Selasa, 7 Februari 2023
SATU LAGI KRONI DITANGKAP
Bekas pengarah FTC diperintah bela diri atas tuduhan rasuah RM1.64 juta
MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas pengarah urusan Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) membela diri atas 33 pertuduhan menggunakan kedudukan dengan memberikan pelbagai kontrak termasuk pembekalan barangan kepada menantu dan anaknya berjumlah RM1.64 juta.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rohaizat Ahmad, 58.
“Mahkamah mendengar dan meneliti secara penilaian maksimum terhadap keterangan saksi pendakwaan serta hujahan bertulis kedua-dua pihak.
“Berikutan itu anggapan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berjaya ditimbulkan oleh pendakwaan yang kamu (Rohaizat) menggunakan jawatan dan kedudukan kamu untuk apa-apa suapan. Oleh itu kamu diperintahkan membela diri atas 33 pertuduhan tersebut,” kata hakim.
Azura dalam penghakimannya berkata mahkamah juga berpuas hati Rohaizat, di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 menggunakan kedudukan dan jawatannya bagi mendapatkan suapan bagi saudaranya.
Seramai 40 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada Januari 2020.
Hakim kemudian menetapkan prosiding bela diri kes itu berlangsung selama sembilan hari iaitu 22, 27 dan 28 Mac serta 3, 4, 5, 6, 17 dan 18 April.
Peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim mewakili Rohaizat memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan mengemukakan empat saksi termasuk anak guamnya yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-16, tertuduh didakwa menggunakan jawatan dan kedudukan sebagai Pengarah Urusan FTC untuk mendapatkan suapan bagi menantunya dengan melantik syarikat Al Maisan Enterprise milik menantunya sebagai pembekal kepada FTC antaranya peralatan elektronik, cenderahati, baju kurung, kemeja-T berkolar selain pengendali program latihan kemahiran.
Bagi pertuduhan ke-17 hingga ke-33, bapa kepada enam anak itu didakwa menggunakan jawatan dan kedudukan tersebut untuk mendapatkan suapan bagi anaknya dengan melantik syarikat milik anaknya iaitu Hexa Tech Pride sebagai pembekal kepada FTC antaranya cenderahati korporat, telefon pintar, komputer riba, projektor, barangan elektronik dan konsultan program keusahawanan.
Semua pertuduhan yang melibatkan jumlah RM1.648,810.60 itu didakwa dilakukan di FTC, No 22 Jalan Rampai Niaga 4, Rampai Business Park antara 23 April 2014 hingga 29 Jun, 2018.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. – Bernama, 7 Februari, 2023.
TAHNIAH SPRM
AMIN
KRONI INI
AMAL NEPOTISMA
KHALAS
CARI LAGI
DAKWA LAGI
BUNUH SEMUA
KRONI LAMA
AMIN
BUAT CEPAT
SEBELUM
KRONI LAMA
DAPAT BERTUKAR
TUAN BARU
KHALAS
SYARIKAT UITM - KRONI SAPA ?
UiTM Holdings rugi RM157 juta, lapor media
UiTM Holdings Sdn Bhd, anak syarikat pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu dilaporkan mengalami kerugian terkumpul sehingga RM157 juta sejak empat tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.
Kerugian itu direkodkan antara 2017 hingga 2021, lapor akhbar itu yang memetik laporan kewangan UiTM Holdings kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. UiTM Holdings juga didapati tidak memaklumkan laporan kewangannya bagi tahun 2020.
Kerugian itu dikatakan berpunca daripada pelaburan perniagaan yang tidak menguntungkan termasuk projek penerbitan filem, selain pengurusan tidak cekap hotelnya Intekma Resort & Convention Centre di Seksyen 7, Shah Alam sehingga terpaksa dihentikan operasi pada hujung Mac 2019.
Hotel itu kemudian ditukar menjadi pusat penginapan pelajar UiTM secara berperingkat, lapor media ketika itu.
UiTM Holdings yang ditubuhkan pada 2007 kali terakhir mencatatkan keuntungan pada 2016 dan sehingga kini menanggung hutang sebanyak RM293 juta atau 64% daripada jumlah asetnya.
Presiden Putra Ibrahim Ali yang juga alumni UiTM minggu lalu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta agensi antirasuah itu menyiasat dakwaan penyelewengan dan ketirisan dalam pengurusan UiTM Holdings, yang dikatakan berlaku sejak 10 tahun lalu.
Naib Canselor UiTM Prof Dr Roziah Mohd Janor dalam reaksinya berkata pihak UiTM sedia memberi kerjasama kepada SPRM demi memastikan integriti institusi itu terpelihara. – 7 Februari, 2023.
