwayat Ah Meng nama pemuda China ini dari  cerita mulut ke mulut. Ini menjadi sebahagian dari kesah dan riwayat  cucu cicit Datuk Raja Balang Sahu dan  Datuk Dagang Lisut yang diturun temurunkan.

‘  Pada hari itu....Ah Meng hilang... dia menyorok... ayah dia risau  mencari..’ Emak aku  menyambung cerita satelah meletakan akhbar Utusan Melayu. 

‘ Apa Mak baca....’

‘ Cerito Orang Putih nak balik negeri...’ 

‘ Klawang ni... takdo Orang Putih  ke nanti..’

Surah Ah Meng dari Emak aku ini telah aku dengari ketika aku di Kuala Klawang pada  tahun 1955.  Ketika itu kami  tinggal di rumah guru Sekolah Kuala Klawang B.  Perang Dunia Kedua baru sepuluh tahun tamat.

Di rumah inilah juga kali pertama aku kenal api leterik  dan air paip. Di rumah ini  juga Emak aku mula memasak dengan dapur  minyak api. Aku ingat lagi dapur kami  cap rama-rama. Di rumah ini kami  tidak  lagi menggunakan kayu api untuk memasak seperti di dapur rumah guru Sekolah Tapak walau pun ada dapur simen bertungku terpasang.

Sekolah dan rumah guru  tidak jauh dari Rumah Pasung dan kawasan penempatan mata-mata.  Ada sederet  rumah banglo kayu di mana beberapa orang Tuan Mata-mata Inggeris  tinggal. Di atas bukit  di belakang rumah pasung ialah rumah Tuan OCPD – juga orang Inggeris. 

Mata-mata Melayu tinggal  di berek. Rumah teres bertangga batu ada dua blok. Dan dua deret panjang rumah teres  atas bumi.


Di Kuala Klawang ini aku selalu ternampak Orang  Putih termasuk perempuan Orang Putih.  Tuan D.O Orang Putih. Duduk atas bukit.  Guru Besar  Government English School juga  Orang Putih.  Perempuan-perempuan Orang Putih  ini pastilah isteri kepada Pegawai Inggeris.  Mak aku memanggil perempuan berkulit putih ini  ‘mem’.  Apa makna mem aku pun tidak tahu.

‘ Ke mana Ah Meng lari Mak...’ Aku mahu Emak aku menyambung cerita.

‘ Dia lari ke tepi kincir... duduk dalam belukar.... semalaman dia tak pulang... ayah dia risau... kemudian jumpa... ayah dia marah... Mak rasa dia kena rotan
lagi...’

Aku bayangkan marah seorang ayah terhadap anaknya. Aku juga bayangkan bagaimana rotan hinggap ke badan Ah Meng.

‘ Lepas  dua tiga hari dia datang lagi... dia jumpa Pak Teh kau... kali ini dia ada bawak baju dan seluar... dia nak lari dari rumah dia...’

‘ Nak lari ke mana Mak?...rumah dia bukan jauh... tepi sungai tu...’ Aku merasa hairan kerana biasanya  lari dari rumah ke satu tempat yang jauh. Ini tidak. Rumah Ah Meng  kalau tak ada  pokok dan belukar melindung akan kelihatan jelas  dari rumah Tok Manaf.

Mak aku menyambung surah.  Mengikut Mak aku kali ini  Ah Meng berkeras tak nak pulang ke rumah ayahnya.  Dia nak tinggal di rumah  Tok Manaf.  Ayahnya Hock Lim  menjadi serba salah.  Dia menarik tangan  Ah Meng. Ah Meng  meronta dan lari.

‘ Akhirnya ayah  dia tinggalkan dia.... dua tiga hari kemudian ayah Ah Meng   pergi ke rumah pasung di Klawang beri tahu OCPD  anak dia lari dari rumah...’

‘ Ah Meng  nak kena tangkap ke ?...’

