Ahad, 21 Julai 2024
DOA UNTUK LAWAN BLACKROCK
Qunut Nazilah: Samakan perseteruan politik dengan amalan Nabi adalah melampau
KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kecewa terhadap perbuatan menggunakan agama dalam
setiap kesempatan politik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin, meski telah ditegur berkali-kali oleh pihak berkuasa agama dan institusi diraja di negara namun ia tetap berulang.
Tegasnya, membaca doa Qunut Nazilah selepas penggantungan seorang ahli Parlimen ternyata perbuatan yang melampau kerana doa itu dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah.
“Terbaharu ialah tindakan membacakan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini selepas keputusan dibuat untuk menggantung seorang ahlinya.
“Ia jelas merupakan amalan melampau, kerana perbezaan politik terus dijadikan asas untuk membacakan doa berkenaan. Qunut Nazilah merupakan satu doa yang dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah besar.
“Hal ini sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang membacakan doa berkenaan apabila berlaku pengkhianatan dan pembunuhan ke atas sahabat baginda,” katanya menerusi kenyataan.
Ujarnya, doa berkenaan dibaca di luar solat bahkan bukan perang atau musibah.
“Menyamakan perseteruan politik dengan amalan Baginda Rasulullah SAW ketika menghadapi musuh-musuh Islam jelas menunjukkan amalan politik taksub, sempit dan melampau,” ujarnya.
Sehubungan itu beliau menyeru semua ahli politik dalam negara supaya menunjukkan contoh yang baik ketika berada di Dewan Rakyat.
Khamis lalu, barisan pembangkang bertindak membaca Qunut Nazilah selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.
Beliau kemudian menjelaskan doa itu ditujukan kepada penyokong genosid di Gaza seperti syarikat BlackRock.-MalaysiaGazette
DOA UNTUK
LAWAN
BLACKROCK
AMIN
DOA UNTUK
PENYOKONG
BLACKROCK
AMIN
SAPA MAKAN LADA
DIA TERASA PEDAS
AMIN
SAPA MINUM MADU
DIA TERASA MANIS
BOLEH KETAWA
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
BANGLADESH BERKURUNG
Tentera Bangladesh kuatkuasa perintah berkurung
DHAKA: Tentera Bangladesh menguatkuasakan perintah berkurung dan mengawal jalan di ibu negara itu bagi 'melumpuhkan' protes berdarah yang sudah mengorbankan lebih 100 orang.
Perkhidmatan internet masih digantung di negeri itu ketika polis berusaha menangani protes yang berterusan, walaupun terdapat larangan perhimpunan awam.
Komunikasi melalui panggilan telefon ke luar negara juga gagal dilakukan manakala laman sesawang pertubuhan media yang berpangkalan di Bangladesh tidak dikemas kini selain pengendalian media sosial mereka juga tidak aktif.
Berdasarkan data dari hospital di seluruh Bangladesh, selain 105 kematian, protes yang didalangi golongan pelajar bagi menentang kuota pekerjaan sektor awam dilaksanakan kerajaan, mencederakan ribuan orang.
Hospital Kolej Perubatan Dhaka menerima 27 mayat antara jam 5 petang hingga 7 malam (1100-1200 GMT), semalam.
Sejak tercetusnya protes lima hari lalu, polis melepaskan gas pemedih mata, menembak peluru hidup dan melemparkan bom tangan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang bertempur dengan anggota keselamatan dengan membaling batu.
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, kemudian terpaksa menguatkuasakan perintah berkurung kebangsaan dan mengerahkan tentera selepas jumlah kematian meningkat berikutan polis tidak dapat mengawal protes.
Perintah berkurung bagaimanapun dilonggarkan selama dua jam mulai tengah hari ini untuk membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan dan menyelesaikan urusan lain.
Menurut laporan media, perintah berkurung berlangsung sehingga 10 pagi (0400 GMT) esok sebelum kerajaan menilai keadaan dan memutuskan tindakan seterusnya.
Sementara itu, rakaman televisyen menunjukkan anggota tentera memeriksa kan pengenalan orang ramai yang keluar di jalanan.
Pergolakan di seluruh negara tercetus akibat rasa tidak puas hati pelajar terhadap kuota membabitkan pekerjaan awam, termasuk 30 peratus bagi keluarga mereka yang berjuang untuk kemerdekaan daripada Pakistan.
Kerajaan Hasina membatalkan sistem kuota pada 2018, tetapi mahkamah mengembalikannya pada bulan lalu.
Kerajaan negeri merayu terhadap pelaksanaan semula kuota itu sebelum Mahkamah Agung menggantungnya selama sebulan, sementara menunggu perbicaraan pada 7 Ogos nanti.
Sementara itu, di daerah Narsingdi, penunjuk perasaan menyerbu sebuah penjara semalam dan membebaskan lebih 850 banduan sebelum membakar kemudahan itu.