WOIT
SAPA LEMBAGA
PENGARAH
SYARIKAT INI?
AMIN
KENAPA SEKARANG
BARU TAHU
DAH 4 TAHUN
RUGI BERJUTA
AMIN
KRONI & NEPOTISMA
KAWAN & SAUDARA
MENTERI MANA ?
AMIN
TAHNIAH
TOK HIM
AMIN
KHALAS
AL-FATIHAH
Korban gempa bumi Turkiye, Syria cecah lebih 4,300 orang
KORBAN gempa bumi besar di Turkiye dan Syria semalam mencecah lebih 4,300 orang dalam tempoh 24 jam selepas kejadian, lapor agensi berita Andalou.
Agensi pengurusan bencana di Turkiye melaporkan mereka yang disahkan terbunuh di wilayah selatan negara itu kini hampir 3,000 orang sementara mangsa yang meninggal dunia di Syria hampir 1,500 orang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah korban boleh mencecah sehingga 20,000 orang berdasarkan pengalaman bencana sama sebelum ini.
“Malangnya ini yang biasa kita lihat dalam gempa bumi iaitu angka korban awal sama ada yang meninggal dunia atau yang cedera akan meningkat agak banyak pada minggu berikutnya,” kata pegawai kanan kecemasan WHO di Eropah Catherine Smallwood.
Pasukan pencari dan penyelamat serta bantuan kemanusiaan dari serata dunia sudah digerakkan ke wilayah terjejas sejak semalam.
Malaysia malam tadi menghantar 70 anggota pasukan mencari dan menyelamat khas (SMART) ke Turkiye sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terjejas, lapor Bernama.
Mereka terdiri daripada pasukan perubatan Kor Kesihatan Diraja (KKD), Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat).
Mereka berlepas ke Istanbul menaiki penerbangan Turkish Airlines, malam tadi.
Gempa pertama semalam berlaku pada pukul 4.17 pagi waktu tempatan, berukuran 7.8 magnitud. Ia dilaporkan antara yang paling kuat di wilayah itu dalam masa sekurang-kurangnya 100 tahun.
Gegerannya dirasakan sampai ke Mesir dan Cyprus.
Gempa kedua yang juga besar berlaku hampir lapan jam kemudian berukuran 7.7 magnitud pada kedalaman 2km.
Pihak berkuasa seismologi merekodkan lebih 100 gegaran susulan dua gempa besar itu.
Sementara itu, Menteri Luar Negeri Zambry Abdul Kadir berkata 12 rakyat Malaysia di wilayah terjejas iaitu Gaziantep, Şanliurfa dan Adana telah dihubungi Kedutaan Malaysia di Turkiye dan berada dalam keadaan selamat.
Semalam Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah bertitah menyeru semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat untuk keselamatan mangsa dan keluarga.
Baginda juga menyeru umat Islam di Malaysia mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa yang meninggal dunia. – 7 Februari, 2023.
AL-FITIHAH
AMIN
TIKET KE SYURGA
PAS ADA TIKET
KE SYURGA
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"MAIL BERA BERFATWA"
Woit Bera orang muda sokong sosial media, sokong porno sokong judi sokong tuckbeer, engkau orang asyik main tiket ke syurga dengan PAS siapa sokong engkau orang, yang sokong pun orang ulu, orang tua orang kedai kopi, orang dapat jawatan orang dapat bantuan saja, yang muda cari makan pun susah nak sokong buat apa? Apa untung sokong lu orang? Semua curi rasuah rompak sampai orang muda susah sampai lingkup mata wang sampai jatuh negara sampai bangkrap negara?
Siapa sokong lu soalan bodoh kah kah orang muda tak ambil pot tak ambil peduli pun asyik tak ada modal lain, kalau nak orang muda sokong mulut plaster dulu, buat kerja buat kebajikan buat kerja Ahli Parlimen tak payah wayang siang malam woit kah kah kah kah diam diam buat kerja orang bapak tak payah drama sketsa skema cerita baru kah kah kah kalau ada upah satu bandar penduduk kita tampal poster, isi minyak tukar minyak hitam semua cerita kuno, kah kah kah
NEGARA BAKR QURAN
Mayat bayi baru lahir ditemukan di tempat pembuangan sampah
KUALA LUMPUR – Mayat bayi perempuan dipercayai baru lahir ditemukan di tempat pembuangan sampah di depan Rumah Kebajikan Taman Equine, Seri Kembangan di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A. Anbalagan berkata polis menerima maklumat pada pukul 10.05 pagi daripada orang awam mengenai penemuan mayat bayi berkulit cerah yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna jingga.
Beliau berkata mayat bayi itu dijumpai di dalam kotak sampah oleh pekerja pengutip sampah.