‘ Tak... Tuan OCPD panggil Tok kau dan ayah Ah Meng datang ke rumah pasung... pergi sama-sama ... Ah Meng pun ikut sama...’

‘ Pasal apa pulak ke rumah pasung...’ Aku menjadi curiga. Rumah pasung dan mata-mata membuat aku terus curiga.

‘  Tuan OCPD Orang Putih  nak dengar cerita ayah Ah Meng... kemudian dia dengar cerita Tok kau.... Orang Putih ini macam jadi Tuan Hakimlah...nak dengar apa berlaku...’

‘ Lepas tu apa jadi...’ Aku tak sabar hendak tahu keputusan hakim.

‘ Tuan Orang Putih dengar cerita dari Ayah Ah Meng  dan dari Tok kau .... kemudian Tuan  Orang Putih tanya pada Ah Meng... nak duduk rumah sapa... nak duduk rumah ayah sendiri ... atau nak duduk rumah  orang Melayu...’

‘ Ah Meng cakap apa?’

‘ Nak duduk rumah orang Melayu...ini jawab Ah Meng sendiri... dia  sendiri buat pilihan...’

‘Nak duduk rumah  Orang  Melayu? Orang  Melayu  mana Mak? ‘

‘  Orang Melayu tu... Tok Manaf kau..laaa... Tuan Orang Putih panggil  Tok kau Orang Melayu...’

“ Orang Putih pandai ke cakap Melayu dengan Atok..’

‘ Ada mata-mata Melayu dan mata-mata China yang pandai cakap Orang Putih.’

Mengikut surah Emak aku sesudah Tuan OCPD membuat keputusan Hock Lim Ayah Ah Meng menerima keputusan itu. Anaknya sendiri telah mengatakan yang dia  tak mahu lagi pulang ke  rumah ayahnya. 

Ketika aku mendengar bab ini aku merasa sedih juga. Ah Meng meninggalkan Emak Bapak  dan adik beradik. Tapi aku juga sedar bahawa rumah  Ah Meng tidak jauh dari rumah Tok Manaf. Bila-bila masa  Ah Meng boleh melawat adik dan abangnya.

‘ Lepas tu Tok kau buat kenduri... Ah Meng bersunat... nama pun alih. Dari Ah Meng dari Aman... dia masuk Melayu...’


Mendengar perkataan bersunat aku pecah ketawa. ‘Dah besar  baru nak bersunat....ha..ha.. ha.. dia jadi Bin sapo Mak? ‘

‘ Aman bin Manaf ..anak Tok Manaf lah...adik abah kau... abang kepada Pak Teh Ramli... umur mereka tak jauh sangat..’ Amin

Masa berjalan terus. Hidup orang kampung di Chenor diteruskan. Keluarga Tok Manaf bertambah seorang. Hock Lim terus berkebun di tepi sungai. Musim sawah turun ke sawah.   Musim buah mengutip buah. Kehidupan di Kampung Chenor aman damai.

Suasana aman damai  sawah padi dan air kincir Tok Manaf  akhirnya terbarai  pecah.

Pada 8 Disember 1941. Jepun mendarat di Kota Bahru.  Pada 15 Februari  1942 Inggeris mengaku kalah. Pentadbiran Tanah Melayu  beralih tangan – dari bertuankan Inggeris kini bertuankan Jepun.

Ketika Jepun sampai Emak aku telah berpindah dari  Sekolah Seri Menanti  ke Sekolah Tengkek. 

Emak dan  Abah dan keluarga Tok Sidek di Kampung Tengah Kuala Pilah kini  terpisah dengan keluarga Tok Manaf  di Chenor di Jelebu.  Alam pemisah  dua kampung ini hanya   bukit bukau Banjaran  Titiwangsa. Tapi kini soldadu Jepun menjadi kuasa baru  yang memisahkan  dan mengawal Kampung Chenor dan Kampung Tengah

Setahun sesudah Jepun sampai Emak aku bersalin lagi. Tok Wan Rahmah  - ibu kepada Emak aku menjadi bidan. Ini anak kelahiran yang ketiga. Seorang bayi perempuan.  Anak ini sihat tidak seperti dua anak   awal  yang  meninggal dunia ketika dilahirkan. 

