Sabtu, 26 September 2020

ABAM TIPU BELAKO



ABAM TIPU

 BELAKO

Mat Despatch commented on
 "KHAYAL ANGAN ANGAN"
TT kene dengar yuotbe lagu dikir barat nyanyian cikgu naim tajuk Tipu... 
 

ANWAR JUMPA AGONG SELASA

 

ANWAR PASTI JUMPA AGONG HARI  SELASA

AMIN

SELASA ADALAH

TERBAIK

KAH KAH KAH




Belum ada tarikh Anwar menghadap Agong, kata PKR


PKR mengesahkan belum ada tarikh ditetapkan untuk Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong yang kini sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ketika ini parti itu hanya dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong masih lagi dalam keadaan gering.

“Saya dimaklumkan Agong masih gering,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau juga enggan mengesahkan sama ada Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat petang ini tetapi menurutnya sekretariat gabungan parti itu akan mengeluarkan kenyataan.

Istana Negara juga hari ini dilaporkan menyebut, Yang di-Pertuan Agong masih lagi menerima rawatan dan permohonan Anwar untuk menghadap baginda masih tertunda.

Laporan Reuters yang memetik sumber menyebut, baginda tidak akan menerima sesiapa untuk masuk menghadap selama seminggu.

Pertemuan itu akan mengesahkan sama ada Anwar benar-benar memiliki jumlah sokongan majoriti ahli Parlimen untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan.

Dalam pada itu, Shamsul dalam kenyataan terdahulu memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menghalang pertemuan Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, semua pihak perlu menghormati hak Anwar untuk mempersembahkan senarai nama ahli Parlimen yang menyokongnya.

Beliau juga menuntut Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin segera berundur daripada jawatan perdana menteri kerana sudahpun hilang keabsahan untuk kekal di jawatan tersebut.

Muhyiddin terdahulu hari ini menegaskan beliau masih perdana menteri dan menurutnya perkara itu disahkan Peguam Negara Idrus Harun.

Dalam sidang media pada Rabu, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sejumlah ahli Parlimen parti itu tidak lagi menyokong Muhyiddin dan tidak dapat menghalang sekiranya wakil rakyat itu menyokong Anwar.

Ia menunjukkan Muhyiddin tidak lagi menguasai Dewan Rakyat kerana selama ini hanya mendapat majoriti dengan kelebihan beberapa kerusi.

Dalam pengumumannya pada Rabu, Anwar tidak menyatakan dengan tepat jumlah ahli Parlimen yang kini menyokongnya.

Bagaimanapun jumlah sokongan itu kukuh dan meyakinkan untuk membolehkan kerajaan baharu dibentuk, katanya. – 25 September, 2020.


PANGLIMA MELAKA

DAH BERI AMARAN

JANGAN HALANG

ANWAR DARI JUMPA

AGONG

KAH KAH KAH

DON PLAY PLAY

INI AMARAN DARI

PANGLIMA SELIT

KAH KAH KAH



ANWAR TOLAK PEJUANG

 



ANWAR TOLAK

 PEJUANG

Anonymous commented on

 "KHAYAL ANGAN ANGAN"

MAHATHIR TIDAK MAHU BEKERJASAMA DENGAN ANWAR, MENGAPA MUKHRIZ PERSOALKAN KENAPA ANWAR TIDAK BERBINCANG DENGAN PEJUANG? Mukhriz kata, pejuang tak terhegeh-hegeh nak sokong Anwar, sebab Anwar tak jemput pejuang berbincang. Anwar tak sebut pun nama Pejuang dalam PC beliau, jauh sekali Anwar nak tuduh pejuang terhegeh2. Anwar bukan macam bapak hang yang hari2 meratib burukkan dan perlekehkan Anwar. Mengapa Anwar perlu ajak Pejuang berbincang? 