“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran, dan menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi balai polis berdekatan.- BERNAMA
DI NEGARA
BAKAR QURAN
PERKARA INI
TAK PERNAH
BERLAKU
AMIN
MALAH MUSTAHIL
AKAN BERLAKU
KHALAS
KRONI SAPA ?
Serba Dinamik mohon tangguh perintah penggulungan syarikat demi kepentingan negara
PERINTAH penggulungan terhadap syarikat Serba Dinamik perlu ditangguhkan atau dihentikan kerana ia akan menjejaskan urus niaga bernilai tinggi dan kepentingan negara, kata pengarahnya dalam afidavit kepada mahkamah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan petisyen untuk menggulung syarikat itu dan tiga anak syarikatnya susulan hutang RM5 bilion, di mana ia dikatakan kes insolvensi terbesar di mahkamah setakat ini.
Pengarah Serba Dinamik Abdul Kadier Sahib berkata perintah penggulungan itu akan menjejaskan keseluruhan kumpulan Serba Dinamik, bukan hanya Serba Dinamik Holding Bhd (SDHB), Serba Dinamik Sdn Bhd, Serba Dinamik International Ltd dan Serba Dinamik Group Bhd.
“Langkah likuidasi ini menjejaskan nilai yang diperlukan untuk menjana kewangan bagi membayar semula hutang kepada pemiutang,” kata Kadier dalam afidavit untuk menyokong permohonan penangguhan perintah penggulungan itu.
Syarikat itu memohon penangguhan itu sehingga rayuan mereka di Mahkamah Rayuan berhubung perintah penggulungan itu didengar.
Hakim Ahmad Murad Abdul Aziz dijangka membacakan keputusannya berkenaan permohonan penanggunghan interim pada 10 Februari. Beliau kemudian akan mendengar usul syarikat itu untuk penangguhan kekal berhubung perintah penggulungan itu pada 6 Mac.
Dalam afidavitnya, Kadier menyenaraikan beberapa projek milik Serba Dinamik dan anak syarikatnya yang akan terjejas teruk jika tidak diberikan penangguhan perintah penggulungan sehingga rayuan itu selesai.
Beliau menyenaraikan Hab Tenaga Bersepadu Bintulu (BIEH), Taman Perindustrian Eko Pengerang (PeIP), Pusat Industri Minyak & Gas Bintulu (BOGC) dan Universiti Sains Komputer dan Kejuruteraan Malaysia (UNIMY) sebagai projek yang mempunyai kepentingan negara.
Selain itu, katanya projek antarabangsa seperti Hab Inovasi dan Pusat Data di UAE dan loji klor-alkali di Uzbekistan dan Tanzania juga perlu dihentikan atau dibatalkan akibat perintah penggulungan itu.
“Sebaik saja projek seperti ini dianggap terbengkalai, kos pendahuluan untuk memulakan ia kembali akan sangat ketara terutama daripada segi kelulusan baharu, pembiayaan dan perancangan rantaian bekalan,” katanya. – 7 Februari, 2023.
MADANI DAN NEPOTISMA
Elak lantik ahli keluarga pada masa depan, kata Rafizi
KERAJAAN pada masa akan datang perlu mengelak budaya nepotisme yang melantik ahli keluarga ke jawatan tertentu, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau mengulas pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada ayahnya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Mohammed Iqbal Johari sebagai pegawai tugas-tugas khas kepada ayahnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.
“Saya ingat beberapa perkara ini untuk masa akan datang kepada mana-mana kerajaan perlu elakkan. Cuma dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat.
“Ia tidak membabitkan wang rakyat, yang kita harapkan sekarang mereka perlulah buktikan mereka bawa nilai tambah. Saya yakin mereka ada peranan masing-masing,” katanya. malam tadi.
WOIT
RAFIZI CAKAP
BETUL
AMIN
UNTUK BAIKI
KEADAAN BUKAN
SUSAH
AMIN
YANG DAH KENA
LANTIK TARIK
DIRI
AMIN
AGAR JANGAN
JADI BEBAN
BIAWAK HIDUP
PADA KERAJAAN
KHALAS
KJ BIJAK BERI SEDEKAH
KJ BIJAK
BAHASA INGGERIS
KHALAS
Unknown commented on
"KHAIRY DAN PENG ANAL"
Sapa nak labur, sapa nak masuk share, macam lawan kuda, taruhan kuda kuat boleh menang? Tak semestinya penjudi cerdik, tak ambil risiko tinggi, sedekah kah wang politik kah semua kena ada balasan, kena ada projek, mana nak cari projek sekarang? Jawatan tarak munke tarak vaksin tarak simpanan ada tapi mana boleh pakai simpanan, tak pernah berlaku kah kah kah nak cari sponsor luar negara mungkin boleh sebab English pandai, derma Arab susah sebab tidak pandai bahasa Arab kat kah kah kah macam.mana nak buat ,?