Emak dan Abah aku amat gembira sekali. Abah aku berbasikal melintas Batu Kikir  pulang ke Chenor untuk memberi tahu  Tok Manaf dan Wan Timah tentang kelahiran anak perempuan yang baru.

Adik beradik Abah aku gembira dan berharap anak ketiga ini akan selamat walau pun  lahir di zaman Jepun.

‘ Anak perempuan Abang Andak tu... biar saya beri nama...’  Ini permintaan dari Aman adik angkat Abah aku. 

Nama kakak aku  yang baru lahir ini ada surahnya. Maka aku rujuk kembali dengan tuan empunya nama. Ini untuk aku mensahihkan  hadis.

‘ Ni nama Kang Ngah  ... Pak Tunggal yang beri...Khamsiah ni Pak Tunggal yang beri nama...’ Ini kata-kata kakak aku. Aku  mendengar kata-kata ini ketika Kak Ngah aku menerangkan sejarah dari mana asal usul namanya. 

Khamsiah binti Rais lahir  pada 29.9.1942.  Tarikh  lahir ini didaftar secara resmi sesudah Jepun kalah.

‘ Wan Timah suruh panggil  Pak Aman  Pak Tunggal ...  Pak Tunggal ni kerana  dia tunggal.....’  Kakak aku menyambung lagi sejarah namanya.

‘ Pak Tunggal kata.. kamsia ini dalam bahasa China ertinya terima kasih... dia minta Abah pakai nama ni...ni nama Kak Ngah... Abah tulis .. Abah tambah jadi Khamsiah.’ 

Untuk mensahihkan bunyi China  dalam nama kakak aku ini  aku telah menalipon  Lee Keong.  Kawan lama aku   anak watan  China Kuala Klawang.   Kami sedarjah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima  di Sekolah Menengah Undang Jelebu.  

‘ Betul...Isham...  kamsia ini  bahasa Hokkien...maknanya  terima kasih... bersyukur...’  Lee Keong menjadi Dewan Bahasa penterjemah untuk aku.

‘ Anak perempuan Abang Andak tu... biar saya beri nama...’  Ayat ini sentiasa dalam ingatan keluarga Rais.

Bila aku mendengar surah ini aku merasa hiba. Riwayat ini menusuk hati aku. Lalu aku gambarkan betapa rapatnya hubungan Abah aku dengan pemuda China  Hokkien yang kini dipanggil Pak Tunggal.   Pastilah Abah aku  begitu sayang dengan adik angkatnya hinggakan  nama anak perempuannya  diberi nama oleh Pak Tunggal.

Abah aku tidak banyak berkisah tentang Pak Tunggal. Surah dan riwayat ini banyak aku dengar dari Emak aku. 

Dari apa yang aku dengar Pak Tunggal cukup selesa menjadi sebahagian dari keluarga Tok Manaf. Bayangkan Tok Manaf aku ramai anak lelaki. Pastilah Pak Tunggal tak pernah keseorangan. Tok Manaf ada lapan orang anak. Pak Tunggal ada tiga abang, dua kakak dan dua adik lelaki dan satu adik perempuan..

‘ Bang Isham...  Pak Aman ni paling sayang dan rapat  Abah Mi....’ Ini satu lagi kesah dari sepupu aku Azmi  bin Ramli ketika aku mencari dan mengumpul surah tentang Pak Tunggal. 

Aku amat yakin tentang betapa rapat dan  intimnya Pak Tunggal dengan Pak Teh Ramli ayah kepada Azmi ini.

Ketika aku menulis kembali  babak ini air mata aku berlinang. Inilah  surah dan ayat-ayat yang paling susah untuk aku rakamkan.  Ketika aku mengetik  babak ini semuanya cerah seperti ianya sedang  berlaku di hadapan mata aku. Seperti aku sedang menuntun wayang. Babak demi babak tergambar di hadapan mata aku.