Bukankah Pejuang melalui mulut Mahathir sendiri kata tidak mahu bekerjasama dengan Anwar? Takkan Anwar pula perlu terhegeh-terhegeh minta sokongan Pejuang? Apa jaminan strategi Anwar selamat kalau Mahathir tahu? Dalam keadaan tidak tahu pun, Mahathir dah bercakap merapu-merapu dan menunjukkan betapa takutnya beliau jika Anwar jadi PM. Mukhriz sepatutnya lebih positif, jangan tiru perangai buruk ayah kamu. WFAUZDIN NS

KHAYAL ANGAN ANGAN

 


ANGAN ANGAN


berangan angan 

sambil berkhayal 
untuk jadi raja
untuk kahwin dengan madonna
untuk kahwin dengan brad pitt
untuk entot ratu russia
semua ini tak salah
bukan jenayah
polis tak tangkap

tapi tipu mat sabu
tipu guan eng
dalam politik tidak salah

tipu bini
tipu anak
tipu menantu
tipu bekas menantu
tipu bakal menantu
dalam politik tak salah

tapi
tipu  yb shamsul iskandar
tipu yb fahmi fadil
tipu yb dolah sani
tipu william liong
tipu chan li kang
juga tidak salah
dalam politik
cuma

meminta yb yb ini
menempah jaket hitam
menempah seluar hitam
menempah baju puteh lengan panjag
dan
membeli tali leher  biru
adalah satu kesalahan
yang tak dapat diampon
kerana 
pakaian resmi
mengangkat sumpah
untuk menjadi menteri
ialah baju melayu hitam
dan 
kain samping songek hitam
bukan pakaian eropah
AMIN



MEMBATU BERKHAYAL




MEMBATU 

BERKHAYAL

Unknown commented on 
"JAKI KE ORANG"
TT, lu ada tonton itu cerita talivision oang putih, Fantasy Island. Yang ada Mr Roarke dan Tattoo tu? Gwa ada tengok perangai Abam masa buat Pengumuman Media "I have nombor". Ada sikit luarbiasa. Gwa pikir Abam sekarang dalam dunia khayalan Fantasy Island.

SILA BERSABAR

 

SEMUA WAJIB 

BERSABAR


Unknown commented on 
"LANGKAH TEPAT WAJIB SOKONG"
minggu dpn??? 
wahhh.. ini betul2 pecah berita..! 
tak sabar nak tunggu minggu dpn.. 
nurul izzah.. minggu dpn ye sygg..

KHABAR ANGIN



WIND NEWS

JANGAN DENGAN
KHABAR ANGIN 
MELAPORKAN BAHAWA
YANG DIPERTUAN AGONG 
AKAN MEMANGGIL 
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
MENGADAP KE ISTANA
PADA PAGI HARI SENIN INI
BERITA INI TIDAK BENAR
TIDAK BETUL
YDPA MASIH 
LAGI BEREHAT DI IJN
AMIN


AWAS ! - BERSEDIA !



AWAS !

BERSEDIA 

LANGKAH TEPAT WAJIB SOKONG

 

LAPOR POLIS

LANGKAH TEPAT 

AMIN 

JANGAN BENAR 

MENGHINA AGONG 

AMIN

 HINA AGONG  MAKNANYNYA  MENGHINA

PEMIMPIN ISLAM 

ANWAR IBRAHIM

AMIN

WASPDA  ANWAR

AKAN DINOBAT 

MENJADI PM 

MINGGU DEPAN

AMIN

JANGAN ADA  

SESIAPA BERANI 

HINA  PELEKEH 

PEMIMPIN ISLAM 

KAH KAH KAH


Pemimpin tertinggi setuju adu Shamrahayu pada polis, kata Pemuda PKR

TINDAKAN sekumpulan pemimpin Pemuda PKR membuat laporan polis ke atas seorang pensyarah undang-undang Prof Shamrahayu Ab Aziz menerima reaksi berbeza dari pemimpin parti.

Ada yang menganggap laporan polis itu tidak patut dibuat kerana hanya melibatkan perbezaan pandangan tetapi ada juga kalangan pemimpin parti yang merestuinya.

Laporan polis itu dipertahan Naib Presiden Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman yang memberitahu The Malaysian Insight, para pemimpin parti merestui tindakan tersebut.

“Pimpinan tertinggi PKR bersetuju dan kami tiada halangan untuk laporan ini,” katanya.

Beliau mengulas laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda PKR S Thiban semalam yang mendakwa pandangan Shamrahayu itu memperlekehkan peranan Yang di-Pertuan Agong.

Ia berkaitan pandangan pensyarah itu yang tidak setuju Anwar menghadap baginda untuk mempersembahkan bukti sokongan majoriti untuk mengambil alih kerajaan.

Menurut pensyarah Universiti Teknologi Mara itu, Anwar perlu membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti terlebih dahulu sebelum menghadap baginda.

Menurut Shamrahayu, hanya Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin layak menghadap Yang di-Pertuan Agong kerana masih perdana menteri yang sah.