Unknown commented on
"PAS BERI SEDEKAH JARIH SEBELUM MENGUNDI"
Satu ayat betul, nilai tambah atau top up, up jumlah dulu, kalau dulu bayar 500 sekarang up ke 1,000 baru dapat kekal kemenangan, jangan risau jangan takut semuanya sedekah belaka, tabungan sejak kanak-kanak, tabung dipecah bagi sedekah, kah kah kah air paip tak payah buat dulu, jalan rosak tak payah repair dulu, longkang sumbat, sungai sumbat, banjir semua ditinggalkan dulu, paling penting kena menang pilihanraya negeri, kalau tidak air muka jatuh ke tanah amin kah kah kah senang nak baca hari orang politik terbaik
BILA PENCEN JADI BIJAK
BILA PENCEN
JADI BIJAK
KHALAS
Unknown commented on
"MAIL BERA BERFATWA"
4 hours ago
Yg peliknya sumer orang kerajaan nie pemikiran mrk tetiba jd bernas bijak penuh visi bila mereka pencen. Masa masih pegang jawatan sumer nya blur je. Kalu mcm nie ada baiknya utk negara biar ramai orang pencen dari bekerja.
SEDEKAH PADA MATA MATA
YA MAULANA
APA HUKUMNYA
BERI SEDEKAH
PADA MATA MATA
KHALAS
Unknown commented on
"PAS BERI SEDEKAH
JARIAH SEBELUM MENGUNDI"
Bro, kalu gua beri sedekah kat polis mcm mana hah?
TUNGGU ROSMAH MASUK JIL
MENUNGGU ROSMAH
MASUK JIL
SELASA 7/2/2023
SATU MALAYSIA
KELUARGA MALAYSIA
SEMUA TUNGGU BILA
ROSMAH AKAN MASUK JIL
APAKAH ADA
RANCANGAN LICIK
UNTUK BEBASKAN ROSMAH
APAKAH ADA PROJEK RAHSIA
UNTUK LEPASKAN ROSMAH
APAKAH ADA JANJI JANJI
DIBUAT UNTUK BEBASKAN ROSMAH
AMIN
TURKI
GEMPA BUMI DI UTARA TURKI
700 BANGUNAN RUNTUH
LEBIH 2400 MATI
SYRIA
GEMPA YANG SAMA
300 ++ WARGA MATI
AMAT SUSAH BANTUAN
HENDAK DIHANTAR
KERANA KAWASAN INI
MENDAPAT SEKATAN PBB
HOKKIEN
KERING SEGAR
LANGIT PUTIH
MATAHARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL KELAM
YANG DIDENGAR
SUARA HOW WOW
JAUH MENDAYU
JUGA SUARA TIONG
YANG LAIN MUNGKIN SEJUK
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SELASA
YANG INDAH
BRO
LU MALU BERKAYUH
PERAHU LU HANYUT
LU MALU BERTANYA
LU SESAT JALAN
BRO
SESAT JALAN
JANGAN MALU
TANYA LEBAI GOOGLE
BRO
KERBAU BAWA LUMPUR
LU JANGAN DEKAT
BRO
SESAL DULU PENDAPATAN
SESAL KEMUDIAN
TAKDA GUNANYA
BRO
TAK LAPOK DEK HUJAN
TAK LEKANG DEK PANAS
BRO
SEMAKIN BANYAK
LU CERITA TENTANG DIRI LU
SENDIRI
SEMAKAIN BANYAK LU BOHONG
BRO
SEMAKIN JELAS LU BOHONG
SEMAKIN RAMAI
ORANG KENAL SAMA LU
BRO
TIPU BOHONG PUTAR
ADALAH WATAK POLITIKUS
BRO
MENCARI ANAK DARA
DI LORONG HAJI TAIB
LEBIH MUDAH DARI
MENCARI POLITIKUS
BERCAKAP JUJUR
BRO
SATU PEMBOHONGAN
TELAH CUKUP UNTUK
MEMUSMAH SEMUA
KEBENARAN
BRO
LU KUAT BILA LU CARI POTENSI
DALAM DIRI LU SENDIRI
LU LEMAH BILA LU CARI POTENSI
DALAM DIRI ORANG LAIN
BRO
BAIK DAN BURUK
SENTIASA ADA
KALAH DAN MENANG
SENTIASA ADA
BRO
HUJAN ADALAH ADIL
BILA HUJAN TURUN
SEMUA AKAN BASAH
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT MENUNGGU
ROSMAH MASUK JIL
Langgan:
Catatan (Atom)