Menurut laporan polis, beberapa kes pembakaran terhadap kemudahan lain juga dilaporkan hari ini.
Pemangku Pengerusi parti pembangkang utama, Parti Nasionalis Bangladesh, Tarique Rahman, berkata ramai pemimpin partinya, aktivis dan penunjuk perasaan pelajar ditahan.
Difahamkan polis turut menahan penyelaras utama pergolakan pelajar, Nahid Islam, hari ini. - REUTERS
LEBIH 100 MATI
RATUSAN CEDERA
AMIN
PELAJAR SISWA
BANGUN MELAWAN
KERAJAAN
AMIN
NEGARA MISKIN
MAKIN JADI
LEBIH MISKIN
AMIN
KHALAS
MICROSOFT DENGAN BLACKROCK
MICROSOFT TIDAK
AMBIL ALIH 39
AIRPORT KITA
KHALAS
Unknown commented on
"INTERNET KACAU"
Microsoft pun ada kaitan dengan Blackrock. Macam mana TT?
JANGAN BIARKAN KAKI LEBONG MEMIMPIN
JANGAN BIARKAN
KAKI LEBONG
MEMIMPIN
KHALAS
Unknown commented on
"DR SAM DIBACA
PESAING ANWAR"
Itulah masalahnya orang kita, terlalu percaya dengan ayat-ayat terlalu percaya dengan ucapan hebat tetapi akhirnya kena tipu bertahun lamanya kah kah kah yang cerdik yang pengetahuan luas yang bijak tak campur dengan orang politik hanya yang tiada kerja tiada faedah akan bersembang cerita politik pagi sampai malam kah kah kerja sepenuh masa politik kah kah kah
BERDOA
DOA
BERDOA KINI MENJADI
PERBUALAN NASIONAL
APAKAH AKAN ADA LARANGAN
UNTUK BERDOA
APAKAH DOA INI
HANYA MILIK PAKATAN?
YANG LAIN TAK BOLEH BERDOA
DALAM RADIO
LEPAS BANG GUA SELALU
DENGAR DOA
GUA AMAT GUBIRA DENGAN DOA
DALAM BENTUK LAGU
DOA INI MINTA ALLAH
HANCURKAN MUSUH
MUSNAHKAN RANCANGAN MEREKA
UNTUK GUA PALING MENARIK
MINTA ALLAH LEPASKAN ANJING
UNTUK MENCENGKAM MUSUH
GUA GUMBIRA
KERANA ALLAH JUGA
ADA ANJING UNTUK MENERKAM
MUSUH YANG JAHAT
AMIN
AMERIKA
PRESIDEN BIDEN MASIH DEGIL
ENGGAN UNDUR
DARI JADI CALON
PARTI DEMOKRAT
BANGLADESH
PERENTAH BERKURUNG
DI MULAKAN JUMAAT MALAM
HINGGA PAGI AHAD
POLIS DI BENAR TEMBAK
YANG LANGGAR PERENTAH
BERKURUNG
ASKAR DAN SOLDADU
SEDANG MENGAWAL
PEKAN DAN BANDAR
AMERIKA
TRUMP MULA KEMBALI
BERCERAMAH SATELAH
CUBAAN MEMBUNUH GAGAL
KALI INI DI MICHIGAN
BERSAMA JD VANCE
CALON NAIB PRESIDEN
UKRAINE
TRUMP BUAT PANGGILAN
TALIPON DENGAN PRESIDEN VALENSKIY
TRUMP KATA DIA AKAN
TAMATKAN PERANG UKRAINE
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
LANGIT BERAWAN BIRU PUCAT
MATAHARI DAH MUNCUL
TAPI CAHAYA MASIH MUDA
KL & KL SENTRAL BEJEREBU NIPIS
HA HA
DAH LAMA TAK DENGAR KENG KENG
PAGI INI DIA MELINTAS
DI UDARA
SUARA KUAT SEKALI
DI BUKIT DEPAN POHON ARA
WARGA ASLI MENYALAK
TAK TAK DAN EZI
TAK AMBIL POT
TAK TAK KENCING DEPAN MEREKA
HARI INI AKAN PANAS
KEMARIN TAK HUJAN
GUA RASA MUSIM PANAS
DAH SAMPAI
DI UTARA GUA BACA
AKAN ADA MEMBENIH AWAN
UNTUK MEMANGGIL HUJAN
TAK TAK MENJALAR
DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA
MATAHRI SAMPAI
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
JANGAN MASUKKAN DUA DUA
KAKI LU DALAM MULUT LU
NANTI LU TAKDA KAKI
UNTUK BERDIRI
BRO
LU JANGAN CAYA
PADA KUCING UNTUK JAGA
IKAN GORENG LU
BRO
HIDUP INI TIDAK TERIKAT
DENGAN RIBEN
TAPI IANYA MASIH
SATU HADIAH
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
;
Langgan:
Catatan (Atom)