S Thiban dalam laporan polisnya mendakwa kenyataan itu memperkecilkan peranan baginda sebagai ketua negara.

Padahal, baginda pernah menerima Anwar menghadap dalam majlis terdahulu, kata Thiban.

Ia dikritik seorang senator PKR Yusmadi Yusoff yang berpendirian, laporan polis tidak sepatutnya dibuat atas perbezaan pandangan dengan pensyarah itu.

“Saya tidak bersetuju dengan tindakan ini. Perbezaan pandangan boleh dibuat mana-mana individu apatah lagi seorang ahli akademi.

“Biar rakyat dan terutama sekali mereka daripada akademik menilai pandangan tersebut,” tulisnya di laman Twitter.

Pandangan serupa dinyatakan penganalisis politik Lim Hong Siang yang berpendapat, Pemuda PKR sepatutnya hanya membuat kenyataan balas untuk menyanggah kenyataan Shamrahayu.

Katanya, polis tidak perlu dilibatkan dalam perbezaan pendapat seperti itu.

“Kalau kenyataan dia bodoh kau sanggah sajalah…

“Untuk apa kau mohon campur tangan polis untuk sekat dia dengan menggunakan jentera negara, AMK sejak dulu mengecewakan,” tulisnya di Facebook.

Turut mengulas, seorang peguam muda Lim Wei Jiet yang juga kecewa kerana polis dilibatkan dalam isu perbezaan pandangan tersebut.

“Sungguhpun ramai yang amat tidak bersetuju dengan pandangan Prof Shamrahayu, hak bersuara dan kebebasan akademik harus dipertahankan. Saya saran untuk laporan ini ditarik balik,” katanya.

Pada masa sama PKR semalam mengeluarkan amaran agar pertemuan Anwar, yang sudahpun diperkenankan oleh baginda tidak dihalang.

“...(Usaha menyekat pertemuan ini) satu tindakan malampaui batas dan tidak menjunjung amalan demokrasi.

“Ini sangat bertentangan dengan hasrat Seri Paduka Baginda yang jelas membuka pintu kepada rakyat disamping meneliti dengan terperinci segala isu berkaitan perlembagaan sebagaimana ketika proses lantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan dahulu.”

Parti itu menegaskan, hak Anwar untuk menghadap baginda wajar dihormati semua pihak dan parti itu juga menghormati hak semua pihak termasuk ahli akademik untuk menyuarakan pandangan.

Istana Negara mengesahkan Anwar sepatutnya menghadap baginda pada Selasa namun tidak dapat berbuat demikian kerana baginda gering.

Pada keesokan harinya, Anwar mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga mengesahkan sejumlah ahli Parlimen parti itu tidak menyokong Muhyiddin dan beliau tidak dapat menghalang mereka menyokong Anwar.

Menurut Istana Negara, baginda dinasihatkan mendapat rawatan selama seminggu di Institut Jantung Negara dan tidak akan menerima sesiapa menghadap dalam tempoh itu. – 26 September, 2020.

PENGAJARAN 

UNTUK SEMUA

  BILA ANWAR

 JADI PM 

MINGGU DEPAN

TAKDA SIAPA BOLEH

TEGUR KRITIK 

PEMIMPIN ISLAM

AMIRUL MUK MANI

KAH KAH KAH



SAH SAHEH ANWAR ADA NUMBO

 

 

SAH SAHEH TEPAT BENAR BETUL ANWAR ADA NUMBO

Anonymous commented on

 "SAHEH - ANWAR ADA NUMBO"

Maklumat dalaman. Ada satu maklumat yang sampai ke telinga saya, seseorang telah bertemu dengan seorang kerabat di Raja Pahang beberapa hari lalu. Kerabat di raja itu dikatakan sangat rapat dengan Al-Sultan Abdullah. Tanpa sumber itu menjelaskan cerita mendalam disebaliknya, saya mentafsirkan, ia adalah mengenai hasrat Anwar untuk menghadap Yang diPertuan Agong bagi mempersembahkan angka dan menjelaskan kedudukan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin sekarang ini yang parah.

 Dinyatakan oleh sumber itu, kerabat di Raja berkenaan menasihati wakil kepada Anwar yang menemuinya itu jangan cuba-cuba untuk minta mengadap sekiranya Anwar tidak mempunyai angka dan sokongan mencukupi, kerana ia kelak akan memudaratkan diri. Namun apabila Anwar berani menulis surat pohon pekenaan untuk mengadap Agong menunjukkan Anwar sudah benar-benar bersedia. 