Pada tahun 1942 pekan Kuala Klawang bukan lagi di bawah jagaan OCPD Tuan Inggeris dan Memnya. Kini  pentadbiran Jelebu telah diambil alih oleh Jepun. Rumah Pasung Kuala Klawang yang dulunya diduduki  oleh Inggeris kini diduduki oleh Jepun.

Di tepi pekan Kuala Klawang  tak jauh dari Sungai Klawang ada sebuah panggung. Kali pertama  aku melihat wayang  panggung ialah dalam  Ruby Theatre ini. Kenapa nama Ruby aku pun tidak tahu. Aku dibesarkan oleh wayang dari Panggung Ruby.

Panggung Ruby ini untuk aku amat bersejarah.  Selain memperkenalkan aku kepada seni lakon dan seni wayang Ruby Theatre ini ada  pertalian rapat dengan keluarga Tok Manaf.

Pada hari itu –  dihari itu   Pak Tunggal  telah mengajak Pak Teh Ramli  turun berbasikal ke pekan Kuala Klawang.  Tujuan  mereka ialah untuk menuntun wayang di Panggung Ruby. Wayang yang nak dituntun pastilah filem propaganda Jepun.

Pak Tunggal dan Pak Teh Ramli masuk menonton waktu petang.  Ramai juga anak-anak muda Melayu dari sekitar  pekan Kuala Klawang datang untuk melihat wayang Jepun. Bukan nak dengar propaganda Jepun tapi nak melihat wayang.

Tidak sampai satu jam wayang pun habis. Pintu  dibuka. Ketika masuk ke dalam  panggung ada dua pintu dibuka. Petang ini ketika  hendak keluar hanya pintu hadapan dibuka.

Pak Tunggal dan Pak Teh Ramli tidak menyangka apa apa sedang menunggu.

Di tepi pintu telah siapa siaga berdiri empat soldadu Jepun. Mereka lengkap bersenjata. Mata mereka memandang memilih-milih dan memerhatikan muka-muka para penonton yang keluar. Bukan ramai penonton -  tak sampai 20 orang. 

Tetiba di tepi pintu Pak Tunggal di pegang soldadu Jepun. Pak Tunggal ditarik ke satu sudut.   Pak Teh Ramli aku mengikut kerana ini Abangnya yang  dipegang soldadu Jepun. Jepun menolak Pak Teh Ramli dan menghalang dari mengikut Pak Tunggal.  Pak Teh masih berdegil. Dia mengikuti Pak Tunggal yang kini diapit oleh dua soldadu Jepun.

‘ Nihongode mae ni susumu...’ Soldadu Jepun memberi arahan. Pak Teh Ramli aku tak faham. 

‘ Pak Tunggal .. Pak Tunggal...’ Ini sajalah jeritan kata kata akhir yang dilafazkan oleh Pak Teh  Ramli aku pada petang itu.  

Air mata Pak Teh aku menitis  ketika melihat Pak Tunggal  dimasukan ke dalam lori oleh soldadu Jepun. Pak Teh aku tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Tak ada siapa datang membantu. Semua penonton lari berkeliaran menyelamatkan diri dari pedang Jepun.

Pak  Teh Ramli mengambil  basikal dan mengayuh pulang ke Kampung Chenor. Sampai ke rumah telah hampir senja.

Berita Pak Tunggal ditangkap Jepun merebak. Tok Manaf gelabah dan tidak tahu apa yang wajib dilakukan.  Keluarga Tok Manaf terperanjat. Malam itu ketika sembahyang mereka berdoa agar  Pak Tunggal selamat.

Esoknya pagi-pagi lagi Tok Manaf berbasikal ke Kuala Klawang.  Tempat yang dituju ialah Ibu  Pejabat Jepun. Di bilik pejabat yang sama dimana  beberapa tahun dahulu  Tok Manaf, Hock Lim dan Ah Meng bertemu dengan Tuan OCPD Inggeris.

‘ Tok kau menerangkan pada Jepun...  yang kena tangkap itu anak dia... dia  rupa China... tapi dia anak Orang Melayu....  Tok kau  berkeras juga pada Jepun.’

Baru aku sedar Jepun menangkap Pak Tunggal kerana dia rupa China.

‘ Tok Manaf kau  menerangkan pada Jepun ... Pak Tunggal ini cucu kepada Datu Dagang Lisut dan Raja Balang Sahu.... orang besar di Jelebu ...Jepun faham...’

‘ Apa jadi lepas tu...’ Aku tak sabar nak tahu apa terjadi pada Pak  Tunggal.

‘   Jepun tu minta maaf... dah salah tangkap... Aman bukan  China ...tapi  Aman dah dibawa  ke  Seremban... lepas kena tangkap di Panggung Ruby... dia terus diangkut dengan lori ke Seremban...’

Air mata aku menitis setiap kali surah ini sampai ke dalam ingatan aku.

‘ Esoknya Tok kau pergi ke Seremban ....masa itu  bukan ada kereta... naik kereta lembu... sehari suntuk baru sampai... cari  Aman  di Seremban... tiga empat hari Tok kau mencari  di Seremban... Jepun kata dah hantar ke Kuala Lumpur...’

Di saat ini aku senyap tidak bersuara. Aku hanya berupaya mendengar nafas sedih aku sendiri.

‘ Wan Timah kau menangis... .  Mak Chu Busu .. masa  tu dah masuk umo  empat tahun menangis .. dio hilang Abang...Pak Cik Jala kau pun  sedih sama.... Pak Teh Ramli kaulah sedara kita  yang akhir  melihat  Aman .... Pak Teh kau  paling sedih...  Abah  dan Emak  tak tahu semua ni... kito semua di Kampung  Tengah... lepas Jepun kalah baru tahu semua cerita ...’

‘ Dia hilang ke mana Mak.. pasal apa Tok  tak jumpa...’  Aku bertanya lagi.

‘ Kemudian   ada  keluar cerita.. ramai orang ditangkap Jepun ... dibawa ke Siam...  buat jalan kereta api.. ke Burma...  orang panggil Kereta Api Maut... Pak Aman kau dibawa ke sana oleh Jepun...’

‘ Lepas perang abis ... dia tak pulang ke... Mak?’

Emak aku senyap tidak menjawab. Mata Emak aku memandang jauh. Mungkin membawa kembali ingatan kepada  hari itu  di mana dia ternampak  Pemuda China yang dianggapnya tukang rumah.

Hari ini  kata-kata Pak Tunggal pada Abah aku ‘ Anak perempuan Abang Andak tu... biar saya beri nama...’  sentiasa dalam ingatan keluarga Rais Manaf.

EPILOK

British datang   mentadbir Tanah Melayu sekali lagi sesudah Jepun kalah perang.  Nama-nama mereka yang hilang di zaman Jepun telah diselidik. Nama Aman bin Manaf adalah antara ratusan nama yang tercatit hilang  dan tidak ditemui. 

Pentadbiran Inggeris telah memberi surat watikah kepada keluarga   Manaf diatas kehilangan Aman bin Manaf.

THE BRIDGE ON THE RIVER KWAI
Buku garapan Pierre Boulle  dijadikan filem  arahan David Lean dengan nama yang sama pada tahun 1957.

PANGGUNG RUBY
Aku menonton filem  The Bridge on the River Kwai arahan David Lean  di Panggung Ruby  pada tahun 1957. Ketika itu aku dalam darjah satu. 

Sepulang aku dari dua puluh tahun berkelana aku dapati tapak panggung ini  masih ada tapi bangunan  telah runtuh.

MEREKA YANG TINGGAL 
Ramli bin Manaf - Jalaludin Manaf – Aisah binti Manaf
Khamsiah Rais  - semuanya menjadi warga emas di Jelebu. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/03/31/pak-tunggal/