INI KENYATAAN
SIAPA?
SAPA TULIS?
KENAPA NAMA
MAT SABU
LIM GUAN ENG
TAK ADA
KENYATAAN BERSAMA
SEMPENA ULANGTAHUN KEDUA KEMENANGAN PAKATAN HARAPAN
9 Mei 2020
Hari ini adalah ulangtahun kedua hari yang paling bermakna dalam sejarah demokrasi negara. Pada 9 Mei 2018, kita saksikan perjalanan hampir 15 juta rakyat Malaysia dari setiap pelusuk negeri hingga ke seberang lautan, tanpa mengira kekangan hari bekerja telah menzahirkan suara mereka dalam undi untuk bangkit mempertahankan maruah negara. Mandat dari rakyat akhirnya telah diberi kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negara.
Dua tahun lepas, dunia menyaksikan sejarah terpahat dimana Malaysia telah membentuk sebuah kerajaan baharu yang menjunjung undang-undang, nilai moral dan tanggungjawab. Usaha keras mengejar demokrasi yang telah lama menjadi korban kerajaan terdahulu mula digerakkan. Dewan Rakyat mula diberi nafas baru. Reformasi institusi dan pentadbiran awam telah menjadi nadi utama negara. Agenda rakyat akhirnya jelas kelihatan. Anak muda mula menjadi tunjang. Negeri-negeri mula diberi perhatian saksama merentas fahaman politik. Pokoknya, semua ini menjadi keutamaan bagi kerajaan Pakatan Harapan.
9 Mei 2018 bukanlah satu peristiwa untuk memperingati penyatuan Mahathir atau Anwar. Ia adalah peristiwa yang jelas mengangkat nasib dan masa hadapan rakyat serta melawan ketidakadilan dalam negara. Suara dan harapan rakyat tidak boleh ditutup dengan cerita-cerita dongeng yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu.
Apabila Pakatan Harapan memerintah, kami pastikan demokrasi itu subur. Jika rakyat bersuara, wakil rakyat harus sahut dan tiada seorang pun dihalang bersuara dengan alasan ‘tindakan undang-undang’. Kebebasan bersuara: itu antara hadiah paling besar buat negara 2 tahun yang lalu. Rakyat sedar, bahawa tanggungjawab mentadbir negara ini adalah tanggungjawab bersama dan Ahli Parlimen hanyalah sekadar wadah yang membawa suara rakyat.
Begitulah kuasa rakyat. Kami taat dan hormat.
Walau bagaimanapun, rakyat kini tahu bahawa sebilangan usaha reformasi institusi, undang-undang dan ekonomi ini terbantut akibat usaha pihak tertentu yang mempunyai matlamat mereka tersendiri. Akhirnya, mandat rakyat telah dikhianati dan Kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan pada Februari lalu tatkala wabak COVID-19 mula melanda negara. Kerajaan hari ini sanggup berbuat apa sahaja untuk mengumpul kuasa. Jawatan besar mula diagih, kuasa dan pangkat terus ditagih.
Memahami situasi ini, kami tidak mengiktiraf kerajaan hari ini. Prinsip kami jelas dari hari pertama kerajaan ini tertubuh, iaitu ia berdiri tanpa mandat rakyat. Ia tidak diperolehi secara sah menurut kertas undi di dalam pilihanraya. Ia didasari sikap tamak kepada pangkat dan jawatan semata-mata. Malah, tidak ada satupun pemimpin kerajaan hari ini yang berjanji untuk berkhidmat kepada rakyat.
Kami tidak sanggup untuk menggadaikan moral dan etika kami untuk menyokong kerajaan hari ini.
Kami tidak ingin mengkhianati rakyat yang menghabiskan berjam-jam untuk beratur di pusat mengundi, beratus ringgit untuk terbang pulang mengundi, mengambil cuti tanpa gaji untuk membawa suara mengubah nasib negara.
Dua tahun lepas, rakyat dari berbagai agama dan bangsa telah membantu usaha kami dengan memberi derma dan sumbangan, suara dan cadangan, harapan dan semangat hanya demi melihat perubahan yang lebih baik buat negara tercinta.
Dua tahun lepas, kami tidak berputus asa membawa suara rakyat. Hari ini juga sama. Kami telah lama menolak perbezaan, sengketa dan kemelut demi rakyat. Kami sudah berusia, masa kami sudah tidak lama. Namun semangat perjuangan kami masih marak dalam jiwa setiap anak muda yang mengimpikan reformasi. Masanya telah tiba untuk kita bangkit semula dan berusaha mengembalikan mandat Rakyat ke pihak yang sepatutnya.
Jangan sesekali kita lupakan tarikh keramat 9 Mei 2018. Tarikh jatuhnya institusi kleptokrat. Tarikh kemenangan rakyat. Tarikh lahirnya Malaysia Baharu.
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Ahli Parlimen Port Dickson
Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi BERSATU
Ahli Parlimen Langkawi
INI PROJEK
MAT SONGEL
JIKA MADEY
BERJAYA
TUMBANGKAN
MUHYIDDIN
MAKA
MAT SONGEL
MASUK MENCELAH
TRIK LAMA
MAT SONGEL
KAH KAH KAH