Dengan menghubungkan maklumat ini dengan apa yang berlaku semalam, ia menjelaskan bahawa Anwar tidak main-main dengan jumlah dan angka yang ada kepadanya itu. Cabaran Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu kepadanya agar mencari angka menggenapkan sokongan sudah terjawab pada sidang akhbar itu. Apabila Anwar bertindak demikian seharusnya mereka yang mencabar beliau menggenapkan angka tidak mentertawakannya sebaliknya perlu menyokongnya dengan penuh keta'akulan.

KONO PELOMPANG

 



 KONO PELOMPANG

Unknown commented on 
"AGONG NAK JUMPO ABAM"
DSAI angkat sumpah jadi pm, 
kito tengok sapo yg kono polompang..c u

ANWAR JUMPA AGONG

 


BILO BILO BILO

DEN DAH TAK SABA

KAH KAH KAH

JANGAN LAMBEK

NANTI CAIR MOLELEH

KAH KAH KAH


Anwar tidak mengadap Agong hari ini – Setiausaha Politik

KUALA LUMPUR – Presiden PKR,  Anwar Ibrahim dan isteri,  Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai sebarang program berkaitan dengan pihak Istana Negara, hari ini.

Setiausaha Politik kepada Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan perkara tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut tarikh sebenar majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tiada,” katanya secara ringkas kepada MalaysiaGazette melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan penyebaran poster palsu mengenai Upacara Mengangkat Sumpah Perdana Menteri kesembilan yang menggunakan logo dengan tulisan AMK di media sosial.

Menurut Setiausahanya, Ahmad Syukri Razab yang mengesahkan poster palsu itu kerana ia tidak menggunakan logo rasmi AMK Malaysia.

Rabu lalu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam sidang media tergempar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh lagi meyakinkan iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

Menurut Anwar, sokongan Ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.

Susulan itu, Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan menegaskan parti itu tidak dapat menghalang ahli-ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Anwar bagi menghadap YDPA.

Ahmad Zahid menegaskan, ini kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazet


 JANGAN BUEK

PLUTO BONGAK

NIPU KOJO KAO

KAH KAH KAH

RAMAI NAK BOLI

NUMBO

KAH KAH KAH

NUMBO YANG ADO

PADA NUAR

KAH KAH KAH




JANGAN BERGANJAK DARI KEBENARAN

 



 JANGAN BERGANJAK

DARI KEBENARAN 

Unknown commented on

 "KALAH LAWAK CERITA MALAM JUMAAT"

kutuk lah sekutuk-kutuknya kamu belum berada di atas katil kamu belum dijemput pelayan maut adakah kamu manusia terbaik abad ini berbanding pemimpin2 yg kamu kutuk? ingatlah tahi kamu busuk kencing kamu haring ketiak kamu masam kentut kamu boleh menyebabkan gangguan alam sekitar kamu manusia juga bro

LANGKAH TEPAT

 



LANGKAH TEPAT

Pemimpin tertinggi setuju adu Shamrahayu pada polis, kata Pemuda PKR


BERITA MENYUSUL

PENASEHAT BIJAK SEMUA DAH LARI

 



 PENASEHAT BIJAK

SEMUA DAH LARI 

Unknown commented on 

"KALAH LAWAK CERITA MALAM JUMAAT"

TT, gwa amat kagum dengan kebodohan Abam. Caturan politik camni pun gagal. Bodoh camni ada keupayaan tadbir negara sebagai perdana menteri ke? Gwa pikir rakyat Malaysia tak nak seorang "catastrophic loser of epic proportions" sebagai PM ke9. Malu!

JUMPA AGONG ?

 



BILO JUMPO?

Anwar tidak mengadap Agong hari ini – Setiausaha Politik


BERITA MENYUSUL


AL-FATIHAH

 


 AL-FATIHAH 

Unknown commented on

 "AGONG NAK JUMPO ABAM"

Agong tanak jumpo takpolah. Yg penting abam jgn lupo jumpa arwah ujang bagong kek kubur. Sedekahkan alfatihah. Dulu bukan main berasak nk jumpo dato ujang bagong maso langkah kajang. Lahkahkahkahkah

JAKI KE ORANG

 


 JAKI KE ORANG 

Unknown commented on

 "KALAH LAWAK CERITA MALAM JUMAAT"

Sebahagian 50 dalil dua dekad dulu benar. Tapi jika dikaji dalam bahasa psikoloji. Perkataan perubatan tepat adalah narsistic personality disorder. Nama melayu lama jaki ke orang. 

Penyakit jiwa ni tiadalah boleh membawa maut tapi menyebabkan pergaduhan berpanjangan dan rasa jengkel sbb pelaku haram nak mengaku kalah walaupun dah terlondeh seluar dalam.munkin jail tu cara baik nak selamat party waktu tu. Apa apa pun, selamat bersara datuk seri Anwar!

KOMIDI POTONG STIM

 



 KOMIDI 

POTONG STIM 

Jebat 2 commented on 

"KALAH LAWAK CERITA MALAM JUMAAT"

Ciss cilakak punya orang komedi .. Gua tgh syiok layan rock n roll tt tetibe abam potong stim hbis banjir post tt hari2 psl orang komedi ni suda 2 hari intelek gua kurang kembang . Gua pun trpaksa tgu ramalan nombor ... wakluuu


BERKHALWAT KE 193

 


KHALWAT 193

SABTU 26/9/2020

KITA MASUK KE HARI 193
BEKHALWAT
BUKAN KITA SAJE
SELURUH DUNIA

PENCARIAN  VEKSIN
MASIH BERJALAN
SATU PUN BELUM TUNTAS
SANA SINI KITA DENGAR
PAKAR SEDANG 24/7 KERJA KERAS
MENJALANKAN PERCUBAAN
DARI  BILIK MAKMAL
KE BADAN PESAKIT

DUNIA SEDANG MENUNGGU

PAGI INI HOKKIEN CERAH
KUALA LUMPUR CERAH
BRICKFEILD CERAH
LANGIT CERAH
PASTI PANAS HARI INI
DAN
HUJAN PADA PETANG

SIMPONI  CENGKERIK BERMAIN
DISAMBUT OLEH
KUUUR KUUUR KUUUR

GUA NAMPAK
ADA DUA KELUARGA 
DATANG PAGI INI
UNTUK SEMBAHYANG

SATU DATANG AWAL
SEMBAHYANG DAH MULA
GUA NAMPAK KERTAS TERBAKAR
KEMUDIAN
DUNG DUNG CHEEE
KEDENGARAN

SATU LAGI  BARU SAMPAI 
DENGAN TIGA BUAH KERETA

SEORANG ANAK MUDA
SEDANG MENGGALI KUBUR
GUA BERTANYA
LALU DITERANGKAN
TULANG TULANG AKAN DIAMBIL
KEMUDIAN DI BAKAR
UNTUK DISIMPAN DI TEMPAT KHAS
KUBUR INI BOLEH DIGUNAKAN 
SEKALI LAGI

MANUSIA AKAN
MENAKLOK DUNIA
DENGAN 
MENAKLOK DIRI

MENGENALI DIRI
ADALAH PERMULAAN
PENCERAHAN

KITA TAK MAMPU
PULANG KE BELAKANG
DAN MENGUBAH PERMULAAN
TAPI KITA MAMPU BERMULA
DIMANA KITA BERHENTI
UNTUK MENGUBAH KEPUTUSAN

APA YANG WUJUD DIBELAKANG KITA
APA YANG  WUJUD  DI HADAPAN KITA
HANYA KACANG PUTEH
BERBANDING DENGAN APA
YANG ADA DALAM JIWA KITA

KITA BOLEH DIPENJARA
KITA BOLEH DISEKSA
KITA BOLEH DIMUSNAHKAN
TAPI  MUSTAHIL
MINDA KITA DAPAT DIPENJARA

LU JANGAN TENGOK
KEJAYAAN GUA
TAPI TENGOK BERAPA KALI
GUA GAGAL
GUA DIKUTUK
GUA DIHINA
GUA TAK AMBIL POT
KEMUDIAN GUA BANGUN
UNTUK TERUS
MENEGAK KEBENARAN

MENEGAK KEBENARAN
SETIA PADA KEBENARAN
SETIA PADA IDEALISMA
NILAI TERTINGGI
DALAM PERJUANGAN 

GUA MUNGKIN 1000 KALI SALAH
TAPI GUA TAK GAGAL
GUA TAK KECEWA
SETIAP JALAN SALAH
YANG GUA AMBIL
AKAN MEMBUKA 
JALAN KE DEPAN

MASANYA
SAATNYA IALAH
HARI INI UNTUK
KITA ENJOY DE MENJOY
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT